Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

27 Mei 2010

12 Di 2 buah Kota Bharu 13 di Sahom Jun 2010 (Singgahsana)


"Elok abg iDAN tidur di Kota Bharu, sudah dekat sangat!, kita tak pasti majlis orang itu akan selesai; kut kalau lepas sembahyang Jumaat pasti banyak masalahnya." Hashim membuat cadangan; aku pun terfikir begitu. Andai kata 11 Jun itu lewat agendanya akan habis; aku tak biasa jalan ke Grik itu; ada baiknya bercuti di Kota Bharu Kelantan.

"Masa cutilah Hashim hotel atau resort pasti penuh!"

"Saya boleh suruh tolong rakan saya carikan!"

Aku terfikir ada benarnya cakap Hashim itu, baik aku ke Kota Bharu Kelantan; asyik balik ke Kota Bharu Perak sahaja; bila lagi nak beli budu di Kelantan. Lagi pun aku ada talian bebas tol; cubalah cari di mana masih ada kosong lagi!.

Emmm! isunya sekarang mungkin keluarga kakak aku juga akan ikut serta; takkan dia nak balik sendirian. Atau apakah agenda dia berubah!.

Dengar ceritanya Dayang anak buahku pun nak ikut serta; maka bertambah ramailah rombongan kami. Hashim & Ijam kalau tak ada aral akan turut serta. Biarlah Nik tak ikut serta; nampaknya biar pun dia ada di kampung ketika itu; dia lebih mahu ke rumah pengantin waris isterinya. Setahu aku Kota Bharu & Machang tak sejauh mana. Jangan persoalkan biar pun janji asal memang dia akan turut serta.

Payah kita mahu mengukur ukhuwah & nilai persahabatan dalam zaman sekarang. Aku teringat ketika Nordin kahwin kali kedua; ratusan rakan sekerja hanya aku seorang yang berkejar ke Trolak sana. Samalah ketika Amar berkahwin tak siapa sudi menjenguk dia di Hutan Melintang sana.

Tapi bila orang ada kedudukan buat kenduri kahwin; pangkat bos lagi berpusu datang biar pun nun jauh di Bagan Datuk sana. Apatah lagi kalau artis bersanding. Lagi pun mana ada paksaan dalam menunaikan undangan.

Yang penting doakan aku & rombongan selamat pergi menghantar Afiz bernikah pun selamat kembali ke Jenaris. Lagipun ini majlis kecil, aku harap ketika majlis kenduri kahwin Afiz nanti akan ramai yang sudi datang. Aku mungkin tak buat kenduri di Jenaris lantaran semua perbelanjaan menghantar, belanja hangus dan lain-lain aku yang kena sediakan.

Terpulanglah pada Mila jika dia mahu buat majlis di mana nanti; jika aku buat pun sekadar majlis kecil doa selamat mungkin jemput saudara mara terdekat sahaja. Rasanya manalah ada saudara mara yang ingatkan kami di sini. Saudara mara rapat pun nun jauh di Perak. Pastinya amat sukar untuk mereka akan datang. Rakan sekerja nampaknya endah tak endah sahaja; jika buat di sebelah fakulti mungkin baru ramai yang datang. Amat dahsyat nilai ukhuwah zaman kini.

Dunia persaudaraan di kalangan kaum Jawa berbeda; aku begitu yakin jika kami buat majlis pasti saudara mara Mila yang ramai akan datang!.

Jodoh pertemuan, ajal & maut semuanya ketentuan Tuhan, mana mungkin kita dapat menentukan talian kasih atau jodoh itu tetiba akan datang menyapa kita.

Sabtu 12 Jun 2010 aku akan bertolak ke kampung halamanku Kota Bharu Perak, ikut Grik. Memang lama tak pulang ke kampung!. Desa Tualang. 13 Jun 2010 akan berada di Sahom. Tak jauh dari rumah Shahir & ada jeram yang cantik di sana. Jeram Salu. Jarangkan dengar nama itu; memang cantik Jeram Salu ini.


Berbalik nilai ukhuwah tadi; Bayangkan ketika aku setahun setengah di bawah jagaan Klinik Kardio; saban malam asyik sesak nafas memintas maut. Tak siapa pun datang menziarahi. Sedang sakit jantung yang kronik ketika itu bila-bila masa akan boleh jatuh strok & pelbagai kemungkinan. Masuk wad kecemasan pun selalu tak siapa yang sudi melawat; silap-silap nazak pun maut seorang diri.

Harap-harap jangan sampai telah meninggal dunia tiada siapa yang tolong uruskan!; sudahlah.

Maka itu aku sering berpesan jangan nikah lambat sangat; bila telah berumur nanti mana saudara mana kita; apatah lagi andai kata telah berpindah jauh ke kampung. Apakah generasi muda akan kenal kita. Hanya masyarakat keliling sahaja yang akan bertandang ke majlis kita. Ukhuwah orang Melayu nampaknya makin genting; bayangkan jika punyai 20 orang anak saudara; berapa ramaikah sudi bertandang menjenguk kita di hari raya?.

Pak Saudara atau Mak Saudara manalah ada lagi!. Adakah semua Abang Saudara atau Kakak Saudara kenal kita lagi. Masing-masing sebaya kita entah bertaburan entah di mana. Jangan sampai satu hari nanti hanya rakan terdekat sahaja yang mesra dengan kita; saudara mara makin lupakan kita. Biar pun kita tak pernah menolak undangan mereka.

9 ulasan:

eelobor berkata...

selamat dalam perjalanan pegi dan balik. Insya Allah saya juga akan bertolak sekejap lagi ke KB, Kelantan. Mahu merehatkan badan sekejap, baca2 blog baru boleh bergerak. Harap2 perjalanan kami sekeluarga juga selamat dan di pelihara Allah s.w.t dalam perjalanan pergi & balik.

Di akui, anak2 muda skrg mmg jarang untuk bertandang bertanya khabar mak-ayah saudara. saya juga tidak terkecuali, dan ada juga masa terlepas. sedangkan sudah ramai di kalangan makcik-pakcik samada di sebelah mama @ abah yang telah tiada. Ada beberapa org jer yg tngl skrg. semoga terus dpt mengukuhkan ukhwah persaudaraan

zeqzeq berkata...

selamat ke KB, elok Booking awal.cuti sekolah hotel bawah rm100 akan penuh.
hotel Ansar dah tukar nama lupa..
home stay jalan PCB banyak..

sayang saya berada luar pada masa itu..

KB ke Machng dah 50Km

zeqzeq berkata...

boleh bertanya kepada sdr Eelobor hotel terkini..

iDAN berkata...

Sdr Eelobor;

Agar dipermudahkan perjalanan selamt pergi & kembali ke rumahnya.

Pak Saudara & Mak Saudara saya baik sebelah ayh pun ibu emuanya telah tiada.

Abg Saudara & Kakak Saudara boleh dibilang dengan jari yang kami kenali & masih rapat. Saya memang jenis orang suka kembara; jika ada undangan insyaAllah saya akan rajin ziarahi.

Masalah usia kinin semakin tua; rasanya saya akui kini memandu ketika malam nampak makin tak sepeka dulu.

Maka itu saya rasa sudah tiba masanya anak-anak saudara terpaksa mengunjungi kami jika mahukan ukhuwah itu terusan ujud.

Harapkan Abg Saudara atau Kakak Saudara rasanya makin rumit!. Kita yang makin tua tak larat lagi mengunjungi mereka.

iDAN berkata...

Sdr Zeq;

Saya telah booking hotel di luar KB; di KB saya cuba hubungi yang hotel bawah RM100 banyak yang penuh; sedangkan kami kena sewa paling tidak dua bilik.

Ada dengar tak Paloh Inn ianya di alamat ini.

Wisma Nordin,
Lot 74, Kg. Paloh, Jalan Pintu Geng,
15050 Kota Bharu, Kelantan. Malaysia

Pada 11 malam 12... Jumaat malam Sabtu kami akan menginap di sini insyaAllah.

Tak pasti apakah ianya jauh atau sekitar 10 minit dari KB.

zeqzeq berkata...

yer pernah dengar Paloh Inn dekat wakaf che yeh..jika ada home stay lagi elok.. jlan PCB banyk home stay

iDAN berkata...

Tak reti nak carilah Home stay tu Zeq; yang ini jumpa nombor telefon talian tetap di internet; murah pun boleh masuk berlima dengan kadar yang munasabah!

Janji boleh bermalam!

anyss berkata...

Salam,
Selamat bercuti ke negeri saya.
Pintu Geng dengan wakaf che yeh tu dalam kawasan yang sama. Dah dekat tu. Dekat juga dengan pasar borong.

kat pekan ketereh ni juga ada sebuah rumah tumpangan, letaknya di tingkat atas klinik Ehsan. Bersebelahan balai polis ketereh. kadar sewa saya tak pasti pula berapa. no telefonpun tak ada. Kalau ada, bolehlah cuba. letaknya kat pekan, jadi tak ada masalah untuk dapatkan barang keperluan atau makan.


Kalau berkesempatan, Sabtu pagi ada pasar tani di pekan Ketereh (7 pagi hingga 12 tengahari). walaupun namanya pasar tani tetapi macam-macam barang ada jual, barang hasil tani sikit sahaja. Barangan kat sini pula lebih murah dari di pasar borong wakaf che yeh tu. kami jarang ke kota bharu kerana semua keperluan boleh dapat kat sini setiap minggu. harga murah, kos rendah. kalau setakat nak beli keropok, pakaian lambak dan keperluan harian, kat sinipun dah cukup.


Selamat bercuti ;)

iDAN berkata...

Sdr Anyss;

Seingat saya, saya hanya pernah jejak kaki di Kota Bharu sana sekitar 3 atau 4 kali sahaja. Pertama kali ketika usia 5 tahun lalu; kemudian ketika usia 20an & paling ahir sekitar 10 tahun lalu.

Maknanya saya memang amat samar-samar keadaan di sana. Yang saya ingat akan Pasar Malam Minggu di bandar Kota Bharu sana; pantai PCB pun paling akhir saya kunjungi musim tengkujuh tak siapa mandi di sana sekadar ramai org bermain wau.

Kereteh saya hanya tahu akan budunya; popular amat budu ketereh. Saya menginap di Paloh Inn telah pun buat tempahan di sana.

Selepas keluar hotel kami akan bertolak ke Kota Bharu Perak!.