Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

04 Mei 2010

Siapa mahu berbesan dengan Penyair iDANRADZi (Singgahsana)

Gambar terkini 4 teruna Penyair iDANRADZi
Duduk : Anif 15, Afiz 22
Berdiri: Azim 12, Aziq 17

Ramai yang bilang Azim ini macam ayahnya semasa kecil.


Ajal maut jodoh pertemuaan semuanya di tangan Tuhan. Tapi kita boleh merancang. Ini adalah gambar anak teruna saya. Dalam zaman serba mencabar ini memang anak-anak sukar dikawal dalam menentukan jodoh mereka. Mereka ada pilihan sendiri.

Anif, Azim & Aziq
Nama penuh mereka sama sahaja semua ada Muhammad Nurhazim, Muhammad Nurhanif, Muhammad Nurhaziq & Muhammad Nurhafiz


Tetapi kita boleh melorongkan mereka orang & keluarga mana yang kita mahukan. Jika kita tidak merancang maka akan hanya takdir semata menentukan jodoh mereka. Jangan ingat keluarga yang paling kita suka bakal menjadi besan kita; Tuhan itu menguji maka ujiannya sering buat kita rasa terkesima, keliru atau gurur hati. Ada ketika keluarga yang bermasalah sering menjadi pilihan anak-anak; kita kena kuat menempuh ujian jodoh ini.

Cumanya keluarga kami bukanlah keluarga hartawan atau bangsawan. Kami adalah orang biasa hidup dalam kancah sederhana jauh sekali orang berharta.

Anif

Emmm! yang sulung si Afiz sahaja yang telah berpunya; yang tiga lagi anak teruna saya masih kosong, dalam tempoh belajar sekitar 10 tahun akan datang pastinya tiga teruna ini telah punya ada pilihan mereka. Mungkin!. Afiz jika tiada aral melintang akan bernikah sekitar tahun ini atau tahun hadapan dengan orang Pantai Timur. Jodohnya nampaknya awal sangat telah sampai!. Saya memang suka anak saya mendapat jodoh awal, rasanya jika telah 25 tahun ke atas siapa mahu menguruskan perkahwinan & kehidupan mereka. Memang itu syaratnya, jangan membujang terlalu lama. Buat si Afiz mungkin tiada masalah sebabnya saya masih ada; bagaimana si Aziq & adik-adiknya jika 10 tahun lagi. Saya mungkin telah tiada.

Bagaimana? Siapa yang sudi berbesan dengan saya, sudi-sudikan memberi lorong anak kita berkenalan; mungkin melalu FB atau lain-lainnya. Jika ada riak mereka sealiran esok atau lusa saya akan hantar cincin tanda. Jika ada jodoh tak ke mana!. Kenapa tidak kita merancangkannya. :)

FC Azim
Azim Kidz

32 ulasan:

azieazah berkata...

Wow!... boleh saya booking yang Azim 12 tuh? kalu tidak pun Aziq 17 tu? hehehehe

iDAN berkata...

Azim adalah anak yang paling mudah berunding; Azim di kelas terbaik di Sungai Kantan. Dia sedih sebab rakannya tak dapat ke terbaik. Dia pun macam ayahnya tak suka budak pandai-pandai nampak ego katanya. Dia masih amat baik dengan rakannya di kelas bawahnya.

Aziq tu agak tegas. Dia tengah kuat mengejar cita-citanya mahu jadi Pilot. Telah 3 minggu tak balik rumah sebab nak hadapi trial exam SPM dia.

Aziq adalah antara pelajar terbaik di Sek Teknik Gombak sana; Agar dia tercapai dengan cita-citanya. Dia mendapat tawaran di MRSM Penang sayang tawaran tersebut tak sampai ke kami; tau-tau org lain ambil tempat dia. Aziq memang pakar komputer; ayahnya kalah biar pun ayahnya telah lebih belasan tahun rapat dengan ICT.

Anif ini nampak macho, tapi agak hayal sikit; memang dia dapat 4A 1B masa UPSR. Emak ayah tengah risau sebab nampak tak ambil kisah bab buku biar pun nak ambil PMR tahun ini.

Nanti ingat-ingatkan saya apa FB Aziq & Anif, kalau ke FB add nama idanradzi lambang Bunga Ros. Nama saya masih di muka depan Harian Metro online.

Azim memang rakan FB ayahnya.

iDAN berkata...

Dik Azah mungkin mereka boleh berkawan dahulu melalui FB!.

Me, Myself and I berkata...

Saper kata lelaki dah semakin kurang di dunia ini...see..4 semuanya HERO. Saya ada 4 juga tapi 3 Hero, seorang saja Heroin..

zeqzeq berkata...

selamat bermenantu

iDAN berkata...

Sdr Syina,

Kira beruntunglah dapat ramai anak lelaki, anak lelaki kena jaga ibu & ayahnya!.

Rakan saya ada lima anak semua perempuan.

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Tak ada anak perempuan tetapi tak lama lagi dapat menantu perempuan!.

Cahaya Kekasih berkata...

cute semuanya...hehe...tapi saya belum kawin jadi belum ada anak...tak boleh la nak berbesan :P

ZooL Hilmi berkata...

Assalammualaikum... dapat kat award iDanRADZI beautiful blog..
check here "http://zoolcontact.blogspot.com/"

iDAN berkata...

Sdr Cahaya,

Kalau kita berbisan cucu pula bagaimana?...

iDAN berkata...

Sdr Zool,

Terima kasih lantaran pemberian award yang penuh erti ini.

azieazah berkata...

Saya sudah semak di FB... dan sudah add...

sungguh tidak disangka. Dengan ini jangan lah IDAN nak panggey saya DIK AZAH..

sbb saya jauh lebih tua dari IDAN... jauh sangat jaraknya untuk dipanggil adik.. hehehe

azieazah berkata...

Cuma saya musykil... maaf ler kat situ tertulis lahir 1979? Afiz sudah 22 tahun? adakah saya salah kira??

Cahaya Kekasih berkata...

anak pun saya xde...nak tunggu cucu...nanti encik idanz sudah ada cicit..hehe

iDAN berkata...

Emmm..

Kalau saya tulis lahir tahun 50an saapa nak bual dengan saya Dik Azah; maka itu saya suka memudakan umur...

di FB tu ada tiga akuan; ada yang saya tulis lahir tahun 50an, 60an & 70an...

Pening..!

iDAN berkata...

Afiz memang 22 nak masuk ke 23

Saya ni dah tua banget!, rakan seusia ramai dah botak & pangkat atok belaka!

iDAN berkata...

Sdr Cahaya;

Maka itu kenalah kahwin cepat2, kalau dah ada kekasih tak mau tunggu lama-lama!... dah 18 tahun sahaja terus kahwin!...

cam mana!.

Cahaya Kekasih berkata...

huhu...baru kenal sebulan takkan nak kawin da kan....18? saya dah terlewat 5 thn la ye..

echah_syed berkata...

4 org teruna idaman gadis malaya tehehee ;p

abg idan bila ramai anak lelaki ni kena pilih menantu yg betul-betul boleh 'masuk' dlm famili.biasa anak lelaki lebih mendengar kata isteri...

kalau dapat yg baik alhamdulilah maka kita akan semakin rapat tapi kalau sebaliknye kita akan kehilangan seorg anak.

*pengalaman combi dgn seorg rakan yg isteri dia menjadi musuh kepada bapa mertua sendiri dan menghasut anak-anak supaya membenci atok mereka.

combi tak boleh terima situasi itu kerana satu hari nanti bagaimana kalau itu berlaku kpd kita sendiri.sedih kan :(

selalu berdoa kpd ALLAH swt supaya anak-anak combi mendapat pasangan yg boleh membimbing mereka dunia & akhirat.insyaALLAH

iDAN berkata...

Sdr Cahaya;

Rakan saya bernikah cuma kenal dua hari, pertama merisik atau meminang; org sekarang dah tak mahu merisik. Hari kedua bernikah! hanya dua hari

Bila telah berkahwin barulah bercinta. Mereka amat bahagia hingga kini. Sebulan dah lama, emmm! 18+5 = 23 dah terlewat tu; Kahwin segera & terus dapatkan anak.

Saya tak suka org kahwin lambat sebabnya nanti pasti anak-anak sukar diuruskan. Cahaya hanya ada dua tahun lagi mengikut syarat saya..! Jika lambat dari itu takutnya dah bongkok 3 baru dapat menantu.

iDAN berkata...

Sdr Combi;

Apa yang Combi khabarkan itu memang benar; sebaiknya kita sebagai bisan menjadi bagaikan dua keluarga bersaudara mara rapat. Takutnya ada masalah anak-anak senang berunding.

Maka itu saya suka adat zaman silam, merisik dahulu jangan terus meminang. Dari merisik kita tahu keadaan keluarga tersebut.

Masalah Afiz saya telah nampak. Jika org dahulu pasti telah berpatah balik. Tapi nak buat macam mana Afiz itu telah jatuh hati. Saya sentiasa bersedia dalam sebarang kemungkinan, sebab telah merisik bagaimana calon bisan saya.

Baru nak bernikah nampaknya Kak Mila dah ada masalah dgn calon isteri Afiz (Mie). Saya tak salahkan Afiz; hati remaja bagaimana nak kawal. Calon menantu saya ini berpisah sejak Mie ini berumur 4 tahun lagi. Mie dibesarkan oleh ayahnya.

Emak Mie tak boleh buat keputusan. Memang penat Combi berhadapan dgn keluarga bermasalah; Masalah kita sesama keluarga pun belum tentu selesainya. Buat masa ini tak dapat lagi dinasihat anak muda seorang ini.

InsyaAllah sekitar bulan 6 atau bulan 12 ini saya ingat mahu nikah gantung sahaja. Tak mahu perkara buruk berlaku.

Inilah masalahnya jika kita makin tidak menghormati adat. Adat ini kita yang memegangnya, terpulang kepada kita mahu ianya ujud atau langgar sahaja. Kesan melanggar adat memang amat rumit jadinya.

Sering berlaku bila anak-anak bergaduh ibu ayah langsung tak tahu adat; masing-masing nak rebut anak & cucu. Ini kesilapan besar masyarakat kini.

Memang adat itu bukan tuntutan agama Islam tetapi dengan adanya adat banyak tindakan kita akan terkawal.

Seperti gandaan 2 kpd kaum wanita jika pihaknya menuntut putuskan tunang. Itu adat kita Melayu. Ini jelas menunjukkan Islam pun tak mahu kita dgn cara mudah memutuskan talian ukhuwah; carilah jalan penyelesaian agar jangan hubungan mudah diputuskan.

Mana ada dalam dunia ini semudahnya kebahagiaan itu datang bergolek tanpa sanggup menempuh ujian & kesabaran.

asilahmuhajer berkata...

anak saya baru seorang. lelaki pula tu. takde harapan la kita nak berbesan. hihihi.

iDAN berkata...

Emmm! nampaknya kena tunggu cuculah ni;

Jika cucu nampaknya faktor umur memang kita tak dapatlah berbisan cikgu.

Afiz tu tengah kursus kahwin, jika 20 tahun lagi saya mungkin tinggal kenangan!.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Hehehe... wajah mereka ni macam budaka nerd especially Azim tu, jadi bila tau dia bijak... hmmm dah boleh agak.

Nak booking untuk siapa ye? Aliyah kecik sgt plak. Booking untuk Vic je bleh? hahahaha... mau pengsan anak abg iDAN baca statement ni.

Cahaya Kekasih berkata...

hehe....saya pun terfikir juga begitu..pengalaman berkawan lama2 tapi akhirnya putus begitu sahaja sangat memenatkan...doakan saya ya :)

iDAN berkata...

Sdr Vic,

Pasangan paling ideal bagi saya sekitar 5 tahun isterinya muda. Kalau terlampau muda ada masalah nanti. Maknanya Aliyah tu amat muda, kalau nak berkawan sebagai adik tu mungkin.

Kalau Vic kena jadikan anak angkat sahaja. Vic beruntung ada anak m/f. Saya terpaksa tunggu 20 tahun lebih nak dapatkan menantu perempuan.

Antara berempat ini hanya Afiz tengah sarat bercinta; hari ini hari terakhir dia kursus kahwin dgn si Mie itu. Agar jodoh mereka cepat sampainya.

iDAN berkata...

Sdr Cahaya,

Memang afdal begitu, bercinta dahalu baru bernikah. Bila telah lama bercinta kita bersedia dengan pasangan kita. Sebab dah masak dengan watak & perangai dia.

Tapi bukan mestinya tak bercinta tak bahagia ada pasangan bila telah bernikah baru bercinta mereka amat bahagia sebab saling hormat menghormati & menerima seadanya dengan kekurangan pasangan mereka.

Jangan impikan terlalu tinggi tentang pasangan kita. Manusia ini banyak kelemahannya.

Agar Cahaya mendapat pasangan yang amat bertanggung jawab; seorang lelaki pelindung dalam semua keadaan.

Jangan rambang hati dalam memilih jodoh.

Cahaya Kekasih berkata...

terima kasih uncle [boleh ke panggil uncle ni? huhu...saya kira usia saya lebih kurang anak uncle yg sulung kot?]

yup..ada perlunya bercinta dulu...suai kenal...tapi harapnya ia tak ambil masa yg terlalu lama...

iDAN berkata...

Sdr Cahaya;

Kalau lelaki memang kena ambil waktu sikit; biasanya habis belajar ijazah sekitar 23 tahun, nak simpan duit makan masa 3 tahun. 28 tu kira paling lewat; bayangkan nikah ketika 30an, bagaimana nanti semua anak lelaki macam saya. Akan datang mungkin tambah rumit nak kahwin; kosnya mahal. Siapa nak urus perkahwinan jika umur 60an.

Perempuan nak tunggu apa, habis belajar 23 boleh sangat dah nak nikah. Tak ada gangguan apa pun, kalau katanya nak buat master atau PhD pelbagai... awas! pastikan ada yg menunggu. Takutnya tak ada jodoh. Asyik kejar cita-cita ... cintanya tiada.

Kalau takat belajar diploma macam anak saya & jodoh pun nampaknya dah sampai. Kenapa mesti nak tunggu.

Samalah Sdr Cahaya kalau kekasihnya memang telah bersedia. Nak tunggu apa lagi. Tapi ingat jangan mendesak; semua lelaki tak suka didesak. Biar dia buat keputusan. Bercinta jangan lama sangat tak larat nak nempoh dugaan nanti.

Panggil uncle... emmm! macam moden sangat; lebih sedap panggil abg iDAN rasa lebih muda & senang berkomunikasi... perasanlah ni... :)

iDAN berkata...

Bernikah atau berkahwin itu bagaikan mendirikan masjid; kenapa mahu disusahkan.

Ibu ayah kena banyak berkorban untuk anak-anak; sebaiknya keluarga perempuan janganlah terlampau memikirkan belanja hangus yang tinggi; takutnya nanti akan terungkit selepas kahwin.

Permudahkan segalanya!.

Cahaya Kekasih berkata...

abg idanz la ye..saya pula terasa tak muda..hehe

orang sekarang banyak risaukan tentang duit...tentang majlis....tapi duit kan boleh dicari...yang penting dah sedia ke tidak nak pikul tanggungjawab tu..

tapi kalau asik nak tunggu sedia pun sampai bila nak sedia kalau tak betul2 hadapinya kan...

doakan la ye jodoh saya tak lewat sangat...penat kawan lama2 ni...akhirnya putus di tengah jalan...

Tanpa Nama berkata...

hensem2 belaka...suka tengok semua...ngan hafiz jer la xleh nk tenung lama2...al-maklum dh berpunya