iDAN

05 Oktober 2009

Kematian itu mana mungkin ditangguhi (Singgahsana)


"Mila isteri Encik Razak baru saja meninggal di Hospital Kajang...!"

"Lelaki sekarang isteri, meninggal ada peluang kahwin lagi!"

"Tak semua lelaki begitu Mila, jika gila nak kahwin lagi... biasanya umur 30an itu paling sesuai; bukan setua Encik Razak'

Encik Razak telah bersara sekitar 4 atau 5 tahun lalu. Orang dahulu pencen berumur 56 tahun. Maknanya pasti Encik Razak berumur sekitar 6o tahun. Isterinya meninggal dunia mengejut lantaran mengidap sakit diabetes. Biasanya mereka yang punyai sakit diabetes mesti akan mengakibatkan tekanan darah tinggi & serang jantung. Usianya sekitar 5 tahun muda; melalui perbualan aku mendapat tahu isterinya masih belum bersara.

Encik Razak tak ambil skim pencen. Sebahagian duit KWSPnya digunakan buat banglow di tanah kampung isterinya di Kuala Terengganu. Encik Razak berasal dari Melaka. Atas berbincangan bersama dia beralah membuat rumah di kampung halaman isterinya. Selalunya suami amat berkeras mahu bersara di kampung halaman sendiri. Aku pernah melihat banglow melalui gambar-gambar yang Encik Razak tunjukkan semasa dia mahu bersara.

Nanum kelaziman kini telah berubah, ramai amat kalangan rakan-rakan aku berpendapat mereka lebih suka bersara di bandar. Mahu menetap di bandar setelah bersara.

"Nak buat apa tua-tua nak duduk di kampung iDAN!, kita bukan larat lagi mahu membangunkan tanah atau nak buat kerja kampung..!" Ayat sebegini bukan dari seorang dua aku temui. Ramai amat.


Encik Razak baharu sahaja menjual rumahnya di Seri Kembangan. Encik hanya mempunyai tiga orang cahayamata. Anaknya Along telah berkeluarga & membeli rumah di Bandar Baru Bangi, Angah pula mendapat kuanter di tempat kerjanya. Yang bungsu perempuan tinggal dengan Angah menyudahkan PhDnya di UPM.

Isteri Encik Razak baharu sekitar setahun dua dapat bertukar kerja di Terengganu, tidak jauh dari rumah banglow mereka. Baru sangat mereka tinggal sebumbung setelah Encik Razak Bersara. Selepas bersara Encik Razak tinggal sendirian di banglownya di Kuala Terengganu itu.

Sebelum ini isterinya berkerja sebagai staf pejabat di Kem Sungai Besi. Encik Razak selalulah berulang alik ke Seri Kembangan; ketemu isterinya. Ketika itu anak-anaknya isterinya, Angah & yang bungsu tinggal di rumah Encik Razak yang baru sahaja dijual. Sesekali aku terjumpa dengan Encik Razak jika dia datang ke sekitar pejabat lamaku.

Khabarnya Mak Mertua Encik Razak baru sahaja meninggal dunia di bulan puasa tempoh hari. Aku tak pasti apakah Encik Razak masih ada Pak Mertua. Jika Encik Razak telah berumur 60 tahun; rasanya kalau pun punyai Pak Mertua memang telah amat berumur. Pasti telah berusia 80an.

Pemergian isterinya ini pastilah satu kehilangan yang amat terasa. Sudahlah Encik Razak merantau di negeri orang; anak-anak pula berjauhan. Tinggal pula di banglow yang besar. Tidak dapat aku bayangkan kesepian di hati Encik Razak. Selama ini pun aku lihat mereka adalah pasangan bahagia. Tidak pernah terdengar mereka berbalahan Allahyarhamah isteri Encik Razak sememang seorang isterinya nampak sopan & lemah lembut orangnya.

Aku yakin amat payah cinta mereka ini dapat dilupakan. Pastinya akan mengambil masa yang lama untuk memujuk hati agar menerima cinta yang lain. Telahan Mila isteri meninggal akan ada peluang bernikah lagi rasanya amat payah berlaku jika pasangan ini punyai ikatan cinta yang kukuh & kuat. Apatah lagi faktor umur.

-bersambung

6 ulasan:

asilahmuhajer berkata...

sedihnya...tahziah utk encik razak. tapi, walaupun dia rasa sunyi, mesti dia rasa gembira sebab sekurang2nya hajat isteri dia untuk bersara di kampung halaman sendiri tercapai.

kalau tak sempat balik kampung, mesti dia rasa sedih sgt2 sebab tak dapat tunaikan hajat isteri tercinta.

Tanpa Nama berkata...

Alfatihah.
Andainya suami berkahwin lagi setelah kematian isteri, isteri tua tersebut masih berpeluang bersama suaminya di syurga, insyallah. Tetapi jika isteri berkahwin lagi setelah kematian suami, maka peluang suami utk bersama isterinya di syurga tidak terjamin. Si isteri terpaksa memilih salah satu daripada 2, 3 atau lebih suami yg dikahwininya lantaran perempuan tidak boleh bersuami lebih drpd satu.

Sedih menerima perkhabaran ini. Aku cukup kenal keluarga ini. Pernah beberapa kali mengunjungi rumah mereka ketika aku bekerja di UPM dahulu. Isteri aku juga agak sedih kerana dia dan kawan kawannya pernah menyewa rumah di sebelah rumah En. Razak ketika belajar di UPM dahulu. Kabaikan mereka bagaikan terasa spt abang/kakak sendiri. Seperti mesranya keluarga Abg Mat/Kak Zah. Dilayan, dijamu, dan keprihatinan mereka spt keluarga sendiri. Bagitulah mengikut isteriku. Semoga Allahyarhamah dicucuri rahmat olehNYA. Amin.

YB
Seri Iskandar

FdausAmad berkata...

salam,
Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.ilek rilek.

selambe.

iDAN berkata...

Betul tu Cikgu, setidak-tidaknya sekitar dua tahun mereka dapat bersama di banglow baru mereka. sebelum itu Encik tinggal sendirian; jika tidak silap En Razak baru sekitar empat atau lima tahun sahaja berpencen.

Tak dapat bual panjang dengannya.

iDAN berkata...

Tak dapat dinafikan YB mereka adalah pasangan amat bahagia. Dari wajah mereka & anak-anak mereka dapat kita rasai kebahagiaan mereka.

Saya terkilan sebab satu ketika saya pernah terlepas cakap dengan Encik Razak, YB tahulah sikap stres saya yang berpanjangan. Padahal Encik Razak itu sememangnya seorang yang amat baik & penyabar orangnya.

Tak dapat saya bayangkan jika menjadi dirinya.

Bab Ketua Bidadari ini, saya sendiri amat terasa jika terjadinya apa yang YB tuliskan. Jauh di sudut hati ini isteri saya pun belum tentu menerima diri ini seandainya saya mati dulu & dia nikah lagi. Rasanya pilihan di syurga itu lebih tepat jika perempuan nikah lebih dari sekali. Habis tu siapa ketua Bidadari bagi lelaki sebegini yang asyik ditinggalkan bini. Alahai sedihnya!.

YB sendiri tahu pergolakan kami sungguh tak pernah selesai.

iDAN berkata...

Sdr FdausAmad ini memang seorang pengarang yang berbakat...

Banyak esei di blog beliau menarik!.