iDAN
07 November 2009
Boleh Percayakah Nuffnang ini? (Delima Merkah)
Telah lebih dari dua bulan aku letakkan iklan Nuffnang Malaysia di sisi blog ini. Yang kelakarnya jumlah duit yang terkumpul hanya 75 sen tak berubah-ubah pun. Jika kita klik ke situs ini http://www.nuffnang.com.my bukan main lagi gahnya mereka mengatakan 3 juta pengunjung dalam 100,000 blog setiap hari.
Mungkin pemblog lain ada cerita manis tentang Nuffnang ini, setahu saya Bro Mazidul pernah mendapat cek RM200++ melalui blog beliau tetapi beliau tidak menceriterakan dari mana dia dapat cek tersebut.
Seharian mengikut kaunter yang saya guna. Bukan kauntern Nuffnang ada pengunjung yang klik blog ini sekitar 150 orang sehari. Yang sering berkunjung setakad ini sekitar 40 orang sahaja. Kiranya 40 orang ini adalah rakan setia di alam maya. Yang rajin respon kebanyakannya saya temui melalui pengunjung blog Bro Mazidul. Mereka adalah penulis blog yang memang aktif. Maknanya blog ini masih hingusan. Mentah amat.
Selebihnya sekitar 100 pelayar mungkin sekadar rajin mengamati tulisan saya, ramai juga terklik & tak berminat langsung tulisan saya. Memang saya tertanya-tanya juga apakah mereka menyukainya atau semakin beralih ke situs lain.
Berbalik ke Nuffnang tadi, Saya berharap dengan Nuffnang dapat mengukur kepopularan blog ini. Sebulan jika saya dapat menarik kira-kira 4,000 orang untuk klik blog ini; macam tak setimpal cuma diberikan sekadar 75 sen nilainya; Aduh!.
Bila saya lihat situs yang berjaya ramai kalangan dari blog kaum cina yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Apalah blog ber-Bahasa Melayu terpinggir?. Seperti blog ini http://hamletshero.blogspot.com yang berjaya ditempat sebagai Blog Terbaik bulan Julai 09. Tidak ramai pun respon dari pembacanya. Malahan pengikutnya juga tidak tertera berapa ramai. Tak baik kita pertikai urusan Nuffnang tetapi tentunya jika kita meletakkan iklan Nuffnang ini terkadang akan melambatkan tempo akses blog kita. Sejauh mana benarnya agihan duit terpijak ini aku pun tidak pasti.
Sila klik blog Nara yang memang menarik, antara pemenang dari blog Bahasa Melayu.
Tak letak iklan jangan harap dapat duit terpijak, jika diletakkan memang agak lambat & membuang masa pengunjung; Pun yang mahu kita persoalkan apakah ada satu diskriminasi dari mereka di Nuffnang?. Atau pun memang kita yang tak rajin berblog. Bagi mereka yang telah mendaftar sebagai ahli Nuffnang, jangan pula melatah. Kita seharusnya bersama mencari jalan agar blog kita menjadi popular & masing-masing mendapat imbuhan yang dijanjikan.
Sementelah syarikat yang diiklan di Nuffnang nampaknya belum lagi meragukan. Jika nampak pelik-pelik sebaiknya kita berpakat-pakat lupakan sahaja Nuffnang ini. Sebabnya melalui perisian untuk kita melayari blog ahli Nuffnang yang baru aku muat turun; banyak blog yang meletakkan iklan ini aku lihat amat aktif & bagus maklumat di dalamnya. Lantaran meletakkan Nuffnang sering tempo aksesnya terganggu hinggakan kita malas mahu menunggu & klik ke blog itu lagi.
Aku baru dalam mengenali Nuffnang mungkin ramai kalangan kita yang boleh memberikan respon & panduan tentang Nuffnang ini. Jika dirasakan Nuffnang ini okey!, biarkan saja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
bro,earning nuffnang tu tidsk akan meningkat selagi bro tsk wat blogwalking kat blog memmber nufnang len atau lbih sesuai dipanggil nuffnangers.
rasanya tiada soal diskriminasi di sini. persoalan yg ada ialah kerajinan seseorang nuffnangers tu.
klu nuffnangers tu rajin buat blogwalking, rajin bertegur sapa ngn nuffnangers yg len, sy yakin earningnya pasti meningkat.
sy sndiri pun sbenarnya baru jak meletakkan ads nuffnang kat tpt sy dan alhamdulillah, setiap minggu sy dpt pulangan dari ads tu wlupun sdkt.
jadi, sy rasa takda diskriminasi timbul dlm hal ini. sy pun orang melayu bro. sy tak terasa diskriminasi pun.
maaflah klu ayat sy tunggang langgang atau menyinggung hati bro. klu bro sudi, datang2 la ke blog saya.
www.juanghidup.blogspot.com
Mungkin kut!, saya jarang klik ke blog yang meletakkan nuffnang di blog mereka; maka itu tak berkembang pun.
Lagipun saya tak taruh apa yang perisian nuffnang kasi sekadar letak iklan kecil sahaja tak mahu asyik terganggu dengan pop up nuffnang.
Talian murah Streamyx ini memang agak perlahan. Maka memang tak mahu diganggu pop up yang pelik-pelik.
Tak apa jika nuffnang itu tidak ada sikap diskriminasi, baguslah jika begitu. Agar banyak lagi blog Bahasa Melayu dapat mengatasi blog bahasa asing itu.
boleh berkongsi, saya pun baru dlm nuffnad ni
Cubalah Zeq
Mana tahu kut! kita juga berjaya bagai Sdr kita Dari Sabah Pejuang Hidup itu lakukan masukkan (add) blogwalking itu; mungkin kita berjaya bagai Bro Mazidul dapatkan.
Saya pun tak tahu perlukan itu semua sebelum ini! add sahaja jika memang akses internet itu okey!. Selagi tak menganggu apa salahnya.
Dalam pertandingan blog yang nuffnang adakan memang ramai kalangan kaum asing yang berjaya. Tentunya mereka lebih aktif dari kita. Tetapi tidak mustahil blog Bahasa Melayu juga dapat mencelah. Kita kena berusaha.
Lagipun kita tak perlukan kos@modal apa pun hanya rajin bertegur sapa! itu sahaja. Selamat berusaha!.
actually it depends on your blog...
masa register lagi nuff dah mintak details kan?
newbies in nuffnang will only receive pay per click response.
bila unique visitor dah ramai, status akan bertukar dari ppc ke pay per impression.
kalau xgerak2, myb ade silap kat mane2...
fix it lah...
salam~
Terima Kasih Sdr Hellioz;
Saya pun baru sangat kenali Nuffnang ini, masih tak dapat tangkap perjalanan Nuffnang ini. lagipun blog saya tak sepopular mana.
Saya pasti kalau blog ini dapat menarik ramai lagi pengunjung mungkin impian mendapat label pay per impression akan tercapai.
Jika orang lain boleh berjaya kenapa kita tidak, maka itu maklumat sebegini amat penting agar kita sama-sama dapat menjayakan wasasan Nuffnang itu.
Catat Ulasan