iDAN

05 November 2009

Moh! Masuk Hutan (Singgahsana)

Semasa aku di zaman kanak-kanak dulu, selain hobi berikan, memancing, tahan bubu, menaut ikan Haruan, tangkap ikan Pilai Lawan, menuba ikan malahan pernah buat bom untuk timbulkan ikan dengan menggunakan belerang mercun. Memang kreatif kanak-kanak zaman dulu.

Hobi lain ialah masuk hutan, bukan sekali dua demam kena Sampuk@ ketegor tapi memang tak serik-serik. Mana tak kena ketegor; semuanya diredah, perkampungan Orang Bunian pun habis di redah untuk melastik burung Punai Daun, Atau Burung Raja Pelanduk.

Aku juga pandai buat jebak dari batang Bertam. Sangkar semua tu memanglah asasnya kenal burung. Ikut musim kalau banyak burung pipit. Pikat burung pipit pun mendebarkan juga. Dedulu manalah ada getah perangkap tikus semua tu. Pikat burung pipit guna getah dari pokok Terap. Ada banyak jenis burung Pipit; yang popular adalah Pipit Uban & Pipit Tuli. Nak sebut jenis pipit mahu boleh buat jurnal 100 muka surat. Pipit Padi Burung Pipit Pinang Burung Pipit Rawa Burung Pipit Rimba Burung Pipit Tanah. Macam-macam pipit ada.

Burung Merbah pun syok juga melastiknya, dagingnya memang sedap. Merbah pun banyak jenis juga. Kalau tak jumpa burung Merbah, Punai atau Perling yang dagingnya agak besar. Burung Daun, Sepah Puteri pun jadi; Burung Daun ini biasanya buat sarang dengan menjahitnya di daun lebar. Sepah Puteri pula amat cantik ronanya, suka makan madu selalu ada di Pokok Dedalu. Jika musim buat Jerat Bingkas untuk burung Ruak-Ruak pun memarik juga. Ada yang panggil burung Ruak-Ruak ini burung ayam-ayam. Orang Dewasa rajin mendekut.

Menjaring burung juga menarik, selalunya ketika senja bila burung berkumpul mahu tidur. Langsung tak takut sendirian meredah hutan. Terserempak dengan ular sawa & tedung itu memang biasa; tapi memang tak pun takut & serik. Tenggiling pun sering ditemui jika masuk ke hutan. Itu namanya jiwa kanak-kanak.

Emm! kalau tanya kanak-kanak zaman sekarang, burung Pipit Uban pun mereka tak kenal. Ini kan pula Sepah Puteri & Burung Punai itu.

Kalau zaman itu boleh dikembalikan menarik juga. Asyik tenguk National Geographic rasa bosan juga. Kita mahu yang realiti.

Sila Klik URL ini jika mahu mengembara ke alam misteri paranormal iDAN di Tasik Bunian.

Diintai Puteri Bunian


11 ulasan:

Cetusan berkata...

Di Kelantan ada Pokok jentik2, pokok kayu besar seperti Keradas,keranji, serai kayu, pada hari cuti separuh hari lepak di dahan pokok tersebut.Megintai merbak nak masuk jerat.

Kini peringkat dewasa meniup seruling, SITAR di bendang, masuk pukat/jerat bersama umpan denak

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Membaca entry iDAN kali ni baru saya tahu sebenarnya burung pipit ada banyak jenis dan... dan... sebenarnya memang ada burung yang bernama punai. Selama ni saya tahu satu jenis burung je yang digelar punai (itu pun bukan burung yang sebenar2 burung).

Saya dilahirkan di Petaling Jaya, membesar di Klang. Dari kecil sampai usia saya 12 tahun aktiviti harian cumalah dibawa pembantu rumah bermain permainan masak2 di taman permainan kanak2 setiap pukul 5 hingga 6.30 petang.

Kampung saya di Segamat Johor tapi kampung saya tak serupa macam kampung pula, almaklumlah tidak ada sungai tempat mandi-manda atau aktiviti menarik yang iDAN berpeluang buat. Bila balik kampung aktivitinya makan nasi lemak sotong yang terkenal di stesen keretapi Segamat, dan lari2 di Rock Garden, taman bunga tempat pengantin cina selalu bergambar. Selain dari aktiviti pusing satu kampung kutip duit raya, tak ada apa lagi aktiviti lain yang pernah sy buat zaman kanak2 di kampung. Ruginya saya.

iDAN berkata...

Kalau di Perak, selain pokok Ara banyak burung berkumpul pada pokok Mempoyan, Jirak, Geryung, Remunai & paling tak lupa Ceri tempat saya berbulan madu!.

Pokok Ceri antara pokok yang amat redup sayangnya banyak ulat bulu. Selalunya kalau menjebak burung Merbah Jambul atau Merbah Kampung umpannya pisang sahaja.

Di kampung ramai menjaring, menjala & memancing sahaja.

iDAN berkata...

Nana!

Kalau di Perak sebut Punai akan dikatakan mencarut!.

Burung Punai dagingnya memang sedap, lebih sedap dari daging burung merpati. Burung Punai juga banyak jenis, Punai Daun, Punai Tanah, Punai Emas macam-macam jenis. Biasanya rona bulunya memang cantik. Terbangnya pula amat laju berbanding merpati. payah nak lastik burung ini. Biasanya arwah Apak rajin tembak burung Punai ini.

Sekarang makin pupus burung Punai ini, payah nak jumpa di kampung.

Klang tu sama kampung Kak Mila, Kak Mila kat Meru, kecik-kecik dia susah katanya. Noreh getah & jual nenas.

Kampung saya di Perak itu masih kekal bagai dulu, cumanya sekarang banyak tapak lombong. Malam-malam seram sebab tak banyak lampu jalan. Nantilah kalau saya siap rumah pusaka itu. Duitnya ada tapi risau kut! Kak Mila tu tak mahu menabung. Tu yang saya laburkan dulu.

Nanti kalau sudah siap bolehlah saya buat HomeStay macam Bro Mazidul kita tu. Banyak tempat menarik di kampung tu. Boleh kutip teratai & lawat kolam itek. Termasuk nak tenguk benda paranormal. Kellies Castle tu antara tempat berhantu tak jauh dari kampung saya.

Ingat Nana ni, pokok bakung pun tak kenal. Di Perak ada Telok Bakong pelbagai! Aktiviti di yang Nana cerita tu kira aktiviti bandar.

Segamat tu saya ada adik angkat pelajar di upm, sekarang dah kawin tinggal di Lumut. Dalam blog sya ada saya linkkan blog Labucinya.

Zeq ini orang kampung tahu dia pukat, memikat, mendekut burung segala. Sebut Rendang Belalang pun dia tahu!.

yangmanis berkata...

Saya merasa pengalaman meredah hutan-hutan ni bila selalu join aktiviti persatuan kembara semasa belajar dulu.

Tapi sayangnya, walaupun banyak hutan sudah kami masuki, budak-budak kembara ni jarang benar dapat menikmati dan menghayati khazanah hutan ini. Apakan tidaknya, bila berjalan semuanya laju aje, asalkan sampai tempat dituju.

Jarang-jarang dapat merasa pengalaman macam Abang Idan ceritakan. Pikat burung, menaut ikan..apa lagi kalau dapat membakar hasil tangkapan di tepi air terjun. Alahai..bestnya..

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Saya pernah 2 kali ke Kellies Castle. Ayah kata kali pertama masa saya agak kecil lagi. Kata ayah saya terkedek2 berjalan seorang ke satu bilik. Bila ayah panggil dan kejar saya, saya katakan "Ikut pakcik tu." Tapi yang sbnrnya tak ada sesiapa pun di hadapan sy atau bilik tu. Saya pun tak ingat kejadian ni tapi bila kali ke-2 datang ke sana, ayah bercerita dan tunjukkan kawasannya. Rasa seram sejuk pula masa tu.

Suami saya org Perak, sekampung pula dengan keluarga Bro Mazidul. Dari situ baru dapat rasa suasana kampung tiap kali balik raya. Dapat tgk org noreh, pegang susu getah, mandi sungai, menunggu durian jatuh, redah semak samun mencari paya nak mancing ikan bujuk. Pengalaman kanak-kanak yang saya baru dapat kutip bila besar. Saya teruja buat semua ni sampai kadang2 mertua pula pening tengok menantu perempuan masuk hutan, redah semak, panjat bukit mcm lelaki.

iDAN berkata...

YangManis,

Hujan itu banyak penjaganya. Saya pernah ikut kem motivasi di hutan Puchong. Ketika malam hutan ini amat cantik. Cahaya bulan yang jatuh ke daun kering bagaikan kerdipan bintang yang amat cantik.

Ketika mahu keluar hutan itu; biar dipandu Orang Asli kawasan itu, kumpulan kami sesat & masing-masing telah tak berdaya. Lebih dari dua jam meredah anak sungai dalam hujan lebat satu pengalaman yang amat menakutkan.

Hutan adalah tempat menarik apatah melihat flora & faunanya yang aneh & sukar ditemui disekitar kota kita.

Sayang hutan kini banyak jadi ladang getah & kelapa sawit. Padahal pokok herba & khazanah hutan jauh lebih berharga kalau kita majukan.

iDAN berkata...

Kellies Castle tu Nana, ada terowong yang kononnya mengarah ke Lumut. Banyak menyimpan kisah misteri; masa saya kecil ianya tak berjaga & terbiar begitu sahaja. Sekarang nak masuk kena berbayar. Terowong itu pun tak boleh dijejak lagi.

Sungai Bil itu pernah beberapa kali saya ke sana. ke rumah .. Yasin (YB nick dia dalan blog)YB tu kenal Bro Mazidul, memang itu sahaja ada kampungnya dekat air terjun itu kut!. Tak sangka pula keluarganya org sana. Kampung saya jauh lagi dari Tanjung Malim tu. Antara Kampar ke Gopeng ada simpang ke Kota Bharu.

Kampung saya tu kalau tak sebab lombong memang banyak sejarahnya. Sayangnya kini Kota Bharu kampung Kartunis LAT itu sudah macam Pekan Koboi sahaja.

Emmm! sudah dewasa masuk hutan memanglah merisaukan. Zaman kanak-kanak siapa nak hiraukan.

Cetusan berkata...

banyak istilah yang tak sama antara negeri2, ulam tumbuhanbuahan, burung dan makanan, kena tengok gambar.

eelobor berkata...

salam idan.....
best jgk masuk hutan kan? pernah jgk ikut kwn pergi memburu ayam hutan. tp dia pnya daging liat la...x leh nak makan & ada bau sket. jungle track pn best gak....panjat gunung, smua hobi masa² tgh gagah & larat dulu². skrg dh...surrender beb....

iDAN berkata...

Sdr eelobor

Nak tak liat daging itu boleh direbus dengan putik betik. daging ayam hutan memang sedap. Sama sedapnya dengan daging burung merpati atau ruak-ruak; Bila telah makin dewasa rasa sayang khazanah hutan ini takut pupus.

Saya pernah juga mendaki gunung & berkhemah di puncaknya. Memang menarik & mencabar. Cumanya kilat ketika hujan amat menakutkan. Rasa dekat sangat!.