Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

29 Jun 2010

Tendangan Finalti ... Sayornara Jepun (Sukan)

Jepun terpaksa mengalah bilamana tendangan penentuan sepakan finalti Yuichi KOMANO 3 terkena palang gol. Jepun tunduk kepada Paraguay 3-5. Maka tiadalah lagi wakil Asia untuk ke Perlawanan Suku Akhir.

Pastinya ini satu keputusan yang amat sukar dilupakan lantaran dalam masa 120 minit benteng pertahanan Jepun terus diasak oleh Paraguay. Ada ketikanya palang pintu gol Paraguay bergegar kena tendangan pemain Jepun tetapi seolah ada badi kedua pasukan tak dapat memasukan sebarang satu jaringan pun ke pintu gol lawan. 0-0 setelah ditiupkan wisel penamat perlawanan. Statistik perlawanan hampir seimbang di mana 58% permainan dikuasai oleh Paraguay.

Sayornara Jepun agar empat tahun lagi mereka akan lebih bersedia & akan lebih mantap dalam segi serangan. Agak lemas sepanjang 120 minit asyik bola berada di kawasan Jepun. Lihat wajah Penjaga Gol Jepun Eiji KAWASHIMA yang sentiasa cemas buat penyokongnya bertambah cemas!.

Namun permainan sepanjang musim 2010 ini memang akan tetap dikenang!.

6 ulasan:

YB berkata...

Salam Dan

Walaupun aku sokong Jerman tapi jauh di sudut hati ni ada sedikit kesedihan atas kekalahan jepun tu. Ada sedikit semangat cintakan pasukan jepun lantaran kau dan aku pernah sebentar menjadi sebahagian masyarikatnya ketika dulu.

2014 no toki wa gambatte kudasai.

asilahmuhajer berkata...

gambar pemain baring tu, bukan pemain jepun kan??

Meowwwww berkata...

Meowwwww

iDAN berkata...

Dulu zaman Mokhtar Dahari orang Jepun seram dengan kita. Nak buat macam YB; permainan orang Asia ini nampaknya masih serba-serbi kekurangan.

Tenguk Jepun main macam takut sangat dengan lawan.

Bila Malaysia ke persada dunia nanti rasanya kita memang orang berani sebab kita ada silat!.. Samurai bukankah selalunya meninjau-ninjau sahaja.

iDAN berkata...

Cikgu saya peminat pemain Jepun yang terbaring ini. Marcus Tulio TANAKA.

Tulio ini biarpun pemain pertahanan tetapi dia aktif di padang & sering menggugat palang gol lawan.

Masih sedih Jepun kalah!

iDAN berkata...

Meow... Meowwwww!