iDAN

08 Disember 2009

MMms 23 Sendirian di Hospital Serdang (Singgahsana)

Hari ini entah kali ke berapa aku akan sendirian di Klinik Kardio Hospital Serdang. Sekitar jam 9:00 pagi aku pasti sampai ke sana. Parkir semakin payah di sana. Masa terluang ini aku teringat mahu buka blogku, ada khabar dari Eris di Australia hari ini. Memang bila aku semak² pengunjung yang datang melalui kaunter di blog ini aku perasan pasti tiap minggu ada pengunjung dari negara kanggaru itu klik²@ketikblog ini tapi tak pernah kasi respon.

Semalam pun entah apa mimpi aku ketik Facebook@FB, sungguh aku tak mahir dengan menu² di FB. Sekadar teringat pesanan Eris, dia akan aktifkan FBnya, bila sampai di Australia. Diam tak diam, telah ada sekitar 40 orang rakan di FB sana tapi tak kenal pun siapa. Aku teruja sebab nampak nama Sri Diah dalam kelompok rakan sasteraku itu, apakah Sri Diah penulis yang aku kenal sejak 80an lagi. Entahlah!. Aku menggunakan penama idanradzi di FB. Aku perasan Eris ada klik² FB tapi masih belum pun jadi rakanku.

Aku dengar Mila & anak-anak berminat nak melancong ke Australia sekitar dua tahun lagi. Itu impian mereka jika punyai bajet yang okey!. Dua tahun lagi insya-Allah semua anakku telah lebih kukuh dalam pembelajarannya. Afiz akan habis belajar dari Poli, Aziq telah tahu SPMnya & pasti tahu maha arah tujuannnya, Anif pun akan selesai PMRnya, Azim pun akan lepas UPSRnya. Memang masa terbaik sekitar tahun 2011 jika umurku panjang adalah masa terbaik untuk melancong jauh. Keluar Malaya. Paling jauh anak-anakku naik kapal terbang Afiz pernah ke Phuket Thailand, masa dia umur sekitar 4 tahun. Yang lain sekadar naik kapal terbang ke Sarawak. Baguslah kalau mereka ada impian berjalan jauh.


Hujung bulan aku akan melancong sekitar semenanjung; tak pasti mahu ke mana, Mila berminat ke Cherating, aku rasa sekarang musim tak menentu, asyik² banjir di sana; laut pula bergelora, aku lebih minat ke sekitar pantai barat ini. Selat Melaka mungkin kurang gelombang lautnya. Boleh berendam di laut. Aku telah menelefon beberapa tempat penginapan di sekitar Lumut; Teluk Batik yang lama tak ke sana. Siapa pernah pergi ke sini?. Marina Cove Resort dalam gambar melalui laman sesawangnya nampak macam okey! sahaja. Semalam aku telefon bahagian informasinya; katanya masih banyak apartmentnya kosong!. Nak sewa apartmentnya dua bilik terlampaulah mahal, rasanya kalau apartment sebilik muatkah!.

Inilah masalah kita orang Malaya, tempat peranginan begini terlampau mahal bagi orang biasa, memang kena banyak bajetnya. Jika semalam sampai sekadar RM300 sekadar sewa penginapan, apa lagi bajet perjalanan, makanan pun kena ingat awal tahun nanti duit pendaftaran sekolah!. Ini antara faktor memang kita Melayu Malaya kurang melancong. Bila aku telefon chalet yang sederhana sekitar RM150 sewanya; seperti chalet Kenangan Resort. Penuh. Sampai 2hb Januari 2010 penuh. Penyambut telefonya pun amat egois (Xsen bahasa pasarnya) jawab telefon lebih kurang warden penjara sahaja.

Jika kerajaan kita bijak kena banyakkan chalet begini, untuk sebuah keluarga tempatan melancong. Bantu usahawan begini; biar banyak saingan, maka tidaklah panas telinga terima jawapan penyambut telefon yang egois tadio. Hotel empat lima bintang belum tentu orang biasa mampu ke sana. Bagi Mat Saleh yang matawangnya tinggi rasanya memang tak jadi masalah.

Semua itu kena kesihatan yang okey!, kalau aku asyik sakit bagaimana mahu ke mana jua. Kalau kesihatanku tidak okey! bagaimana mahu menikmati hidup ini. Jika melancong perlukan aku sebagai pemandu kelurgaku ini. Bila sakit begini bagaimana iyer! aku perlu tabah & sendirian menghadapi sebarang kemungkinan. Bergumbira lain hal, sakit pula bab lain. Aku terbayang bagaimana si Fairus gelisah ketika lama bangat@banget menunggu di Klinik Kardio Hospital Serdang minggu lalu. (bangat Indon, banget Jawa dua-dua bahasa ini DBP luluskan bagi penggunaan BM baku) Rasanya keluargaku pun sama pasti gelisah banget jika terusan menunggu sekitar tiga ke empat jam di ruang menunggu, bersama mereka yang rawan belaka. Isk! dah lewat ni!.

Respon Eris

9 ulasan:

azieazah berkata...

Saya sendiri minat juga melancong. Kerana company tempat kerja sudah lama hentikan program trip tahunan, kami terpaksa ler sediakan bajet dan perancangan sendiri jika hendak bercuti ke mana-mana. Btw baguih gak mcm tu, tak yah libatkan orang lain..

Jaga kesihatan Bang, they need U..hehehe.

Moga terus diberi kesihatan yang baik...

azieazah berkata...

Bang iDAN..

Saya sambung komen kat sini yer..

“Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ)” Filem ni memang lagi best dari yg malam tuh. Yang ini Shah Rukh dan Kajol. Best sangat sampai saya sanggup cari lagu dia nak buat ringtone hp. Lagu masa pesta bertunang (tapi awek dia bertunang dgn orang lain ler masa tuuu..)

Saya tengok CD filem ni berkali-kali. Saya ada semua koleksi filem Shah Rukh.. tapi since 2005,06 dah slow... tak larat nak pi cari lagi dahh..

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Sri Diah - Dulu selalu beli novel2nya. Skarang dah lama tak dapat baca novel dari Si Diah. Mungkin dah tukar publisher baru atau nama pena baru?

iDAN, umur 4 tahun dah ke Phuket? Syurga lelaki muda ni. hehehehhehe
Tak tahu apa maknanya untuk budak lelaki berusia 4 tahun. Mungkin blur2... "tempat apa la ni"

Kalau jadi ke Cherating saya cadangkan Impiana. Dah 3 kali menyewa di sana. Damai dan tenang. Pantainya pun lebih terjaga berbanding di kawasan lain. Masa sedikit kurus dulu, siap buat pertandingan memanjat ala2 tentera di kemudahan riadah yang disediakan. Skarang ni kalau buat pertandingan mcm tu, baru anak tangga ke-2 dah semput agaknya.
Dah lama tak ke Lumut, Marina Cove jauh sekali.

Betul tu iDAN, setiap kali nak melancong kita bukan hanya perlu memikirkan belanja perjalanan, sebaliknya belanja penginapan, makanan dan juga aktiviti yang akan dijalankan. Jadinya harus selalu sediakan lebih dari apa yang dijangka. Kalau keluarganya besar, bertambah besar belanjanya. Mujur kalau saya bercuti, hanya pk belanja untuk berdua sahaja. Kalau lebih, mungkin harus dipertimbangkan 5 kali lagi.

Shamshina berkata...

Fikiran yang positif dan semangat yang kuat mampu melawan penyakit yang kita hidapi. Doa dari saya, semoga En.Idan tabah menghadapi semua dugaan.

iDAN berkata...

Dik Azah;

Masa kerja dulu ada dua penggal sekitar 5 tahun jadi AJK kelab sukan, jabatan pun rajin buat Hari Keluarga di luar, kompeni Kak Mila masa itu I & P rajin buat Hari Keluarga di luar. Selalunya setahun adalah 4 atau lima kali terpaksa tidur di merata tempat. Ada yang sponsor. Anak-anak naik jemu nak bermalam di luar.

Sekarang semua itu tak ada, kompeni Kak Mila nama saja besar, Sime Darby tapi kedekutlah amat. Jadi kena pakai duit sendiri kalau ingin melancong.

Filem DDLJ memang filem romantik terbaik bagi Kajol & Shah Rukh... tapi saya lebih memilih filem Pardes sebab ada moral yang tinggi terselit dalam skrip Pardes itu.

Pertama kali tenguk Pardes memang saya nangis sungguh-sungguh, banyak babak dalam Pardes yang menyentuh hati. Moral atau kesucian seorang gadis amat disanjung tinggi dalam filem Pardes ini. Biar pun filem ini bergerak perlahan tetapi penuh dengan sentuhan seni yang tinggi.

Kebelakang ini tak banyak filem hindi yang okey!, mungkin mereka ketanduasan skrip yang bagus.

Kalau dulu di MyDeen VCD & DVD filem hindi agak murah sekarang tidak lagi; baik cari di kedai Video yang lain terkadang lebih murah!.

azieazah berkata...

Bang iDAN, saya ingat-ingat lupa filem Pardes tu. Tapi filem lakunan Aiswarya Rai “PROVOKE” tu best gak...

based on true story, katanyerrrrr... saya tengok 2x...

iDAN berkata...

Sdr Diana,

Tak juga Diana dia masih guna nama Sri Diah, dia masih aktif menulis novel, Saya pernah nampak novel terbarunya di pasaran. Tak pastilah pulak novel lama dicetak semula.

Saya jarang beli novel begini sebab amat terkilan tenguk bahasa & moral di dalamnya. Pernah baca satu dua novel yang melambak di pasaran itu, Kak Mila memang rajin beli; tenguk sentuhan bahasa atau watak & banyak perkara saya rasa boleh dipertikaikan.

Sebagai contoh ada sebuah novel itu, semata-mata mahu berjumpa kekasihnya sanggup tipu ibu & berjumpa di tepi jalan siap berdakapan lagi. Ada pula bahasa pertuturan antara suami isteri guna i & you. Bagi saya novel begini bagaimana mahu diangkat sebagai novel sastera & memertabatkan budaya & Bahasa Melayu kita.

Sri Diah banyak menumpukan menjadi Pengarang di Majalah, dulu di Mingguan Wanita sekarang ini tak pasti dia di penerbitan mana?.

Masa melancong ke Phuket itu dapat tiket percuma, cabutan bertuah kompeni Kak Mila & kami cari pakej pelancongan untuk menampung tiket percuma itu, anak baru seorang tu yang pergi jalan-jalan ke Phuket tu!. Kak Mila ada... manalah sempat nak merayap ke syurga dunia itu!.

Impiana saya pernah sekali tidur di sana; hari yang sama dua bangunan di New York tu dibom!. Di sana ada wanita Mat Saleh selamba sahaja buka neneng ketika santai di pantainya. Memang pantainya damai & agak terasing dari perkampungan. Masihkah guna kelambu? Memang lama tak ke sana.

Cherating rasanya telah lebih dari tiga kali buat hari keluarga kompeni Kak Mila & Jabatan saya.

Marina Cove kalau Diana ikut Kuala Selangor tak sejauh mana, baru ini saya ke Hutan Melintang sekitar 23 telah sampai Teluk Intan, Teluk Intan ke Lumut rasanya sekitar sejam sampailah kut!.

Jadinya kalau dari Meru tu dua ke tiga jam sampailah. Jika ikut lebuh raya memang terasa jauh kena lalu kampung saya di Kota Bharu tu dulu, ikut Batu Gajah.. Emmm! memang penat!. Tolnya bukan sedikit.

Ada banyak jalan sebenarnya mahu ke Lumut itu!.

Moh!lah pergi ke Teluk Batik tu!. Mungkin kami pergi sekitar 28hb & ujung bulan ini. Perak atau Cherating!. Tak pasti, saya suka ke Perak lagi!. Rasa kembara sikit!.

Marina Cove sama dengan Tiara Beach Resort Port Dickson; pernah tidur semalam di PD tu kena rajin klik laman sesawang, selalu juga Tiara Beach Resort tu buat tawaran murah!.

Kami berenam, maka kalau satu bilik memanglah sarat amat!. Maka itu saya tertarik kalau ada apartment atau chalet.

iDAN berkata...

Sdr Shamshina,

Baru sahaja balik dari jumpa pakar jantung; Dia ada sebut namanya tapi tak jelas, muda lagi doktornya; Muka iras cina.

Katanya jantung tu okey, sebab masa buat Ujian Stres minggu lalu jika mampu sampai ke step tiga itu kira jantung tu okey!lah.

Sesak nafas malam-malam itu dia syak kena Gastrik pula!. tambah lagilah ubat. Mak Datok! sekarang ada enam wajib, tambah lagi ubat gastrik sudah jadi tujuh, ubat sampingan dua lagi. Jadi sehari kena ada 9 jenis ubat. Sudah serupa itu kacang gorenglah kena makan pelbagai jenis ubat!. Gila!.

Selepas dua bulan tenguk apa pula perkembangannya; jika masih ada gangguan sesak nafas kena buat ujian terapi lagi; mungkin taruh bateri jantung atau apa jua yang sesuai bagi pesakit diabetes!. Bedah rasanya risiko amat tinggi!. Doktor pun tak berani nak bedah. tak pasti.

Atau... faham-fahamlah orang telah tua!.

Macam kes arwah Apak, bila strok darah beku dalam jantung; para doktor tak berani ambil risiko, tiga malam sahaja di CCU hospital KL; hari ke empat pindah di wad terus meninggal.

iDAN berkata...

Dik Azah;

Tak perasan cerita PROVOKE itu, rasanya tak pernah tenguk! nanti abg akan cari DVDnya, kat ZEE selalu bertindih dengan Sekar, Kak Mila memang tak mahu miss dengan Sekar itu.

Tayangan 12:30 mlm itu selalunya tak terdaya nak berjaga, TV yang selalu tenguk kita!, kesiangan pula Subuhnya.