Awal pagi hari ini Senin 8 Mac 10; Cuaca suram sesuram hatiku. Aku terpaksa berkejar ke Klinik Kardio pakar jantung di Hospital Serdang. Temujanji yang bagaikan berlindung dari Malaikat Maut. Takut mati, semua orang takut mati tak terkecuali aku. Maka itu bila sakit aku terpaksa berubat. Ikhtiar. Tak ikhtiar ibarat kita mahu membunuh diri.
Ikut catatan di Buku Rawatan ini kali ke tujuh. Ingat aku naik kapcai sahaja hari ini, payah nak parkir di sana. Semakin hari nampaknya semakin ramai yang sakit. Keramaian ini sebenarnya lebih kepada pengiringnya. Menemani pesakit samalah seperti memberi dorongan & kekuatan. Tapi bukan aku. Aku meredah kesakitan ini sendirian.
Sendirian di sana amat membosankan; biasanya sampai jam 2:00 petang masih di sana
harapanku hari ini cepat sikit lantaran si Anif nak periksa tak pasti dia ke sekolah bagaimana!. Biasanya aku yang menghantar dia ke sekolah, Anif sudah tak reti naik bas ke sekolah. tak tahu pun jam berapa bas akan datang.
Harapanku degup jantungku okey!, bulan lalu buat ECG di PKupm
nampaknya normal sahaja. Sesak nafas ketika dinihari mungkin ada
masalah lain harap-harap bukan jantung.
Jika aku mahu pergi pun jangan sampai
menyusahkan isteri & anak-anakku. Aku mahu pergi dengan senyap & aman.
Sore Senin; Jangkaanku betul, sekitar jam 2:30 petang baru aku sampai di Jenaris.
Kasihan Azim berjemur dekat sejam di luar. Musibah tak bawa kunci. Setiap ahli keluarga aku telah pun menyediakan sejambat kunci rumah. Anif terpaksa naik basikal. Hujan petang ini tak pasti aku bagaimana dia akan pulang ke rumah.
2104 nombor untuk ambil ubat 12:56 tengah hari. Sekitar 45 minit barulah dapat ubat.
Pada 20 April nanti barulah aku akan buat ujian Dobutamine Stress Echocardiography (DSE) apa bendanya ujian pun aku tak pasti.
Dobutamine Stress Echocardiography (DSE). Pemeriksaan echocardiography yang menggunakan infus dobutamine. Biasanya dilakukan untuk pesakit yang dicurigai berisiko jantung koroner tapi tidak dapat diperiksa dengan alat Treadmill lain seperti ECG. Selain untuk mendeteksi ada tidaknya penyempitan pembuluh koroner, pemeriksaan DSE juga dapat digunakan untuk mengetahui viabilitas otot jantung
dengan memantau gangguan gerakan otot jantung.
Harapanku janganlah sampai aku dibedah. Sakit sebenarnya jika dibelah pun dikopak dada ini. Mungkinkah doktor akan bedahku, rasanya tidak sebab aku telah berusia lagipun aku ada diabetes. Luka yang dalam bolehkah baik. Maka apa ikhtiar pakar!. Emmm! biarkan saja.

9 ulasan:
Salam Idan
Semoga kesihatan OK.
dah lama jugak tak buat pemeriksaan susulan jantung..mudah-mudah tiada masalah..
salam sahabat,
Moga Allah menyembuhkanmu
Walaikum salam Sdrku YB,
Terima kasih akan doanya para sahabat. Antara doa nan makbul ialah doa dari seorang sahabat.
Sepanjang separuh hari semalam, aku melihat wajah rundung pesakit & pengiring; Dari agakanku ada tiga orang doktor bertugas di pakar jantung Hospital Serdang tapi bayangkan bertapa stresnya pesakit menunggu. Aku tiba sekitar jam 9:30 pagi & hanya meninggalkan hospital sekitar 2:15 petang. Congaklah berapa lama. Itu pun aku tak punyai kes serius, sekadar jumpa doktor untuk memberikan maklumat taraf kesihatanku ini.
Nak buat macam mana ini sahaja khidmat termurah yang kita ada. Terpaksa menunggu lantaran ini namanya ikhtiar.
India sebelahku bersungut; tiga bulan sudah seharusnya dia dibedah tapi belanjanya sekitar RM6,000 bagi pembedahan kecil. Dia kata dia tak mampu & mohon pihak hospital mencari jalan agar dia mendapat kos pembedahan yang lebih murah.
Kira aku beruntung diberikan khidmat percuma sebab bekas staf kerajaan. Perubatan sekarang bukannya murah.
Sdr Siti Murni,
Sakit jantung ini bukan boleh diambil mudah, sekali ianya tersumbat takkan memerlukan beberapa minit; sekitar 20 saat pun ianya boleh membuatkan kita strok.
Buatlah rawatan susulan. Saya pun telah masuk tahun ketiga berulang alik ke Klinik Kardio ini. Selalunya jadual rawatan tak menentu; jika kita kata okey akan mengambil masa sekitar 3 bulan jaraknya pertemuan rawatan susulan kan datang. Jika kita kata masih ada masalah sekitar sebulan pastinya kita kena ke sana lagi untuk memastikan jantung kita baik.
Saya telah buat ECG tak kurang tiga kali, sekali ujian stres & bulan hadapan akan buat ujian DSE.
Ada banyak lagi ujian yang perlu dilalui untuk memastikan jantung kita okey!. Bukan mudah untuk mengesan sakit di dalam dada; maka itu jika terasa sesak nafas & terjaga ketika nyenyak tidur; elok amat buat temujanji untuk pemeriksaan susulan jantung Siti itu.
Jika semuanya okey!; mungkin doktor hanya menasihatkan makan ubat sahaja.
Sdrku Abuyon,
Walaikum salam, terima kasih atas keprihatinan Sdr; bila memikirkan asyik berulang alik ke hospital agak runsing juga.
Ini pun buah pinggang masih okey!, tak terganggu & nampak lancar. Sekitar 3 tahun lalu ianya amat kritikal lantaran gangguan batu karang.
Cumanya sakit darah tinggi, diabetes, lebih kolestrol & gangguan jantung yang doktor jangkakan sebab gastrik memaksa saya memakan 7 jenis ubat wajib, dua lagi herba sampingan.
Sakit tak elok dibiarkan; terpaksa berikhtiar. Cumanya jika sendirian tanpa kawalan & bantuan pasangan kita rasanya kita kena banyak bersabar.
Semalam ada sepasang suami isteri masih muda sangat; melihat isterinya sentiasa berdiri di belakangnya tanpa telefon bimbit di tangan; tanpa nampak fikiran ke arah lain. Tampak amat risau akan kesihatan suaminya memang saya rasa terusik hati. Jelas terbayang wajah isteri ini berdiri di sisi pintu rawatan.
Banyak drama kita dapat tontoni di tempat begini. Melihat suami garang lagi degil, isteri asyik membebel; melihat kasih sayang anak terhadap ibunya. Melihat cucu asyik ikut opahnya keluar masuk bilik rawatan, semuanya menceriterakan pelbagai tingkat kasih sayang manusia ini.
Terkadang manis juga datang sendirian; jangan bawa buku untuk dibaca; jangan main telefon bimbit. Melihat gelagat manusia di Klinik Jantung begini memang teruja & membawa kesedaran.
Semuanya amat gerun akan kematian.
Sudah setahun bersara.....rasa rindu tak bersua dgn Abg iDAN. Kenangan lalu bersua, bergurau di UPM masih segar di ingatan saya.
Didoakan tabah menempuh dugaan mendatang jaga diri . Tenangkan fikiran .
Salam kami Eris dan Maria di Australia
Sahabatku Eris,
Doakan agar abg kau ini tidak sampai dibedah; ingat kalau dipaksa dibedah mahu lari dari hospital. Jika takat guna alatan kecil tak sampai belah dada itu kira okey!
Bulan depan akan tahu apa kata doktor pakar.
Agar Eris, Maria & anak-anak tetap bahagia di sana. Rakan di sini hanya beberapa orang sahaja yang ingatkan abg kau ini.
Si Fairus akan pindah Ahad ini; rumah barunya setaman Kak Sal, Sungai Ramal Luar itu.
Saudara iDAN - Kadang2 kita memang banyak sakit, tapi berkat doa dan harapan dari kawan kepada kita, insyaAllah umur dan kesihatan kita lebih panjang dan stabil berbanding orang yang tak sakit.
iDAN orangnya baik dan disayangi kawan2 sekeliling. Tentu aje ramai yang mendoakan kesejahteraan iDAN. Diana pun akan doakan juga.
Catat Ulasan