iDAN

10 Disember 2009

Catatan buat Dik Ieja (Delima Merkah)

Blogger iDAN said...

Dik Ieja; Yang lalu sebenarnya sekadar bayangan yang kita tinggalkan, yang akan datang sebenarnya sekadar harapan atau fatamorgana. Yang nyata adalah hari ini, jika kita pandang sekeliling kita, kita amat bahagia & amat teruja dengan persekitaran yang kita miliki maka itulah kebahagiaan nyata. Keadaan semasa atau situasi kita amat meransang jiwa kita. Kebahagiaan dalaman lain pula, biar pun hidup bersalut emas & intan; belum tentu jiwa & raga itu amat bahagia. Gangguan kenangan lalu memang sering membuat jiwa kita kontras & payah menghadapi kenyataan. Mainan perasaan ini kita kena pandai mengimbanginya. Maka itu ujudnya agama untuk kita menentukan arah. Banyak merapatkan diri dengan Dia nan Esa insyaAllah jiwa akan tenang!.

December 11, 2009 12:24 PM

10 ulasan:

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Catatan untuk Dik Ieja.... tapi Dik Diana pulak yang sibuk nak komen.

Ayah saya pernah pesan satu perkara dengan saya ketika saya berusia 16 tahun. Tapi sampai skang saya tak pernah lupa ttgnya.

"Kita yang bertanggungjawab 'contol' minda kita. Kita boleh pura2 melupakan kisah silam yang perit dan teruskan hidup ini dengan gembira dan akhirnya kita akan melupakannya sedikit demi sedikit secara benar...

atau...

kita terus meratap dan bersedih di atas kekecewaan lalu dan kita adalah orang yang bertanggungjawab terhadap segala kemurungan dalam hidup kita. Dan akhirnya bila kita tua kita patut persalahkan diri sendiri kerana telah membazirkan separuh daripada kehidupan kita dengan bersedih. Kita yang menarik sendiri hak kita untuk gembira dan bersyukur atas muka bumi ni."

Saya tak pernah lupa kata2 itu. Sebab tu walaupun bermacam2 dugaan yang sy tempuh, baik dari segi cinta, pengkhianatan, pengabaian, penderitaan dan penyakit tak pernah sesekali saya membiarkan ianya merampas hak saya untuk bahagia. Saya tak akan rebah lebih2 lagi kalau ia melibatkan lelaki. Macam mana kita berharap orang lain akan menghargai kita atau pengorbanan kita andai kita sendiri tak pernah nak menghargai diri sendiri????

iDAN berkata...

Emmm! bila jadi topik utama, nama itu tak jadi soal, saya pun tak pernah jumpa mahu pun berhubungan SMS dll dengan Dik Ieja tu sekadar adik di dunia maya seperti Sdr Diana juga!.

Betul: memang sebaiknya begitu, jangan sampai kekecewaan juga dugaan itu buat kita jadi derita dalam hidup ini. Tak salah kita menangis!, kecewa sangat macam kehilangan sesuatu yang amat Diana sayangi tempoh hari. Tak salah kira sebal hati ketika terlanggar si jalak tu. Itu rutin perasaan kita. Lepaskan semua rasa kecewa itu agar kita tidak derita.

Itu yang saya alami, saya teringin sangat ada teman ketika kita susah & sakit. Pergi ke Klinik Kardio tu Diana bukannya sejam dua. Telah 5 kali saya ke sana. Biasa menunggu 3 atau empat jam, belum perjalanan ke sana. Keluar jam 8:00 pagi sampai rumah penghujung zuhur 3:30 begitu!. Seronok kalau ada kawan berbual.

Saya masuk wad kecemasan dah tak ingat berapa kali, kerap sangat!; semua itu saya tempoh sendirian.

Terpaksa bahagia dengan ujian ini, sebabnya saya masih lebih beruntung; ada kudrat, berbanding orang lain kena berkerusi roda. Tayar kapcai pancit pun saya pandai baca ayat mengikut arus angin (pelik). Kereta berlubang berpintu cermin mati hanya boleh buka dari luar pun saya tangan panjang (bukan panjang tangan). Saya boleh buka melalui pintu belakang. Isk!.

Saya sebenarnya penakut!, terpaksa ikut jirat cina nak ke hospital jam 1:00 ke 2:00 pagi; hantu pun tak berani sergah saya. Semua itu jadi kenangan manis buat saya.

Minggu lalu Dr Imah puas hati dengan kesihatan saya. Sebenarnya saya belasah juga air gas (saya panggil air sedap). Jumpa si Goji bantu saya. Diana cubalah makan goji kering ini, sungguh ianya bagus banget!. Perempuan selalu kena kanser rahim & neneng. Amalkanlah makan Goji. Awet muda lagi. Mata pasti terang. Umur mungkin jadi panjang. Rata-rata mereka rajin makan buah Goji ini berumur seratus tahun lebih!.

Jangan beli di jualan langsung mahal & penipu. Beli saja kat kedai sensei cina tu!. Murah banget!.

Dah tua dah sakit nanti payah nak kawal segalanya.

Bukankah ini juga kebahagiaan dapat atasi dugaan kesihatan ini!.

Tanpa Nama berkata...

Salam Idan,

Pagi tadi aku pergi ipoh, arah pulang aku singgah bt gajah utk bertanya buah gaji di kedai sensei. Tak seorang pun tokei cina tahu buah goji. Ada agak agak tahu dan bunyi sebutannya agak agak hampir, tapi katanya mujarab utk sejukkan badan yg panas jer.....mungkin aku nak print gambar buah tu tunjuk kad dia org kot baru dia tahu. Mungkin cina perak negeri pasir bedengung panggil lain.

3 hari aku di bangi, call tak berangkat. Ingat nak ajak keluar makan bolehlah cerita buah goji. Lebih drpd tu cerita org pencen. Sudahnya aku ke upm jumpa kenalan lama. Atan sambut bawak aku melepasi palang masuk parking eng. Jumpa abg suib, saifudin,nasir,mat isa, muzammil,tok perak dan budak budak baru yg aku tak pernah jumpa sebelum ni.

mlm aku lepak dgn mat isa dan man man simbok kat maulana sampai jam 2 am. sembang kerja, politik, kawan kawan, keluarga.....bila pulak aku boleh jumpa kengkawan lama lagi. Dgn kau cuma tak bersua jer tapi selalu berhubung, tahniah kat streamyx kau tu...

Aku tengok kawan kawan kita dah ketara tuanya. Begitu rupanya kalau nak muhasabah diri yg kita ni dah tua. Mana mungking kawan makin nampak tua kita macam tu jugak.....oh oh kita dah tua...rata rata semuanya dah beruban, yg rambut lapang pun ada..

Semoga tuhan memberi kita rezeki utk bersua dgn rakan rakan lama yg dulunya sama sama gembira sama sama berjuang utk negara.

YB
Seri Iskandar

iDAN berkata...

YB,

Silapnya kita, percaya kononnya telefon bimbit itu segalanya. Aku pula biar pun telah bersara, jadual memang penuh; jadi sura rumah bukan kerja mudah. Remeh & memenatkan. Cuba YB ambik kontrak cucu pinggang mangkuk kat rumah itu; Stres juga kalau tak gumbira membuatnya. Faham-faham semua anak lelaki, ada empat teruna di tumah ini. Mana ada rajin basuh pinggan. Itu baru bab pinggan mangkuk.

Belum masalah makan kena bersuap! & bebenda lain!.

Terkilan sangat tak dapat jumpa YB, itu aku kata, Atan memang sekarang taraf VVIP, payah amat nak guna jasa dia, hari-hari lalu rumah org miskin macam aku ni! dia tak toleh pun!. Sahak pun sama nampak bumbung rumah aku ini pun mereka menyampah. Ini masalahnya kita telah bersara. Dulu iDANlah segalanya.

Telefon rumah tu tersambung sentiasa, aku sentiasa ada di rumah, talian telefon bimbit YB yang bermasalah. Hari Rabu tu bertalu talian masuk, anak tiution malam tu pun dia berdering minta ayahnya jemput.

10 sen kalau YB guna telefon awam pasti dapat kontak orang miskin macam saya ini. Kelas aku memang macam itu. 10 sen sahaja, bukan talian telafon bimbit canggih tu!. Tak perlu telefon bimbit.

Sebab itulah aku ada talian cantik 016 9094343, Mantan PM Pak Lah pun tahu itu nombor aku itu; sebab aku asyik kacau dia di JPM masa kerja dulu. Sampai dia suruh anak buahnya panggil aku panjat tangga di JPM tu.

YB tahu kes aku tu kan?. Hasilnya 300 staf UPM naik pangkat!.

Cubalah YB dail nombor tu nasiblah kalau dapat!. Bila nak guna sahaja aku hidupkan talian!.

Bukan sekali dua aku kecewa sangat bab khidmat atau gangguan talian telefon bimbit ini. Sebab itu aku suka guna talian tetap.

Sampai YB pun tak larat, tak terlayan talian bebas tol aku tu kan?.

Isunya sekarang bila lagi kita dapat jumpa; kita makin tua; kawan YB ini semakin kronik sakitnya. Ingatnya 28hb ini kita dapat jumpa. Sahlah memang YB ikut jejak Atan & Sahak semakin menjadi VVIP.

Tu yang aku katakan kekawan kita memang semakin tua, perasan pun semua makin beruban penuh, rambut makin botak licin. Tenguk Atan & Tok Perak! pasti terkejut kan?.

YB kalau nak bayangkan aku kini.. emmm! macho macam dulu, hidung kekal mancung cuma ada ketumbuhan kat lubang hidung ini! tapi badan sebijik macam Rishi Kapoor kini!.

Nak buat macam mana kalau pelakon pun boleh boroi begitu, kita apakanlagi.

Selamat berangkat ke Tanah Suci. Doakan segala yang baik buat keluarga kita!. Agar dipermudahkan pergi pun selamat kembali ke tanah air nanti!

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Saya selalu minum Red Guara. Kata kawan ramuan utama kopi tu ialah Goji. Sangat baik untuk mengawal kanser. Agak mahal juga kopi tu berbanding kopi2 lain tapi saya suka rasanya.

Cetusan berkata...

buha goji apa khasiatnya, tolong ambik gambar..nama dialek mana?
baiknya burung itu,,
psstt..patuk kan dibahu berdarah kan..

iDAN berkata...

Macam-macam jenis mereka buat dari goji ini; Red Guara tu antaranya, jangan percaya dengan benda macam tu kut adik oii! ditaruh campuran yang tidak-tidak. Mahal pulak tu!.

Amalkan goji kering di pasar, jalan rebus, celor sahaja!, paling sedap taruh dalam teh O atau kopi O.

Murah banget kat kedai Sensei cina, kadang mereka tak faham Goji, cina tu sebut JiJi... tapi kalau kata itu buah kecil-kecil untuk terang mata pasti mereka faham. 100 gram sekitar RM2, biasa cina tu taruh dalam balang besar, ada yang telah dibungkus plastik; sepeket sekitar RM10 sahaja. Sebulan tak habis.

Sehari makan dua kali pagi & petang. Pak wahid kawan saya tak payah pakai spek lagi!.

Suami makan bahaya kut kawin lagi!. :)

Tenguk dah kan? gambar Goji kering ini di dgelanggang, blog saya lagi satu.

iDAN berkata...

Itu lukisanlah Zed!, burung tu sakadar bayangan!...

Cubalah buka kat blog saya satu satu;

http://dgelenggang.blogspot.com

cubalah klik2 cari Goji, atau dalam kotak carian taip goji sahaja... semua saya dah tulis! siap gambar Goji Kering tu!

Faham sahajalah kalau darah kita lancar, kolestrol semua okey!, glukos tak ganggu kita; apa akan jadi?.

Goji ini macam kismis juga, anak kawan saya hari-hari makan kismis, tak payahlah kismis jampi yang mahal tu, belilah kat kedai kismis timbang & amalkan makan hari-hari. UPSR 5A, PMR 8A; Anaknya semua macam itu pandai-pandai! kita yang tak prihatin.

Goji pun boleh bijakkan otak! darah lancar otak okey! tarak sumbat!. Tapi kanak-kanak tak suka, kalau ianya kembang dalam teh O bagi saya sedap sangat!. Gigit-gigit buahnya manis-manis buah rasanya. Kalau makan begitu sahaja boleh juga tapi maklum barang kering kut! kulat pelbagai. Terbaik celor atau rendam dengan air panas jangan didihkan ia.

Jualan langsung ini penyagak ambik kesempatan bebenda baik macam ini mereka klon & entah taruh apa... kemudian cekik duit kita. Mahal banget!.

Tenguk itu mengkudu, berapa sebotol melalui jualan langsung?.

Cubalah Zed, terutama kalau ada kekawan yang rabun!. masalah diabetes, darah tinggi; mati pucuk & berniat nak ikut sunnah Rasul kawin empat.

Benda macam ini kena amalan, hari-hari & berterusan, baru dapat khasiatnya. Zed tu masih muda tak ingin ke hidup 100 tahun lebih & bertenaga lagi?.

Saya rugi sangat baru tahu tentang buah goji kering ini.

Kasi tahu tentang khasiat Goji ini kepada kekawan. Janganlah beli di jualan langsung; setiap kedai sensei cina seMalaya ada. Kopi yang mahal taruh ramuan Goji itu saya tahu secawan di kedai mamak sampai RM7 gila ke apa?. Kut! ada kesan sampingan sebab telah ditaruh macam-macam.

Goji ini telah ratusan tahun orang kita Islam di cina tu makan!.

Kalau di negara barat di hotel 5 bintang mereka sentiasa ada sebalang kecil goji kering ini di meja minunam cafe mereka.

Nanti saya nak cuba tanam, kalau boleh hidup pokok goji ini kat Malaysia lagi cantik!.

Cubalah Zeq!.

azieazah berkata...

Panjang tul komen, tp saya suka baca... banyak tul perkongsiannya..

tumpang merasai dan cuba memahami perasaan Bang DIN yg sendirian terutama bila ke hospital.. tp lumrah kehidupan begitu... adakala ramai, adakala sunyi..

Hmmm nampak ada yg lepak di Maulana? Yg mana satu? Saya tiap kali ke Tmn Mesra (kerja luar dgn Yayasan yg tolong anak yatim) selalu gak lepak di Maulana Tmn Mesra tu..

Koji? saya rasa saya tahu (lum sempat semak blog tu lagi). Kawan Cina saya kata, baik utk mata. Saya pun celur dlm air panas, buat dlm termos + skit red dates kering dn tongsam...minum sepanjang hari di ofis...

iDAN berkata...

Dik Azah;

Terkadang kita hidup ini amat perlukan sokongan moral. Sakit itu sakit hal, ubat sekadar ikhtiar, ubat kan ke pelbagai jenis; belum tentu serasi. Semangat mahu sihat itu yang terkadang akan lebih membantu.

Sendirian menanti doktor dalam kadar tempoh yang terlalu lama memang amat merimaskan. Kalau masa kerja dulu ada juga rakan ofis seperti Fairus, Pak Wahid terkadang Eris rajin temankan abg tapi ketika pencen begini sendirian memang amat membosankan. Seronok ada kawan berbual itu yang pasti.

Abg jarang pergi ke Taman Mesra, abg selalu sarapan di Jenaris sahaja. Biasalah di mana-mana ada Maulana abg suka makan Tosei selain roti canai. Tosei tu tak sebanyak mana kolestrol banding roti canai tu!. Sebab bebenda masam ini selalunya baik untuk darah tinggi; epal hijau contohnya.

Abg suka Goji tu direndam dengan Teh O kurang gula! masa Dik Aza masih mudalah elok makan Goji itu untuk jaga kesihatan badan; jika sudah berpenyakit memang payah sikit!.

Mencegah kan ke lebih baik dari mengubati.