iDAN
24 November 2009
Honorarium Karya (Singgahsana)
Sejak dua tiga tahun ini diam tak diam ada tak kurang dari enam karyaku berupa Sajak terbit di Berita Harian. Aku baru sahaja menerima e-mel dari Sdr Salbiah bt Ani di New Straits Times Press (NSTP) tentang Honorarium tersebut.
Yang sedihnya, pihak NSTP sentiasa mengirimkan cek kepadaku setiap kali karyaku tersiar tetapi tak sekeping cek pun sampai ke alamatku. Punca angkara adalah kesilapan alamat. Tidak ditulis Nombor Jalan maka posmen tak dapat menghantarnya. Alamat di Jenaris semuanya menggunakan Nombor Jalan. Dari Jalan 1 entah berapa banyak jalan entahlah. Rumahku adalah di alamat Jalan Jenaris 3. Tanpa angka 3 ini memanglah susah posmen mahu mengecam alamatku. Nombor rumah 65, semua jalan ada.
"Itu tandanya rezeki ayah itu mahal!" Mila menyindirku bila aku mengadu tentang Honorarium yang entah menyelit di mana. Setahuku Mila tak pernah pun baca puisi aku, entah kenapa apa sahaja minatku Mila pasti membencinya.
Tak pasti apakah Pejabat Pos Kajang memulangkan semula cek tersebut ke NSTP atau terperap di pejabat mereka. Masalah rezeki itu bagiku bukanlah punca segalanya. Lagi pun Honorarium yang di itu tidaklah seberapa. Minat menulisku sejak berzaman bukanlah mencari laba. Tentang laba ini yang sering menjadi labah-labah di dada Mila.
"Kerja tak berfaedah, melayan perasaan, khayal tak tentu tempat" aduh! sedih menjadi Penyair ini, tak semua yang meminati bidang penyairan ini. Menyampah ramai. Biarlah jangan ambil hati. Janji jiwa ini bahagia ada tempat mengadu. Menulis itu bagiku adalah persada Mahkamah Jiwa; tempat kita mengadu yang bebas & luas.
Samalah ceriteranya Honorarium di Mingguan Malaysia atau Utusan Malaysia tak pernah aku terima. Apakah lantaran kesilapan alamat yang berlaku?. Memang tak pasti!. Dulu semasa karya tersiar di majalah, Wanita, Al Islam, Ummi, Mastika & beberapa media memang aku terima Honorarium. Titiklah bab Honorarium ini.
Puisi-Puisiku banyak terkumpul di sini, tengah mencari mana-mana yang tersisip & hilang; emmm! sayang aku tak kumpul sejak dulu. Sila klik jika anda bukan seperti kekasihku si Mila itu, masa di bangku sekolah dia memang tak pernah belajar sastera. Payah juga jika orang tak kenal sastera mahu mendekati sastera. Aku pula biar pun tidak pernah belajar sastera minat itu datang sejak di bangku sekolah rendah lagi; banyak membaca karja Hamka & puisi penulis lama, seperti Pak Engku Allahyarham T. Alias Taib.
iDAN: Mengantuknya mata penangan ziarah Tok Tongkat di Kuala Kangsar!.
Jika anda meminati bidang Sastera sila klik sini untuk ke situs Sastera iDAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Al Quds Travel Welcome You :-
"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999
Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!
mmg la bila penulisan sudah sebati & menjadi sebahagian drpd hidup, sekurang²nya HAK perlu di pertahankan. cek yang tidak sampai perlu di selidik ke mana dan di mana? walau tidak memerlukan, sekurang²nya itulah penghargaan kepada karya yg telah di hasilkan.
nota: duit tu bole buat makan², ajak kawan² bloggers...bab² makan ni paling best skit
Sdr Eelobor;
Ada orang menulis kerana nama, ada orang menulis sebagai mata pencariannya, ada orang menulis untuk melaga-laga, ada orang menulis lantaran terpaksa.
Saya menulis sekadar melahirkan kenangan buat mereka yang suka bidang penulisan. Sejak tahun 70an lagi memang saya kerap menghantar karya di radio. Saya suka mencatat kenangan hidup saya; terkadang terpaksa menulis lantaran mendengar luahan rakan-rakan yang terhimpit dalam kehidupan mereka.
Ramai kalangan kita sering dihimpit masalah tetapi tak tahu bagaimana mahu mengupas & mencari jalan penyelesaian. Sayang sering menjadi korban bilamana penderitaan rakan taulan yang tidak selesai dirungkaikan terpaksa membuat perbagai permohonan & rayuan. Pernah di tribunal lantaran tulisan yang sensitif di mata mereka yang menolak kenyataan.
Mata pena memang lebih tajam dari mata pedang; maka itu pergunakanlah sebaiknya.
Sdr eelobor;
Bab belanja makan ini memang tiada masalah, sememangnya selain menulis hobi saya adalah makan, jika di Kajang saya ada Restoran Rahsia, menariklah amat makan-makan di sini.
Honorarium yang termahal bagi puisi adalah di Dewan Sastera, satu puisi RM200 tak pernah puisi saya lepas di sana, akhbar sejak berzaman sekitar bawah dari RM50 sahaja.
hehehe....roger je setakat area kajang tu, bebila pn bole pegi. gurau² jer bro idan
Banyak juga karya saya hantar ke akhbar tu, punyalah payah nak terpilih; bila terpilih tak sampai cek; nampaknya memang masih tak ada rezeki...
Sekarang mereka pakai akaun band entahlah Sdr Eelobor, tenguk duit kat akaun bank itu tak bertambah pun!
Catat Ulasan