iDAN

03 November 2009

Kahwin Campur 7 Sayornara Harajuku (Singgahsana)

Telah berdekad-dekad Harajuku tetap tak berubah.
Sedar tak sedar aku telah berada di penghujung perjalanan, aku berada di landasan bawah tanah. Harajuku. Merayau tanpa tujuan. Ada sejam dua lagi boleh melihat neon di Harajuku. Malam-malam di Harajuku tidak semeriah siangnya. Manusia jepun masih padat. Siang ramai orang pelik-pelik melepaskan stres di jalanan. Malam sekadar melihat neon pusat-pusat karaoke & restoran makan untuk orang Jepun mabuk-mabuk. Cuaca musim luruh di Harajuku membuatkan gigirku terketar-ketar sejuk. Padanlah orang Jepun suka minum malam-malam. Antaranya mungkin lantaran sejuk ini, lepas mabuk aku sering mendengar rakan-rakan Jepun aku meraban. Selalu Perdana Menteri mereka menjadi mangsa. Stres berkerja mereka asyik salahkan pemimpin mereka. Berkerja & berkerja seharian semata-mata mahu hidup. "iDANsan tahu tak kami sekarang terpaksa meminjam membeli rumah menggunakan pinjaman generasi, rumah terlalu mahal, hanya boleh dilunaskan setidak-tidaknya dua generasi, ayah & anak!" Aku tak faham apa yang dimaksudkan. "Hidup kami sampai mati terpaksa berkerja, kerja untuk hidup, hidup untuk kerja...!... yadana!" Aku tersenyum sahaja mendengar cakapan orang mabuk.
Pandangan biasa di Harajuku
Mungkin itu juga yang Kimura lalui. Membuatkan Ayu terbiar sendirian. Ah! Ayu lagi. Aku sebenarnya telah lemas dihantui bayangan Mila. Rinduku telah paras tidak normal lagi. Terkadang aku mimpikan berjumpa Mila. Terkadang aku bayangkan Mila menunggu di muka pinta kamar asramaku. Amoi Jepun yang iras Mila aku pandang bagaikan tak puas. Mabuk kepayangkah aku?. Amat payah berjauhan dengan isteri... rupanya.
Pondok telefon awam di Tokyo terkini masih cantik ceritera Kahwin Campur ini diolah kira-kira 20 tahun lalu yang tiada telefon bimbit sebagai penghubung, memang telefon awam banyak memberikan impak & kenangan pelatih@palajar dari Malaysia di Jepun
Dalam kesepian ini terkadang aku ingin juga Ayu itu hadir, pelawaan pelik@stresnya di Shinjuku itu aku tolak lantaran ada kemelut yang amat rumit di hatiku. Harajuku Tokyo menjanjikan pelbagai keriangan. Aku tahu arah tujuan aktiviti ronda Joe jika mahu bersamanya. Ronda & berhibur, pun bermalam-malam panas sampai habis terkikis duit. Apa yang tak ada di Shinjuku. Maka itu ramai yang bilang Shinjuku adalah antara kotaraya teramainya samseng Jepun. Samseng yang amat setia pada kongsi gelapnya sanggup potong jari itu!. Yakuza. Biasanya kelab yang mengadakan aktiviti porno pasti dilindungi Yakuza ini. Jika ke pondok-pondok telefon di Tokyo malam-malam, penuh sarat dengan pelbagai iklan seks. Dari perempuan, VCD, kelab malam & pelbagai tarikan yang tak pernah kita duga. Iklan kecil ini menggunakan gam yang mudah alih. Siang hari nampak bersih semua tak ada pun comot macam pondok telefon kita. Takkan jumpa iklan seksi-meksi itu semua. Aku tak pasti mungkin syarat pengiklanan begitu, jika tinggalkan iklan sepanjang hari dendanya bukan main-main. Keadaan telefon awam malamnya aduh! penuh dengan iklan perempuan seksi. Aku suka sangatlah mengutipnya. Pandang-pandang sahaja. Jika kena kejutan budaya bagai Joe, habis!.
Malam di Harajuku
Minggu depan aku tiada lagi di Tokyo. Tak dapat kubayangkan lagi perkampungan Jepun yang bakal kudiami. Hari ini biarlah aku sepuasnya menikmati neon ini. Senin hingga Khamis aku masih berkerja di PCI, Jumaat aku diberikan rehat, sebab esoknya awal pagi aku rakan sepejabat si Kuroda akan ke Juo Machi daerah Ibaraki arah ke utara Jepun. Tiket keretapi laju telah di beli. Bagaimana agaknya naik keretapi laju Jepun. Katanya sekitar dua jam pasti sampailah ke Hitachi itu. "iDANsan, mengapa nampak senyap tak ceria sahaja!" Biasalah si Kaito cepat sangat dapat mengesan perubahanku. "Saya telah jumpa Kimurasan dua hari sudah!" "Siapa Kimura tu? suami yang iDANsan kata jumpa koibito baru awak tu ke?" "Pandai pun awak mengagaknya!" "Bagus!, itu petanda awak jujur, orang Jepun amat setia dengan persahabatan" Dia suka dengar aku pergi mengenali keluarga Ayu. "Ayu kata dia bermasalah tapi bila saya jumpa Kimurasan itu saya lihat suaminya itu nampak baik sangat!" "Jadi apa masalahnya?" Kaito nampak berminat sangat ingin tahu. "Payah saya mahu terangkan Kaitosan, harap-harap si Ayu isterinya akan telefon saya dalam minggu ini!, saya ingin menasihatkan dia!" "Kenapa tidak telefon sahaja dia!" "Itulah masalahnya saya tak minta pun nombor telefon rumah dia!" "Habis tu selama ini berjumpa tu bagaimana?" "Ayusan yang telefon saya, saya sebenarnya tak mahu panjang-panjangkan pertemuan ini, sebab saya ingat diri saya Kaitosan; saya sudah berkahwin rasa bersalah pula nak minta nombor telefon perempuan lain, isteri orang pula tu!" "Habis tu bagaimana Ayu tahu telefon iDANsan...?" "Saya kasi kad saya!.." "Emmm! maknanya samalah tu, memberikan kad bermakna membuat langkah memanjangkan hubungan!" Betul juga apa yang Kaitosan cakap. Aku terdiam. "Jika ada niat lain, lupakan dia iDANsan!" "Entahlah Kaitosan, saya beri kad itu lantaran memikirkan dia orang Malaysia, kahwin pula dengan orang sini, niat tu sekadar mahu kenal, tak sangka pula dia mengadu hal macam-macam...!" "Habis tu mahu pergi ke rumahnya, nanti suami tak ada di rumah bagaimana?. Apa pandangan masyarakat, kami juga amat menjadi kehormatan keluarga!, lagi pun mana mungkin suami tak cemburu, iDANsan ini pun bukan calang-calang orang... rippa.. subarashii desu ne!.." Kaito telah memikirkan sejauh itu. "Okey!lah tak payahlah kita cerita itu lagi, katanya Kurodasan akan hantar saya ke Juo Machi itu!" Aku bawa cerita lain. Malas nak fikir soal Ayu. Kami makan apa yang ada. Aku beli roti di Harajuku tadi. Pelbagai jenis minuman ada di ruang kecil buat air minuman. Setiap meja orang Jepun ada sahaja gelasnya. Tengah hari selalunya ada orang hantar makanan. Aku suka tenguk bekas makanannya. Cantik. Kalau kita pakai mangkuk tingkat. Mereka guna bekas yang berlainan. Ikut Menu. "Iiya!, tak lama kan?, katanya tiga bulan sahaja iDANsan kat sana!' "Deshou!.. saya akan rindukan Tokyo nanti!" "Rindu sini balik sahaja nanti!" Kami kembali membuat kerja, berbual ketika rehat sahaja. Kerja surihan aku untuk negara Oman masih ada. Aku kena siapkan juga sebelum aku pergi. Dari jauh aku nampak si Matsushima senyum denganku. Hoshino; biasalah dengan rangginya. Kalau asyik perhatikan dia buat aku payah tidur malam sahaja. - bersambung

12 ulasan:

yus_anakmelayu berkata...

salam kenal =)

iDAN berkata...

Sdr Yus

Terima ksih sudi ke lama sesawang saya ini, tenguk Yus berpencak silat memang teruja.

Sebaiknya ilmu persilatan ini terusan diperkembangkan.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Patutla sdr iDAN banyak tahu ttg bahasa Jepun dan budaya Jepun, pernah menetap di Jepun rupanya. Tentu seronok~!

ajahare berkata...

salam ziarah
bestkan kat jepang?

iDAN berkata...

Sdr Ajahare

Rasanya bumi yang paling seronok adalah Tanah Suci Mekah & Madinah. Lepas itu dari pengalaman saya yang pernah ke Singapura, Thailand, UK, Indon & (Hongkong & Dubai jejak kaki saja.. transit).

Iyer selepas Mekah Madinah memang Jepun lebih aman & rasa selamat di sana. Ramai yang pernah ke sana mengatakan Jepun ini amat hormati orang lain & hak orang. Cumanya kos hidup mereka tinggi banding kita. Yen pun sudah berganda banding RM. Dedulu tahun 70an 60an sama kut 100 yen RM1. Sekarang tak lagi.

yangmanis berkata...

hahaha..tergelak saya tengok gambar budak punk menari tu.

kalau makanan kat sana..camana pulak abg idan? boleh telan ke semuanya?

iDAN berkata...

Sdr Nana

Saya belajar intensif Bahasa Jepun selama tujuh bulan dengan UiTM. Penat amat siang malam aa iii uuu eee oooo ka ki ku ke ko... tension amat, kena cakap, baca, nulis, dengar!. Taklah pandai sangat; saya dapat B sahaja ketika akhir semester. Payah amat nak dapat A dalam 200 org rasanya tak sampai 20% dapat A.

Ikut Dasar Pandang ke Timur. Lama dah, penghujung tahun 80an saya ke sana. Tak pasti masih ada ke JPA buat dasar ini lagi.

Kalau tidak pasal si Joe tu memang saya berada di Jepun mungkin hampir setahun. Sudah dapat tempat dah!, cumanya jodoh saya dengan Jepun tu sekadar enam bulan sahaja. Tapi memang banyak memberikan saya kenangan & pengajaran. Masa itu telah lebih dari lima tahun usia perkahwinan saya. Disyaratkan isteri tak boleh ikut. Itu yang sakit amat; masa itu pula tak ada anak; tujuh tahun kahwin tak ada anak; bayangkan bagaimana bergolaknya rumah tangga.

Seronoknya kalau bersama keluarga, saya baca blog pelajar kita di sana, yang belajar bertahun-tahun memanglah seronok. Tidak seperti kami pelatih yang sekejap ke sana!. Amat mencabar!.

Cetusan berkata...

kalau kawin orang Jepun terus lagu mano..hhee

Cetusan berkata...

Sdr Idan, dair Blog
http://cheryna.blogspot.com/

luar topik maaf.

>>>Pucuk Lidah Kerbau, Sulur Keladi Birah, Pucuk Tetek, Pucuk Pelanduk and Pucuk Sekentut.>>apakah ada nama lain??

iDAN berkata...

Pagi-pagi orang Jepun pun makan nasi juga. Nasinya macam pulut melekat sikit.

Tenguk tempat juga YangManis, kalau tempatnya nampak seketul daging babi memang; tak larat nak makan. KFC ada burger ikan. Abg ini jenis tak kisah sangat. Masa di Sagamihara sarapan dalam makan malam di asrama. Memang Mak angkat itu tak pernah masakkan daging, cuma nasi, sayur & ikan. Makan sahaja, janganlah nak periksa dapur pelbagai; memang akan kembang tekak. Dah tu di asrama tak boleh memasak, nak buat macam mana. Tengah hari abg selalunya makan roti sahaja. Sesekali beli nasi kosong & ikan bakar.

Di kedai makanan segera mereka banyak jual ikan bakar & nasi kosong yang dibungkus rapi. Sayur tu beli yang mentah sahaja macam tomato. Abg memang jenis suka makan berulam.

iDAN berkata...

Sdr Zeq

Ada rakan Dasar Pandang ke Timur yang kahwin dengan orang Jepun.

Senyap-senyap amoi Jepun tu jatuh cinta dengan dia, bila pelatih tu telah balik ke Malaysia barulah amoi Jepun itu kasi tahu keluarganya.

Keluarga Jepun itu datang ke Malaysia, minang Pelatih tu! kalau sudah jodoh memang kita tidak menduganya.

Dasar Pandang ke Timur bermula awal 80an lagi hingga kini ianya masih ujud antara Msia & jepun tetapi telah diubah perjanjian & kursusnya pun ditukar nama.

iDAN berkata...

Sambal Tempoyak Daun Kayu tu saya pun suka; tapi tak mahir buat sebab resepi itu orang NS yang memang rajin buat.

Tapi Zeq, kira pucuk tak mabuk boleh belaka.

Jika di Perak arwah emak rajin buat pencuk dari daun kayu; selain yang biasa dimakan orang, silum, pegaga, ulam raja, kadok & banyak lagi kita jarang dengar. jika telah 44 jenis daun pudin pun tak akan mabuk.

Pernah dengar pucuk sentang?. Khasiatnya macam tongkat ali, saya makan semua, pucuk mempelam, pucuk jering, petai belalang, putik petai bebalang sedap amat, bebuas, kelempung hutan, pucuk jambu, cekur, misai kucing, pucuk asam gelugur, pucuk betik, tetek tu maksudnya payu dara tak pernah pulak dengar pucuk tu; halbam, mengkudu, tenggek burung banyak jual di pasar. Banyak lagi tak teringat nak nulis.

Termasuklah sayur mentah, kacang panjang, buncis, peria katak, kobis, pucuk paku, sawi, daun bawang semua ini saya lebih suka makan mentah cicah sambal belacan atau budu. Kalau masak tu saya lebih suka masak bening atau rebus sahaja. Tumis tu jemulah.