Judul Film : "PERCY JACKSON AND THE OLYMPIANS: THE LIGHTNING THIEF"
Pemain:
- Logan Lerman, Brandon T. Jackson, Alexandra Daddario, Sean Bean, Pierce Brosnan,Steve Coogan, Rosario Dawson, Uma Thurman
Sutradara:
- Chris Columbus
Penulis:
- Craig Titley
Produser:
- Mark redcliffe
Produksi:
- 20th Century Fox
http://www.foxinternational.com/percyjackson/
Sinopsis:
Film "PERCY JACKSON AND THE OLYMPIANS" ini menceritakan sebuah petualangan seorang anak remaja titisan dewa yang bernama Percy Jakson. berawal dari hilangnya pedang petir milik dewa Zeus yang dicuri oleh salah satu keturunan dewa, Percy dituduh sebagai pencuri pedang tersebut dan menjadi buruan para dewa jahat yang hendak memiliki pedang dengan kekuatan luar biasa tersebut.
Saat mengetahui bahwa dirinya memiliki jiwa setengah dewa, percy terperangkap dalam pertempuran antara titan Olympus. Demi memperjuangkan bahwa dirinya bukanlah pencuri pedang Zeus Percy harus membayar mahal dengan disandra Ibu kesayangannya oleh dewa api yang tidak lain adalah Pakciknya sendiri.
Dalam misi untuk membuka tabir siapa sebenarnya pencuri pedang tersebut Percy bersama salah satu pengawal setia dan seorang wanita cantik mengalami petualangan yang mendebarkan.
Dengan kekuatan yang dititiskan ayahnya yang juga seorang dewa, Percy selalu mendapat bisikan alusinasi yang membimbingnya dalam memecahkan misi rumit tersebut. Sebagai titisan Dewa laut yang memiliki kekuatan mengendalikan air, Percy pun selalu tertolong oleh kekuatan air.
Ulasan :
Film "PERCY JACKSON AND THE OLYMPIANS" merupakan film bergenre fantasi/ fiksyen, berdurasi 120 minit filem ini mengajak penonton menyaksikan sebuah tontonan yang memiliki kualiti terbaik. Dengan audio effek serta visualisasi yang menakjubkan dan nyaris sempurna. filem arahan sutradara Chris Columbus ini layak dinobatkan menarik & sempurna.Dengan skrip alur cerita yang menggabungkan zaman moden dan zaman kuno serta efek gambar yang sangat baik filem ini dapat dinilai sangat baik. Jalan cerita yang berkesinambungan dan memiliki adegan-adegan mencemaskan serta audio effek yang mendukung setiap adegan action memberi kesan filem ini sangat hidup.
Memadukan sajian aksi-aksi yang tak pernah terbayangkan oleh kita serta penggambaran tokoh-tokoh yang menyeramkan memberi kesan filem ini sangat mendebarkan hati penonton.
Memanfaatkan teknologi dan olahan gambar yang menakjubkan, filem ini memberikan gambaran jelas mengenai apa yang dibayangkan manusia akan sosok dewa serta kekuatan yang mereka miliki. Dengan menggabungkan perbedaan kedua zaman dan menvisualisasikan dalam satu filem cukup efektif memberikan kesan bahawa filem ini sangat layak untuk disaksikan oleh semua golongan.
6 ulasan:
kena tengok citer nie..hehe
dah lama betul tak masuk pawagam. last tgk movie masa mengandung 7 bulan. sekarang anak dah 3 tahun.
kat tempat saya takde cinema la..
Sdr Lavender,
Mat Saleh kalau buat filem fantasi ini macam betul-betul. Biar pun terkadang adengannya macam tak masuk akal tetapi ianya dapat diterima minda kita sekadar hiburan.
Tak rugi rasanya berhibur dengan filem begini, terutama jika bawa anak-anak atau adik kecil kita.
Bayangkan jika benar neraka itu seperti difilemkan. Seram gila. Anjing nerakanya garang amat; janganlah bayangkan ada perempuan seksi pula dalam neraka itu!.
Cikgu,
Kalau anak tiga tahun tu agak payah nak faham gelagatnya, dibuatnya meragam di panggung pening pula. Kena tunggu dia besar sikit, baru boleh bawa ke pawagam.
Nampaknya zaman 60an & 70an itu seolahnya mahu berulang. Saya lihat baik tua mahu pun muda telah ramai kembali mengunjungi pawagam.
Bayangkan masa raya cina tempuh hari; saya ke Sunway Pyramid boleh dikatakan 12 pawagam di sana penuh belaka.
Saya terpaksa tenguk filem yang tak dirancang Wolfman; tak payahlah menonton filem ini. Sedap cerita Si Tora Harimau jadian lagi. Itu sahaja yang ada tiket lagi.
Biasanya dalam sebulan saya sekali sahaja turun panggung bawa anak-anak. Masalahnya kos menonton sekarang semakin mahal. Bukan boleh bawa makanan dari luar. Tiket & Popcorn semua tu pasti kena ada lebih dari RM50 bagi lima beranak seperti saya. Itu dua orang kanak-kanak.
Kalau anak ada perempuan senang sikit seludup makanan dalam beg tangan yang besar sikit. Anak saya empat-empat lelaki. Menontong lenggang kangkong; Popcorn perkara mesti beli. Saya seorang yg suka bawa beg galas kain; untuk seludup masuk air isotonik! ke pawagam.
baru jer tengok cite ni semalam..memang best cuma ieza kurang berkenan ngan heroin wanitanya..cam x sesuai jer..
Saya dengan pelakon barat ini Ieza memang kurang kenal, Alexandra Daddario ini jika dilihat data peribadinya lebih banyak berlakon di siri TV.
Wataknya kurang menonjol di filem ini, lagi pun tak nampak matang biar pun usianya telah mencecah 20an. Dia lahir pada 16 Mac 1986.
Catat Ulasan