Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

19 April 2010

MMms 27: Imbasan Jantung (DSE) Penyair iDANRADZi Gagal (Singgahsana)

Sejak jam 3:00 pagi bilamana aku terjaga segalanya jadi kontras. Pelbagai ingatan datang buat aku sukar mahu tidur kembali. Sementelah sejak dua tiga hari ini aku diserang sakit tekak, nak dikatakan batuk pun tidak. Tapi suara pun hilang!. Badan semakin berat amat payah untuk bangun di waktu pagi. Sepanjang hari terasakan bagaikan ada ular sawa berlengkar di tengkuk ini. Sakit & berat amat.

"Pecah rekod, gula naik mendadak, maknanya dalam sehari dua ini aku tak boleh sentuh air bergula, belum pernah aku punya glukos naik ke 10.++" hatiku rasakan bagai satu terpaan bencana datang!; kenapa iyer?. Dalam seminggu dua ini memang aku kawal pengambilan gula, tiap kali aku minum minuman manis pasti aku turuti minum air kosong sebanyak mungkin. Tanpa gula badan memang lesu. Takkan tak ambil langsung gula. Apakah stres & susah hati juga mempengaruhi kenaikan glukos di badan. Tak mungkin!.

Doktor habis ikhtiar, ujian Dobutamine Stress Echocardiography (DSE). Lantaran tekanan darahku melambung naik. Aku pulang dengan tanpa apa pun keputusan, sekadar ujian darah & tekanan darah sahaja; Jawabannya hanya balik & makan ubat. Ibarat tiada harapan lagi!; ceriteranya samalah jika seseorang itu memang sakit diabetesnya tenat melampau, mana mungkin doktor berani ambik risiko buat pembedahan jantung pelbagai. Samalah DSE.

"Lagi dua minggu encik datang, banyakkan buat senaman!" Sekadar itu nasihat doktor!.

"Kita buat ujian stres semula, pastikan mendapat sampai tahap empat!" kata doktor lelaki berambut separa botak.

"Jangan paksa diri jika rasa tak boleh ketika ujian stres nanti, rasa tak mampu tak perlu teruskan ujian!" doktor perempuan yang paling akhir ketemuku lewat tengah hari berpesan.

Dua pertembungan pendapat. Dua-dua doktor pakar jantung!.

Aku malas nak fikirkan lagi, ada seorang abang sebelahku pun sama. Dari wajahnya dia pun amat kecewa tak dapat membuat ujian terapi DSE sepertiku. Tentunya doktor lebih tahu akan tahap kesihatan kami. Ujian DSE ini memang agak ketat prosedurnya. Kena masukkan ubat pelali yang mana memerlukan tanda tangan pewaris pelbagai. Lagi pun tekanan darah tinggiku yang naik pastinya berisiko untuk menjalani ujian ini. Mungkin faktor itu doktor sembunyikan. Pembantu Perubatan sedari awal pagi mengatakan aku tak boleh buat ujian DSE; apatah lagi jika bacaan tekanan darah tinggiku naik sekitar 170/100 mmHg begini.


Maka ibarat gantung tak bertali; aku terpaksa berulang lagi ke Klinik Kardio ini entah ke berapa kali lagi!. Dua minggu lagi terpaksa menapak ke sana lagi!. Lagi & lagi. Untuk apa buat Ujian Stres jika bagai dulu!. Pasti masalah yang sama lutut tak akan mampu memapah badan ini. Bagaikan perjalanan ujikaji kesihatan ini kembali ke belakang, ulang tayang, atau memang beginilah khidmat perubatan di kelas dua. Bersama rakyat marhaen yang kadang ketika buat kita rasa putus asa pun ada.

Aku terkadang sedih melihat taraf pemikiran doktor pakar ini, apa kata ramai kalangan pesakit jantung yang berkereta sorong atau bertongkat dipaksa bagai aku & abg seorang tadi. Mahukan juga keputusan Ujian Stres sampai tahap empat. Melihat wajah abg yang tadi pun aku rasa sedih; Na mungkin! kata Datuk Shahrukh Khan; orang setua itu mampu melakukannya; apatah lagi dia mengadu padaku lututnya tak kuat lagi. Badannya taklah sebesar aku. Silap-silap tak sempat buat apa pun kami pesakit begini boleh terus gol@mati. Bunyinya memang lain, bagaikan mahu protes keputusan doktor tetapi memang beginilah hakikatnya bila terus berjuang menahan sakit & bukan mudah setelah dua tahun berulang alik ke Klinik Kardio ini. Sakit itu satu hal bagaimana dengan semangat & kekuatan minda pesakit dalam meladeni jadual pertemuan yang memang amat meresahkan ini. Huh! Lemas!.

20 ulasan:

YB berkata...

Salam Dan,

Anggap ajer itu semua permainan hidup. Kita tahu siapa berulang ke hospital, tapi kita tak tahu siapa dulu akan kekubur.

zeqzeq berkata...

pengalaman masa kecil tak lupa daratan bila berkhidmat kepada negara.

semacam mereka berasal golongan sederhana agaknya.

golongan asrama penuh sejak kecil

My Life My World berkata...

Salam Bang Idan.

Moga abang banyak banyak sabar. Nanti kalau tak sabar darah tinggi tak nak turun turun. Nak lah tengok Abang Idan sihat sentiasa.

eelobor berkata...

Salam bro idan. terima kasih berkongsi info kesihatan. saya yg masih muda ni tidak berpantang dalam pemakanan seharian, tidak bersenam. Alhamdulillah sudah berhenti merokok hampir 2 tahun, tp kesannya sudah terasa skrg. dengan membaca maklumat sebegini, sekurang2nya saya dapat mengurangkan dalam pengambilan gula yg berlebihan. semoga abg terus sihat walafiat hendaknya.

iDAN berkata...

Sahabatku YB;

Bayangkanlah jika YB dipaksa lagi sekali ujian stres; sedangkan ujian pertama! 1 Dec tahun lalu gagal menghabiskan tahap 3, Doktor kata sebaiknya mesti sampai masuk ke ke tahap 4.

Isunya lutut; lutut tak mampu menampung berat badan. Maka itu aku terfikir kalau pesakit jantung itu datang berkerusi roda apakah perlu ke ujian stres!.

Dalam tempoh 2 minggu doktor suruh aku kurangkan berat badan & mencari stamina; mampukah!.

Takkan kita mahu melawan tauke; doktor lebih arif dari kita. Jika berat badan punca utama sakit segala ini kenapa mesti nak dera lagi ujian stres sebegitu; Itu yang aku menungkan!.

Maka itu orang berkata kena berpantang makan!, sedar tak sedar bila telah tua mungkinkah semua orang dapat berpandang & segak lampai segala! Kurus ramping bagai ratu belaka.

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Saya pun sama Zeq, sejak Remove Class hingga Form 5 tinggal di asrama penuh. Bebaru ini saya banyak masalah & lari ke FB jumpa dia tiga org rakan di asrama lalu.

Golongan kami pelbagai, ada yg dah dapat Prof & datuk, ada penjual ikan, ada kena hukum gantung dadah, ada juga Imam masjid negeri, seorang pilot terkorban LIMA, ada doktor perubatan ada juga nampak org kuat ameno. Saya pula hanya layak dipanggil penyair!. Kumpulan kami hanya 3 tahun, sekitar 100 org sahaja. kemudian Asrama Putra itu tutup.

Saya perasan golongan yang dilayan kelas satu, taklah seteruk saya kini terpaksa meredah kesakitan ini amat lama tempohnya. Itu pun saya kata tak tahan serang waktu malam; kalau tidak Zeq pasti 3 bulan baru dapat ketemu doktor semula!.

Saya teringat ketika diserang sakit buah pinggang sekitar 3 tahun lalu; bayangkan setahun setengah saya menderita asyik masuk wad kecemasan; kencing sentiasa berdarah. Baru nak dibuat ujian imbas di wad bersalin tu!. Rakan saya seorang pensyarah; VVIPlah katakan dapat sakit yg sama sekitar dua minggu telah diimbas & dibuat pembedahan secara laser itu.

Ada rakan saya bekas tentera, rasanya lebih dua tahun baru dapat dibuat pembedahan yang sama!. Ini kenyataan hospital kerajaan. Kita tak berduit Zeq, sabar sajalah!.

iDAN berkata...

Sdr Eelobor,

Orang kata mencegah lebih baik dari merawat; kes saya kira dah kronik; merawat & terpaksa mengikut jadual makan ubat yang ketat.

Silap makan, tak berpantang pasti akan menjadi padah. Maka itu memang tidak dapat tidak kita terpaksa mencari jalan untuk berpeluh; tak kiralah apa cara!.

Saya perasan sememangnya saya kurang bersenam & tak seharian berpeluh; maka itu gula di dalam badan tidak pecah & berganjak dari badan ini.

Tak sabar mahu balik ke kampung agar banyak aktiviti boleh dilakukan. Di Jenaris nak berjalan bersenam pun anjing gamak menyalak!.

ejaa berkata...

ayah saya pun dah nak dekat setahun lebih sudah ulang alik ke hospital sebab sakit jantung. skang pula masalah buah pinggang.tiap2 bulan pergi hospital. hidup pun banyak bergantung pd ubat saja. kesian juga. nak buat macam mana, bukan lah jenis yang banyak berduit untuk dapatkan rawatan. terpaksa ke hospital kerajaan yang kadang-kadang perlu 'bersaing' dengan pesakit yang lain.

Saya harap encik iDan tabah dengan dugaan hidup ni. Nasihat doktor jangan lupa. Moga sihat-sihat selalu. Aminn.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Tahap kencing manis abg iDAN jauh lebih rendah berbanding tahap kencing manis mak Vic. Mak Vic lebih 2x dari bacaan abg iDAN. Pada Vic abg iDAN bukanlah diabetes kronik. Makan petai dan jering selama seminggu. InsyaAllah akan turun, silap2 kembali ke normal. Itu aje petua mak vic tiap kali mahu buat rawatan di hospital. Takut kena marah doktor, bila nak jumpa doktor baru kelam kabut. heheheheh

Kalau Vic la... nak turun sekilo dalam sebulan pun payah amat. Mungkin sebab semangat tak berapa kuat. Mudah kalah dengan godaan makanan. Usah buat kerja berat2, penyudahnya nanti lain plak yang jadi, sengal2 badan, terseliuh la.. mcm2 lagi..

Buat kerja ringan2 udah.Tolong kak Mila sidai baju, basuh pinggan, kemas rumah, sapu sampah.... ha.. sambil menyelam minum air. Sambil dapat bersenam dapat menambat hati kak Mila sekali. yer tak?

iDAN berkata...

Vic,

Berpeluh itu yg paling penting, di samping bersenam. Memang bab bersenam ini payah nak amalkan.

Pertama kali naik ke 10++ sebelum ini memang sekitar 5++ sahaja. Sebabnya mungkin juga kurang teratur jadual makan ubat, pula tu berat badan yg bertambah.

InsyaAllah petua Vic itu memang betul, selalunya saya memang rajin beli petai & jering rasanya telah sebulan lebih tak makan ulaman itu. Buah goji pun saya kurang makan sebab yakin sangat tenguk glukos itu 5++ sahaja.

Selera org sakit diebetes ini memang tinggi; sebab itu dalam peraturan makan pun tertulis makan selalu tapi sedikit. Memang itu doktor pesan. Terlebih makan malam itu satu punca; lambat pula makan malamnya. Maka itu sesak nafas bangun 3:00 pagi.

Emmm! memang itu rutinnya Vic, kerja surirumah tu telah jadi tugasan harian. Kecuali Sabtu & Ahad; memang nampak musdah nak buat kerja rumah ni tapi remeh, tu di sinki tu dah penuh pinggang mangkuk kena cuci. Pakaian dah basuh pun banyak tu kena sidai. Biasanya kalau tak dibuat memang kena bebellah. Hampir setahun dah bersara, memang semua isi rumah ini bikin magic letak saja bersih, perap sahaja kering.

iDAN berkata...

Dik Ejaa,

Jika Dik Ejaa pernah hantar ayahnya ke Klinik Kardio pasti perasan, biasanya yg mengiringi lagi ramai, ada bawa anak & cucu. Ada pasangan suami isteri. Yang seorang sahaja datang mungkin ada tapi tak ramai.

Selalunya saya sampai sekitar 9:00 pagi sebab dari rumah ke hospital sekitar 30 minit sahaja. Bertolak dari Jenaris 8:30 pagi. Baliknya pasti sekitar 1:00 ke 2:00 petang.

Tika menunggu; Minda yg lebih penat sebenarnya, memikirkan apakah keadaan jantung seterusnya.

Kini setelah gagal Ujian Stres 1 Dis. tahun lalu, doktor masih suruh buat lagi sekali pastinya meresahkan hati. Kesannya jantung juga!.

Memanglah secara lojik mereka yg sakit jantung perlu kerap bersenam tapi bayangkan jika seseorang itu telah ada masalah obesiti, lemah kaki terpaksa bertongkat atau kereta sorong; masihkah mampu sentiasa bersenam?.

Pesakit yg telah ke tahap ini memang risiko makin tinggi!. InsyaAllah saya akan cuba membaiki gangguan kesihatan ini.

echah_syed berkata...

abg idan..kalau stress mmg glukos dlm darah akan naik.serius

huby dulu kalau minggu audit atau minggu konvo mesti glukos dia naik.tension dan penat memikir byk benda nak kena siap.

tapi bila semua beres glukos akan kembali normal.abg idan jgn stress sgt ye.

takecare.

iDAN berkata...

Sdr Combi,

Terima kasihlah beri maklumat tentang stres ini, saya pun perasan, setakad ini memang saya mengambil gula kira macam biasa; saya syak stres menjadikan satu punca! tapi tak jumpa faktanya.

Bab gula; Pagi mungkin secawan teh O malam kadang-kadang sirap selebihnya saya selalu minum air kosong sahaja. Kalau keluar dengan anak-anak saya memilih air isotonik atau air yg kurang gulanya. Bukan selalu keluar pun. Itu pun saya tambah air kosong sebanyak mungkin.

Yang mungkin kurang saya makan dua perkara; satu buah goji kering; sebelum ini telah dua tahun saya amalkan makan goji ini. Memang seharian makan kalau tak sekali dua kali sehari. Saya berleka sebab tenguk telah berbulan-bulan sentiasa 5++ sahaja tak cecah 6 pun.

Kedua mungkin Vic kata tu betul, saya kurang makan ulaman terutama petai & jering. Sebelum ini memang sentiasa ada di rumah dua ulaman ini.

Stres tu memang betul dalam sebulan ini sungguh bertubi-tubi masalah melanda!; silap-silap fikir jadi sasau org kata!, tapi saya harap semua akan lancar menjelang bulan Jun kita tenguklah nanti.

Dah sering amat terujilah Combi, sampai lumat; harap-harap Allah SWT menyebelahi saya. Doakanlah!.

Hidup kena diteruskan jua!.

anyss berkata...

Salam,
Bila upaya fizikal kian terbatas, tambah lagi stress, memang akan lebih burukkan keadaan. Apalagi bila banyak berfikir tentang keadaan diri, keluarga dan teman-teman. Hati perlu dihiburkan selalu, namun...bukan senang.

Biasanya, stress boleh ditukar jadi tenaga yang baik bila berfikiran positif. Namun begitu, sebagai manusia, ketekalan, fikir positif dan kekuatan dalaman kita memang ada turun dan naik. Bukan senang nak senangkan hati

Mungkin rakan2 maya boleh hilangkan stress. Selalu berkongsi rasa, berkomunikasi akan redakan sedikit beban di dada. Mana tahu, cara tu lebih mujarab dari segala jenis ubatan berbentuk dadah tu. Terapi minda rasanya lebih mujarab kot...

Selain jering, mungkin peria juga boleh digunakan. Satu lagi, boleh amalkan makan pucuk asam jawa sebagai ulam. Mak kat kampung selalu kunyah pucuk daun asam jawa ni...rasa masam-masam manis. Memang boleh turunkan bacaan gula dalam darah dan rendahkan tekanan darah tinggi juga. Selamat mencuba.

Hanya sekadar saranan dan perkongsian idea.

iDAN berkata...

Sdr Anyss,

Memang benar rakan dunia maya terkadang dapat menyemaikan rasa damai di hati tetapi harus sedar, rakan maya ini terkadang ibarat fatamorgana.

Hari ini rajin menyapa kita, esok lusa belum tahu; di blog ini pun boleh bilang dengan jari yang rajin terusan bersapa; ada yg telah hampir setahun rajin memberi maklum balas (respon) yang baik & saling cuba bersikap prihatin.

Selebihnya terkadang kita amat terkilan; seperti rakan dunia maya rasanya yang paling lama menyapa saya adalah Adik Deqma; perbalahan kecil yang berlaku. Lantaran fahaman politik langsung senyap, berpatah arang. Pelik bagiku, apakah lantaran telah rapat dengan Datuk atau Datin. Telah pandai berpakaian serba merah jambu mahu dibenci jika saya membela Pakcik saya yg terkorban lantaran politik kiri.

Padahal saya bukan jenis taksub dengan parti; baik BN atau PR bagi saya masing-masing ada kelemahan diri. Salahkah jika jiwa ini rasa terkilan bagaimana Pakcik saya yg nazak di penjara & meninggal dalam keadaan dipasung BN. Dia bukan parti haram atau parti komunis!. tapi ISA telah memenjara dia tanpa dibicarakan. Malahan masyarakat dulu pun kenal siapa Pakcik saya ini.

Deqma ini mempersoalkan PAS di Kelantan tak majukan negeri, Dia marah PAS di Terengganu diberikan mandat tetapi katanya tak membawa pembangunan. Saya malas komen bab ini tapi semua tahu bagaimana kerajaan pusat menyekat segala.

Jika parti pembangkang itu diberikan jua hak jet peribadi terbang seantero dunia mencari pelabur rasanya pasti tak jadi begini. Cukup bab itu kita fikirkan jika kita gila nak maju. Kenapa kerajaan yang ada kini tidak membawa seorang pun wakil kerajaan pembangkang ke lawatan mereka!. Itu yg saya perdebatkan!. Langsung patah arang! bila saya soalkan ini.

Juga ada rakan saya orang kenamaan nick MIRCnya nama Joyahhh; pernah berbual berjam-jam di telefon tetiba hilang bila telah berumah tangga. Dengar khabar kahwin dengan suami orang yg bergelar Datuk dia kawan rapat dengan Pak Lah. Semua ini terkadang merosakkan jiwa kita.

Banyak lagi ceritera di dunia maya ini amat sukar diterima akal; amat mudah memutus erti kasih sayang & persahabatan. Sedang orang zaman Greek dulu pun menganggap penghuni syurga itu punyai sikap sayangkan nilai persahabatan tapi kita tidak. Jangan harap sangat rakan di dunia maya ini.

Hanya fatamorgana semata; cumanya memang bolehlah menjadi penawar stres dalam waktu yg singkat.

Rakan kerja huh! lagilah teruk!.

Memang betul banyak ramuan kampung boleh turunkan glukos; termasuk pucuk mengkudu. Pucuk petai padi juga banyak khasiatnya. Saya makan belaka cumanya agak payah jumpa pokok asam jawa atau petai padi; kena berhenti tepi jalan sebab pokok asam jawa telah menjadi pokok hiasan.

Maka itu saya tak sabar nak balik kampung!.

asilahmuhajer berkata...

bila sebut pasal tekanan darah dan kencing manis, saya akan teringat mak saya.

alhamdulillah, dalam keluarga saya belum ada yang kronik dalam penyakit ini. mak saya pun dikesan ada simptom penyakit ni masa nak pegi haji tahun 2006.

dia memang tak sangka. saya pun macam tak percaya sebab mak bukan badan berisi. mak jugak seorang yang aktif. sakit2 pun tak pernah rasanya.

sekarang ni, dalam peti ais mesti ada air rebusan daun misai kucing. tak pun air yang direndam daun hempedu bumi.

saya pernah terminum ( sebab tak tau air apa. nampak macam air kosong). ya ampun, sangat pahit.

anyss berkata...

Salam,
Sdr iDan,
Saya bukan orang yang sangat suka isu politik, kerana bagi saya, "isu ini banyak memutuskan silatur rahim". bukan bermakna saya tak tahu berpolitik atau isu itu. Hanya malas nak terlibat dan beremosi tak kena tempat dan keadaan. Lebih selamat tak terlibat. Malas nak gaduh dengan orang yang "terlebih" ramai suka beremosi bila bercakap pasal politik.

Saya orang Kelantan, saya sayangkan negeri yang tercinta itu tapi saya tahu siapa yang saya layak puji atau keji. Dan, tolong jangan tanya saya siapa sebab saya tak akan beritahu orang. Saya cuba jadi orang yang "bebas" dari isu politik.

Saya juga jarang online walaupun saya suka sangat dunia maya. Namun, saya p unya bilangan tertentu rakan maya yang saling bertanya khabar dan bertukar fikiran bila perlu. Mungkin saya akan "datang dan hilang" mengikut arus hidup, namun ada masanya saya datang untuk "berdiam diri dan memerhati" sahaja, tanpa menyapa.

Jadinya, bila saya diam...tidak bermakna saya tidak bertandang ke sini ;)
Sebabnya: blog ini terpenuh dengan keindahan, kaya isi dan ilmu...ada emosinya. Bila rindu, saya tetap akan bertandang jua...

iDAN berkata...

Cikgu,

Sebut pokok Misai Kucing, saya memang tersangat ingin biakkan pokok ini. Dulu pernah saya tanam tapi mati sebab diserang serangga jenis macam kupu-kupu kecil rona putih.

Memang tak dinafikan bagus untuk tekanan darah tinggi & banyak penyakit lain. Maka itu tehnya banyak dijual di pasaran.

Kakak saya; Kak Nomi sorang-sorang kakak kandung; rajin minum Teh Mas Cotek; tak pasti betulkah ejaan. Alhamdulillah dia serasi makan Teh Mas Cotek ini. Sekarang doktor tak kasi dia makan ubat darah tinggi lagi. Di BB Bangi saya tenguk harganya sekitar RM20 sepaket mungkin 20 uncang kut!.

Saya lebih mengatakan sebab stres dalam sebulan dua ini. Rasanya jika masalah keluarga saya ini selesai isyaAllah akan kembali normal. Memang itu harapan saya; Dua bulan lalu okey saja!.

Hari ini dah mula demam!. Harap-harap esok kembali okey; jangan putus asa.

Samalah emak cikgu itu; jangan disusahkan hatinya. InsyaAllah sakit darah tinggi ini boleh dikawal terutama kurangkan makan bebenda masin. Ikan masin paling pantang. Nak makan sikit tu tak apa jangan hari-hari.

Keluarga kena membantu dalam masalah sakit kronik begini. Tak dapat membantu dalam masalah perubatan; sokongan & menjaga perasaannya pun sudah cukup kuat dapat memulihkan keadaan.

iDAN berkata...

Sdr Anyss;

Memang betul sebab politik sering buat kita bermasam muka; apatah lagi bila berbalah dalam soal fahaman.

Maka itu adalah lebih elok kita jangan nyatakan fahaman kita jika berhadapan dengan mereka yg taksub dengan sesuatu parti. Apatah lagi tidak sealiran dengan kita.

Saya sebenarnya rapat dengan semua mereka yang berfahaman BN atau PR. Datuk Satim sebagai contoh baik dengan saya sejak zaman dia berkerja di UPM lagi. Dia sekarang ADUN di Puchong jika tak silap. Bekas Setiusaha peribadi PM kini pun rapat dengan saya, biar pun dia tahu saya lebih ke pihak mana. Malahan jiran saya pun orang kuat BN.

Keluarga mertua saya pun ramai yg lebih ke BN & ada juga yang PR. Jadi bagaimana kita nak lari dari fahaman yg bercampur-baur ini.

Yang penting bila ketika mengundi; kita tunaikan tanggung jawab kita. Kita kena mengundi & undi kita rahsia. Itu hak hakiki kita.

Dalam sejarah pun PAS pernah bergabung dgn BN; malahan cuba kaji mantan PM kita pun pernah keluar UMNO. Jadi parti itu bukanlah penting sangat buat individu.

Jika perjuangan itu nampak telah ke lain kita takkan nak terpengap dengan parti itu juga.

Bayangkan kaum cina, mereka nampak sangat telah mengetepikan MCA di pilihan raya lalu; lebih menyokong DAP. Tapi bukan mustahil akan menyokong kembali ke MCA. Rasaya memang itu politik matang.

Sebut Kelantan, jangan hina TG Nik Aziz, biar pun saya tak dapat rapat dengan TG Nik Aziz tapi dia jauh lebih baik dari saya dlm kefahaman agamanya. Pasti kita rasa malu jika kita sering tertinggal solat malahan membaca al-Quran pun tidak fasih; rakan sebelah kita boleh dikatakan alim & segalanya jauh lebih baik dari kita.

Sering terbayang jika PM tiap kali keluar negara mencari pelabur dapat menjemput sekali pelabur dari negeri pembangkang; telah lama Kelantan semaju Selangor.

Selangor negeri maju sekarang di tangan pembangkang (PR) juga satu petanda hidupnya demokrasi. Tapi kalau 5 tahun PR pegang Selangor, PR tak buat kerja jangan harap rakyat akan sokong!.

Atau kemudahan jet peribadi diagihkan sama rata tak kira negeri pembangkang atau negeri pemerintah maka tak mungkin saya berbalah dengan Deqma dalam perkara ini. Mungkin Deqma tak hilang dalam hidup saya. Deqma marah amat Terengganu masa di tangan PR tak semaju Selangor.

Politik namanya memang terkadang ada mainan di dalamnya. Jadi janganlah jadi penyebab untuk kita berbalah jika ada kejadian yang naif dalam politik kita.

Perbetulkan saja.

Sdr Anyss;

Saya sudah tua sebenarnya, jika dapat hidup dalam sepuluh tahun lagi pun rasanya ianya seribu rahmat. Terima kasihlah lantaran suka membaca tulisan saya yg tak sepertinya. Banyak yg saya tulis adalah kehidupan harian saya.

Banyak yang saya mahu bercerita tetapi banyak pula halangannya. Hidup terkadang amat bercanggahan dengan impian kita. Ada juga tulisan saya amat bertentangan dengan harapan saya. Kenyataan hidup saya.

Maka saya sekadar dapat menulis seadanya sahaja.

iDAN berkata...

Ibunya Aran,

Tak tahulah nak cakap dalam sebulan lebih dah, banyak sangat ujian menimpa kami sekeluarga, memang rasanya tak tertanggung jantung ini.

Orang tua-tua pernah berkata ditelan mati emak diluah pula mati ayah; amat membekam hati.

Maka tak hairan semuanya menjadi menggila kini; stres rupanya antara penggalak kita jadi naif & amat sakit.

Begini rupanya bila glukos menggila & tekanan darah terlalu tinggi; berjalan pun rasa melayang. Harap-harap saya tetap tabah & ada jalan penyudah masalah kesihatan ini.

Buah goji masih saya amalkan; dua minggu lagi akan ketemu Dr Imah; harap-harap glukos akan semakin rendah! jika tidak pasti terpaksa ubatnya ditambah dos paling takut suntikan insulin; tapi biasanya mereka yg remaja yg kena suntikan insulin ini. Jangan saya.

5:57 AM