Begini responnya
Tanpa Nama berkata...
Salam,
Sedikit terpanggil untuk bertanya; maaf saya tak bernama. Anggap saja saya seorang pesakit.
Begini:
1. Kemungkinan untuk seorang isteri menyukai lelaki selain suami sendiri adalah wujud. (mari kita ruangkan kepada cinta internet sahaja)
2. Ada pelbagai faktor yg mempengaruhi;
a. Isteri memang tak cinta suami
b. Sang suami jauh atau tak melayan dan curang.
c. Isteri memang tak pernah kenal erti cinta dan melalui internet berkenalan dan mengetahui apa erti cinta
3. Isteri rasa bahawa hatinya tertarik dan menyukai lelaki tersebut.
4. Tanpa ada niat untuk melayani nafsu syahwat, isteri akur dan jatuh cinta.
5. Isteri tanya, adakah hukum atau nas yang jelas mengatakan Haram mencintai selain dari suami? Hadith mana? quran mana?
6. Melayan nafsu dan bertemu sapa berpegang tangan semua, isteri akui hukumnya jelas.
7. Isteri bertanya lagi, dosa kah mencinta?
Wallahua'lam.
Wakil Isteri
Kita ini manusia fitrahnya sama sahaja. Keujudan kita di dunia ini pun lantaran Adam & Hawa melanggar pantang. Jangan makan buah khuldi... dalam senyap-senyap makan juga, siapa yang menghasutnya. Kita bacalah ceritera ini di dalam kitab & banyak terdapat di internet (alam maya) muklamat lengkap tentang buah khuldi ini; antaranya
Fatawa: Apa yang dikatakan buah khuldi | |
Soalan : Apakah yang dikatakan buah khuldi? Apa maknanya didalam bahasa melayu? Apakah sebab tuhan menegah Nabi Adam memakannya? Dan dari manakah asal tumbuhnya? Jawapan: Tidak didapati nas quran dan hadith yang menerangkan bahawa khuldi itu nama suatu pokok atau buahnya. Maknanya dalam bahasa melayu ialah kekal kerana perkataan dan hasutan syaitan itu menerangkan siapa-siapa yang memakan dari sajarah itu nescaya kekal is didalam Syurga tiada mati selama-lamanya. Al-sajara itu ada khilaf (berbeza pendapat) diantara ulama kerana berlainan hadith yang menjadi alasan bagi mereka itu. Setengah berkata Al-Sajarah itu pokok kurma, dan setengah berkata pohon Al-Sanbalah. Keduanya ini mazhab ibnu Abbas dan setengah berkata pohon tin manakala setengah yang lain berkata pohon kayu dalam Syurga. Adapun sebab ditegah memakannya itu menunaikan kerana imtihan(ujian) daripada tuhan kepada Adam atau harus jadi mudharat memakannya. Tumbuhnya Al-Sajara itu dari Syurga. Negara asal : Malaysia Negeri : Kelantan Badan yang mengisu fatwa : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Penulis/Ulama : Datuk Haji Mohamad Shukri Bin Muhamad Tarikh Diisu : 1993 |
iDAN Menulis :
Kita ini memang keturunan lemah menghadapi ujian Ilahi. Maka itu dari generasi ke generasi kita keturunan Nabi Adam AS & Hawa bergelumang dengan perbagai masalah moral, maksiat, engkar hingga keturunan kita ramai ditimpa bala, malapetaka lantaran pembalasan Tuhan di dunia ini lagi. Namun kita masih tidak mahu sedar, degil, ego malahan bena tak bena sahaja.
Sdr Tanpa Nama bukan pesakit sebenarnya tetapi adalah gangguan sementara. Malahan amat mudah melenyapkan perasaan itu jika terusan mendekati diri dengan Allah Azzawajalla. Pendekatan yang ikhlas & tunduk akur. Taubat bersungguh-sungguh & yakinkan diri yang Nur Ilahi akan terusan menerang hati & sanubari.
Jawaban:
1. Bukan kemungkinan tetapi adalah fakta ujudnya masalah ini. Bukan hanya terhadap perempuan tetapi lelaki yang lemah seperti saya ini pun terperangkap. Sesungguhnya cinta internet (alam maya) sememangnya amat indah & mengasyikkan. Jika kita celik ICT perbagai boleh kita lampirkan melalui cinta alam maya; seperti kad maya yang bukan kaku, bunga bukan sekumtum yang pengap, irama atau audio cinta yang menggamit hati. Malahan boleh guna video berbual depan skrin dengan wajah kekasih terpapar nyata dimata 24 jam. Jika tak mahu usai.
Saya sendiri boleh buat perempuan atau isteri orang mabuk kepayang dengan asyiknya alam maya ini. Ini pernah saya lakukan hinggakan ada perempuan datang dinihari tak mahu pulang dari makmal komputer lantaran asyiknya alam maya ini. Cuma saya tak mahu tambah melagukan cinta, lantaran teringat Mila di rumah & anak-anak yang bakal purak peranda jika terikut dengan dugaan atau kejutan alam maya ini.
Jauh beda zaman dulu, sekadar surat atau telefon yang memerlukan belanja yang tinggi. Tidak nyata & menghairahkan. Lambat & penat (rindu) menanti balasan.
2. Memang antara faktor isteri boleh berubah hati; suami curang, suami tidak pandai menunjukkan rasa cinta... tak cinta rasanya cuma perasaan; Gangguan bersebab, mungkin semasa diijab kabul ada memang ada kekasih lain. Mungkin bukan pilihan hati, mungkin nikah pilihan orang tua.
Yang lebih utama tidak mengerti atau memahami matlamat perkahwinan yang dituntut oleh agama kita. Banyak juga berlaku isteri tidak menyintai suami lantaran terlampau mengharapkan suami itu sempurna. Tak mahu bersusah bersama, payah bersama dalam segala musibah & ujian Ilahi.
3. Rasa tertarik dengan lelaki lain, itu biasa; itu dinamakan Idola. Lelaki pun sama pasti ada seseorang perempuan Idolanya. Kalau bukan artis mungkin senyap-senyap menyukai gadis atau perempuan lain yang sering diperhatinya. Jika saya ditanya pun pasti ada Idolanya. Pernah saya sebut, rahsiakanlah.
Namun tertarik sampai terasa jatuh cinta, eloklah diperbetulkan tangkapan ini.
4. Biar pun tanpa terniat mahu melayan nafsu syahwat atau cinta bertunjangkan nafsu, sebaiknya diperbetulkan. Buat kata Sdr Zeq kita asyik gagal sahaja.. (Uniq jika perhubungan tanpa nafsu, berapa peratus, niat awal lama-lama kecundang.)
5. Hukum atau nas itu memang tak ujud sebab ini masalah baru, tetapi kita boleh berkias dalam banyak hal nanti saya berhujah jika boleh masuk akal. Macam masalah anak tabung uji, mana ada di zaman dulu tetapi sekarang dibolehkan oleh Majlis Fakwa Kebangsaan; bersyarat.
6. Itu yang paling kita takut, kes begini memang telah terbukti kita sering gagal, baca kisah Arwah Nasha di blog ini bagaimana cinta terhadap lelaki lain boleh sampai Arwah Nasha sahabat baik saya menbunuh diri sendiri.
7. Dosakah seorang isteri bercinta?. Saya mengatakan tidak jika kena pada tempatnya. Kalau berdosa bagaimana Islam memboleh isteri meminta fasah, khuluq & dll. Suami di penjara, atau suami berpemergian jauh tanpa memberi nafkah zahir & batin, suami curang, suami penagih. Itu hak isteri jatuh cinta dengan lelaki lain seperti juga hak suami yang boleh berpoligami.
Isu yang saya bangkit cinta terlarang adalah lantaran. Dalam perkara 3 & 4 ramai perempuan menjadikan kekurangan suami; alasan... dia boleh jatuh cinta dengan lelaki lain di alam maya atau melalui telefon & SMS. Kekurangan suami mungkin disebabkan kurang perhatian, sibuk mencari rezeki, mungkin suaminya tidak machoo, boroi, suaminya tidak pandai merayu & mengambil hati bagai kekasih hatinya yang baru. Suaminya mungkin terlalu ego, garang, melebihkan perhatian kepada keluarga sendiri. Suaminya bukan orang berstatus atau kaya raya. Iyer! masalah remeh temeh yang boleh dirunding atau disabarkan.
Jika kita memahami jodoh atau perkahwinan di dalam Islam pasti kita amat menyintai isteri atau suami kita. Cukup sebagai bukti janji AllahSWT. Jika jodoh kita ini kekal, isteri akan jadi Ketua@Ratu Bidadari di Syurga nanti. Bayangkan cantiknya isteri kita. Jika kita rajin membaca kitab ada ceritera yang sahih meriwayatkan bab Syurga & Neraka ini. Jika salah seorang dari Bidadari itu melihat ke bumi, nercaya reduplah sinar matahari dan bulan, akibat dari sinar kecantikannya. Jika menitis ke dunia satu titis dari air liurnya, nescaya air laut itu menjadi tawar kerana manisnya air liurnya. Bayangkan isteri kita jika menjadi Ketua Bidadari. Tak lojiklah Ketua Bidadari tak secantik Bidadari. Alahai! bagaimana cantiknya isteri kita nanti di Syurga. Terasa air liurnya pun kita sudah kemaruk. Abis tu! kenapa nak gila kejar perempuan di dunia ini?.
Bidadari tercantik ialah Ainul Mardhiah kisah sahabat Nabi yang mati syahid pernah bermimpi ketemu Ainul Mardhiah. Teramat cantik... (Saya ulangi) Jika seorang isteri Ketua Bidadari, pastinya lebih-lebih cantik.
Begitu juga perempuan. Suaminya di Syurga, takkan boroi semacam, tak miskin amat seperti saya ini, takkan hitam legam macam negro. (Di bawah ada saya kutip bayangan tentang suami kita) Jika kita fikir ke arah itu kenapa mesti perempuan mahu kejar lelaki lain. Jodoh pertemuan bukan kerja kita, ianya memang pemberian Tuhan.
Cinta itu cuma perasaan yang mungkin iyer yang tidak. Yang mungkin boleh kita capai yang mungkin terhalang.
Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk Syurga.” (HR. Al-Bazaar).
Sebaik-baik wanita adalah yang jika engkau melihatnya, akan membahagiakan dirimu, jika engkau memerintahnya akan mentaatimu, dan jika engkau tidak berada di sampingnya ia akan menjaga hartamu dan dirinya sendiri.” (HR. Ibnu Jarir dan Nasa’i dari Abu Hurairah ra).
“Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, kalau tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di Syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra).
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 Malaikat dan Bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Banyak lagi panduan yang dianjurkan agama agar kita menjadi Perempuan Soleha & isteri yang taat.
(Ini saya kutip dari alam maya)
KELEBIHAN SEORANG WANITA
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,
5. Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki Syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa Syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki Syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Sememangnya tidak berdosa menyintai lelaki lain jika kena tempatnya tetapi mana ada bab melayan kekasih mendapat pahala. Kekasih sekadar harapan & impian. Yang mungkin tercapai & mungkin juga tidak hayalan kita itu.
di Bawah ini banyak fakta kenapa mesti sang Isteri perlu menyintai suaminya agar sama-sama dapat masuk ke Syurga. Apalah matlamat hidup ini selain kita berharapkan dosa kita terampun & dapat di terima di Syurga.
Perlu diingat cinta itu adalah mainan hati. Hati yang melakukan dosa akan menitik hitamkan ia. Sedangkan menyakiti hati suami pun sudah berdosa, apatah lagi jika kita menyerahkan hati buat lelaki lain biar pun tidak bertunjangkan nafsu.
Apa ertinya diri@ isteri yang dimiliki tanpa punyai hati lagi buat seorang suami. Isteri dalam senyap membohongi suami malahan isteri yang menyintai orang lain ini ibarat menipu suami sendiri & diri sendiri. Mengejar fatamorgana. Apakah yang dikejar lelaki lain yang belum pasti miliknya untuk kekal di alam akhirat nanti. Sedangkan suami nanti amat kacak di Syurga, amat kaya, amat pengasih, tiada darjat Ir, Dr, Prof, Datuk, Dato' , Tan Sri perbagai di sana.
Antara sifat Bidadari yang diriwayat adalah amat rindu & menyintai suami. Jika isteri@Ketua Bidadari telah menyintai orang lain tentunya ini ada yang tidak kena. Takutnya lantaran mainan & hasutan syaitan. Bacalah antara kutipan di bawah ini.
Saya sangat berharap yang Sdr Tanpa Nama dapat mengembalikan hubungan & cinta sekali gus buat suaminya.
(Ini saya kutip dari Internet)
Antara Ceritera Penghuni Syurga.
Sesungguhnya di dalam Syurga itu berupa sesuatu yang belum pernah di lihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan belum pernah terlintas oleh hati manusia. Ahli Syurga bagaikan raja bersenang-lenang dengan penuh kenikmatan sedangkan umur mereka seusia dengan putera.
Usia mereka kekal selamanya 33 tahun yakni seusia ketika nabi Isa AS di angkat ke langit, manakala tinggi mereka pula setinggi nabi Adam AS yakni setinggi 60 hasta dan dalamnya lintang 7 hasta. Mereka sangat kacak dan suara mereka sangat merdu. Mata mereka seakan bercelak, putih kulitnya, tiada berbulu badannya kecuali di kepala (kerinting rambutnya), alis dan kelopak mata. Sedang janggut, misai, ketiak dan kemaluan licin tidak berbulu. Mereka tidak kencing dan tidak buang air besar, tidak berludah dan tidak berhingus dan peluh mereka berbau kasturi. Bejana mereka dari emas dan perak, sisir rambut mereka dari emas, kayu bakar mereka dari kayu gaharu yang harum (kayu kemenyan). Mereka sentiasa merasa aman dari azab. Hati mereka sentiasa bersatu dan tidak pernah berselisih dan benci membenci antara sesama mereka.
Mereka diberi pakaian dari sutera halus yang hijau dan tebal lagi tidak akan reput atau lusuh. Di kepala mereka ada mahkota yang dapat menerangi antara timur dan barat. Mereka juga diberi pakai 70 macam perhiasan yang berubah warnanya setiap jam, berbeza warna dengan perhiasan yang lain, sedang jari-jari mereka ada sepuluh cincin, terukir pada yang;
1. Salam alaikum bima shobartum (Selamat sejahtera kamu kerana kesabaran kamu)
2. Ud khuluha bisalamin aminin (Masuklah ke Syurga dengan selamat dan aman)
3. Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun (Itulah Syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu)
4. Rufi'at ankumul ahzana wal humum (Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita)
5. Albasakum alhuli wal hulal (Kami berimu pakaian dan perhiasan)
6. Zawwa jakum ul hurul iin (Kami kahwinkan kamu dengan bidadari)
7. Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun (Untuk mu dalam Syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu)
8. Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin (Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan Siddiqin)
9. Shirtum syababa laa tahromun (Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya)
10. Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran (Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya)
Penglihatan mereka dilapangkan sehingga ia memandang yang jauh-jauh seperti memandangnya dari jarak dekat. Penghabisan orang yang masuk Syurga dan paling rendah kedudukannya, diberi kerajaan sepanjang penglihatannya, serupa dengan jarak 100 tahun perjalanan. Dan didirikan bagi mereka kubah dari mutiara, zabarjat dan yakut. Lebarnya seperti antara Al-Jabiyah ke Sana'a.
Setiap pagi dan petang mereka diberi makan dengan 70,000 piring dari emas, sedangkan warna pada setiap piring tidak sama, sedang rasa makanan pada tiap suapan tidak sama, ditemukan rasa makanan pada suapan yang pertama sama rasanya dengan rasa pada suapan terakhir.
Terdapat 70,000 kampung yang terdiri dari mutiara dan yakut. Setiap kampung ada 70,000 rumah sedangkan rumah-rumah itu tidak satu pecah atau rosak. Sebahagian bangunan di Syurga diperbuat dari jalinan bata dari emas dan bata dari perak. Bumi Syurga dari perak, dan tanahnya dari misik atau za'faran, debu lantainya dari kasturi yang semerbak harum, dan kerikilnya mutiara serta yakut dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, daun dan buahnya berada di bawah, maka seseorang tidak menghadapi kesukaran untuk makan walaupun dalam keadaan berdiri, duduk ataupun baring.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna; putih, hijau, kuning dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik dan kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andaikata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah SWT. Pada setiap tangannya mengenakan 10 gelang dari emas, memakai cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata."
Sekurang-kurangnya penduduk Syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (Bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama. Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah SWT dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan-akan Bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka. Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih bercahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah SWT cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya.
Terdapat kemah-kemah yang mengandungi berpuluh-puluh bilik dari mutiara yang berlubang. Ada bilik yang bagaikan taman yang luas yang dipenuhi pohon-pohon palma dan di kelilingi sungai yang mengalir, yang tepiannya dilitupi oleh bunga mawar, melati dan lain-lain bunga yang tumbuh dari lembah. Ketika angin meniup taman bunga ini, seluruh taman dipenuhi bau harum semerbak. Di dalam bilik ada ruangan luas yang diperbuat dari kayu cendana dan pokok gaharu serta dilapisi dengan segala macam marmar berwarna. Berterbangan burung-burung seperti burung bul-bul, murai atau merpati yang pandai menyanyi. Setiap bilik dihiasi dengan perhiasan dari zamrud, batu merah, batu delima merah jingga, serta emas dan perak. Di dalam bilik yang sebegini indah inilah tempat tinggalnya bidadari itu. Mereka menantikan kedatangan suami mereka dengan menyanyikan lagu-lagu rindu bagaikan orang yang sedang mabuk cinta. Setiap kali mereka menyenandungkan lagu-lagu pujaan yang menyebut-nyebut suami mereka setiap itu pula bangkit nafsu kecemburuan mereka.
Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda: "Di sediakan tempat untuk berkumpulnya para bidadari, dan di sana mereka beryanyi semerdu suara yang belum pernah didengar oleh manusia suara semerdu itu. Kamilah yang kekal dan tak akan rosak (berubah), kamilah selalu senang tak pernah susah, kamilah yang puas rela tak akan marah, sungguh bahagia orang yang untuk kami dan kami untuknya."
Ketika mereka yakni suami bidadari melintasi kawasan perkemahan di mana para bidadari berkumpul, maka para bidadari akan menyambut kedatangan suami mereka dengan sepenuh jiwa dan raga mereka kepadanya. Para bidadari akan melayan sepenuhnya keinginan suaminya, bahkan menggoda supaya suaminya terus bermesra dengannya. Para bidadari sentiasa inginkan kehidupan di atas tilam-tilam sutera yang lembut, dengan cadar yang berilau-kilauan, sentiasa berpegangan erat tangan suaminya. Hubungan senggama bersama bidadari adalah hubungan kenikmatan tanpa sebarang keletihan, peluh mahupun kotoran berupa air mani. Seorang suami boleh menggauli 100 bidadari dalam sehari.
Bagi mereka yang menduduki Syurga 'Adn, mereka akan menduduki istana-istana yang diperbuat daripada mutiara. Di dalam setiap istana terdapat 70 buah rumah dari permata yakut merah. Di dalam setiap rumah terdapat 70 buah bilik dari zamrut hijau. Di dalam setiap bilik terdapat ranjang. Setiap ranjang terdapat 70 permaidani dalam pelbagai warna, dan setiap permaidani terdapat seorang bidadari. Mereka akan diberi hiasan gelang dari emas, berpakaian hijau dari sutera yang bersulam benang emas.
Ahli Syurga akan lupa akan segala kenikmatan yang mereka alami di dalam Syurga apabila mereka dihimpunkan dalam satu majlis yang agung. Majlis ini adalah kemuncak bagi segala kenikmatan bagi penduduk Syurga kerana di dalam majlis ini, mereka dapat mendengar dengan sendiri kalimat dari Allah SWT, dapat melihat Zat Allah SWT, dapat redha dari Allah SWT dan dapat pengisytiharan yang mereka akan hidup kekal selamanya di dalam Syurga oleh Allah SWT.
Wallahu'alam. Sdr Tanpa Nama...
Terlalu banyak boleh kita kutip & hayati kenapa Islam itu mahukan kita berhubung baik berumah tangga. Saya pastinya amat kecewa & terasa hampa jika Sdr Tanpa Nama tertipu dengan aura dunia yang amat kejap & sementara ini. Apatah lagi jika Sdr akan membuatkan suami hilang pertimbangan seperti kes Arwah Nasha. Takutnya di sana nanti kita dipersoalkan. Jelas dalam Hadits ini pun sudah cukup. Tak perlu rasanya kita merujuk kepada Para Mufti atau Ulama.
Sebaik-baik wanita adalah yang jika engkau melihatnya, akan membahagiakan dirimu, jika engkau memerintahnya akan mentaatimu, dan jika engkau tidak berada di sampingnya ia akan menjaga hartamu dan dirinya sendiri.” (HR. Ibnu Jarir dan Nasa’i dari Abu Hurairah RA).
Maksud antara yang tersirat. Bila waktu senggang, bilamana suami tiada di sisi haruslah menjaga hartamu & diri sendiri. Harta maksudnya, jika kita guna internet bukankah melibatkan elektrik, jika kita berSMS bukankah melibatkan wang ringgit. Duit siapa?. Bukankah duit bersama. Menjaga diri sendiri maksudnya termasuklah hati yang terletaknya rasa Cinta Terlarang tadi.
Terserah pada Ilahi.
19 ulasan:
2c;
Jauh tak melayan dan curang
di sini seolah2 menuntut keadilan dalam bercinta??suami bercinta itu curang, jadi isteri juga adahak bercinta? adakah di sini ada unsur balas dendam???
Dalam Suasana
Dalam suasana ketika bersama
Dengan adab dan adat-Nya,
meski di alam maya
adam dan hawa
Moga-moga beroleh rasa,
moga bersih zahir dan
batin kita
Bila mengikut
aturan-Nya
Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
18 Ogos 6.30 petang
_______
Peringatan kepada blogger
berlainan gender
Abang Idan..
Saya simpati juga pada kisah tak bernama-wakil isteri. Mungkin kerana saya juga seorang wanita maka dapat menyelami..
Ini yang terjadi selalunya..(panjang saya akan tulis ni:))
Banyak juga wanita berkahwin tanpa cinta, dianggap jodoh semata. Itu benar berlaku. Tapi wanita lembut hatinya. Kasih sayang bg mereka boleh dipupuk jika diberi sewajarnya.
Masalah yg terjadi, suami tidak peduli, kasar, curang, tidak beri perhatian, tidak pernah selesaikan sebarang masalah dsb.. malah lebih teruk.. memukul lagi. Bagaimana cinta akan terpupuk jika begini.
Si isteri bertahan bertahun-tahun hanya kerana anak..terjadinya anak pun.. hanya kerana menjalankan tugas sbg isteri..tanpa kasih sayang dan nafsu yg intim. (maaf menyentuh topik ini tapi saya fikir ianyanya valid)
Jadi abang Idan, salahkah isteri jatuh hati bila ada yang mengambil berat dan memberi sedikit kasih, walau terlarang? Adilkah pada dirinya? (Bagi kes sahabat saya, dia tahu batasannya..mrk meletakkan perimeter dlm perhubungan terlarang ini)
Bagaimana ya?
Bagi saya, topik hati dan jiwa ni mmg sukar.. subjektif.. abstract. Mungkin hanya yg mengalami akan memahaminya.
Islam memang ada jalan penyelesalaiannya..kan Abg Idan?
Bercerai? Berkahwin lagi? Fasakh? Poligami? Tepuk dada, tanya selera, tanya iman, tanya Dia..
~pesanan saya buat para suami/isteri, sayangilah dan hargailah pasangan kita sebaiknya selagi ada..ya..~
Sdr Zeq
Payung Emas yang dijanjikan itu sebenarnya memang tidak menarik di hati isteri...
Siapa agaknya yang lebih tamak dengan cinta?. Suami atau isteri.
Silapnya di situlah kita sering keliru mana yang hak & mana yang terlarang.
Bila yang hak itu kita jadikan terlarang kemudian selitkan rasa dendam maka memang rumah tangga itu akan terusan bergoncang!.
Bencana Alam.
Sahabatku Abuyon
Beroleh rasa
aromanya sering pahit di hati
amat payah mahu ditelan biarpun
yang ianya memangnya ubat
Aturan-Nya itu amat jelas
namun kita sering dilindungi kesuraman
seyogia itu namanya ujian
antara kehendak hati
nan terlalu payah dimengerti
Sementelah itu amat baik
jika gusar bayangkan janji Dia nan damai
jika sesat pandukan diri dengan iman
- Kenapa mesti hidup mahu diperkotak-katikkan.
Hi, it's a great blog.
I could tell how much efforts you've taken on it.
Keep doing!
Hari ini saya nak jadi sejiwa apokalis ..
cinta dan dicintai, biasanya suami orang lebih aroma dan chemistry dalam bab wanita, ada kelebihan bila ada yang mengharap.
Halangan kepada anak-anak, biarpun sama-sama mengetahui risiko,Sang Isteri pula bila tau suami mula beralih rasa??, dek anak-anak yang sudah besar, redha demi menjaga hati anak-anak, malah mungkin ada anak yang dewasa akan menasihati ibunya. Pertahankan rumahtangga, membiarkan perangai ayahnya adik-adik.
salahke?
Sdr Apokalips
Memang benar apa yang di alami Sdr kita si Sdr Tanpa Nama@Wakil Isteri... Dia memang teruji & iateri yang bernasib malang.
Rasanya untuk melepasi penderitaan ini akan mengambil masa yang panjang, mungkin berbalas tahun, mungkin juga sampai ke liang lahat. Sabarnya isteri ini insyaAllah akan dilimpahi rahmat Ilahi yang tentunya akan harum kuburnya.
Saya dapat rasakan cinta sejati yang terbit dalam dirinya. Cumanya ada ketika cinta itu tak payahlah dilafazkan, simpanlah di hati jika ianya benar-benar dapat mengimbangi deritanya di dalam rumah tangga.
Jika dilafazkan takutnya nanti kaum lelaki ini akan mengambil kesempatan di atas kelemahan perempuan. Jika memang telah dilafazkan; jauhkanlah pertemuan. Semua tahu kan... bagaikan kuota 9 nibah 1 pertimbangan akal nafsu antara lelaki perempuan.
Jika Sdr Tanpa Nama punyai anak, bersabarlah; banyakkan berdoa, solat hajat & istikharah pasti Allah SWT akan menemukan jalan terbaik. Berpisah cerai berai ini jauhkanlah; risikonya amat tinggi.
Jangan ikut cara artis, mereka berpisah yang menunggu semua orang kenamaan & berstatus. Kita orang biasa memang hidupnya beginilah.
Suaminya perlu didekati seseorang yang baik, keluarga kedua pihak juga perlulah berpakat menasihati anak-anak agar jangan ada yang terdera. Jangan sampai campur tangan orang ketiga akan tambah mengeruhkan keadaan. Sdr yang kenal rapat dengan Sdr Tanpa Nama ini kena selalu memberi nasihat yang baik-baik. Jangan sampai robohkan masjid yang telah dibina.
Rasanya suami begini ajak dikaunseling di Mahkamah Syariah pun tak mahu. Memang ini masalah rutin buat pasangan rumah tangga di Malaysia.. ianya makin meruncing.
Saya selalu menyebut alam maya ini ibarat pisau (pinjam dari fahaman Mantan PM kita).. pandai-pandailah kita menggunakannya.
Sabar & berdoa sahaja nampaknya akan menentukan segala.
tanpa nama,wanita mewakili isteri yang tanpa cinta sebelumnya, bukannya kategori tamak cinta, atasa faktor tersendiri umur??paksaan..
detik bermula memakan masa bertahun, makan hati jeruk rasa..bukan jeruk asam,,tau
Maaf abg idan,
saya dah tulis komen lanjutan..tetapi terlalu panjang tak di benarkan..
abg ada gmail? untuk saya hantar?
yg tak bernama
Salam Sdr Idan & pembaca sekalian.
Salam juga kepada Sdr Tanpa Nama @ Wakil Isteri.
Sesungguhnya diri ini malu untuk bercerita dan meluahkan rasa kerana tahu tindakan ini tidak sepatutnya (berdosa menceritakan hal rumahtangga kepada org lain).
Sebagai isteri dalam dilema yang mana rumahtangga dibina atas dasar kasihan dan perhubungan yang berlangsung penuh sindiran dan cacian .. menjadikan diri ini terlalu keliru untuk memilih jalan yang terbaik. Mahu menjadi isteri solehah yang bertahan hingga diambil hayat atau wanita solehah yang hidup membenci kaum Adam seumur hayat.
Diri ini tahu tentang salah laku dan hukuman Nya kerana menjebakkan diri ke dalam cinta terlarang. Tidak terlintas langsung mahupun mencari kasih lain seorang Adam di luar sana. Perkenalan dengan dia sudah terjalin tahun sebelumnya dan dihentikan kerana diri mengatakan kaum Adam adalah pendusta yang pakar memutarbelitkan perasaan kaum Hawa.
Di kala jiwa ini sudah rosak kerana diracuni dengan ayat2 nista suami ..
Di kala hati ini sudah dikatup rapat dan keras membatu untuk tergoda dengan pujuk rayu suami ..
Dan di kala tubuh ini sudah cukup menderita dan fobia dengan perlakuan keras suami ..
Si dia muncul menyapa setelah lama terputus dan hari-hari berikutnya persahabatan bertukar percintaan. Pelik tapi benar, percintaan tanpa bertunjangkan nafsu serakah kerana tidak mahu mamalitkan diri dengan dosa zina.
Marahkan anak-anak hingga menyebut kekurangan isteri, marahkan isteri hingga menyentuh keturunan dan bangsa diri. Berkuasakah diri ini untuk memilih susur galur mana yang terpuji?.. Berhakkah diri ini menetapkan keturunan berjati diri? Berupayakah diri ini memilih rahim mana untuk melahirkan diri? Hina sangatkah kejadian diri ini? Atas alasan itukah maka suami mula mencari peluang, berlaku curang?
Memilih untuk berdiam diumpamakan bercakap dengan dinding, memilih untuk berkata.. bersiaplah menahan diri. Melindungkan anak-anak, badan sendiri dipukuli. Tidak berganjak mahupun mengelak kerana percaya itulah cara membersihkan dosa pada suami. Pernah terfikir jika suatu hari suami mengamuk mengacukan pisau, tak mungkin diri akan bergerak. Hanya akan menunggu dan merenung pisau itu menghampiri dan menembusi diri .. jika itulah penyelesaian terbaik untuk kisah sedih ini.
Bingung dan celaru dengan kenyataan ini "Syurga isteri dibawah telapak kaki suami"
Wakil Isteri
Sdr Zeq,
Benar apa yang Zeq katakan, suami orang selalunya lebih matang & sabar dalam bertindak. Maka itu bukan perkara pelik apa yang dialami Sdr Tanpa Nama.
Saya pun amat simpati akan masalah Sdr Tanpa Nama. Tapi mahu buat bagaimana. Jika saya di tempat suaminya pasti berusaha membaiki diri. Bercinta dengan suami orang ini berisikokan perbagai kemungkinan.
Pertamanya akan dapatkah suami sendiri menerima hakikat yang dia telah tewas dalam mengambil hati isteri sendiri. Biasanya suami akan melenting & bertindak negatif bilamana tahu isterinya jatuh hati dengan lelaki lain; tanpa mahu sedar kesilapan yang dia lakukan. Itu biasa.
Ada juga keadaan suami yang begini telah ada perempuan lain, berlaku curang & boleh menerima situasi keruntuhan masjid yang dibina.
Seterusnya..anak-anak pula bagaimana?. Betul kata Zeq, biasanya anak-anak yang telah dewasa mahukan ibunya pertahankan rumahtangga. Tapi bukan semua, saya pernah ke mahkamah syariah; anak dara yang mendorong kuat agar ibunya menuntut fasah. Ayahnya yang berbual dengan saya berkata.
"Pakcik rasa malu nak datang ke sini nak!... kalau macam anak ini bergaduh dalam rumah tangga memang perkara biasa..!!" Masa itu saya tenguk si anak becok berbual dengan ibunya menunggu masuk ke kamat kaunselor, tak pandang pun ke arah kami berbual.
Tapi deria ke enam saya merasakan ada tak kena di sebelah pihak sana. Saya lihat wajah & airmuka Pakcik sebelah saya baik sangat orangnya. Tak tahulah kot saya tertipu.
Bukan tamak cinta yang dirasai oleh Sdr Tanpa Nama tapi cinta yang terbiar.
Maka itu suami sebagai ketua rumah tangga kena ambil iktibar; langkah Sdr Tanpa Nama saya yakin masih boleh dikawal. Sang suami yang kena banyakkan mendekati isterinya & buang sikap ego... garang. kena banyakkan tumpuan membaiki kekeruhan rumah tangga. Jangan berlaku curang lagi, buat cara baik jika memang mahu berpoligami. Ingat nasib anak-anak jika terjadinya perceraian.
e-mel saya di yahoo & gmail sama sahaja menggunakan ID idanradzi
idanradzi@gmail.com
idanradzi@yahoo.com
Saya jarang buka e-mel hanya seharian buka blog. Namun dalam seminggu pasti ada sesekali saya klik kedua-dua e-mel di atas.
Salam Abang Idan dan sahabat di sini..
Saya ingin perkenalkan diri sebagai Wakil Isteri 2. Kisah saya juga hampir sama dengan Wakil Isteri yang pertama.
Berkahwin tanpa rasa kasih mahupun cinta. Sebelum bertunang lagi telah mula rasa tiada keserasian mahupun kesefahaman. Tiada cinta, sayang mahupun suka. Tetapi hanya kerana keluarga telah tahu saya berkawan dengan dia.. maka diteruskan sahaja. Dan bila berlakunya akad nikah..maka memang benarlah jodoh itu yang ditentukan oleh tuhan.
Perkahwinan yang tidak pernah sedikit pun membahagiakan. Penuh kata-kata yang menikam jiwa, herdikan, diabaikan, sering ditinggalkan umpama tiada harga. Saya dilayan umpama pekerja dalam rumahtangga.
Tidak pernah langsung diri ini merasa menjadi isteri. Malah hampir semua perkara diuruskan sendiri. Saya membina kekuatan diri..terpaksa berdikari. Saya bertahan..dan terus bertahan.
Perbalahan demi perbalahan berlaku dalam 10 tahun ini. Ditolak, dihina, dikata pelabagai. Jiwa amat terseksa. Kasihan anak yang melihat dan mendengar setiap hari.
Kini.. setelah bertahun-tahun bertahan dan berfikir.. saya mengambil keputusan, berpisah mungkin jalan terbaik. Bila diberitahu pada suami..ia mengamuk lagi dan lagi. Hanya dalam bulan Ramadhan ini suami mula menerima hakikat yang pekerja rumahtangga ini sudah nekad mahu berhenti.
Bagi saya.. Syurga masih di bawah kaki ibu.. keran hanya ibu dan ayah yang benar-benar mengasihi dan memahami penderitaan ini.
Wakil isteri 2
Kasih lelaki seluas lautan? Saya kira wajar dikaitkan isu ini disini.
Saya bersimpati dan sayu dengan pelbagai kisah isteri-isteri yang terabai dan tidak dihargai. Itu penyebab kami-kami (sekadar mewakili semua) ini mudah tersentuh hati bila ada yang sudi memberi sedikit kasih dan perhatian. Bersebab mengapa isteri-isteri ini terjebak dengan cinta terlarang sebegini.
Bagaimana pula sang suami? Benarkah kasih lelaki seluas lautan..maka boleh dikongsi bersama isteri, keluarga dan mereka yang memerlukan? Ini kata seorang sahabat yang terjebak dalam cinta selain dari isteri. Adakah itu penyebab suami boleh berlaku curang..jika tidak curang dalam perbuatan pun..tetapi curang hati dan zina perkataan.
Bagaimana ya tentang ini?
Mungkinkah perlukan satu lagi topik baru disini?
Sekadar untuk berdiskusi..
"...Pakcik sebelah saya baik sangat orangnya. Tak tahulah kot saya tertipu"..
rasa-rasanya Pakcik itu adalah saya.
qah qah qah..(lawak sepetang)
Sdr Wakil Isteri...
Pun... Yang Tak Bernama..
Jangan paparkan identiti; agar aib keluarga tidak sampai diperkatakan orang. Rasanya tak salah untuk kita sama-sama berkongsi masalah di blog begini. Pasti ramai kalangan pembaca juga pernah menghadapi masalah yang sama & saya juga amat berhadap ada yang terbuka minda memberikan nasihat sesama kita.
Saya mengandaikan Sdr Wakil Isteri ini punyai masalah suami yang tidak menyempurnakan tanggungjawab malahan sering menghina isteri. Ego, kasar, & payah mengawal perasaan ketika berbalah.
Rumah tangga Sdr Wakil Isteri tergugat lantaran ujud simpati & rasa cinta dari perhatian suami orang yang dikenali di internet. Apakah ini dosa!, saya telah mengupas masalah ini berdasarkan kias & pandangan peribadi saya.
Saya mengatakan iyer berdosa!.
(sebenarnya saya suka tulis rumahtangga agar ianya rapat... bahasa baku DBP mahukan ianya berjarak... payahlah amat BM ini)
Namun dalam satu keadaan saya dapat merasakan masalah Sdr Wakil Isteri masih okey!, belum pun sampai terlanjur atau nazak. Perlulah diingat niat melakukan perkara mungkar, jahat, zina atau sebagainya masih belum dicatatkan dosa. Kecuali telah melakukan perbuatan terlarang tersebut. Dosa pun banyak peringkat. Berbeda niat ingin melakukan kebaikan pasti mendapat pahala & berganda jika melakukan kebaikan itu.
Jadinya masalah Sdr Wakil Isteri masih boleh diselamatkan.
Pertama yang kena insaf & sedar adalah Sang Suaminya. Dia punca perbalahan. Bagaimana mahu menyedarkan Sang suami. Kena fikirkan. Ada ketika suami sedar dengan sendiri memakan masa kena bersabar. Ada ketika dia dapat nasihat dari orang yang diseganinya. Ada juga dengan berkat doa kita.
Sdr Wakil Isteri cumanya kena banyak mengawal diri, jangan menjawab ketika berbalah, jangan tegur ketika suami nampak tak keruan. Jauhkan bergaduh depan anak-anak. Selamatkan diri kalau diugut. Amat bahaya jika ada senjata di tangan. Syaitan akan masuk... perbagai boleh berlaku.
Umur pun memainkan peranan; Saya tak pasti umur Sdr Wakil Isteri berapa. Tapi terus terangkan saya katakan saya dah masuk 50an pun terkadang baran juga. Cumanya sudah tua-tua ini cepat sedar & sentiasa akan memaafkan.
Rasanya cinta sejati di internet itu jika memang tanpa tunjang nafsu, boleh dilupakan demi menjaga hati suami.
Masalah yang besar sekarang bagaimana mahu mengembalikan rasa cinta terhadap suami.(kalau tak pernah cinta suami... bagaimana mahu membina rasa cinta terhadap suami)
Banyak cara, salah satunya... itu yang saya tulis kita kena banyak membayangkan yang kita ini mahu jadi Isteri Soleha, Suami bertanggungjawab mahu hidup bersampai suami isteri sampai akhirat nanti. Kena yakinkan hati itu... suami di sana bukan suami di dunia, orang nya sama tapi watak, ragam & perangainya jauh berbeda. Itu memang jelas tertulis di kitab ajaran agama kita.
Sementera di dunia ini bayangkanlah selalu, apa yang suami atau isteri kita itu ada pada dirinya; perkara yang baik-baik. Yang baik-baik sahaja... takkan tak ada.
Macam saya, orang rumah saya tu pemurah. Dia rajin tolong keluarga & saudara mara. Taat ibadah, kalau tak ada dia saya asyik terbabas subuh. Pandai baca Quran, anak-anak pandai baca Al Quran semua hasil tunjuk ajar dia...!
Benda-benda macam itu yang akan membuat kita cepat sejuk hati hilang rasa dendam terhadap suami atau isteri. Tak kan tak ada yang baik watak pasangan kita.
Yang selalu jadi parah tu begini; Orang rumah saya kalau marah mesti cakap Jawa, saya pula tak faham. Pernah saya sebut keturunannya .. Oii Jawa..... Isk! macam memarakkan api kemarahan. Satu sudut memang kita rasa kita okey.. kalau dia asyik cakap Jawa entah-entah dia ngata kita; bila bergaduh takkan puji-puji segala... Apa salah kita sebut perkataan Jawa itu;.. Jangan!. Itu memang mencari nahas!
Sama kalau kita cabar;
"Kalau awak dah gila sangat dengan perempuan tu, pergilah ikut dia!.."
- bersambung
... sambungan
Lelaki kalau dicabar pantang datuk neneknya. Semua lelaki ego macam itu. Tak baliklah dia. Memang ego.
Sudah pening dengan isteri muda patah balik ke isteri tua. Muka sardin.
Ada baiknya nampak panas sangat bergaduh isteri elok diam. Paling bagus menangis!. Rasanya semua lelaki akan sejuk hati dengan tangisan isteri. Isteri yang payah menangis asyik menjawab ini yang jadi bahana bagi suami.
Saya ada cara kalau sedih sangat!. Tenguk cerita keluarga, cerita cinta, tak kiralah Korea ke, Jepun ke atau Hindustan; Carilah cerita yang bermoral. Jangan pula cerita gaduh! atau rebut-rebut kekasih macam cerita Indon. Menangis puas-puas, biar bengkak mata. Memang rasa diri itu tenang.
Paling afdal mengadu dengan Tuhan. Allah Azzawajalla. Sembahyang tengah malam ketika semua orang tengah lena tidur. Sembahyang hajat minta tenangkan hati itu.
Banyak lagi rasa menghilangkan kekeruhan. Kena carilah. Kadang-kadang kawan yang baik pun boleh membantu.. bukan penghasut!!. Dalang atau batu api. Jangan cerita kepada kawan kaki mengadu domba. Kita yang aib nanti.
Banyakkan beriadah, pergi tempat yang dapat mendamaikan perasaan. Sesekali pujuk suami itu pergi bercuti dengan keluarga. Jangan bawa adik beradik, tumpukan perhatian kepada anak & suami sahaja.
Kunjung mengunjung ke rumah saudara mara. Berpura-pura kita ini bahagia, tak apa. Lama-lama masa akan merubah segala.
Jangan fikir sangatlah masalah hati itu. Sdr Wakil Isteri kena fahami ramai manusia di luar sana simpati; tapi kami memang tak boleh tolong secara berdepan. Sebabnya yang lebih tahu & bertanggungjawab adalah Sdr & suami. Berpakat-pakatlah.
Ingatlah selalu pesan saya ini. Jodoh pertemuaan ini bukan hak kita, dia adalah pemberian Ilahi. Apa jua terjadi memang itu adalah anugerah & ujian daripada Dia Nan Esa.
Bersabarlah!.
Sdr Zeq...
Lelaki ini kan ke pandai berkata-kata!
Saya agak kot! Pakcik ini nak nikah lagi! tu yang anak dara dia pun marah amat!.. Malaslah nak korek cerita sebenar.. Masa itu pun saya tengah gabra nak mengadap kaunselor tu!...
Kisah tahun 80an!
Catat Ulasan