iDAN
11 September 2009
Hidup Tanpa Ubat (Singgahsana)
Semalam tak sempat makan ubat, selalunya aku makan ubat ketika bersahur. Sebaiknya selepas berbuka tetapi aku amat risau akan sindromnya ubat ini. Taku tak mampu buka mata, terlelap & tinggallah Tarawih pelbagai. Ada enam jenis pill terpaksa aku telan. Tidak boleh tidak memang itu telah dijadualkan oleh doktor.
Jika Doktor Imah baca blog ini pasti dia marah, kenapa mesti boleh tersasar jadual permakanan ubat ini. Tak disengajakan. Selalunya aku bergantung dengan Mila untuk bersahur. Dia yang selalu kejutkan ketika bersahur. Sejak sakit kronik ini menyerang memang tidur aku amat lena. Berdengkor sampai ke pagi. Ubat paling kuat menghentam badan adalah ubat kolestrol. Lipitor/Atorvastatin. Memang ditariknya semua sendi & urat saraf. Peluh jangan ceritalah. Selalu aku bangun 3:00 pagi terpaksa cari air lantaran dahagalah amat. Rambut & bantal basah kuyup dengan peluh. Sindrom ubatan yang memang kuat amat.
Ubat darah tinggi pula jika terbabas tak makan maksima dua hari, badan telah goyang & hayal tak seimbang. Ada tiga jenis ubat darah tinggi terpaksa aku telan. Ubat cairkan darah untuk jantung aku telah dikurangkan. Sindrom ubat cairkan darah ini terasa pedih hati. Pakar jantung telah buat ujian terapi katanya jantungku normal cuma untuk kepastian bulan Disember nanti kena pergi Ujian Stres. Ubat Diabetes jika tak ikut jadual pasti glukos akan melonjak naik. Purata bagi temph tiga bulan bacaan glukosku sekitar 7.5 mmo/L. Doktor pakar kata sempadan; kira okeylah tu!. Jangan sampai 8.++ mmo/L amat bahaya. Apatah lagi jika mereka yang bacaanya belasan mmo/L.
Sahur tadi tak sempat nak telah semua ubat telah bergema Azan. Nampaknya aku terpaksa hidup tanpa ubat. Terpaksa juga nampaknya makan ubat selepas berbuka. Jangan sampai terlelap ketika Tarawih sudahlah.
Pernah terjadi ketika aku sembahyang Tarawih di Masjid UPM, ketika sujud sejadah aku terlelap habis; tau-tau jemaah telah bangun dari sujud sejadah. Macam mana itu?. Naiflah sangat badan kita ini.
Sejak bertahun-tahun lalu aku masih memilih Surau Bunian tempat paling damai berjemaah. Biar pun jemaahnya tidak seramai Jenaris namun persekitarannya amat tenang & selesa. Masjid Kajang seperti biasalah suasananya.
Hari ini 22 Ramadan 1430 , cepat amat masa berlalu; sekitar seminggu sahaja lagi kita berpuasa. Tak lama lagi akan berhari raya. Aku hanya baru beli sepasang Baju Melayu di Kamdar; sebulan lalu. Itu pun lantaran tawaran harga murahnya. Kamdar sekitar 200 meter sahaja dari rumahku. Tak ramai pengunjung ke Kamdar nampaknya orang kita lebih suka ke Sogo atau Packson mahukan yang berjenama belaka.
Nak beraya dalam badan tak sesihat mana, rasanya pastilah tak semeriah mana. Moh! beraya di Meru. Minggu hadapan sudah pasti aku akan ke sana. Sedapnya lontong & Sambal Lode.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
amboi manyaknya ubat sdr...saya fobia ubat hee
salam sahabatku,
Tak cuba ubat
HPA
Sdr Zeq
Dah doktor paksa makan, tak boleh tidak pula tu. Huh! sekitar tiga tahun kot... makan ubat dah macam makan kekacang saja..
Sahabatku Abuyon
Saya lebih suka makan ubatan herba cina, buat masa ini saya amalkan makan Goji segar tanpa campuran apa pun & herba Shilintong untuk buah pinggang. Nampak okey!
Catat Ulasan