Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

07 Jun 2010

Pertemuan Sahabat lama (Singgahsana)


Catatan yang dikutp dari FaceBookku.


Smallest re-union

Tak disangka pun tetiba Dzuan telefon aku...

"Idan aku nak jumpa kau di TESCO!"

"Siapa lagi yang nak datang!?"

"Aku dengan orang rumah & anak bungsu sahaja!"

"Malulah nak jumpa orang rumah kau Dzuan"

"Sejak bila pula kau jadi malu ni?" sebenrnya aku memang pasti Dzuan akan terkejut tenguk perubahan aku;

Paling akhir kami ketemu di rumah Joe di Klang; mungkin 15 tahun lalu mungkin lebih.

"Okeylah aku tunggu! jam 3:00 petang nanti aku dail telefon Dzuan!"

Ini wajah terbaru penyair iDANRADZi; telah kutacap buang kedut-kedut muka!. Agak temban tapi masih macho lagi ?.

Ramai kata aku ini macam Pengarah Filem. (Perasan)

Sebelah aku tu Afiz bakal bernikah sekitar tiga empat hari lagi. 11hb. Afiz anak sulungku kurus macam ayahnya semasa di Asrama Putra Jalan Watson.

Dzuan nampaknya telah kukalahkan; kalau dulu dia ditimang sebagai Gajah; sekarang aku telah jadi bapa Gajah.

Pertemuan ini kejap sangat tak puas untuk bersembang!

Aku sibuk naik keluar duit ASB; Dzuan pula lantaran jam tangan yang baru beli pecah cermin. Anak bungsu Dzuan pula sibuk telefon bimbitnya rosak!.


Talian persahabatan bagaikan benang sutera nan tak mungkin dinilai dengan wang ringgit!... jika kita saling memeliharanya.Talian persahabatan hanyalah bagaikan lumut yang takkan melekat di batu jika kita jadikan sahabat kita sekadar batu loncatan. Kita jadi Tuah yang setia pada bukan tempatnya. Jebat jua ditentangi.

Kita akan dapat rasakan nilai persahabatan bilamana ketika kita dilanda kegusaran atau kesakitan... Siapakah yang setia menemani kita.

Dzuan tetiba ujud setelah kami terpisah di tahun 77 lalu; kalau pun kami pernah tertembung mungkin sekali dalam jarak 30an tahun lebih itu!."

8 ulasan:

- just me - berkata...

entah bila nak jumpa abg iDAN pula, makan sushi bersama2 ;)

iDAN berkata...

Adoi! kita ke KB tinggal bayang dia sahaja kalau tak boleh juga makan nasi dagang bersama!...

Sushi di kajang pun ada Dik Ieja!

eelobor berkata...

itu hari saya uga ada buat pertemuan dengan kekawan lama yang telah lama tidak berumpa, adalah dapat di kumpul dalam15 orang. program di rangka dengan anjuran futsal & TT. mungkin pada perayaan puasa nanti akau di buat perjumpaan dengan budak2 bekas sekolah menengah yang telah hampir 16 tahun tak berjumpa. sekarang tengah mengumpul maklumat berkenaan mereka2 yang akan datang nanti

iDAN berkata...

Sdr Eelobor,

Melalui FB rasanya antara wadah yg mudah mengumpul maklumat rakan. Jika pun tak semua ada talian interbet melalu FB rasanya kita mudah bertanya.

Talian kasih antara sahabat sesungguhnya satu lagi ikatan yang amat kukuh buat kita menjalinkan ukhuwah antara saudara sesama Islam selain berjemaah & berkumpul di majlis agama.

Kita sering lupa asyik beribadat tanpa menghirau susah senang jiran atau rakan baik kita. Ini bukan cara Islam.

zeqzeq berkata...

ada kira baguz laa ada kawan2 lama.
yang risaunya ada peminat abad Idan dalam blog ini hee..seksa nak nyakat..nanti lain jadinya..
peminta fanatik ini akan membela dan follow sehingga termimpi..seksa 00 hee

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Vic takut nak jumpa kawan2 sekolah lama disebabkan dulu masa sekolah vic ni kerempeng je... macam papan lapis..

La ni skang montel sangat... Kalau jumpa kawan2 di pasar malam bila balik rumah mak... Laju2 nyorok. Segan... bukan sombong.

iDAN berkata...

Zeq,

Bagi saya Zeq semuanya adalah sama perlunya, sahabat lama pun sahabat masa kini.

Cumanya sering sahabat masa kini banyak menguji kesabaran berbanding sahabat lama yang sebaya & makin menanti di ambang Warga emas!

iDAN berkata...

Vic;

Bagi abg tak ada malunya menjadi montel; malahan ramai wanita montel nampak cantik & menjadi Idola semua.

Abg tak anggap Vic ini tak cantik, lagi pun nilai seseorang itu lebih kepada peribadinya bukan kerampingannya.

Lelaki pun sama sebenarnya malu bila telah boroi tetapi jika setua abg nak buat bagaimana; dah lazimnya begitu apatah lagi telah punyai penyakit kronik.

Kesan ubat sering buat kita membesar dalam keadaan tak normal.