iDAN

22 Oktober 2009

? PM akan Datang (Singgahsana)

Saya lebih berminat untuk membawa pembaca berfikir kepada ramai kalangan Perdana Menteri (PM) kita keluar dari parti UMNO. Sedangkan UMNO itu adalah parti paling unggul & tunggak bagi bangsa Melayu.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990)

Segala perjalanan politik Ayahda Tunku ada tercatat di sini . Apa yang menarik di sini pada 22 September 1970, Ayahda Tunku terpaksa menarik diri dari UMNO lantaran tidak tahan lagi tohmahan & pelbagai isu yang membuatkan kesihatan Ayahda merosot. Ianya lebih kepada masalah tercetusnya masalah rusuhan kaum 13 Mei 1969. Bagi kita yang pernah membaca buku 13 Mei - Sebelum & Selepas luahan hati Ayahda Tunku tersirat siapa yang banyak membuat wawasan Ayahda tergugat. Ayahda Tunku meninggal dunia di luar UMNO. Semangat 46 yang disokong Ayahda Tunku turut terkubur.

Elok juga kita baca apa pandangan orang Indon terhadap Malaysia ketika pemerintahan Ayahda Tunku di sini

“ Dalam pernyataan saya yang terdahulu tentang agama, saya telah menyebut negara ini adalah negara sekuler. Maksudnya negara ini bukan negara Islam. ”

“ Walaupun orang-orang Islam ingin menyaksikannya berdiri, tidak akan wujud sebuah negara Islam di Malaysia. ”


Tidak banyak berlakunya percanggahan pendapat semasa Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) mengambil alih pemerintahan. Allahyarham lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan. Tempoh perkhidmatan 22 September1970 - 14 Januari 1976. Sila Klik sini sejarah politik Allahyarham.

PM terpendek tempoh pemerintahan adalah Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Ayahda Tun Hussein lebih banyak menumpukan perpaduan antara kaum; Beliau digelar sebagai Bapa Perpaduan.

Ayahda Tun Hussein juga keluar UMNO lantaran menyokong Semangat 46. Sila klik sini jika ingin mengikuti perjalan politik beliau yang singkat.


& PM kita paling tersohor adalah Ayahda Tun Mahathir sila baca perjalanan politik beliau di sini .
Ayahda Ayahda Tun Mahathir dilahirkan di Alor Star Kedah, Semasa Perang Dunia ke II dia pernah jual goreng pisang. Ibunya orang Klang & ayahnya Mohamad Iskandar adalah warganegara India. Sila klik sini.

Beliau adalah pemimpin paling lama berkhidmat. Jasanya tidak dapat dinafikan membuatkan Malaysia gah seantero dunia. Maka itu beliau digelar Bapa Pemodenan Malaysia.

Pada 26 September 1969, Ayahda Tun Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Buku Dilema Melayu banyak mengecam perwatakan bangsa Melayu. Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum.

Pada 19 Mei 2008, Ayahda Tun Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO.

Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Ayahda Tun Mahathir bersama-sama isterinya, Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula.

Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal dunia selepas melepaskan jawatan presiden di dalam parti UMNO kecuali Tun Abdul Razak, yang meninggal ketika masih menjawat jawatan tersebut. Dato' Onn Jaafar keluar dari UMNO apabila cadangan beliau untuk menjadikan UMNO parti berbilang bangsa tidak dipersetujui. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pula meninggal dunia selepas melepaskan jawatan di dalam parti UMNO kerana berselisih pendapat dengan Ayahda Tun Mahathir yang menjadi PM selama lebih 22 tahun.

Elok juga kita baca apa pandangan orang Indon tentang pemerintahan Ayahda Tun Mahathir di sini

Paling Akhir PM kita yang keluar UMNO adalah Pak Lah.

Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Perjalanan politik Pak Lah sila klik sini

31 Oktober 2003 – 3 April 2009 Menjadi PM.

Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet. Ramai berpendapat Pak Lah adalah penyokong Semangat 46 lantaran beliar lebih rapat dengan Team B.

Kesimpulannya di sini sejak merdeka hingga kini kita mempunyai PM dari BN tetapi sebenarnya di penghujung hayat atau perjalanan PM kita ramai yang menolak UMNO. Kenapa ini berlaku?

Kenapa UMNO sering bergolak?. Kenapa mesti PM kita masih dari UMNO tetapi menolak UMNO ketika menjadi PM?

Selepas YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak nanti siapa agaknya PM kita?

(Yang menjadi persoalannya apakah Datuk Najib juga mengikut jejak PM lain keluar UMNO. Rasanya mungkin tidak lantaran ayahdanya sahaja yang kekal di dalam UMNO sepanjang menjadi PM.)

Misteri ini masih terukir, kita sekadar dapat menunggu & lihat sejarah politik kita di Malaysia... bagaimana penghujungnya.

iDAN




11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam
Ada ustaz kata Malaysia negara sekular, dan ada juga ustaz kata bukan negara sekular.
Yg terkini saya dengar ustaz tu kata Malaysia bukan negara sekular sebab dipimpin oleh orang islam. Maknanya negara islam lah. Tetapi...dia kata dipimpin secara jahat, secara tidak beradab, secara sembrono.
Ini pula kata saya: Semakin hari islam semakin dipinggir. Kalau seekor lembu kena penyakit kuku, lembu itu akan dimusnahkan demi menjaga lembu lembu yg lain. Jika seekor ayam kena selsema burung, habis sereban ayam dimusnahkan demi menjaga sekandang ayam. Tetapi....jika ada seorang islam murtad, apa kita buat ??? kita tak buat apa apa, kita tak boleh buat apa apa, dan kita dihalang buat apa apa.....inilah negara islam kita, dgn angkuhnya kita kata bukan negara sekular...

YB
Seri Iskandar

iDAN berkata...

Itu yang dikatakan oleh Ayahda Tunku kita Mantan PM kita, yang keluar UMNO, dia juga Bapa Kemerdekaan kita.

“ Walaupun orang-orang Islam ingin menyaksikannya berdiri, tidak akan wujud sebuah negara Islam di Malaysia. ”

Kita merdeka pun terikat dengan syarat British. Itu yang amat perlu kita sedari.

asilahmuhajer berkata...

“ Walaupun orang-orang Islam ingin menyaksikannya berdiri, tidak akan wujud sebuah negara Islam di Malaysia. ”

berat hati betul membaca ayat ni. rasa lemahnya diri ini.

Cetusan berkata...

sekurang-kurangnya Islam mula diterima oleh Malaysia,

dulu Penggawa D/O berpeluk depan rakyat berjoget (tahun 70an)

dulu ada kes MALU pakai tudung bila membaca Berita..ada maju sikit..

sama-sama maju dan ..sesat hee

iDAN berkata...

Cikgu,

Tawarikh banyak telah ditutup. Jika kita membaca buku tawarikh dulu amat berbeda dengan buku sejarah kini.

Jika Bapa Kemerdekaan pun tidak yakin dengan Islam akan terbentuk di negara yang asalnya Tanah Melayu ini, bagaimana?.

Sedangkan ketika itu bilangan rakyat beragama Islam amat ramai berbanding kini.

Cukuplah sejarah Singapura yang asalnya di bawah kerajaan Srivijaya, sekarang bagaimana ianya menjadi milik kaum cina yang setahu kita Tanah Besar China jauh lebih besar untuk mereka huni. Apa kuasa kita bangsa Melayu di Temasek sana.

Begitu juga sekarang pun bunga-bunga itu ujud. Ekonomi kita pun kaum cina yang memegangnya. Kita tak boleh leka dalam masalah ini.

Jika sayang bumi kita seharusnya kita harus lebih giat berusaha & sayang akan bumi bertuah ini.

iDAN berkata...

Sdr Zeq

Jika sebuah negara sebangsa, seperti Jepun atau Jerman; amat mudah membentuk rakyatnya.

Negara kita semakin hari semakin terdesak lantaran kebanjiran bangsa luar yang datang. Di Sabah banyangkan apa yang Sdr Mazidul dedahkan; Pendatang Haram melimpah masuk ke sana. Sabah adalah rebutan Filipina sejak berzaman. Mereka pula sekarang semakin dikristiankan. Ini yang kita hadapi.

Kita pula merdeka bersyarat; maksudnya dalam perundangan sendiri kita terikat dengan undang-undang barat (sivil). Barat pula amat takut Islam ini berkembang. Belum lagi syarat pemastautin tetap bagi pendatang luar; Memang memerangkap kita. Maka itu impian kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam sering menjadi tentangan. Terutama kalangan kaum cina.

Pendekatan Islam ini amat penting; maka itu dikata jihad. Jihad menegak agama ini amat getir. Harap-harap kita dapat mencapainya; tapi dakwahnya bagaimana?.

Cetusan berkata...

konsep samarata makin samar bila sampai anak cucu yang lahir di sini.

Malaysia menjadi tanah kelahiran.
bagaikan anak Melayu yang lahir di bandar, agak kekok menjadi tetamu di kampung asal ayahibu mereka.Mereka orang bandar tiada kampung.

iDAN berkata...

Sdr Zeq

Usaha kerajaan mahukan negara kita menjadi maju sememangnya amat dialu-alukan namum memberi Taraf Pemastautin Tetap (PR) yang begitu pemurah dari kerajaan membuatkan negara kita semakin hari semakin dibanjiri oleh pedatang luar. Dalam bajet semalam ada disebut tentang ini.

PR ini juga telah saya kupas di dalam blog ini begitu banyak. Andaikata tidak berhati-hati dalam pilihan raya akan datang mungkin politik negara tidak lagi dikuasai orang kita Melayu; Andaikata pendatang luar ini yang rata-rata tak mahu balik ke negara mereka menunggu PR sahaja akan bergabung; apa akan jadi dengan kita. Sekarang pun ratusan ribu PR telah diluluskan. Itu PR... yang saya tertanya-tanya bagaimana pembiakan mereka ini terlalu cepat; sampai bumi Tanah Melayu ini penduduk Melayunya semakin sedikit & terpinggir. Pelik betul.

Landasan untuk kaum luar mendapatkan hak sama rata telah ada. DEB pun asyik dihentam saban hari. Maka itu kita orang Melayu di Malaysia semakin rumit hidupnya di bumi sendiri. Alasan kita malas & tak bijak rasanya provokasi semata.

Bayangkan kenapa ada kalangan kita berhijrah ke negara asing seperti di Australia amat selesa di sana & tak mahu pulang ke tanah air. Pendapatan org kita di sana lebih tinggi & hidup mereka lebih terjamin berbanding kita di sini.

Memang orang kata hujan emas di negeri orang takkan sama hujan batu di negeri sendiri. Tapi mereka 20 tahun lebih di sana tak ingat nak balik pun!. Saya pun kalau jadi mereka nak buat apa balik asyik kepala dibaling batu orang orang kita & bangsa lain.

Bukan mustahil jika kita tidak berhati-hati bangsa kita akan semakin tertekan dengan konflik ekonomi & perkauman di masa mendatang.

Puncanya adalah nyata, kaum kita bila dapat kuasa selalu rakus, korapsi, kronisma & macam kebejatan lagi.

Usaha gigih untuk menarik individu berbakat dan berkemahiran tinggi dari negara luar adalah kritikal. Untuk ini, kerajaan akan mempermudah pelaksanaan program pemberian PR kepada individu berbakat dan berkemahiran tinggi bagi mempercepatkan pemindahan teknologi dan proses transformasi. Selain itu, kini ahli keluarga ekspatriat yang masih berada di bawah tanggungan akan diberi visa secara automatik dalam tempoh 14 hari sahaja. Dengan itu juga, kemudahan PR akan dipanjangkan kepada lelaki warga asing yang berkahwin dengan wanita warga Malaysia seperti yang diberikan kepada wanita warga asing.

Iyer! sekarang ceriteranya jika anak kita kawin dengan Indon atau Bangla sekitar lima tahun akan mendapat PR. Tak kira anak kita lelaki atau perempuan. Apa akan jadi orang Sabah yang dengarnya ramai pendatang haram adalah dari kalangan orang beragama Kristian. Pengaruh Kahwin campur ini apakah tidak berlaku?. Jika kita dapat mengIslamkan kaum lain okey! tapi kita semua tahu apa terjadi di Singapura & Indon berapa ramai kalangan kita orang Islam beralih agama lain lantaran kahwin campur ini. (Jika tidak dikawal)

Kita berharap apa jua kerajaan yang meneraju negara kita kena ambil berat masalah ini. Memang tak baik bersangka buruk tetapi contoh & teladannya ada sekeliling kita. Kita kena benar-benar sedar & berusaha memerangi kemungkaran ini.

Masalah kampung halaman banyak juga saya tulis di blog ini, kita asyik leka di bandar membiarkan tanah kampung terbiar. Sedar-sedar Pejabat Tanah telah menggunakan akta tanah yang dipinta melelong tanah kita Rizab Melayu lantaran tak bayar cukai yang berapalah sangat. Golongan yang merampas tanah Melayu ini bersandar fakta & hukum hakam politik serta pengaruh wang; akan berpaksikan Pembangunan untuk memajukan kampung kononnya. Namun apakah agihan kemakmuran ini sama rata diagihkan. Ini isu utama negara. Siapa yang mangaut untung besar dalam mencapai kemajuan ini.

- bersambung

iDAN berkata...

Saban hari kita dipaparkan kerajaan rugi berbilion RM lantaran korapsi ini. Terbaru tentang landasan kerepi berkembar!. Sedangkan isu Perwaja, skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), & banyak lagi masih amat kabur. Penat kan Sdr Zeq!.

Hingga kini bayangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi mangsa dengan sikap mereka yang tentunya terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan korapsi ini. SPRM sering dilontar bom api@molotov cocktail.

Takutnya anak cucu kita kerja di SPRM nanti nahas mati katak. Itulah akibat korapsi dalam pembangunan yang tidak terkawal!.
Ceritera ini terus berlaku!.

iDAN berkata...

Blogger iDAN berkata...

...Tak ada siapa yang memaksa kita memberi kemudahan itu. Pada masa itu adalah mustahil untuk British melepaskan Malaya pada tahun 1957 jika soal kewarganegaraan kaum Cina dan India tidak selesai. Sejak Gerald Templer dihantar ke sini oleh Winston Churchill pada tahun 1952, semua pihak berusaha mencari jalan ke arah memerdekakan Malaya tetapi dengan syarat yang perlu diselesaikan ialah penerimaan kaum Cina dan India sebagai warganegara.

Kerajaan British tegas dalam hal ini. Dan Umno setuju dengan syarat ini. Itulah harga kemerdekaan yang Perikatan faham dam menerima dengan hati terbuka...

Ini memang fakta sejarah!

Ketika itu orang kita Melayu ramai yang tak setuju dengan syarat kemerdekaan ini.

Mana mungkin kita kembali ke kira-kira 50 tahun lalu. Setelah kita terima kaum luar di negara ini; apakah kita mahu menghalang anak cucu mereka menerima hak kemerdekaan yang kita telah sepakat milik bersama!.
(Mereka... kaum asing... sebenarnya tak berjuang pun dalam kemerdekaan kita)

Emmm! apakah hingga hari ini semua di hati orang Melayu setuju dengan syarat kewarganegaraan ini?.

Kekinian apakah kita ini mahu menghalau bangsa asing ini ke negara mereka yang luas sana?..Sedangkan pandangan mereka tanpa mereka memajukan negara kita, nasib kita & taraf kaum Melayu bagai Orang Asli di hutan sana! Ini terbit di jiwa mereka.

Jasa mereka kepada pembangunan negara mana mungkin kita nafikan!. Tetapi ada keadaannya perhatikanlah sikap baik & pemurahnya kita. Sampai sanggup kita kasi lesen arak judi hingga siapa tak kenal itu Genting tempat apa?. Bila dunia luar menghina kita tentang ini kenapa kita nak marah?. Bumi kita telah tercela atas sikap pemurah kita.

Ini isu yang dikatakan isu keselamatan negara yang amat bahaya!!! kita fikirkanlah (Tercetusnya 13 Mei adalah lantaran bangsa asing ini menang besar dalam pilihan raya; kumpulan mereka memang semakin membesar jika bergabung, antara lain ketika itu mereka mengarak penyapu mahu menyapu bangsa Melayu)

Maka itu saya amat mahukan kita buktikan kita orang Melayu boleh lebih maju dari kaum lain; sebabnya bumi ini asalnya bumi kita. Kenapa mesti bangsa lain mahu perlekehkan kita. Dunia luar memandang perkara yang sama. Termasuk mereka di Indon sana melihat kita orang Melayu amat mundur berbanding kaum cina & india.

4:46 AM

Cetusan berkata...

selamat rembat sekali seorang bila berkuasa.