Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

19 Januari 2010

Pengikut ke 200 lebih (Singgahsana)

Diam tak diam blog aku kini telah ada 200 lebih pengikut; Paling banyak membantu menguar-uarkan blog ini antaranya adalah Bro Mazidul, Sdr Zeq, YB, Sdr Exlshina, Sdr Eelobor, Sdr VIC Diana, Cerpelai, Abuyon, Sdr SitiMurni, MrHabuk, AkuAnakPahang, Dik Azah, Combi, IeZa, Sdr Gopabahari, Dik Ieja, Sdr Masidaman, Fairuz, Eris, Siti, Sdr YangManis, Sdr Kelompen377, Cik-ejaa, Nuffnang & beberapa pelayar@pengunjung yang lain.

Tanpa bantuan & sokongan pemblog yang lain mana mungkin blog ini akan dikenali ramai. Buat masa ini aku hanyalah pendatang baru di Blogspot baru sekitar setengah tahun di sini. Impianku tentunya mahukan bertambah ramai pengunjung ke blog ini; melalui kaunter setakat ini baru sekitar 150 orang yang sudi berkunjung dalam sehari. Bagaimana langkah untuk meramaikan pengunjung ke blog ini aku masih tak pasti.

Cumanya aku akan terusan menulis biar pun sesekali terasa juga aku sendirian sebenarnya. Tak pasti siapakah yang benar-benar menyukai tulisanku; pun isu bagaimana yang pengunjung menyukainya.
Blog bagiku lebih kepada catatan peribadi & isu yang dapat menyentuh permikiran diri ini. Ada ketikanya mungkin bertepatan dengan fakta pun tarikan buat pembacanya. Tidak mustahil ada ketikanya tanpa kita sedar ada catatan amat menyinggung hati seseorang. Agar apa yang tersurat yang tersirat di dalam blog ini tidak dijadikan isu.

Ianya adalah luahan perasaan empunya blok ini yang tentunya amat peribadi, amat serba-serbi tak sempurna lantaran penerimaan kita berbeda-beda.

Angan-anganku satu ketika nanti blog ini punyai pengikut ke 1,000 lebih; mungkinkah terjadi. Orang lain boleh menarik pengunjung yang begitu ramai melayari blog mereka, kenapa kita tidak.

11 ulasan:

zainal mohd jais berkata...

Hi iDAN,
Tahniah, semoga terus sukses.

zeqzeq berkata...

tahniah selamat maju.kedepan heee
terima kasih daun keladi kalau boleh PUJI saya lagi..

YB berkata...

Salam Dan

Dulu aku pun tak kisah blog ni. La ni rasa nak buat koleksi cetusan idea buat tatapan anak cucu nanti.

iDAN berkata...

Sdr Zainal,

Sekitar tahun 2000 saya telah mula menulis blog di Easyjournal tapi tidak aktif sangat, sekitar tahun 2005 barulah makin berkembang, itu pun tidak di Blogspot.

Mula rapat dengan ICT sekitar tahun 1997 masa itu masih Win95 sempat juga klik Win3.1. Peringakat awal saya suka buat laman web sendiri, di Tripod & Geocities; Tripod masih ujud Geocities baru penghujung tahun lalu ditutup.

Aktif buat blog di Blogspot baru sekitar setengah tahun. Maka itu nampaknya tak dapat menyaingi pemblog yang kita mapan di sini.

Tak tahulah berapa lama lagi sempat menulis! faktor tua & semakin rabun. Terkadang rasa nyanyuk pun ada.

Terima kasihlah kerana sudi membaca catatan saya. Aar kita terusan dikenalkan.

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Terkadang saya cemburu dengan Zeq, sebabnya tiap kali saya klik blog rakan yang lain mereka kenali Zeq. Terutama di blog Bro Mazidul.

Nampaknya Sdr Zeq punyai waktu yang begitu banyak dalam menulis blog... tidak saya; waktu menulis ini anak tidur; org rumah dah pergi kerja. Saya punyai masa sejam dua sahaja. Jam 10:00 pagi hinggallah 2:30 petang banyak kerja rumah kena dibuat.

Jam 3:00 petang terkadang saya tertidur. Sejam dua. Peang kena kemas barangan dapur pula.

Malam memang saya tak sempat nak klik internet. Saya lebih mengisi masa untuk menonton TV.

Untuk menulis satu artikel mahu mengambil masa sejam dua. Saya pula menaip macam ayam patuk hanya dua jari telunjuk.

Bagaimana pun nampaknya sejak kebelakang ini paling tidak seminggu dapat satu dua isu baru rasanya satu yang memang memuaskan minat & keazaman saya yang suka menulis sejak di bangku sekolah lagi.

Saya cuba mencuri masa untuk menulis di celahan kesibukan ini.

Cumanya saya sedih rakan & kenalan lama saya tidak pun membaca atau memberi respon buat tulisan saya. Kalau ada pun cuma YB, Fairuz boleh dikira dengan jari.

Zeq...Terima kasih lantaran sudi jadi rakan blog saya.

iDAN berkata...

Sdr YB;

Jika di luar negara ada syarikat penerbitan yang dapat mencetak blog kita. Dari Tulisan gambar, respon segala. Di Malaysia belum ada lagi. Jika rajin kita kena buat sendiri, simpan dalam DVD; jika tidak terbuang begitu sahaja tulisan kita.

Anak-anak lebih leka dengan laman sesawang bual kosong, cit cat, myspace tidak gemar berblog. Jika kita didik mengenal blog mungkin mereka meminatinya. Mungkin tunggu mereka remaja & dewasa.

Blog sebenarnya wadah yang bagus untuk cepat menyebarkan maklumat & ilham seseorang. Isi & kejujuran amat penting agar ada yang boleh dimanfaatkan.

Amat rugi jika pemblog terlalu memberi fakta ringkas & menulis tanpa menjaga tata bahasa. Bagaimana mahu dijadikan bahan panduan & teladan buat pembaca.

Saya tertarik dengan tulisan Bro Mazidul, mungkin lantaran kembaranya jauh & banyak pengalaman yang beliau tempoh.

Zeq juga menulis secara ringkas tapi banyak membuatkan kita berfikir.

VIC Diana biarpun seiras tulisan saya tapi terkadang buat kita rasa sebak lantaran dia memang punyai bakat menulis yang besar. Dapat membawa jiwa kita jauh memasuki ke kotak jiwanya.

Cerpelai bakat & tulisannya yang bersahaja memang menarik pun menambat hati. Dia memang penulis di majalah tersohor. Bakatnya semula jadi, pandai bermain kata & sedap dibaca.

Abuyon sejak lama rajin menulis puisi & kekinian lebih banyak menumpu penulisan ke arah keagamaan.

Dik Azah pun seorang Penyair, tapi ada blognya kena daftar & tidak terbuka.

Sri Diah biar pun seorang Penulis besar dalam blog dia tidak menumpukan sepenuh perhatian. Maka payah kita kenal kehidupannya.

Pyan Habib,sesekali puisi pendiknya buat kita tersentak & akur diri.

Memang kita boleh bertemu dengan ramai kalangan penulis yang berbakat besar dapat meronakan kehidupan kita di blog.

Ramai lagi yang saya tak sempat menghayati tulisan mereka lantaran faktor masa yang terhad.

Tapi bagi saya blog sememangnya dapat mencorakkan hidup kita jika kita punyai waktu mengembara meneliti tulisan rakan kita di alam maya ini.

Rasanya YB tentu dapat rasakan kita yang jauh ini terasa rapat bilamana rajin berhubung melalui blog ini.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Woww.... ramainya pengikut.... tatau la tahun bila baru leh dpt follower ramai camni.

azieazah berkata...

Salam Bang IDAN...

bagi saya blog ni suatu ruang untuk menulis luahan dan perkongsian pengalaman..

Kita berhak menulis apa saja selagi tidak menyalahi undang2 dan tidak berunsur hasutan dan sebagainya yang bersalahan..

Saya menyanjung semua penulis blog (tapi tak upaya nak lawat semua blog). Saya memang minat bidang sajak dan penulisan sastera cuma saya tidak begitu aktif...

Memang blog saya utama saya “tertutup” kerana di situ terlalu banyak kisah2 peribadi terutama tentang keluarga yang saya belum bersedia kongsikan dgn ramai orang.. kerana privacy.

Apapun teruslah menulis Bang... saya suka membaca begitu banyak catatan pengalaman Abang...

iDAN berkata...

Sdr Diana;

Tak seramai mana pengikut blog ini, banding sahabat kita Sdr Mazidul; hari sahaja dah 1,408 pengikut; bayangkan sebab itu dalam sebulan dia boleh dapat terkadang sampai RM200 dari punca mana tak pasti mungkinkah nuffnang. Nuffnang saya barulah RM10 dalam tempoh setengah tahun.

Mungkin juga pengunjung Diana sekadar pengunjung senyap dia tak klik pun ke pengikut tu; sekadar baca sahaja. Saya masukkan kaunter sebagai andaian berapa ramai pengunjung dalam sehari.

Pengikut yang setia tak sampai pun 50 orang dari sekitar 150 orang sehari; yang klik beberapa saat sekadar lihat gambar... tak baca pun catatan saya; mereka yg begini nampaknya yang masih ramai.

Bagaimana nak tarik hati mereka membaca catatan kita tak pasti lagi.

iDAN berkata...

Dik Azah;

Jika Kak Mila tu jenis tak kisah mungkin saya lebih lama klik internet; pastinya saya sempat nak buka semua blog yang diminati.

Jika dulu di ofis tak ada kerja memang saya rajin klik internet tapi masa tu tak di blogspot. Terkadang suka juga menulis dalam laman reformasi. Tapi masuk bab politik ini memang sakit jiwa, silap-silap naik tekanan darah tinggi kita; maka itu saya kurangkan. Silap tulis nanti masuk ISA;

Saya baca dua-dua laman web baik BN atau PR.

Blog rasanya lebih santai & saya jenis tak berahsia maka semua orang kalau rajin baca tulisan saya cepat sangat kenal watak & kekurangan diri saya ini.

Sedihnya orang macam saya ini sering jadi bahan tohmahan sebabnya mungkin silap tafsiran & cara penyampaian saya.

Apa yang saya nampak manusia semakin mengejar duniawi mana mungkin nak kenali dunia penulisan yang mereka anggap jiwang & tak mendatangkan hasil ini.

Jika Dik Azah rajin klik di easyjournal tu banyak juga pengalaman dedulu yang menarik & boleh mengisi masa lapang Dik Azah.

siti murni ishak berkata...

Salam iDAN,

Tahniah...good luck & wish u all the best..sy pun masih baru2..masih belajar..klu ada salah mintak tegur k..