Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

07 April 2010

34 Sebab Mengapa Mesti Goji oleh Dr Earl Mindell


Banyak Syarikat jualan langsung mengambi kesempatan dengan kenyataan Dr. Earl Mindell ini;

Aku paling tak suka orang mengambil kesempatan dengan menjual ubatan dengan ratusan RM atau mahal ketika seseorang itu tengah resah dilanda penyakit. Sudah orang tu menderita sakit kita pula nak sakitkan poketnya.

Goji kering terdapat di semua kedai sensei cina dengan harga sekitar RM2 bagi 100 gram. Satu paket sekitar RM10 boleh makan sampai sebulan lebih. Amalkan makan goji kering ini untuk mata yang terang, otak yang pintar. Ianya juga terbukti dapat menyembuh & menghindarkan banyak penyakit.

Jangan direbus lama, cukup direndam atau celur; taruh dalam air panas atau dimasukkan dalam air minuman. Buahnya manis-manis buah, samalah kita makan kismis yang boleh menambahkan daya ingatan. Boleh dimakan begitu sahaja.

Apa kata pakar:

Dr. Earl Mindell, R.Ph.,Ph.D., dikenali sedunia sebagai seorang Pakar Herba dan Ahli Farmasi berdaftar memberi 34 sebab mengapa mesti mengambil GOJI :-


1. Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.

2. Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.

3. Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), 'hormon remaja"

4. Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.

5. Goji mengurangkan risiko kanser

6. Goji mengurangkan kolestrol

7. Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes

8. Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual

9. Goji membantu mengurangkan berat badan

10. Goji melegakan sakit kepala dan pening

11. Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak

12. Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda

13. Goji menguatkan jantung anda

14. Goji menghalang peroksidaan lipid ( yang menyebabkan sakit jantung)

15. Goji meningkatkan halangan penyakit

16. Goji meningkatkan respon imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG)

17. Goji digunakan sebagai rawatan kanser

18. Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser)

19. Goji menghalang tumbesaran tumor

20. Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi

21. Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet, dan rawatan penyakit tulang sum-sum)

22. Goji meningkat limfosit

23. Goji mengaktifkan enzim anti-radang

24. Goji menyokong fungsi hati yang sihat

25. Goji merawat simptom-simptom menapause

26. Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung

27. Goji meningkatkan kesuburan

28. Goji menguatkan otot dan tulang anda

29. Goji menyokong fungsi buah pinggang

30. Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan

31. Goji membantu batuk kering yang kronik

32. Goji menghilangkan tekanan dan gelisah

33. Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda

34. Goji membantu sistem penghadaman

Goji kering... ada nyonya sebut Jiji...

Goji Yang Sungguh Mengagumkan Dan Teks Perubatan Cina Purba

Goji telah digunakan dalam Perubatan Tradisional oleh rakyat China selama lebih 5000 tahun.

Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan daripada buah Goji ini. Berikut adalah antara teks perubatan tersebut:

Ben Cao Hui Yan menyatakan: "Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan yin dan yang, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik".

Dari Internet

Aku baru sahaja mencari Goji Kering di Kajang, di hadapan pasar besar harganya 100 gram sekitar RM3; bagi yang kecil buahnya agak mahal. Manakala yang agak besar atau kasar buahnya 100 gram RM5. Tidak berbaloi jika mahu mengamalkan makan yang RM5 ini sebabnya agak sedikit sahaja 100 gram itu. Tak sampai seminggu pasti habis jika sehari makan dua kali pagi & petang.

"Saya sudah makan buah ini dua tahun, di mana-mana saya pergi saya tahu harganya, awak punya kedai mahal amat nyonya" aku lihat ampoi sebelah nyonya mencuka wajahnya.

Aku menuju Jalan Bukit arah ke stesen komuter; buat pusingan U, jika perasan dulu di situ ada Wisma Apex, siapa yang gila saham pasti tahu bangunan ini. Sekarang Wisma Apex ini telah bertukar bangunan baru tak jauh dengan MyDin. Sebaris dengan blok bangunan Wisma Apex lama ini ada sebuah kedai sensei cina.

"Ini harga pasar saya jual RM10 untuk 500 gram!" Tauke cina agak muda umurnya, nyonya sebelahnya tak suka senyum; nampak tua sangat bila tak mahu senyum.

"Banyak bagus taruh dalam sup!" Itu amalan mereka, tetapi semasa aku di Kuala Kangsar nyonya di sana berpesan jangan direbus lama; khasiatnya akan hilang.

Maknanya di Seri Serdang & Sarawak lebih murah goji yang kering ini baru sekitar RM8 sahaja bagi 500 gram. Mungkin juga kualitinya berbeda. Tapi seingat aku paling mahal pun Goji Kering yang agak besar saiznya sekitar RM5. Ianya agak manis.

Perlu diingat Goji Kering ini mudah rosak jika tidak disimpan dibelas kedap udara. Di kedai Sensei mereka meletakkan Goji Kering ini di dalam balang kaca besar atau pun di peti sejuk. Cubalah amalkan makan Goji Kering ini. Rendam dalam air panas atau Teh O waktu pagi & malam. Makanlah dengan buahnya seakan rasa buah ceri; sukatannya dalam sekitar sejemput Goji Kering sebanyak dua kali sehari, cuba tenguk perubahan kesihatan badan anda.

Aku telah mengamalnya lebih dari dua tahun; itu pun setelah sakit. Memang ianya dapat mengawal glukos & tekanan darah. Malahan kolestrol pun dapat dikurangkan. Bilamana aku cuba sekadar makan ubat doktor bahan kimia tentunya; tanpa memakan buah Goji ini, glukosku naik mendadak. Tak semahal mana jika sebulan berbelanja sekadar RM10 untuk mengawal peredaran darah & menjaga kesihatan kita.

6 ulasan:

YB berkata...

Salam Dan

Kalau nak beli elok yg berpeket dr kilang. Dulu aku beli jenis timbang, ada ulat dlmnya. Lepas tu terus buang semuanya.

zeqzeq berkata...

ada sesiapa yng ingin BANGKANG?

iDAN berkata...

Maklumat yang bagus!, YB, pastikan yang terbaik sahaja, biasalah di kedai; seeloknya kalau beli tu carilah kedai yang bersih & tersimpan dalam balang yang tertutup kemas!.

iDAN berkata...

Rakan saya anaknya semua bijak & score dalam peperiksaan bila ditanya apa rahsianya, sering makan kismis!.

Sebulan saya tinggalkan Goji, mendadak naiknya glukos saya!, hara-harap akan kembali normal glukos dalam badan ini!.

lavender berkata...

kecik2 selalu makan..mak letak dalam sup ayam ngan kurma merah, ntah apa lagi..dah lama tak makan..

iDAN berkata...

Sdr Lavender;

Memang betul ada org taruh dalam sup, tujuannya bukan apa untuk kesihatan, cerahkan mata & boleh bina otak yang pintar.

Kita yg malas mengamal memakannya!.