iDAN

23 Februari 2010

Catatan (Singgahsana)


Catatan 1
Kelompen

Sesekali balik kampung mendekatkan kita dengan alam,
Pada-Nya Maha Pencipta.
Di padang terbentang, hijau hutan merimbun pandang,
teduh dan tenang.
Kita menjadi asyik, menghitung dan membilang,
terlalu banyak nikmat-Nya tiada terkira
lantas kita panjatkan kesyukuran tiada tara.
Betapa alam adalah anugerah.
Dengan rezeki melimpah.
Makmur dan bertuah.

Catatan 1a


Saya sedang berangan nak buat hutan simpan, saya tak minat dengan kelapa sawit, saya ingin melihat tanah paya kembali dijagai & pokok teratai mula mengembang.

Sekarang kalau kita tanya mana rupa pokok bakung pun ramai tak kenal. Sedangkan ianya amat indah di celahannya puyu bertelur. Anggerek berkembang. Belibis mencari udang atau bersarang.

Baru hujung tahun lalu saya balik kampung; semua pokok bakung yang indah ini telah dibuang, kononnya nak diternak ikan di sana.

Kita tidak pernah sayangkan alam sebenarnya, tenguk hutan di Puchong Selangor; habis gondol tak pasti tinggal berapa % yang masih selamat.

Cuba kita turun dari kapal terbang, lihat bagaimana sekitar KLIA habis bumi ini dibangunkan tanpa menjaga hutan. Sedangkan herba di hutanlah ubatan kita. Herba di hutanlah penyembuh banyak penyakit. Herba di hutanlah lebih mahal nilai berbanding kelapa sawit atau getah jika kita rajin majukan & terusan membuat penyelidikan. Yang kita tahu hanya Tongkat Ali. Sebut khasiat pucuk sentang, jering, petai, kerdas semua itu kita tak akan percaya lagi.

Saya sayang amat akan hutan, tapi nampaknya kita bukan saja melupuskan hutan, warga hutan & Tanah Orang Asli pun kini kita mahu rampas. Kera & monyet di kampung saya pun tak tahu mana lagi hutan buat mereka berteduh.

Demi kemajuan!; Cuba tenguk Penang & KL. Kemajuan untuk siapa?.

Kemudian kita tuduh bangsa kita, bangsat & tak tahu buat harta. Malas asyik nak bertongkat dengan subsidi kerajaan. Betulkah dakwaan ini?.

Saya amat sayang hutan. Nak jadi orang hutan.


Catatan 2
V.I.C @ D.I.A.N.A

Apa ada pada bandar yang hiruk..
Sedang ada permai di kampung ceruk..

Ada apa pada langit bangunan besi..
Sedang langit biru lebih seri..

Ada apa pada kereta yang bersesak di jalan..
Sedang ada damai pada kawanan ternakan..

Ada apa yg dikejar di sana..
Sedang yang dicari ada di sini..
Lumrah manusia kini..
Barangkali..

Catatan 2a

Saya sering menemui rakan & taulan di alam maya yang amat menyayangi kampung halaman tetapi saya amat pelik bila berbual dengan rakan sekerja.

Umpumanya abg Isa, Ulan, Pak Wahid & ramai lagi. Kata mereka;

"Balik kampung telah tiada makna, semua orang muda yg tak kenal kita, rakan lama semua telah pergi entah ke mana?"

Apa mereka tak rasa, bila telah bersara begini, siapa sebenarnya rakan kita. Siapa datang bertandang, siapa menyapa kita. Semakin sifarlah.

Mungkinkah mereka tak ada tanah dusun terbiar seluas pusaka kami. Saya amat risaunya terbiar.

Yang sedihnya saya tak punya kudrat & kewangan yg cukup bilamana org rumah sendiri mahu mati di kota ini.

Seperkara lagi jika mati di Jenaris berkubur bersama Mona Fendi & banduan. Mati di kampung halaman bersama pusara emah & apak yang dirindui.

Kalau kita boleh memilih nak pilih yg mana?

(Biar pun org kata kubur itu bukan ketentuan kita!.)

Catatan XYZ

aku mahu berbedak dengan lumpur
aku mahu bermandi dengan peluh

aku ingin bermain dengan samai
aku ingin mengorek buah tepus
aku mahu pikat burung pipit
aku mahu menjinakkan burung punai

ooo kawan durian dah berbunga!

aku mahu biakkan puyu
mahu melihat buih ikan pilai lawan
mahu lihat belibis bertelur
atau senyum ikan kaloi di telaga
sepat ronggeng beronggeng

aku mahu tebas pusara ibu & apak
aku tak mahu dengar sergah mona fendi

aku nak balik kampung
tanpa kampung bagaimana lagu balik kampung
mahu segar asyik diputarkan.

2 ulasan:

kelompen berkata...

IDAN
membaca catatan tentang nostalgia dengan alam, sebenarnya ia semakin hari semakin terhakis menjadi hilang dan seakan luput sedikit demi sedikit. generasi baru telah melupai kepayahan orang terdahulu, suasana di kampung dulu dulu, segalamya amat dekat dengan diri dan Pencipta

iDAN berkata...

Kelompen,

Baik di tepi jalan mahukan di tengah perkampungan, banyak rumah milik nenek moyang kita semakin terbiar.

Semalam saya sempat meneroka rumah kampung sekitar Rembau, Bongek & Pedas. Rasa amat sayang rumah yang lama ini makin dimamah zaman. Takutnya anai-anai akan bermaharajalela.

Penat lelah org tua-tua membangunkan rumah pusaka sering kita tidak sayangi lagi.