Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

20 Januari 2010

Dikunjungi Ulan (Singgahsana)

Dua hari lalu Ulan telefon; dia teringatkan aku lantaran hampir setengah tahun kami tak jumpa. Seingat aku sejak aku bersara kut! jumpa Ulan pun sekadar sekali dua terserempak tak sempat berbual panjang.

Apa yang menarik tentang Ulan ini?. Yang kenal dia secara rapat pasti dapat mengesannya. Dia seorang yang begitu rajin mencari rezeki sampingan lantaran majikannya terlampau sifar dalam menjaga kebajikan terutama bab kenaikan pangkat. Nasib Ulan tak jauh bedanya denganku. Ulan seorang pekerja yang mahir tetapi majikannya tak nampak kemahiran Ulan & lebih ke arah pengaruh cakap serta hasutan orang melihat dari sudut lain. Menilai seseorang dari sudut kelemahan; akan pasti hasil parah. Si mangsa tohmahan akan pasti menjadi mangsa.

Jika kita menilai seseorang dari arah songsang tanpa melihat bakat & kemahiran besar yang staf itu miliki; sememangnya kita memerangkap diri sendiri pun menganiaya orang berbakat besar ini. Aku takut majikan yang begini akan tempang di dunia sebelah sana nanti.

(YB yang pasti baca tulisan ini mungkin terasa kut! bagaimana dia sendiri patah hati lantaran sikap majikan yang begini. Sementelah itu YB merajuk jauh. Tak pasti patah hatinya kini telah terubat?. Aku rasanya jejak kakiku ke sana pun tak mahu lagi. Mungkin tidak YB.)

"Ada ceritera terbarukah Lan" aku biasa panggil dia Lan sahaja, ramai kenali Ulan sebagai Wak Lan.

"Tak adalah iDAN, cuma tahun lalu mereka kasi aku anugerah cemerlang!"

"Tahniahlah, jika ada rezeki tak kan ke mana..." aku tergamam juga tadi dia parkir depan rumah dengan Mitsubishi Storm setahu aku dia juga ada MPV Nissan GRAND LIVINA, sampai aku tersilap nak masuk pintu, terbabas ke pintu pemandu!. Nyanyuk.


"Mana Livina, kau dah jual ke?"

"Adalah, dia macam bini kedua aku sayang nak berpisah, orang rumah pakai!"

"Anugerah cemerlang sekarang ni berapa RM UPM tu kasi!"

"Seribu!"

"Okeylah! tu... rezeki untuk anak-anak!" yang penting adalah penghormatan kerjaya kita. Duit itu masalah lain. Sejak aku berkhidmat dengan UPM; aku cuma sempat sekali dapat anugerah cemerlang peringkat universiti; tahun 1999. Hanya itu; dapat cemerlang peringkat fakulti boleh dibilang dengan jari. Alasan atau sebab musababnya aku asyik tercicir adalah dicopmohorkan staf bermasalah; degil, lawan tauke, tak berprotokol emmm! entah apa lagilah tangkapan orang atas-atas ini terhadap aku.

Ulan ada bengkel sendiri, bengkel kimpalan untuk buat kerja-kerja logam. Bengkel ini yang banyak membantu dia membaiki ekonominya. Menampung dalam membangunkan rumah tangga. Isterinya tiada kerja tetap, terkadang menjahit terkadang buat kerja jualan langsung. Tak menentu. Ganjaran kerja hakikinya sekadar cukup makan. Biarpun dia membuat kerja teknikal seperti aku tetapi ganjarannya memang boleh dipertikaikan. Ulan lebih awal berkhidmat dariku; pasti tahun ini telah cukup 30 tahun; mungkin lebih lama berkhidmat dengan kerajaan berbanding aku. Aku sempat 28 tahun sahaja.

Ada kalangan majikan silap tafsir, staf yang ada kerja sampingan ini sering dipersoalkan prestasi kerjayanya di jabatan. Asyik cari penyebab kenapa perlu disekat kenaikan pangkat. Sedangkan tanpa kerja sampingan ini apakah staf ini akan dapat menikmati hidup sebenar. Staf yang ada kerja sampingan; bagiku sebenarnya mereka ini yang punyai kemampuan lebih dari mereka yang kaki bodek & intan payung sanjungan jabatan. Staf yang ada kerja sampingan ramai yang ikhlas dalam menyebarkan khidmat & kemahiran mereka. Buat jabatan juga buat orang luar.

Aku teringat semasa aku berkerja dulu, boleh dikatakan setiap minggu pasti ada komputer yang datang ke makmal aku untuk aku baiki. Terkadang tak menang tangan. Cumanya aku bukan seorang yang berjiwa berniaga; aku tak pernah meminta upah, aku lebih suka membantu & memberikan sumbangan. Aku tidak pernah abaikan kerja hakiki.

Masa lapangku sentiasa ada aktiviti sumbangan; kalau tidak baiki komputer, aku adakan kelas ICT aku sendiri. Pelajar yang aku telah mahirkan lebih dari seratus orang, dari belajar baiki komputer hinggalah penggunaan perisian komputer, buat laman web, photoshop, buang birus, permasangan perkakasan baru, kemahiran internet, cara jalan pintas menghalang kerosakan windows, hinggalah baik buruk jadi penggodam. Menariknya pelajarku ada pelbagai peringkat; dari kalangan pelajar sekolah rendah, hinggalah pensyarah malahan bertaraf profesor.

Bukanlah masuk bakul angkat sendiri tetapi sesiapa yang mengenali aku memang faham sangat watak aku.

Ulan mahir dalam kimpalan tetapi majikan tak nampak, Ulan sekarang lebih ditugaskan kepada kerja senggaraan bangunan. Lari dari bidang kemahiran sebenar. Maka tak hairanlah Ulan buka bengkel sendiri.

"Bagaimana projek Lan di Pahang tempoh hari telah siap tak?" Ulan buat semua kerja jika ada peluang; dia ada buat kerja-kerja membina & senggara bangunan baru bersama kontraktor di Pahang.

"Dah siap, tapi kena kencing juga..!"

"Banyak ke?.."

"Dalam RM15,000!"

"Isk! banyak tu Lan, habis tu ada untung tak?" rasanya telah puluhan ribu RM hutang lapuk yang terpaksa Ulan tanggung. Aku memang selalu ikut perkembangan perniagaan Ulan. Dulu kalau aku balik lewat dinihari, sering juga Ulan datang menemani aku hingga ke tengah malam. Jadi antara kami tiada apa rahsia.

"Untung itu memang okey!; dia janji nak bayar duit tu tapi senyap sahaja!"

Aku sering berbual dengan Ulan tentang bengkelnya. Tiap bulan dia cerita mesti kena ada duit pusingan tak kurang dari RM20,000. Itu cereita dedulu, mungkin kekinian terpaksa bertambah. Bengkelnya kecil sahaja tetapi memang begitulah orang berniaga. Ada tak kurang dua tiga orang pekerja tetap termasuk adiknya. Terkadang lebih dari itu, ikut besar mana projeknya. Setahu aku kerja kimpalan ini, bermodalkan RM1,000 kita boleh letakkan harga RM3,000. Kerja ini memerlukan kemahiran & kos elektrikal yang tinggi. Maka itu sememang kadar jualan paling tidak 200% dari kos barangan. Ulan tak dapatlah keuntungan yang tinggi sebab dia upah orang yang buat. Jika ada waktu senggang sahaja dia dapat membantu pekerjanya.

Maka itu jika kita mahu buat gerigi rumah atau pagar rumah bukan murah kini.

Dalam bualan kami, tercetus juga rasa terkilan dalam kerjaya di UPM, sebabnya dalam golongan kami masih ramai yang tercicir dalam bab kenaikan pangkat. Kemahiran & pendidikan kami sama sahaja. Rakan kami yang lain, malas & kaki monteng pun telah dinaikkan pangkat, mendapat pencen sekali ganda dengan kami. Itu rezeki mereka. Aku & Ulan kekadar seadanya. Seolah-olah pandangan majikan kami, kami ini lebih teruk dari mereka yang semua tahu kehandalannya membodek, bersandiwara pun punyai masalah lebih kronik. Hipokrit. Ramai yang berjaya ke puncak melalui batu loncatan, guna golongan bawahan, paling menyakitkan melalui kabel besar.

Kerja makan gaji ini terkadang jika pandai bermuka-muka, juga amat pantas memintas staf lain pun mudah berjaya. Di makmal pagi ke petang klik komputer macam ada kerja tak selesai, hakikatnya leka cit cat, main chess, lawan permainan komputer secara langsung, buat jualan langsung lelong & macam-macam kepuraan. Tiap tahun boleh naik pentas dapat cemerlang, jadi kanan & pelbagai lagi jika rapat dengan bos, duduk jadi tugu di pejabat. Pandai menjadikan rakan sendiri sebagai batu loncatan, lebih teruk mengadu domba. Kemahiran tak sepakar mana pun.

SKT sebenarnya baru lagi ujudnya, itu pun hanya 40% selebihnya adalah ketentuan Ketua Jabatan (KJ). Penilaian manusia inilah selalunya menjadi masalah. Memang ini masalah makan gaji. Sampai kiamat pun rasanya tak akan memuaskan hati semua orang. Maka itu Islam menggalakkan berniaga; kerja sendiri lebih jelas & telus. InsyaAllah jika rajin & jujur akan lebih murah rezeki berbanding makan gaji.

"Lan kena menabung dari sekarang, kita ni pencen tak banyak mana; hanya duit tabungan sahaja yang dapat membantu di hari tua kita.." itu pesan aku terakhir aku kepada Ulan setelah lebih dari dua jam kami lepak makan-makan di Sungai Kantan.

Agar dia dapat terima nasihat aku ini. Tak sangka ada rakan yang sudi ketemu aku. Baru beberapa hari lalu aku menulis bab persahabatan ini di jurnal aku Easyjournal. Terdetik hati Ulan datang dari jauh, malam-malam lagi semata-mata mahu ketemu aku.

Terima kasih Ulan.

4 ulasan:

azieazah berkata...

Kesian juga bila membaca nasib ULAN dan yg senasib..
begitulah politik kotor di tempat kerja. Hampir semua orang melaluinya. Orang yang kental saja yang boleh melaluinya..

Ada kala yang bersikap bodek dan hipokrit ni terikut-ikut kerana tidak tahan lagi menjadi mangsa..

dan begitulah seterusnya...

Bang IDAN... saya yakin Abang adalah seorang sahabat yang baik... sebab itu sentiasa diingati dan dicari...

YB berkata...

Salam Dan

Wak Lan tu memang aku ingat lah. Kahwin dia dulupun aku pergi.

Ramai orang gila kat m'sia ni. Gila kuasa. Org yg tidak berlaku adil maknanya ia menyalah gunakan kuasanya. Jadi itulah lah org gila.

Aku belah sebab aku tak mahu kerja dgn org gila. Mana boleh pilih org dulu baru buat temuduga. Aku majukan diri tak guna satu sen pun duit dia. Bila aku nak maju org gila tenyeh aku. Org kata kalau kita lawan org gila tandanya kita nak gila sama. Aku bukan org gila dan mohon Allah jauhkan drpd sindrom ini. Sekarang aku dah jauh di negeri pasir berdengung.

iDAN berkata...

Dik Azah;

Abg kau ini kurang pandai berhubung dengan org atas; pernah jadi pengurus kebajikan; tak terurus!; payah nak faham sikap org atasan ini. Mereka saling bergaduhan kita tersepit. Bukan tak ramai golongan atasan sana yang memihak abg tetapi nampaknya kuasa masih di tangan golongan yang amat pelik lagi sukar. Jika siapa kenal watak golongan IRC & JIM ini mungkin dapat mengakui betapa payahnya berhadapan dengan golongan elite ini; mereka ada kuasa.

Mereka kuat dengan kroni & kabel mereka.

Negara ini pun sering digugah golongan ini, lantaran mereka pandai bersandiwara pun mereka bijak menangguk di air keruh.

Terakhir abg terpaksa berhijrah lantaran golongan muda yang semakin rakus mengejar pangkat & kebendaan. Golongan ini semakin mengetepikan org lama seperti abg; mereka jentik org yang mereka rasa semakin tua ini bagaikan Ulan kata semalam.. bagai sampah!.

Maka jalan paling mudah kita serahkan pada Dia Nan Esa; jawapannya di dunia sana. Tak mahu berbalah di dunia ini mana adilnya Dik Azah.

Kita tak perlu kecewa, rezeki tetap di tangan Dia Yang Maha Lagi Pemurah; nak takut apa. Abg banyak berkorban untuk rakan & taulan tapi biasalah; org kecil begitu sering dilupakan.

iDAN berkata...

Sahabatku YB,

Rasanya tak elok kita nak lukakan parut yang lama; tapi entah kenapa malam tadi mungkin aku banyak sangat terkenangkan nasib Ulan sampaikan termimpi-mimpi aku jumpa Prof Radin itu; banyak persoalan aku bangkitkan bilamana dia bertanya khabarku dalam mimpi. Dia pendengar yang baik; mentornya yang aku rasakan banyak masalah.

Mereka banyak berhutang pada kita, bukan YB, aku atau Ulan tetapi ribuan staf lain. Di pihak mereka dapat belaka di pihak golongan marhaen ini amat berkira. Banyak terabainya.

Masalahnya kita ada keluarga, anak bini yang perlu ditanggung; kenapa mereka tak nampak kebajikan ini. Golongan kaya & berkuasa rakus & bolot semua. Kita golongan bawahan yang terpaksa bayar cukai yang tinggi ini terus tertekan.

Agihan harta negara tak seimbang, barangan naik; gaji golongan bawahan ini tak naik juga. Apatah golongan aku yang telah berpencen ini.

Cuba tanya berapa pencen bekas tentera yang berkhidmat sebelum SSM lalu. Golongan ini amat terdera. Kita terlopong melihat projek golongan bangsawan kita. Bukan lagi jutaan tetapi billion jadi sebutan.

7 keturunan pun mereka ini takkan habis menjilat harta negara.

Samalah kumpulan gila yang YB katakan; orang gila ini telah bergaji pokok belasan ribu RM, tak termasuk elaun segala. Rumah mereka telah macam istana siap ada menara. Manalah mereka nak pandang masalah kita.

Karpet di rumah mereka diberak kucing mereka buang sahaja. Pentanda mewah mereka. Kita yang bergadai golok hantar anak ke IPT untuk bayar gaji mereka.

Mana ada negara maju buat begini YB. Pembelajaran mereka percuma belaka; kita diperniaga. Tak payahlah sebut elaun bersalin, susu percuma untuk bayi segala. Kupon beras pun kena melalui parti UMNO; apa benda semua ini.

Aku tak kesah sangat bab gaji golongan elite atau imbuhan mereka; mereka lebih pandai dari kita, bilarlah mereka lebih tetapi kebajikan rakyat sebenarnya tak pilih status; belalah nasib anak buah bawahan mereka ini.

Bayangkan aku yang sakit kronik ini pun ada kelasnya nak masuk hospital; jangan mimpilah nak dapat layanan Kelas Satu. Sedang masa berkhidmat lalu komputer mereka yang digigit birus siapa yang betulkan. Mereka lupa semua tu!.

Berikan hak pada yang empunya hak. Itu sahaja. Bukan pinta duit dari saku mereka pun.

YB... langkah YB berhijrah sekarang telah nampak segala betapa Allah SWT telah membetulkan segalanya.

Aku yang silap terlalu menongkah arus!.