Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

10 Februari 2010

Pilih Bingkai Kaca Mata Sesuai Bentuk Wajah (Delima Merkah)

Di sini ada beberapa pilihan kaca mata wanita yang boleh kita
fikirkan untuk dipakai dalam dunia semakin panas ini
Mana satu pilihan anda iyer?.

1. Sekadarnya sahaja bingkai yang menarik;
Seanggun ini amat menggoda.

2. Pakai baju corak harimau... sanggup?.

3. Bagaimana yang ini?.
Seiras kaca mata 60an yang aku lampirkan sebelum ini.
Lelaki tak sesuai pakai; Saloma suka pakai bentuk ini.



4. Bingkai begini aku amat sukai tapi biarlah cermin lebih gelap.


5. Bingkai sederhana besar amat menarik hati lelaki


6. Jenis bingkai keluli ini payah nak jaga tapi cantik!.
Cerminnya yang hijau begini sejuk sangat ketika memakainya.
Sesuai perempuan & lelaki.



7. Bagi muka kotak amattak sesuai bingkai begini.



8. Agak besar bingkainya tapi nampak anggun.



9. Ini pun cantik juga. Tak ganjil jika lelaki atau perempuan pakai.



10. Bingkai sederhana menarik



11. Adoi! aku terkenang kaca mata corakku yang hilang!.
lelaki perempuan pakai bentuk ini.


kacamata.jpg
Oleh: Sriwijaya

Apapun tujuan penggunaannya, pemilihan kaca mata yang tidak tepat dapat memengaruhi bentuk wajah kita secara keseluruhan.

Saat ini, kaca mata biasa dikategorikan sebagai aksesoris yang kerap digunakan setiap hari. Apakah tujuannya untuk membantu pengelihatan, melindungi mata dari sengatan matahari, ataupun hanya sekedar gaya. Oleh sebab itu, pemilihan bingkai kaca mata yang tepat menjadi sangatlah penting.

Berikut beberapa tips dari Melanie Plouffe, mantan asisten ahli kaca mata dalam memilih bingkai yang pasti sesuai bentuk wajah kita.

Menurut Plouffe, ada dua hukum dasar yang harus kita perhatikan sebelum membeli kaca mata. Pertama, pilihlah bingkai yang mengikuti garis alis alami kita. Dan kedua, pilihlah bingkai yang dapat menyeimbangi (bukan memonjolkan) bentuk muka kita.

Muka bulat. Pilihlah kaca mata yang dapat menonjolkan sudut-sudut pada muka kita, seperti bingkai bentuk persegi. Dan, hindari menggunakan bingkai bulat atau kaca mata dengan lensa besar yang sedang tren saat ini.

Muka oval atau lonjong. Cubalah berbagai bentuk bingkai kaca mata, karena hampir seluruh bentuk bingkai akan terlihat sesuai bagi orang bermuka oval. Namun, tetaplah jadikan alis kita sebagai bahan pertimbangan dan pilihlah bingkai kaca mata yang memiliki bahagian atas yang tidak “bertabrakan” (berlanggaran) dengan alis. Contoh, bagi orang dengan alis lurus. Jangan memilih kaca mata dengan bingkai atasnya melebihi garis terluar alis kita.

Muka kotak. Cubalah kaca mata yang lebih bulat atau bingkai kaca mata dengan sudut yang bulat. Jangan memilih kaca mata yang berbentuk kotak atau kaca mata plastik yang justru semakin menonjolkan bentuk rahang kita.

Muka bentuk hati. Kita elok memilih kaca mata berbentuk kotak yang tidak terlalu besar dengan bagian atas dan bawah memiliki panjang yang sama. Jangan memilih bingkai dengan sudut miring atau tidak sama panjang.

2 ulasan:

Jijahh @ f.k berkata...

jijah suka no 4 ..walau macam tak sesuwai .. tapi ianya amat berguna bila memandu ... full covered ...

untuk spek PC .. 4 segi jer .. bingkai hitamm .. hehe .. mata sakit loo .. keje pandang pc jer siang malam ...

dah beli spek baru ke ??

iDAN berkata...

Sdr Jijah...

Tak acilah Jijah ni..! sama corak bingkai yang saya minat..semalam saya dah buat survey harga.. di dua kedai spek sekitar Jenaris... kira kedai ternama saingan.. England Optical atau Focus Point http://www.focus-point.com/promotions.asp

Mereka tengah buat offer sampai 50% potongan. Masalahnya paling murah setakat dah offer pun RM186 bingkai sahaja, (sama corak 4 bentuknya lain..) tak masuk cermin tu Jijah kalau lebih dari 200 kuasa rabunnya.. kena tambah duit mahu sekitar RM300 lebih juga kut!.

Kalau buat rabun jauh & dekat selalunya sampai mencecah RM500 ke atas. RM700 itu biasa bagi orang rabun teruk macam anak saya si Afiz tu!.

Spek hitam sunglasses agak murah, tengah offer raya cina ...

Di Focus Point di Giant Kajang tu yang paling saya suka bingkai yang harga sekitar RM400; emm! jika rabun saya tak 200 kuasanya cermin kira percuma. Tapi kalau nak tambah anti silau pasti kena tambah duit sekitar RM100.

Maksudnya kena ada RM300 baru okey! dapat spek termurah bagi rabun jauh seperti saya ini.

Sabar dululah saya masih ada dua spek untuk rabun jauh ini, yang kira okey! klim pindah pun tak masuk-masuk!.

Corak bingkai 4 memang menarik. Nampak klasik sesuai untuk org muda & orang tua macam saya ini.