iDAN

14 Februari 2010

Kembali ke jalur Hujan (Singgahsana)

Dingin kasihmu menghakis cintaku
aku lemas sendiri dengan kesepian ini.

Kembara hati tidak pernah berakhir
jejak kasihku terusan meniti langkahan egomu.

Kita bukan sesat di hutan duniawi
tetapi kita terlalu asyik dengan sesaknya kota kepuraan ini.


Mencarimu dalam rimba rindu amat mengelirukan aku.


Kembali ke jalur hujan, aku mahu taman hati ini hijau & hutan kembali.
Hujan kasih itu yang menjadikan taman hati ini hijau.
Indahnya hutan hujan murni tropikamu & hutan khatulistiwamu.

4 ulasan:

kelompen berkata...

IDAN
tenang yg mendamaikan ..itu yg dapat ditulis tentang gambar2 entri ni. Indahnya..
kembali kepada hujan
yang memberi basah
memberi hikmah
ketika diri melarut
dalam payah

iDAN berkata...

Sdr Kelompen,

Jenaris lama sangat tak hujan lebat & permai. Pokok-pokok hiasan makin kering, cuaca amat berbahang. Hujan itu satu rahmat, bumi yang tanpa hujan teramat kering & gersangnya.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Kata orang dulu..
Hujan itu ialah airmata bumi..
Sebagai tanda kasih kepada kami..

Kata orang lagi..
Hujan itu rahmat..
turunnya bersama berkat..
kepada bumi memberi manfaat..

Kata orang lagi..
Hujan itu adalah air yg tersejat..
membentuk awan yang mampat..
Dan akhirnya bila ia berat..
Turunlah hujan yang lebat..

Walau apa, bila, kenapa dan bagaimana hadirnya ia..
Ia adalah rahmat Allah..
buat kita...

iDAN berkata...

Sdr Diana,

Dalam amat tafsiran hujan buat kita amati bersama.

Dalam banyak keadaan kita amat menantikan hujan, apatah lagi bilamana kita bergantung dengan pertanian hingga kita terpaksa membuat hujan sendiri buat menyegarkan tumbuhan kita.

Hinggakan gurun yang kering pun jika ada rahmat hujan akan menjadikan lembah subur.

Di padang Afarah pun katanya semakin redup lantaran adanya saliran air yang awalnya mengambil contoh keujudan hujan di bumi ini.

Masih ingat sekitar tahun 90an di bumi sana menggunakan aliran titis untuk membesarkan pokok di gurun yang kering itu.

Bumi ini akan perlukan hujan demi peredaran cuaca agar kita damai dengan kehijauan suasananya.