"Kita makan di pantailah ayah!..." Azim tak sabar mahu bersantai di pantai.
"Payah mencari tempat selesa!, pasti pantai tu penuh sesak!, esoklah kita ke pantai!" masa yang singkat, dengan penuh kesesakan lagi rasanya amat tak sesuai untuk bersantai!. Mana damainya silap² desah angin pun tidak keruan. Berbahang panas.
Di simpang tiga mahu masuk ke pantai Teluk Batik terdapat sebuah restoran ala kampung Restoran Silaturrahim namanya. Memang amat padat pengunjungnya. Aku lebih memikirkan tentang keselesaan & persekitaran yang lapang tidak sesak. Semasa perjalanan tak jauh dari Restoran Silaturrahim ini aku terpandang se buah gerai bawah pokok besar; rasa terpanggil ke sana sebab aku lihat senang mahu parkir & tak ramai mana pengunjungnya. Ada air kelapa muda di gerainya.
Kira sederhana sahaja menunya; masakannya pun sekadar okey sahaja. Bolehlah untuk mengalas perut dari terusan kelaparan. Ada sambal tempoyak juga gulai tempoyak, ada ulaman pelbagai pucuk termasuk petai sudah cukup membuka selera. Kami makan berenam sekitar RM35 sahaja; kira murahlah siap dengan air kelapa muda. Memang Teluk Batik telah banyak berubah, jika dulu terasa masuk kampung nelayan tetapi kini sebahagian rumahnya telah bertukar rumah batu. Kenderaan tidak putus-putus keluar masuk. Marina Cove Resort Water Park nampak gah di awal masuk ke Teluk batik. Aku berkali² telefon di sini, sewa untuk apartment@kondo dua bilik lebih kurang sama, tetapi tiada sarapan atau makan malam disediakan.
Satu hari nanti aku pasti ke Marina Cove Resort Water Park ini, memang tepi pantai & boleh memancing.Jam telah lebih 3:30 petang, kami masih melepak di lobbi. Menurut Pengurusnya aparment dua bilik yang mahu kami sewa masih tidak siap dikemaskan. Malam minggu terlalu ramai pengunjung katanya. Aku menghabiskan masa berbual dengan pemuda yang menjaga kedai cenderahati. Memang semalam dia kata mendapat jualan yang agak banyak, lebih dari RM200 dia mendapat untung bersih. Baik & nampak peramah pemuda ini. Memang ada masalah dalam urusan bilik di resort ini ceriteranya. Dulu katanya ramai dikendalikan oleh orang Indon; mereka ini sering buat masalah memonteng kerja, lari di saat sesak & macam². Sekarang ramai orang Nepal. Aku lihat ramai gadis Nepal ini putih² & tentunya baru mula memahirkan diri. Biasalah masalah pengurusan ini akan timbul di mana² jua. Aku memanglah kepenatan cumanya tak kisah sangat bila perut dah kenyang; tapi Mila nampak gelisah!.
Sekitar jam 4:00 petang barulah kami dapat kunci; tingkat empat cantik biliknya. Dari jendela nampak kapal di lautan lengkap serba serbi, Astro, siap meja makan, pun sofa yang agak mewah!. Tapi Mila tidak setuju dengan aparment yang ini sebabnya tak cukup katil yang dijanjikan. Semasa tempahan kami memerlukan dua katil kelamin. Bagiku cukup;ah sekadar minta lagi sebuah tilam selesailah masalah. Mila berkeras dengan impian awalnya sebagaimana tempahan awal.
Kami bertukar ke apartment tingkat 3. Penghujung bangunan & agak jauh dari lif. Dapatlah dua katil kelamin tapi ruang tamu hanya ada sofa nampak kosong sahaja; tiada meja makan. Bila buka TV bagai tiada Astro. Dari jendela tak nampak laut sekadar pucuk pokok² hutan. Memang tiada disediakan telefon. Aku agak terkilan & turun ke lobbi bertanyakan tentang Astro.
"Ada Astro encik!.. tapi hanya dua saluran sahaja TV3 & AXN" isk! macam itulah pula tak dapatlah tenguk ZEE & Mila tak dapat tenguk Sekar. Tentang meja makan itu memang semua bilik dua katil kelamin tiada meja makan; emmm! padanlah sewanya sama sahaja dengan kondo yang satu katil kelamin & satu katil bujang.
Fikir² tak perlu sangat meja makan, makan malam & sarapan di restoran. Lagipun kami semalam sahaja!. Bila aku kembali ke kamar; salah satu penghawa dingin pula bocor!. Adatlah melancong ke bumi orang. Sudah bertukar bilik pun rasanya telah menyusahkan orang.
Tiba saat mahu mandi, Aziq & Afiz pula tak sanggup pakai seluar mandi yang aku belikan. Mahal tu! seluar mandi aras bawah lutut. Harga asal RM100 lebih bila telah ditolak potongan sekitar RM70 sehelai; kalikanlah dengan empat!. Aku beli empat helai. Masing-masing bawa kemeja T... pendek sangat! mana tak malunya acunya nampak ketat amat. Emmm! takkan nak pakai seluar sukan gedoboh; badan Aziq & Afiz memang kurus. Tak berbaju nampak pula lakaran gitarnya. Cuma Anif & Azim sahaja yang mandi sampai kolam tutup.
Cuaca agak suram, gerimis telah mula gugur, selepas solat aku terkejut beruk bilamana Afiz bising Avanza katanya lampu bawah tak ditutup. Nahas!. Pasti kes seperti Nilai 3 berulang. Lampu Kapus bawah Avanza ini sungguh bahaya. Sering terpasang lantaran di suis yang sama tempat untuk menyalakan lampu isyarat!. Telahan aku benar. Enjin tak dapat dihidupkan. Aku telah sedia menyimpan kabel lompatan bateri. Ketika itu telah senja, aku menunggu kut! ada empunya kereta sebelah keluar makan. Selang beberapa ketika aku lihat sepasang remaja ingin pergi makan malam, jika tak silap punyai pasangan ini cuma punya seorang cahayamata.
Aku minta pertolongan dia untuk menghidupkan enjin Avanza maka terpaksalah aku berkurung di kereta tanpa penghawa dingin, tanpa lampu agar baterinya dapat cepat dicas semula. Adoi! sakitnya percutian, talian DiGi tiada di sini, nak buat panggilan ke bilik pun tak lepas!. Jika tidak boleh bergilir dengan anak² sementara bateri sebaiknya dicas!. Sekitar setengah jam barulah aku berani matikan semula enjin & cuba hidupkan semula. Alhamdulillah okey!. Payah juga Avanza ini, tak pasti di mana kotak fiusnya. Aku pernah buat bila bateri lemah aku cabut semua fius yang tak penting & nyalakan suis enjin memang berjaya.
Azim & Anif mandi manda, setelah naik belon pisang! syok setelah terhumban belonnya terbalik!, murah banget kat sini! RM5 seorang!, rugi tak naik jika ke Teluk Batik.
Aku mandi koboi & segera ke restoran untuk makan malam. Malas nak ceritera Mila masalah Avanzanya. Di restoran ketika makan malam aku tercari-cari pasangan yang bantu hidupkan enjin kereta tadi. Gagal dikesan. Teringin amat nak bual panjang dengannya. Aku sekadar tahu dia dari Taiping; bermalam di sini selama empat malam; ada seminar katanya. Keretanya pun aku tak pasti tapi kereta nampak baru, mungkin Pesona mungkin Waja. Kenapalah aku tak tenguk pletnya!. Memang aku panik habis!.
Makan malam di Telok Batik Resort pun amat sederhana. Mungkin sekadar tarik hati pelanggan. Tak banyak menunya terutama penganan selepas makan nasi. Tak ada kuih muih atau agar² seperti kebanyakan hotel tiga bintang. Bayaran RM15 bagi kanak-kanak itu pun rasanya kurang berbaloi, kalau orang dewasa sekali ganda baik makan di luar!. Air minuman pun tiada pilihan. Air sirap & air kosong. Yang agak menariknya cumalah Kari Kambing!. Itu yang si Afiz belasah lebih!. Aku makan daging kambing baik jangan!. Kut! yang diarak dengan ambulan. Tapi degil si Penyair seorang ini. Makan saja! janji ubat pasti telan selalu. Cuma persekitaran restorannya selesa di tepi kolam mandi; nyaman & santai.
Sebagai pelancong seharusnya jangan berharapkan segalanya tersusun rapi. Yang penting kita rasa gembira & selesakan diri dalam apa jua keadaan. Bukan sekali dua kami pergi melancong memang ada pelbagai cabarannya.
Mila masih tak puas hati tentang penghawa dingin di kondo kami. Lepas makan senyap-senyap dia buat aduan di lobbi. Dia kata sudah banjir bilik yang sebuah itu! . Pengurus wanita 30an yang ramah siang tadi telah tiada. Memang siang tadi aku ada buat laporan. Malam² begini tinggal seorang gadis gabra melayan Mila & dua pelanggan lain. Masing-masing masalah penghawa dingin. Tak berfungsi; Aku lihat Mila memegang kunci baru ... kami dapat bilik baru, bayangkan jam 10:00 malam lebih nak tukar bilik. Biar bebetul!.
Aku & keluarga melihat bilik yang baru. Memang cantik & nampak lebih anggun dari bilik yang kami duduk. Cuma bila buka tingkap pandangan luar sekadar bangunan, pula tu! di hujung bangunan; tepi lereng! bersebelahan hutan simpanan. Sunyi amat. Tiada penyewa di blok yang ini. Aku memujuk Mila lupakanlah soal pindah randah ini. Orang tua kata asyik pindah randah top² papa kedana. Nak kendung barangan malam² pun bukan ada troli. Rasa menyusahkan sahaja. Kedua pihak akan ralat. Sekadar air penghawa dingin bukan menggangu pun. Tutup sahaja penghawa dingin yang bocor; minta tuala lebih untuk lap lantai yang basah; buka semua pintu di dalam kondo, ada satu penghawa dingin satu kipas pun sejuk juga!. Yang lebih berat di benakku kondo yang ini adalah ... seram!.
- bersambung!
14 ulasan:
pernah ada pengalaman duduk hotel berhantu. sungguh menyeramkan. Tapi masih ada plan nak bermalam lagi di sana dalam waktu terdekat ni. hahahahaha
Nampak mencabar sungguh percutian Bang DIN kali ini...
kena plan percutian yang baru ler nampaknyaaa...
salam...ukhwah,
sangat mendamaikan....
buat mana terbaik..
Sdr Diana
Jika di barat saya pernah terbaca, lagi berhantu hotel tersebut lagilah ramai pengunjung mahu menginap di sana. Orang barat memang suka bebenda paranormal ini. Kut! yang tak kuat semangat ini!; Demam!
Dik Azah!
Memang cabaran itu yang menarik, bagaimana kita dapat mengatasinya adalah satu kejayaan perjalanan kita!.
Kira okey!lah melancong ke Lumut ini; agar ada pengajaran buat diri & keluarga bagaimana seharusnya sesuatu rombongan itu biarlah seorang ketua sahaja merancang baru segalanya lancar!
Yang penting abg telah cuba memberikan panduan yang terbaik buat keluarga, anak-anak terutamanya!.
Sdr AnakLaut!;
Terima kasih lantaran sudi menjenguk keluarga kami!... sering-seringlah mengintai kami agar ada ikatan persaudaraan yang bakal terusan terjalin!.
mujur tak diganggu hantu ya abg idan:)
saya dah lama tak ke Teluk Batik. masih bersih lagi ke pantainya?
seram??,,kena dera ke kena cabul hhee..rela jerr hhee
sekarang pengguna facebook dapat menambahkan komentar pada blog anda, dan tetap terhubung di facebook. selengkapnya disini
http://labelfanoy.blogspot.com/2010/01/komentar-facebook-untuk-web-blog.html
Sdr Ieza;
Terima kasih lantaran sudi klik blog ini!, Kami sedang merancang kembara ke Cameron pula; Jom ikut kami!
Sdr Apokalipso;
Emmm! kalau tidur di blok hujung itu sungguh terasa amat seramnya; bangunan sebesar itu jika selalu kosong tepi hutan rimba pula faham-faham sahajalah!
Dah tua-tua ini memang lain sangat rasa hati dengan tempat sunyi begitu!.
Pantai Teluk Batik nampak okeylah, banyak pokok redup & makin banyak aktiviti pantai. Airnya tak sejernih mana mungkin lantaran musim hujan & banjir selalu.
Sdr Zeq;
Saya serik tinggal di resort yang sunyi ini; macam Sdr VIC juga pernah diganggu malam-malam semasa di PD memang beringat betul!.
Sdr Fachry Janwar;
Saya masih dalam tempo memahirkan diri dengan facebook; banyak menu di facebook terutama untuk link ke blogspot masih kabur lagi!
Nanti pasti lebih meriah jika telah mahir segala.
Catat Ulasan