iDAN

04 November 2009

Moh! Mandi Hujan (Santai)

Hujan

Masa kekecik dulu asyik kena marah emak sahaja kalau suka kuyup
mandi hujan. Mandi di cucur atap alamak nyamannya. Sejuk!.
Asyik kena jerit kalau bermain hujan takutnya bukan apa... petir!
bebudak manalah ingat itu semua.
Kecuali ada ketikanya hujan batu, memang arwah emak tak marah, bawa besen
tadah hujan kutip ais batu yang gugur.

Sudah besar panjang ni! siapa pun tak marah nak mandi hujan.
Moh! mandi hujan macam cerita hindustan tu!.

Lirik Sudirman - Hujan

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Di waktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...



Ceritera dari akhbar yang menarik sila klik situs bawah ini
Gelenggang

14 ulasan:

Cetusan berkata...

Kelantan menghampiri musim banjir,
.sesekali hujan pagi petang dan malam. air sejuk ..berbanding musim biasa..

iDAN berkata...

Saya kalau tunggang kapcai tak pernah ada baju hujan; kalau hujan sahaja main redah sahaja;

masalahnya sering tayar pancit redah hujan ni!.

Kelantan kalau musim hujan macam pesta; dulu si sofie rajin bawa rendang belalang kalau balik musim hujan; sedaplah pula rendang belalang tu!.

diya berkata...

seronok mandi hujan. mak pun tak marah. bukan macam mak2 zaman sekarang yang tak boleh langsung kena hujan. nanti demam lah katanya.. tapi Alhamdulillah kami adik-beradik bebas utk mandi hujan dan main pasir. xde pantang larang dan bebas dari sebarang penyakit..
kulit dah kebal kot. hehe..

Cetusan berkata...

..yer belalang kuning digoreng, sesedap udang,ragup

Tanpa Nama berkata...

Sebut nam sofie, mana agaknya dia sekarang. Dulu dengarnya jadi instructor IKM. Mungkin dah balik kelantan kot. Si fouzi pun dulu dengarnya balik kelantan jugak. Zaki pun kelik kelate jugak kot.

YB

iDAN berkata...

Sdr Diya

Terima kasih sudi klik ke blog saya ini.

Hujan zaman dulu bersih tanpa sebarang cemaran, sekarang ini kena tunggu kejap; dah agak lama hujan turun baru okey kut!, selalunya kena hujan zaman kini terasa badan tu meragam saja. Hujan asid.

Hujan itu rahmat, kalau tenguk org bercinta berpayung dalam hujan aduh! macam dengki pun ada.

Ikut alahan juga dalam 4 anak saya tu si Anif yang ketiga kulitnya sensitif sikit.

iDAN berkata...

Orang perak panggil belalang kunyit, ada yang jenis besar.

Tak ramai pandai buat rendang tu Zeq... kata sofie ianya dijual ikut sukatan tin. Syoknya jadi orang Kelantan. Banyak makanan di sana saya suka belaka..!

iDAN berkata...

Sahabatku YB.

(dua tiga hari ini saya kontak no ofis pepagi asyik tiada...cuti ke?)

Sofie katanya masih di Pahang, kalau tak silap kat Jerantut; dah naik pangkat siap ada bengkel pelbagai. Kira telah jadi VVIP juga di IKM tu.

Fauzi IT paling akhir kontak saya ingat-ingat mahu dah 10 tahun lebih!. Masa tu masih di sekitar KL ini. Tak tahu mana dia pergi sekarang.

Zaki tak jauh rumahnya dengan banglow En Razak. Masih kerja sana Terengganu; sekitar dua atau tiga tahun lalu ada kasi e-mel kat saya. Sekarang telah senyap!.

YB sahaja rasanya sahabat jauh yg rajin masih kontak saya. Yang lain tu macam tenggelam batu. Senyap.

Penabahari berkata...

Saya pernah juga berjalan dalam hujan ketika usia agak senja nie, bukan apa, saja nak mengingati zaman lalu yang telah lama dilupakan...seronok mandi dalam hujan ya, tapi awas...demam.

iDAN berkata...

Sdrku PenaBahari

Bila kita telah berumur ini terasa amat badan ini tak sekuat mana jika berhujan ni; sering jika saya kena hujan ketika menunggang kapcai tu; kena mandi air panas baru segar semula.

Lepas itu sedapnya tidur! Mana taknya sendi-sendi terasa sengal & lesu.

Samalah semasa kita kecil dulu, sudah tergigil-gigil mandi hujan dapat tuala kering & baju tebal ish! sedapnya badan.

Tanpa Nama berkata...

sekarang kene ujan kejap pon dh selsema 2-3 ari..kecik2 kemain lagi main ujan sampai lencun..air ujan dulu ngan sekarg dh x sama kot...miedmz@yahoo.com

iDAN berkata...

Sdr Miedmz...

Memang benar, paling bahaya awal hujan. Mungkin keladak, asid entah apa lagi yang terkumpul jatuh semula ke bumi. Jika telah lama & kerap hujan tak terasa sangat bisanya hujan zaman kini.

Faktor kedua mungkin juga umur, masa remaja antibody kita begitu kuat sudah berumur memang sakit badan ditimpa hujan!.

Apa-apa pun hujan itu rahmat. Bayangkan hujan malam beratap zink; aduh! sedapnya tidur!. Terima kasih sudi menyapa saya!.

Unknown berkata...

Saya pun suka bermandikan hujan bila naik motor...

tapi tu dulu la...
sekarang ni terpaksa mengelakkan hujan jika naik motor...

takut nanti laptop dan segala peralatan elektronik basah... nayo nanti

iDAN berkata...

Sdr Adyn:

Risiko memang tinggi naik kapcai dalam hujan, kut lori atau kereta lain tak nampak kita; kena pandu tepi jalan & pastikan lampu belakang itu hidup.

Saya memang suka berhujan dengan kapcai ini. Rasa macam hero hindustanlah pulak. Main hujan.

Jika bawa laptop dan segala peralatan elektronik; pastikan ada plastik tebal tersedia. Terbaik pasti tersimpan dalam beg itu plastik sampah yang hitam yang tebal. Bukan yang bunyi bising nipis itu. Ini amat penting bagi mereka bermotosikal. Kadang-kadang tengah lebuh raya memang tak jumpa tempat teduh. Hujan kalau nak lebat bukannya dapat kita duga.

Sdr Adyn.. terima kasih sudi nulis respon.