Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

18 April 2010

Impian (Singgahsana)


Kita merancang sesuatu tetapi mungkinkah perancangan itu berlaku seperti yang dirancang?. Kita sering mahukan kesempurnaan namun mungkinkah segalanya terjadi dengan sempurna lagi jitu. Kita sering mengimpikan yang indah belaka tetapi impian kita sering terhalang!.

Tercapai atau gagal itu masalah lain yang penting kita ada harapan & cita-cita. Barulah hidup ini ada tujuan. Tanpa harapan & cita-cita bagaimana mahu kita mengarahkan kehidupan. Hidup ini terkadang bagaikan air yang mengalir. Kita tak dapat mengekang aliran air. Air nan mengalir pastilah dari muara ke kuala . Jika anak sungai akan menjadi sungai kemudian alirannya menuju ke laut. Jika air terjun pastilah dari dataran tinggi ke juram yang rendah.

Kenapa mesti ada ketikanya kita menjadi keliru; bagaikan mengharapkan air mengalir ke arah songsang. Menongkah arus; bukan kerja senang lainlah jika kita berkayak, itu pun lebih mudah mengikut arus. Bermotorboat mungkin boleh tapi bukan sebarangan orang yang mampu meredah gelombang. Merentas arus yang deras. Memerlukan kemahiran yang cekal lagi teruji.

Aku menulis bab ini lantaran, dalam kehidupan kita sering amat kita terleka, sering meletakkan satu keadaan di tempat yang salah. Seperti asyik berhutang dengan kemampuan yang tiada. Bermewah bukan pada tempatnya. Asyik mengimpikan yang indah sedangkan ianya belum tentu tercapai.

Secara hukum akal tiada satu impian pun tidak boleh dicapai; yang pasti kena rajin tekun & tabah menujunya. Bayangkan jika kita impikan rumah yang agam. Jika dulu rumah kembar dua di pinggir kota sekitar RM200K sahaja, sekarang rata-rata dalam sekitar RM500K malahan lebih mahal dari itu.

Jika makan gaji seperti aku atau Kak Mila, paling banyak wang simpanan KWSP dalam sekitar RM300K itu jika berkerja di swasta sehingga usia 50an. Aku memang tak sampai pun RM100K duit imbuhan & lain-lain tuntutan; kerja kuli kerajaan gaji tak sebanyak mana. Lain cerita mereka ada ijazah atau ada PhD bergelar Prof dan sebagainya. Maka bolehkah kita berangan memiliki rumah seagam sebegitu?.

Kenapa kita tidak tukar impian kita ke arah lain, buat rumah di kampung, di tanah sendiri; rasanya sekitar RM100K pun sudah setaraf dengan rumah agam impian kita.

Sejak dulu aku impikan rumah begini!.
Gila.

Begitu juga kenderaan mewah; dalam kitab agama pun sering tertulis; antara keperluan hidup adalah kenderaan yang selesa lagi sempurna. Kenapa mesti kita impikan kenderaan mewah yang berharga RM100K lebih. Sedangkan kemampuan kita sekadar Avanza atau MPV yang sekitar RM60K harganya. Lagi pun semua amat akur akan susut nilai akan harga kenderaan mewah ini. Kebanyakan kenderaan paling lama pun kita gunapakai dalam sekitar 10 tahun lebih dari itu jadilah kenderaan seperti kereta perangku. Boleh guna dalam jarak dekat sahaja; agak tinggi untuk baikpulih semula. Jual mana laku lagi.

Maka dalam bab kenderaan biarlah ukur baju di badan sendiri tak ada gunanya bermegah dengan kenderaan tahu-tahu ketika beli sekitar RM170K baru pakai sekitar 5 tahun nak jual separuh dari harga itu pun payah. Jika kita ini orang berniaga rasanya tak ada masalah bagaimana jika makan gaji. Takkan kerugian ini membawa kita ke arah korupsi.

Itu contoh paling besar. Begitu juga dalam membuat keputusan remeh yang lain; dalam berbelanja di zaman kini sememangnya kena berjimat cermat. Silap berbelanja, boros & tak kena pada tempatnya pasti kita menjadi mangsa keadaan. Maka itu bila kita dengar pemimpin kita asyik sebut projek yang bernilai ratusan juta RM malahan aset kaum keluarga mereka pun bernilai berbillion sedarlah di mana kita rakyat marhaen yang amat kecil ini.

Apakah kita boleh merubah hidup ini; fikirkanlah & pandukanlah hidup anda sebelum setua aku kini. Masih belum terlambat mahu merubah hidup ini.

- Alahai 20hb esok jantungku akan diimbas tak tahu apa keputusannya!.

Bagaimana kita merancang penjagaan kesihatan pun itu satu masalah!. Sedangkan kalau rajin bersenam pun kita mungkin tidak diresahkan oleh kesakitan yang kronik ini. Ini pun tidak mampu kita lakukan. Kecuali kemalangan maut; tak siapa dapat menduganya. Itu takdir namanya.

9 ulasan:

zeqzeq berkata...

menongkah arus perdana hee

atau lain ketika berfesyen ,,

OK laa kan. atau lain pendapat. LURUS.

Zamrud berkata...

Salam ziarah, Greetings from my heart

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Orang sekarang ni kan, lagi benda tu tak boleh lagi nak dicuba, lagi menongkah arus lagi glamour; jika berjaya dengan jalan pintas kira rezekilah jika musibah yang datang bagaimana?

Samalah jika bermain safam, yang kaya memang kaya yang bankrap pun begitu ramai.

iDAN berkata...

Sdr Zamrud,
Terima Kasih sudi jenguk kami!

asilahmuhajer berkata...

menarik juga tajuk impian ni sebab semua orang mesti ada impian masing2. bila sebut impian, mesti kita akan bayangkan yang best2 shj. rumah besar (tapi tak nak macam yang dalam gambar tu. seram + gayat), kereta besar, duit banyak.

apa yang penting, ukur baju di badan sendiri. kalau setakat jadi cikgu sampai pencen, takyahla impikan rumah 500k.

semoga result imbasan jantung esok seperti yang diharapkan. bila cakap pasal bersenam ni, saya pun dah lama tak bersenam. bukan tak nak tapi tak sempat.(asyik tak sempat je alasan dia ni. macam la sibuk sangat. hehehe)

iDAN berkata...

Cikgu,

Tak mestinya rumah RM500K lebih itu sebesar & seagam rumah di kampung, jika miliki tanah kampung tak pun sampai RM100K kita sudah boleh atasi rumah seagam itu; cuma jauh sikit dari bandar!.

Dah dekat jam 8:00 pagi ni, antara kemestian, malas & risau semuanya bercampur baur bila nak buat ujian terapi jantung ini.

Subuh tadi terjaga jam 3:00 pagi tak boleh nak tidur. Pelbagai yang difikirkan. Begini rupanya dilema orang yang dalam keadaan sendirian merempuhi ujian kesakitan ini.

Pepagi lagi gerimis pula tu, malas nak bawa kereta perang takut sangkut di jalan. Bawa kapcai pastinya basah nampaknya. Kak Mila telah beberapa hari tak bersalam pun ketika keluar kerja. Huh!.

Hari ini aku tutup semua talian telefon!.

Terima kasih ingatan & doa restu cikgu!.

Jenaris 8:06 pagi 20hb.

asilahmuhajer berkata...

dah lama tak hujan. hari ni hujan plak. risau sebab suami naik motor hari ni. bawak anak. so takut basah.

kereta tu pun satu. time hujan plak dia nak rosak. rosak la time lain. time hari cuti ke..

gambar sampan lalu kat bunga teratai ni sangat romantik. teringin nak mengalaminya tapi takut dalam air ada buaya. hehehe..

siti murni ishak berkata...

salam Idan..ingatan yg baik..utk renungan bersama...;)

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Bagi sesetengah orang, dapat tayang benda2 mewah kepada orang lain adalah satu kepuasan. Lagi ternganga dan terteleng kepala org melihatnya... lagi besar lubang hidung mereka.

Macam mana keputusan imbasan jantung? Jangan lupa khabarkan pada Vic ye? Harap moga semuanya baik2 saja.