iDANRADZi ketika 40an (Singgahsana)
Machoo tak si Penyair iDANRADZi ketika berumur 40an?.masa ini peminat pun makin berkurangan
rambut pun tak selebat dulu
dahi sudah mula luas
masalah lelaki begitulah
bila 40an mula nak beruban
bila 50an selalunya timbul masalah botak60an nyayuklah agaknyaawet muda macam mana pun
tua akan tetap tua
23 ulasan:
luar nampak lain,isi dalam masih UMpphh
begitulah... masa berlalu menghakis usia.
(dapatkan petua & ramuan herba di sini (original)
Ada orang kata jika mahu awet muda, hati kenalah selalu berfikiran positif & berjiwa muda.
Betul ke Zeq!
Bagusnya blog cikgu banyak petua boleh diamalkan di sana.
Terima kasih sudi menyapa saya...!
Idan baik lembut (contoh positif)
cuba ingat2 semasa umur 25 tahun dulu segagah mana??
masa itu ada gadis sengol tak?
Bukan ker orang ramai berkata "Life Begins at 40" ...apa pendapat iDAN? Nak jadi jahat atau baik, kat sini lah titik permulaan nya. Kata orang, bukan kata saya ;)
Sdrku Zeq,
Tidak dapat dinafikan aliran nafsu & godaan mengikut aliran usia, usia remaja lain, usia dewasa pun lain bila peringkat berumur ini pun lain.
Saya suka juga membuat kajian tentang nafsu & godaan ini. Apatah saya ditakdirkan berhaji muda. YB sahabat saya yang jauh itu pun kira haji muda. Tapi tak tahulah cabarannya bagaimana. Haji muda atau ketika umur 25 tahun itu dugaannya memang amat berbeda. Penerima & mengatasinya pun amat berbeda.
Jika telah digelar Haji pertimbangannya lagilah berbeda.
Maka itu saya katakan kalau janda berharta, gadis berstatus lawa lagi menggoda kita rasanya iman ini tergugah juga.
Itu yang saya berpesan ketika usia 30an bolehlah cadang mahu berpoligami; bila peringkat berusia 40an atau 50an kena fikirkan banyak kali biar pun ketika itu ekonomi semakin kukuh.
Baru nak menikmati kebahagian akan timbul masalah kesihatan pelbagai. Nanti menyusahkan bada. Kasihan isteri muda jika terjadi sebarang kemungkinan.
Ibunya Aran;
Terima kasihlah menjenguk situs saya ini. Tugasan suri rumah saya akui amatlah berat biar pun ianya remeh. Perlu rasa kesabaran yang tinggi agar segalanya teratur.
Saya telah kira untuk tutup suis elektrik sahaja tak kurang puluhan kali sehari. Orang lain tahu terang & gelap sahaja. Lampu bilik tu kalau tak diingatkan memang tak bertutup tugas siapa tu?.
40an bermulanya kehidupan; emmm! memang ada benarnya, peringkat itu dikira telah jadi buluh. Silap-silap buluh tumpat. Payahlah amat mengubah arah hidup. Lagi pun ketika itu ramai yang mula kukuh ekonominya & mulalah berfikir ke arah orang berada.
Ada juga rakan saya berubah ketika 50an, bilamana panggilan Haji mahu disahuti. Berubah betul, baguslah begitu. Tetapi jika langsung tak terfikir untuk naik Haji, memang susahlah.
Tetapi dalam kajian saya, nafsu lelaki ketika ini menurun; apatah lagi jika punyai masalah kesihatan di usia penghujung 40an seperti saya. Ingatan menggatal tu rasanya agak terbatas. Lebih risaukan tentang kematian & mula mengasingkan dunia & akhirat. Tak pasti orang lain bagaimana apatah lagi bagi mereka yang sihat sepanjang hayat.
Taraf perkembangan usia perempuan pula saya tak pasti. Sebab saya lihat isteri saya tu, macam itu sahaja. Tak banyak berubah pun.
Sahabatku YB,
Seingat saya si Mohanad itu amat machoo & jadi intipan semua perempuan. Saya tak serapat mana dengan dia. (Jika tak silap orang, kebanyak Pak Arab memang rapat denganku)
Memang dia pun jenis mengasingkan diri berbanding yang lain di KKA.
Tak sangkalah pula sampai 13 tahun dia di KKA, memang itu yang saya katakan pensyarah kita ini melampau. Dia tu jenis rajin & tekun maka itu mereka pergunakan untuk batu loncatan mereka.
Saya dengan KKA memang berperang besar hinggakan dalam gencatan senjata saya di buang daerah; terpaksa mengalah. Paling rapat dengan saya pelajar KKA itu adalah MUATAZ, dengarnya jadi pensyarah juga di Msia ini tak tahu universiti mana.
Tanya Muanad itu tentang Muataz, buat projek Nano dengan Prof Fakhrul. Dia banyak menyimpan rahsia tentang saya. MUATAZ itu dari buta komputer sampai mahir, kira anak didik; duduk siang malam dengan saya sejak di bangunan kayu lagi. Dia sanggup melindungi saya jika berlaku gencatan senjata segala. Hebat betul kasih sayang Pak Arab ini dengan saya.
(Saya terpaksa tinggalkan mereka dalam mereka masih terbiar di sana.)
Di internet jumpa nama Mohanad El-Harbawi gambar tak ada.
Salam Idan, terima kasih kerana sudi melayan komen saya. Saya 'link' kan Blog U kat blog saya, sebab saya suka dengan olahan cerita U. Hope it's okay yer ;)
Ibunya Aran,
Seronok ada anak perempuan, masa hari raya asyik memilih fesyen pakaian mereka. Berbanding anak lelaki tak banyak pilihan. Saya suka melihat blog Sdr yang ada senyuman manis cahayamata perempuan.
Terima kasihlah suka dengan olahan cerita di blog saya. Bagi saya jika ada seorang dua pelayar pun terusik hati dengan apa yang saya luahkan sudah cukup membahagiakan.
Buat kata Bro Mazidul kerja wartawan sepertinya jika mencari glamour takkan ke mana. Samalah penyair seperti saya. Jika mencari nama memang amat payah. Ramai kalangan penulis mapan begitu aktif & mendapat tempat di media maka payah untuk panyair picisan seperti saya ini untuk mencelah.
Di dunia maya sahaja kiranya mudah mencari pengikut.
nampaknya Pensyarah yang guna batu loncatan makan rezeki tak halal juga tu, kesian sampai anak cucu, naik pangkat dengan menafikan HAK orang lain...kecian,
pernah dua tiga kali terdengar cerita, yang teraniaya akan keluar Universiti, moga sang Pemakan itu cepat2 tobat.
sdr Idan,
dunia plagiat..mngkin sdr kenal dgn2 orang Kakitangan UPM ,, hhee kantoi,
Plagiat boleh menutup rezeki insan jujur lain untuk naik pangkat.
war-war dan umumkan nama di media perdana, sebagai denda buat insan berikutnya,naik cara menipu.Jika saya buat hukuman, buang kerja bagi kerja tanam padi..rasakan enaknya tengah panas.
Sdr Zeq,
Ingat-ingatkan anak buah jika mahu buat PhD atau Master di mana-mana Universiti.
Elok tanya orang dalam tentang pensyarah yang benar-benar komitmen dengan pelajar. Ada yang prihatin & memang jarang pelajarnya gagal. Tapi memang ramai yang ambil mudah; Tukar kos ada yang langsung putus asa; kantoi separuh jalan.
Mungkin Zeq terbaca YB komen bayangkan sampai belasan tahun baru PhDnya selesai. Setahu saya di US paling payah nak buat PhD tapi taklah sampai selama itu. Di UK paling cepat sekitar 3 atau 4 tahun dah siap PhD biar pun tak miliki Master sebelumnya. Tapi bila balik Msia serba serbi tak kena. Kalangan mereka ini sering egonya tinggi banget.
Setakad buat Master elok ambik structur C lebihkan kelas dari penyelidikan. Kalau di fakulti saya dulu Structur A (100% penyelidikan telah ditiadakan) Takutnya nanti tak lepas-lepas penyelidikannya.
28 tahun saya hidup dengan kelompok mereka. Memang masak sangat dengan ragam mereka ini.
Pensyarah dulu ramai yang berpencen tanpa gelaran Prof; mereka memang antara pensyarah yang jujur & memberikan tumpuan kepada pengajaran. Sekarang peluang naik pangkat secara segera terlalu banyak lorong & cabang peluangnya. Geran penyelidikan banyak boleh dipohon; itu yang mereka jadi kelabu mata.
Staf sokongan jangan sesekali kacau pelajar PhD mereka ini, memang nak nahaslah sebab memang tanpa pelajar PhD & master tiada jalan mereka naik ke taraf prof. Maka kerja staf sokongan bertambah kerja; bertindih dengan penyelidikan & pengajaran.
Pandai jaga hati bos okeylah, jangan silap sikit memang akan tersingkir!. Itu nasib orang bawahan... Zeq.
Payah kita mahu membongkar masalah ini, sebabnya sudah menjadi akta Universiti, semua report, jurnal atau kertas kerja pelajar sana adalah hak milik pensyarah & universiti. Isu ini hanya orang dalaman sahaja yang tahu.
Cumanya siapa yang berani mahu mendedahkan ini jika masih sekelompok dengan mereka. Malahan ada yang saling berkompromi dengan mereka.
Pernah berlaku penyelidikan mereka tak ke mana pun duit syarikat nasional milik negara kita habis jutaan RM. Mana media berani mendedahkan.
Pelajar Indon sering berbual dengan saya masalah ini. Mereka ketawakan kita sebab taraf kita amat kucar-kacir. Nama sahaja Prof mahu berbincang tentang masalah PhD pun tak berani, alasannya sibuk. Bukan sibuk katanya... tetapi memang tak tahu atau sifar tentang penyelidikan anak buahnya; nama sahaja penyelaras atau org yang bertanggungjawab dengan penyelidikan tersebut.
Bergantung sepenuhnya kepakaran kepada kebijaksaan pelajar mereka. Sememangnya PhD itu satu penemuan baru. Maka mereka pergunakan itu untuk memerangkap pelajar mereka.
Ada kekeliruan tentang dialog previous post.
YB: I spent 13 years at upm.
Arab: Which dept?
YB: EE.
Arab: So you know Prof Dr Borhanuddin, Prof Dr Norman?
YB: Yes, of course.
Arab: Too long, you doing phd?
YB: Noooo lahhhh...you know Haridan, my position same to him.
Arab: Haridannn...hah ha hah...funny funny, friendly, helpful.
Nama dia mohanad...aku rasa kau kenal kot. Lacturer chemical eng utp.
YB
YB ...
Mohanad yang tinggi lampai macho gila tu kan?...
Komen tentang mereka ini telah tertulis di ruang respon ini!.
Cuti sekolah ini nak melancong ke mana agaknya?.
Habis harta negara,penyelidikan bertindih, bila pencen baru nyesal ketidakjujuran. Amat payah mencari insan yang jujur.
Sdrku Zeq
Di dunia pun telah nampak Zeq, golongan ini sering rumah mereka kena rompak, isteri kena ikat, barangan kena samun; Demam tak kebah.
Ada rumah banglow terpaksa ditinggalkan, asyik kena pecah, asyik kena banjir. Terpaksa duduk di kondo siap ada jaga jika nak masuk. Tak bebas & sesenang mana pun mereka ini.
Sepatutnya sedar diri,bila naik pangkat hasil tak betul, jualkan sahaja,lepas itu lempar ke laut, buat wakaf,
maknanya bertahun2 makan hasil naik pangkat tak betul.
nota: dua Pensyarah UPM..Sdr Mungkin kenal..dalam blog TT..
..kaki songlap hasil penyelidikan murid..juga terdengar dari UTM??? betul kerr.., mana2 pensyarah yang jujur akan belah, tak nak bersekongkol atau tertindas. sokong bawa rebah.
Golongan tumpang sekaki ada dimana-mana dan disanjung fussh dunia akhir zaman.
Sdr Zeq,
Mereka juga ada kroni Zeq, malahan mereka menubuhkan kesatuan yang memang sampai mahu menggugat pemerentahan kerajaan kita. Nampaknya kroni ini terus berkembang megar & menerajui pujuk pimpinan sibahagian tempat.
Kesatuan mereka lebih kepada kepentingan individu, merancang terus jika ada kalangan yang menghalang visi mereka pasti dihimpit & dicantas.
Musuh mereka payah mendapat kenaikan pangkat, dijumudkan & ada yang tak tahan berpindah kerjaya. Saya sendiri yang sering mempertikaikan tindakan mereka akhirnya stres sakit & terpaksa pencen awal. Tapi jika mereka berhutang dengan saya, saya tidak akan maafkan; di akhirat nanti bagi saya pasti ujud pengadilan paling jitu & tepat. Bukan untuk saya tapi rakan-rakan & keluarga yang tertindas. Jika memang kelemahan saya; saya berserah sahaja. Sebahagian rakan saya masih menangggung musibah di sana.
Kumpulan ini ujud dari masa ke semasa.
Sikap sepakat & sama merasa kemajuan nampaknya makin terhakis. Kronisma & Individualistik ini amat bahaya jika ujud di mana-mana organisasi.
askum.......girlfriend Dr. Mohanad el=harbawi tu pompuan india ....blogger shamini bhaskaran...kat facebook dia pun ade pompuan india ni....intai page relative shamini (ada dua page dia) pilih yg samar samar gitu
Sebut tentang FaceBook ni YB, aku memang dungu sangat. Banyak benar menu dalam FaceBook itu aku masih tak mahir untuk gunakannya.
Nanti aku akan selongkar tentang Dr. Mohanad ini; rasanya amat lama tak tenguk wajahnya. Payah nak jumpa gambar dia di internet ini!.
Antara Pakwe termacho di kalangan pelajar kejut.
FaceBook aku idanradzi pun entah apa jadinya!.
Catat Ulasan