iDAN

18 Januari 2010

Jambu 2 (Delima Merkah)

Jambu Susu... bijinya agak besar

Jarang jumpa jambu yang ini,
ada yang panggil Jambu Susu lantaran rona macam susu.


Gajus di Indon dipanggil Jambu Monyet


Kini makin popular Jambu Batu tanpa biji.
Nampak buruk tapi cicah dengan serbuk asam boi emmm! memang sedap.

Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω
ada beberapa puisi terbaru iDAN sila klik
ĕ-antologi Penyair iDANRADZi
Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω ΩΩ Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω Ω

12 ulasan:

zainal mohd jais berkata...

Salam ziarah,
sedap. indah. mengetuk ilham.

iDAN berkata...

Sdr Zainal,

Terima kasih sudi mengintai kami melalui blog ini, agar ikatan ukhuwah dapat dijalankan.

Mungkin waktu senggang dapat digunakan untuk kita menambah rakan & saudara seagama.

echah_syed berkata...

dah lama tak nmpk jambu susu..ehhh rasanyer dah bertahun kot.masih ada rupanyer :)


kecur air liur ni... :)

saudara idan..dulu kecoh tak bole makan serbuk asam boi sbb ada campuran ape ekk.aduiii lupa pulak :p

tapi skrg dah sepi cerita tu.

asilahmuhajer berkata...

hehehe..
asyik citer pasal jambu je? nak bukak ladang jambu ek??
kalau ye bgtau ye? boleh la kitorg buat lawatan sambil belajar.

azieazah berkata...

Bang IDAN... saya teringat masa kecil, sekolah rendah cukup banyak jambu Susu tu. Ada sorang pakcik berjualan di sekolah..

masa dulu takda kantin, murid2 beli dari pakcik makcik yg berjualan di belakang sekolah jer.. duduk makan sepanjang longkang dan bawah sekolah (sekolah bertiang)..

Syahdu lak teringat kat Pakcik yg jual jambu susu tu.. sbb dia baikkk sangatt.. selalu bagi lebih. Selalu sedekah... dan selalu bergurau..

rindu nya suasana dulu...

Murni Alfathunnisa berkata...

salam..

R&R Bukit Gantang...rambang mata dengan pelbagai jualan buah2an..especially jambu. saya suka jambu batu yang tak ada biji..

iDAN berkata...

Combi;

Memang ingat dulu sibuk kata serbuk asam boi itu boleh buat kita sakit barahlah. Ramai tak berani makan; sekarang senyap pula. Saya makan sahaja Combi.

Jambu susu itu makin payah nak jumpa, samalah ceritanya jambu bol yang orang panggil jambu kepal tu. Mana nak jumpa kut sesekali balik kampung ada pokoknya berbuah.

iDAN berkata...

Cikgu,

Bangkitnya cerita jambu ini, sebab pokok bunga kertas yang dah belasan tahun ditanam depan rumah tu habis ditiup angin. Rebah & tak boleh nak selamatkan. Dua hari juga nak kemaskan. Dah tinggal batangnya sahaja.

Teringat nak cari anak pokok jambu mawar, sebab lambat besar & buahnya pun tak siapa suka nak ambil. Tu! yang melarat cari gambar buah jambu ini; banyak juga jumpa di internet.

Rasanya bab ladang ini di Siam memang luas tanam jambu madu, pernah tenguk rencananya mereka tanam di ladang yang dikelilingi oleh parit yang penuh air. Banyak gunanya parit ini; selain untuk keperluan pokok jambu ini; baja pun tak terbuang; berkumpul di dalam parit itu.

Di Malaysia tak tahu di mana orang kita tanam jambu madu ini secara meluas.

iDAN berkata...

Cikgu,

Bangkitnya cerita jambu ini, sebab pokok bunga kertas yang dah belasan tahun ditanam depan rumah tu habis ditiup angin. Rebah & tak boleh nak selamatkan. Dua hari juga nak kemaskan. Dah tinggal batangnya sahaja.

Teringat nak cari anak pokok jambu mawar, sebab lambat besar & buahnya pun tak siapa suka nak ambil. Tu! yang melarat cari gambar buah jambu ini; banyak juga jumpa di internet.

Rasanya bab ladang ini di Siam memang luas tanam jambu madu, pernah tenguk rencananya mereka tanam di ladang yang dikelilingi oleh parit yang penuh air. Banyak gunanya parit ini; selain untuk keperluan pokok jambu ini; baja pun tak terbuang; berkumpul di dalam parit itu.

Di Malaysia tak tahu di mana orang kita tanam jambu madu ini secara meluas.

iDAN berkata...

Dik Azah;

Ini cerita kat Perak ke kat mana? tak tahu Dik Azah dibesarkan di mana.

Saya ingat di Perak kampung saya dahulu memang banyak jambu kepal; jambu madu yang jenis bulat tu banyak di UPM sahaja.

Orang dedulu macam itulah berniaga, tak kisah sangat kan duit. Berniaga terkadang lebih untuk bersedekah. Samalah peniaga durian sejak berzaman durian harganya tak terlampau mahal naiknya jika kita beli di kampung atau perkampungan orang asli. Sebab orang kita di kampung tak berkira sangat. Orang tengah yang selalunya naikkan harga berganda.

Teringat depan rumah pusaka ada pokok jambu besar sangat; buahnya masak tak pernah merah; tetap kehijauan tapi manis tak kelat; besar pula saiznya. Sayang sangat tak dibiakkan. Sekarang dah mati pokok itu.

iDAN berkata...

Sdr Siti Murni,

Saya jarang ke R&R Bukit Gantang; mungin kawasan itu dekat dengan ladang-ladang buah atau perkampungan org kita. Nenek moyang kita suka buka tanah & buat dusun.

Sebahagian tentunya dari utara & Siam; di Kedah memang banyak ladang mangga.

R&R Bukit Gantang tak jauh dari Kuala kangsar!.

Bebaru ini saya pergi ke Kuala Kangsar, bayangkan kera pun tak larat nak makan buah langsat; tak berpetik tak ada orang jual. Di sini bukan main mahal buah langsat tu!

Unknown berkata...

Ada juga jambu yg menjadi kontroversi ia itu budak jambu ha ha ha :)