iDAN

26 Mac 2010

Juadah (Harum Aroma)

Ada ketikanya bilamana kita kebah dari demam pasti ada sahaja yang kita idamkan. Tekak kita asyik teringin mahu mengidamkan sesuatu, mengalahkan orang mengandung ragamnya; Apakah sesuatu itu?
J1 Makanan Jepun? sekarang di mana saja ada makanan Jepun ini
J2 Atau air buah, pastikan pesan gelas besar.
J3 Atau buahan yang sejuk, aku suka sangat makan nenas!.
J4 Mee Kari.
J5 Pizza sekarang telah banyak pilihan.
J6 Mee Yomyam atau Tomyam dengan nasi campr sambal belacan.
J7 Atau Lontong sering orang Jawa pandai masak ini. Kak Mila buat pun okey!.
J8 KFC emmm! dah jemulah pulak Afiz lama kerja di KFC.
J9 Si Wildan rakan kerja suka sangat Kuetiau Goreng ni
J10 Laksa Penang ramai nasihatkan makan ini diet paling bagus; aku memang suka Laksa.
J11 Ikan bakar cicah budu.
J12 Burger paling mudah ditemui.
J13
Atau anda suka sup sahaja. Aku masih ingat kalau zaman kanak-kanak asyik mengidam Mee Goreng; siapa tinggal di Batu Gajah pasti teringat Mee Goreng Mamak di sana, memang sedap sangat. Minum pula dengan air botol ice cream soda. Huh!.

8 ulasan:

- just me - berkata...

Dah tentu pilihan saya sushi!! (^-^)

Sayangnya kat Temerloh xde sushi kalau tak mungkin sebulan sekali gi beli. Paling dekat pun nak makan sushi kat KL atau Kuantan laa..

Kalau dpt makan tempura lagi best! Tp mahal sangat laa pulak..

iDAN berkata...

Dik Ieja,

Sejak tinggal di Jepun, saya memang suka makan sashimi tuna, padanlah org Jepun sampaikan berpiket lantaran disekat makan ikan tuna ini.

Sushi yang ada di sini masih mahal, sebabnya kalau beli di TESCO sekitar RM7 masih tak kenyang. Setakat nak hilang mengidam sahaja.

Cetusan berkata...

wah gelas besar2, sedut straw yang sama,lomentik woo

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Org bercinta begitulah...

...cuaca sekarang panas membara memang air buahanlah pilihan terbaik untuk sejukkan bada; terbaik adalah asam jawa juga perahan tembikai!...

Kalam Hitam berkata...

sudah sampai di sini!

:D

masih mencari idea di sebalik penulisan cik idan...

apa konsep blog ni ya?

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Kalau bulan puasa, waktu tengahari panas terik terbuka pula laman ni... mau telan liur 120 kali.

iDAN berkata...

Sdr Kersani,

Tiada konsep atau tema blog ini, belasah sahaja; dari isu semasa, catatan peribadi & kadang-kadang minat utama saya sastera.

Terima Kasih lantaran sudi memberi respon buat blog saya.

iDAN berkata...

Emmm! Diana, hara-harao tak terklik di bulan puasa. Paling bahaya tenguk air buah tu!.

Huh!.