Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

11 Februari 2010

Kaca Mata 2 (Singgahsana)

Semalam aku sempat buat tinjauan harga untuk kaca mataku yang hilang, paling murah yang ditawarkan potongan harga bingkai yang aku minati RM186 tidak termasuk cermin. Biasanya jika sekitar 100 lebih tak cecah 200 kuasa rabun yang kita alami cerminnya percuma . Tapi bagi mereka yang rabun jauh serta rabun dekat pasti terpaksa berbelanja sekitar RM700 barulah dapat kaca mata yang nampak anggun, selesa & menarik. Itu yang terpaksa dibelanjakan oleh si Afiz & si Anif kerana mereka ini telah rabun lebih dari 400 kuasanya.

Ayahnya suruh makan buah goji tak mahu. Banyak sangat cikadaknya.

Ini kedai kaca mata yang ada sebelah rumahku di Jenaris. Focus Point. Tengah buat tawaran sehingga potongan harga 50%. Selain Focus Point kedai kaca mata popular adalah England Optical Group. Tengah nak raya cina masing-masing buat tawaran namun tetap mahal.

Aku masih mahu buat tinjauan harga di kedai-kedai kecil di pekan kecil. Kalau dapat bingkai zaman dulu yang antik alangkah bagusnya. Buat masa ini aku masih ada dua bingkai lagi kaca mata rabun. Untuk pakai kaca mata pelindung mentari, kaca mata hitam masih melambak, ada yang murah kubeli; ada juga dua tiga lagi amat kusayang yang berjenama. Aku sebenarnya sejak dulu suka kumpul kaca mata. Tapi tak dijaga itu yang bersepah hilang entah ke mana.

Sabtu 13.2.10 Aku buat tinjauan harga di JUSCO Cheras Selatan, di buah kedai, bingkai yang cantik Ray-Ban sekitar RM350 telah potongan 30% Cermin biasa tanpa anti silau RM90 Yang paling murah anti silau segala Rm120. Congak-congak sekitar RM450 ++ itu kalau Rabun jauh di bawah 200 kuasa rabunnya. Kalau lebih memang mahal.

Moh! kita tenguk beberapa lagi bentuk kaca mata untuk lelaki & wanita yang mungkin dapat menambat hati kita untuk mencarinya di pasaran.

12. Menarik sesuai untuk lelaki.

13. Aku sedang berkira-kira nak beli bentuk ini.
Di kedai sekitar sini cuma jumpa bingkainya agak kecil.


14. Untuk perempuan.

15. Di pasar malam banyak amat curi bentuk bingkai ini.
Cuma kalau ori bingkainya lebih kemas & sentiasa bersinar.

16. Nampak anggun & ringkas sesuai untuk perempuan.

17. Cantik ringkas.


18. Siang malam boleh pakai, cermin begini sejuk mata.

19. Pakai bingkai begini semua orang pasti tak puas pandang.

20. Nampak klasik tak jumpa lagi di pasaran.



21. Seiras Ray-Ban lama tapi tangkainya lebih kukuh.

22. Ringkas tapi bayangkan jika jatuh!

23. Nampak brutal


24. Tahun 80an Mila pernah hadiahkan aku Ray-Ban ini
Tangkainya asyik patah, penat nak tukar.
Bila terjatuh pula cerminnya asyik tercalar.


25. Bingkai Kayu

26. Ramai yang suka tanpa bingkai begini tapi susah nak jaga.

Nampaknya aku ini masih tak kebah demam kaca mata. Tapi melihat pelbagai bentuk bingkai di laman sesawang memang teruja. Jika kita rajin memperhalusi bentuk apa yang seseorang itu gemar pakai, pasti dapat mencerminkan peribadinya.

3 ulasan:

asilahmuhajer berkata...

camne ciri spec yang dikatakan sesuai untuk perempuan?? sebab saya tengok, suami saya pakai spek itam saya macam ok la plak.

iDAN berkata...

Contoh gambar 1 hingga 11, 14, 16, itu semuanya sesuai dengan perempuan, sebab ada hiasan di bingkainya. Pun bentuknya memang direka khas buat wanita.

Pun selalunya perempuan juga boleh guna kaca mata lelaki tak jadi bahan pelik.

Memang ada bentuk kaca mata sesuai untuk lelaki & perempuan seperti gambar 6, 11, 20 pun 22.

Cuma agak ganjil kalau gambar 2, 4, 5 dan 14 lelaki yang pakai. nanti orang kata lelaki lembut pula.

Samalah kalau gambar 24 itu perempuan yang pakai nampak sangat brutalnya.

Jika kita ke kedai kaca mata selalunya pekerja sana akan kasi tahu mana yang sesuai bagi perempuan. Cikgu kenalah ambil nasihat penjual tu, sebab cikgu kan perhatian masyarakat.

Majlis sukan sekolah cikgu kena pakai kaca mata hitam baru nampak aktif & menyakinkan. Saya nasihatkan guna rona cermin hijau rasa sejuk, jika coklat rasa lesu sikit, jika kemerahan nampak dunia macam nak terbakar sahaja. Biru pula rasa cerah & pagi sentiasa.

Jika hubby cikgu ada kaca mata 24 tu, cuba pakai; memang redup sangat & amat berguna ketika memandu di tengah hari pun hari hujan. Tapi kalau bentuk 24 itu cikgu pakai ketika luar rumah saya jumpa cikgu pun saya tak nak tegur!. Takut kena belangkung. Kalau perempuan pakai bentuk ini nampak brutal & garang amat.

Nampaknya trend semasa berbeda, sekarang ramai suka pakai kaca mata yang bercermin besar. Saya tak tertarik sangat!.

asilahmuhajer berkata...

saya suka pakai yang besar sebab boleh tutup mata. tapi saya jarang pakai spek itam masa sukan sekolah. rasa segan la. macam semua orang pandang. tak taula makin cantik ke makin pelik. hehehe.