iDAN

02 Mac 2010

Terjun (Singgahsana)

Tak pernah aku impikan cinta jatuh ke dingin batu
rebah ke celahan kelirumu.


Setia cintaku terusan mengalir meredah rimba lara
aku tetap damai dalam sepimu.

Alir kasih ini terusan mencarimu di kuala rindu
dikau sentiasa sardin tanpa menoleh aku.


Mana mungkin talian kasih ini terputus,
hingga rekah kerikil lugu menunggumu aku jadi bisu.

4 ulasan:

zainal mohd jais berkata...

Cinta-perasaan-alam-perempuan,
adalah kombinasi indah, ghairah dan sangat mengujakan.
Dari zaman Adam sampai kiamat.

Tahniah iDAN, u dpt gabungjalinkan dgn begitu indah, harmonik, mengasyikkan...

- just me - berkata...

Abg iDAN,

Perasaan kasih, sayang & cinta itu mmg ibarat air yg mengalir bukan? Sentiasa ada pasang surutnya. Terkadang tenang, terkadang beriak, namun adakalanya bergelombang hebat dek badai yg melanda. Namun utk seorang yg bernama kekasih, sehebat mana pun aliran kasih itu ditetak mahupun dicincang, ia tetap tidak akan putus.

Indah kata2 abg.. Buat ketenangan hati ini berkocak mengingati kenangan lalu bersama si dia...

iDAN berkata...

Sdr Zainal,

Di syurga pun ada sungai yang mengalir, cuma airnya tidak sama dengan air di dunia ini.

Kita mahu solat pun sebaiknya punyai air untuk menyucikan wajah & diri kita.

Ketika sedih & ketika kita terlalu gembira sering kita menangis menitiskan air mata.

Dunia ini bagai gurun tanpa air. Gersang & tak sanggup pun pepohon hidup di bumi yang kering.

Maka kita seharusnya jangan sengaja mencemari air.

iDAN berkata...

Di Ieja,

Alangkah damainya jika kita dapat bermain ombak, alangkah nyaman jika kita berada di sejuknya deruan air terjun.

Terlalu indah jalinan air ini. Bayangkan nikmatnya jika dapat meneguk air ketika dahaga. Tanpa air dahaga kita tak mungkin akan hilang.

Begitu jua hati, tatkala terlalu sepi amat perlukan perhatian, perhatian ini bagi kita tentunya seorang kekasih, bagi anak tentunya seorang ibu, bagi isteri tentunya suami.

Bagi hamba tentulah Ilahi.

Tubuh kita adalah tanah, tanah tanpa air manakan suburnya.

Memang benar dalam ikatan kasih sayang sering kita mahu kasih sayang itu bagaikan air yang ditetak tak akan putus; tak ada parut tak ada kesannya.

Abg selalu impikan punyai mahligai di mana terbitnya mata air yang mengalir bersih dari perut bumi; menghias halaman, sejuk & damai.

Tak larat lagi rasanya duduk di debu kota yang semakin panas ini.