Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

24 Mei 2010

Ikan pekasam (Harum Aroma)

Cimg1810a

resepi dari turun temurun dr family

Bahan-bahan ( 5-6 ikan )
  • 6 ekor ikan puyu (ikan sepat, ikan talapia pun boleh digunakan)
  • 1 cawan garam kasar (halus pun boleh digunakan)
  • 1 cawan beras yang telah digoreng tanpa minyak
  • Sedikit gula

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan-ikan puyu, kemudian lumurkan seluruh ikan itu dengan garam biar lebih sikit takpe, masukan ikan tersebut di dalam bekas yang boleh ditutup.Biarkan sampai esok.
  2. Blend beras yang digoreng sehingga halus. Keluarkan ikan dari bekas, selepas tu basuh ikan dan sejat. Taburkan sedikit gula dan lumurkan beras pada ikan tersebut. Biarkan semalaman didalam bekas tertutup.
  3. Setelah itu masukan dalam peti ais untuk tahan lebih lama(jgn simpan di tempat yg beku simpan di bahagian bawah tempat isi sayuran/buahan)
  4. Kemudian bolehlah di goreng ikan tersebut sehingga garing. Gorengkan sedikit cili kering dan bawang merah dan taburkan diatasnya. Siap utk disantap bersama.
Resepi masakan ikan puyu

tips dan pesanan, sebelum memasak apa jenis masakan ikan puyu hendaklah direndam dahulu kedalam cuka makan selama 1 jam bagi menghilangkan bau dan rasa hanyir.



Resepi pekasam ikan puyu

Bahan-Bahan:

1 mangkuk beras,
1 cawan garam kasar,
Air suam secukupnya &
1kg ikan puyu (ikan lain pun ok!).


Cara:

1)Ikan disiang serta dibersihkan dan direndam kedalam cuka selama 1 jam. selepas direndam keluarkan ikan kemudian digaul dengan 1/2 cawan garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.

2)Beras digoreng sehingga perang dan dimesin halus.

3)Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2 cawan garam kasar dan gaul sehingga larut.

4)Masukkan beras yang telah dimesin kedalam campuran air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat. (bahan A)

5)Ikan yang telah diperap tadi dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinan.

6)Celupkan ikan tadi seekor demi seekor kedalam bahan A dan susun didalam bekas yang ditutup rapat (balang atau tupperware) dan dibiarkan selama 4-5 hari.

7)Untuk lebih sedap simpan sehingga 1 minggu.

*Peringatan:Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut aturan.

Cadangan Hidangan:

Untuk lebih 'kick' goreng sehingga garing dan masukkan bawang (kecil atau besar).Ikan tadi dihidangkan bersama perahan limau nipis.

Tambahan:

Jikalau puan-puan tidak gemar ikan air tawar ikan laut pun boleh dijadikan pekasam. 'SELAMAT MENCUBA'

8 ulasan:

YB berkata...

Salam Dan

Aku tak sesuai makan ikan ni. Orang kata mengada ngada, tak padan org kampung. Tapi itu lah hakikatnya. Aku tak boleh makan sekarang. Bukan pasal apa, tapi sebab aku nak diet.

echah_syed berkata...

combi suke sgt ikan perkasam ni abg idan...kecur air liur dah ni.kat sabah takde ikan perkasam ni kalau balik sana combi akan beli buat stok ;)

eh..dari mana abg idan snap gambo ikan tu?

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Tak pernah makan ikan puyu mahupun ikan yang dibuat pekasam.

iDAN berkata...

Sahabatku YB,

Memang benar tak semua org boleh makan pekasam bukan sebab baunya tetapi ianya memang agak masin & terlebih garam.

Kalai nak diet memang elok jangan makan!

iDAN berkata...

Sahabatku YB,

Memang benar tak semua org boleh makan pekasam bukan sebab baunya tetapi ianya memang agak masin & terlebih garam.

Kalai nak diet memang elok jangan makan!

iDAN berkata...

Abg tak ada digital kamera gambar ini abg kutip dari internetlah Combi!

Cara org Perak masak ikan pekasam ini memang berlainan; masih tak jumpa sesedap arwah emak buat; ikan itu hancur sampai tulangnya rapuh. Dimasak dengan santan pelbagai.

Arwah emak buat kepasam siap guna daun rambai.

iDAN berkata...

Vic;

Jika pandai masak pekasam ini memang sedap Vic; takat digoreng seperti menu di internet tak sesedap mana; orang tua dedulu yang pakar masak pekasam ini.

- just me - berkata...

Abg iDAN,

mcm saya sendiri ada juga ikan pekasam yg saya makan tp kebanyakkannya tak laa. ikan masin pun saya tak berapa makan. tp kalau sambal tempoyak atau ulam2an tu, kalau makan dgn nasi putih saja pun boleh tambah nasi 2 3 kali hehe