iDAN

18 Disember 2009

Titian (Delima Merkah)

apakah titian ini menemui damai
atau sekadar payungan rindu
cintaku semakin kering & gugur Jika anda peminat puisi sesekali klik di sini terhimpunan sebahagian Puisi Penyair iDANRADZi

14 ulasan:

My Life My World berkata...

Cinta ... walau kering dan gugur, namun tetap semarak merah nyer. Merah sehingga menjadi debu dan di bawa angin lalu.

ardz amy berkata...

cantik.... tp gerun nak naik jambatan hehehe fobia sikit kalau jambatan ni tinggi terutama jambatan gantung...

Lia3003 berkata...

cantik..rasa2 nya kat mlaysia ada macam tu x?

Cetusan berkata...

salam sejuk mata,
andai bersumpah ditepi jambatan sehidup sesusah..
jika gagal terus terjun bersama-sama

Murni Alfathunnisa berkata...

nice pic....suke yg 1st tu...

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Titian abadi dan penentu destinasi terakhir ialah titian siratulmustaqim. Titian yang menakutkan bagi kebanyakan manusia sebab memikirkan mungkin banyak kesilapan dan dosa yang dah dilakukan kat atas bumi ini sehingga boleh menyebabkan kemungkinan gagal menyeberanginya menuju ke syurga.

iDAN berkata...

Ibunya Aran

Kita telah tua memang amat gayat dengan ketinggian; anak-anak manalah takut semua tu, saya hanya sekali sahaja naik ke kereta kabel di Langkawi tu; memang amat tinggi..!

Dalam masalah cinta ini, debu yang hilang itu yang sering kita kenangi & rasanya kehilangan itu tidak mungkin dapat ditukar ganti.

iDAN berkata...

Sha;

Sejak peristiwa jambatan jantng roboh di Kuala Dipang dekat kg abg tu memang tenguk jambatan tinggi macam ini terasa jeran, Abg pernah naik jambatan gantung paling gerun di Dusun Eko Resort Pahang; sudahlah masa itu abg ini sudah tua; jambatan tu pula cuma lorong papan kecil sangat, terhoyong hayang di puncak pokok lagi!. Adoi memang menakutkan.

Mungkin yang kedua panjang di Sunway Lagoon; ini tak takut sebab besar & nampak kukuh!.

iDAN berkata...

Sdr Liyana;

Taman Jepun sebenarnya di mana-mana negara ada; Di Malaysia kalau dulu di Ipoh ada sebuah taman namanya memang Taman Jepun; Di Jalan Tambun tak jauh dari Asrama saya tinggal; ada jam yang diletakan di bumi. Tapi manalah secantik di Jepun betul-betul.

Rakan saya Eris kata di Australia pun ada Taman Jepun; masa dia baru sampai selepas Raya Puasa tempoh hari memang musim bunga; dia kata Sakura di sana secantik di Jepun.

Mungkin rakan kita di luar negara sana boleh kasi kita gambar taman-taman indah di negara mereka!.

iDAN berkata...

Sdr Zeq;

Ada dua bangsa kita dengar sering terjun bunuh diri; kalau di Jepun mereka ini frush sebab gila kerja.

Kalau di India sering lantaran cinta terhalang!.

Kalau orang kita mungkin selain sebab di atas lantaran hutang keliling pinggang kut!.

iDAN berkata...

Sdr Siti Murni,

Saya suka yang tengah tu sebab ada kabus pun makwe berpayung!.

Atas tu macam kampung saya sahaja; menarik juga!. Saya memang gila hutan. Saya baru tenguk filem Avatar di panggung. Best gila!; kisah cinta di hutan. Tak puas tenguk sekali. Saya bengkak mata nangis di panggung tenguk bagaimana jahatnya Mat Saleh musnahkan hutan yang indah ini!.

Jangan tenguk VCD/DVD tak dapat kesan mendalam, tenguk wayangnya!.

Ajak kekasih atau keluarga tenguk cerita ini memang menarik!

iDAN berkata...

Sdr Diana,

Maka itu orang kata kita kena berkorban; dengan korban ini binatang tersebutlah kita akan meniti titian siratulmustaqim!;

Tak dapat saya bayangkan jika cuma sekali kita berkorban; seekor lembu kena kongsi bertujuh orang!. Kut! saya cuma dapat pegang ekor bukan tanduk lembu itu bagaimana iyer Diana!.

Perkara titian siratulmustaqim ini Diana bukan hayalan tapi kenyataan yang perlu kita hadapi nanti!.

azieazah berkata...

Jika kuat sekalipun kaki meniti titian, kalu titi sudah reput, menanti masa rebah...

jatuh juga kita ke bawah...

iDAN berkata...

Maka itu Dik Azah titian yang reput kena rajin dibaiki; kalau bukan kayu jati; kenalah dari waja atau bahan yang tak makan dek hari.

Kita memang selalu leka membiarkan titian kasih reput & tidak terurus!.