iDAN
19 Februari 2010
Kabhi Kabhie 1976 (Hiburan)
20.2.10: Langkah TV2 menyediakan sarikata ketika lagu di Filem Kabhi Kabhie adalah amat dialu-alukan. Filem hindustan sering bergantung dengan lagunya. Dalam lagu sebenarnya ada ceriteranya. Bila lagu hindustan yang rata-rata diputarkan selama 5 minit lebih tidak disediakan sarikata maka akan terputuslah jalan ceriteranya.
Agar ZEE menyontohi TV2 lantaran dalam gemersik lagu hindustan tersimpan 1001 satu keindahan senikatanya. Sayang ini tidak apat dinikmati olah penontonnya.
Ada ketika penghujung filem dimuatkan lagu yang memutuskan jalan cerita, peminat filem hindustan sering terpinga-pinga tak tahu cerita sebenar lantaran kemalasan ZEE, TV3 atau saluran TV lain yang tidak menyediakan sarikata lagu. Malahan dengan mengamati keindahan lagu filem hindustan di samping falsafah cinta dalam lagunya pasti akan lebih dapat meruntun hati.
Tahniah TV2 agar menjadi contoh kepada saluran TV lain.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
hehehe, tgh layan TV2 ler skrg ni
citer industan baru skang ni macam kurang menarik la jijah rasa .. macam sama jer semua jalan ceritanya .. Layan citer Tamil pun sodapp
Laa! tak sangka Eelobor juga suka cerita Hindi!
Sdr Jijahh jika rajin tenguk dulu komen penonton tentang filem yang mahu ditonton.
Kalau kat Malaysia filem itu dapat sekitar 2/5 atau 3/5 bintang baik jangan menontonnya. Kalau dekat antarabangsa klik ke IMDb jika dapat sampai 8/10 apatah lagi ramai yang kasi 10/10 bintang rasanya tak rugi kita menonton filem Hindustan ini.
Filem 3 Idiots dapat 10/10 pun 5/5 bintang memang menarik filem ini biar pun berbentuk kelakar. Jalan ceritanya agak lain. Dua bulan ditayangkan di negara kita.
Saya baru menonton My name is Khan; pun amat menarik. Semua bangsa tenguk, sebelah saya China dengan isterinya menonton filem ini.
Khan yang ada masalah terencat akal dari awal hingga akhir Shah Rukh Khan (SRK) berlakon watak orang istimewa dengan jayanya.
Dalam filem ini juga SRK cuba menaikkan imej agama Islam di mata orang barat.
Bagus filem ini ditonton seisi keluarga. Bagaimana kasih sayang itu tidak mengenal batasan agama. Cumanya kena sedarkan anak-anak kita agar jika bernikah dengan pasangan agama lain kenalah tukarkan agama kepada Islam.
Dua minggu saya cuba dapatkan tiket di Sunway Pyramid, kali pertama tak tempah, gagal semua waktu penuh tayangannya. Kali kedua tempah sehari sebelum tayangan barulah dapat tiket.
Orang Malaysia makin kemaruk menonton wayang.
Catat Ulasan