iDAN

19 Julai 2010

Antara Prof & Penyair (Singgahsana)


"Sepanjang perjalanan dengan teksinya ada sahaja yang dibual, dulu saya rajin telefon dia kalau mahu ke KLIA atau ke mana-mana sekarang sudah agak lama tak kontak dia" Prof Nizam sahabatku yang e-mel, kasi aku numpang ke alumni di St Michael's Ipoh (SMI). Dunia ini amat kecil dia berceritera tentang rakan karibku Mat Rashid (Abg Mat) yang telah berpencen & sekarang mencari nafkah dengan membawa teksi.

Tak sangka Prof Nizam berjumpa & menaiki teksi Abg Mat yang memang rapat denganku ketika kami berkerja satu fakulti di UPM. Aku tahu sangat akan sikap ramah Abg Mat.

"Kadang-kadang kita ini nak bentang kertas kerja banyak yang kena kita mahu fikir & siapkan!. Dia pula tak henti berbual." Aku dengar sahaja bualannya. Sebab aku & Abg Mat kurang lebih sahaja suka berbual. Sering juga bualan kami ini kosong belaka.

Ada benarnya apa yang Prof Nizam nyatakan; orang akan bayar ribuan RM bagi sejam untuk seorang Prof berhujah berbanding aku seorang Penyair. Kalau mahu berhujah sesuatu topik takkan kosong sahaja pengetahuan tentang topik yang akan dibentangkan. Terlalu banyak perlu dirujuk, bayangkan terkadang seorang Prof seperti Nizam akan berhadapan dengan pelbagai peserta atau pengikut; bila dipersoalkan sesuatu persoalan jika dia tidak mengetahuinya secara mendalam, nahas nanti.

Berbeda amat denganku; dunia seorang Penyair sekadar berlabuh dalam minda & daya kreatif sendiri. Satu puisi sekadar RM20 Berita Harian kasi honorarium. Berbeda dengan penilaian Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). Selalunya DBP akan memberikan honorarium paling tidak RM200 bagi sebuah puisi. Membentuk Puisi belum pasti sehari dapat disiapkan sebuah puisi.

Ini pertemuan yang kedua setelah 33 tahun aku meninggalkan SMI Ipoh. Jika ada pun ketemu Prof Nizam ini ketika kenduri kahwin di Changkat Tin, Tanjung Tualang, Perak entah tahun bila. Memang kami terpisah amat lama padahal rumahnya di Bangi; mana jauhnya dari Jenaris.

Tak sangka aku dapat menumpang Prof Nizam di saat akhir; melalu internet aku memohon nama aku ditambah dalam sinarai warga Rancangan Khas (RK) pelajar SMI kemasukan sekitar tahun 1972. Aku meninggalkan SMI pada 1977.

Hari Alumni pada 17 Julai 10. Hingga akhir waktu, aku klik internet 16 Julai 10, namaku masih tidak tersinarai. Begitulah nilai Penyair atau Prof apatah lagi kalau Tan Sri & Datuk; bertalu nak turut serta belum tentu orang ambil perhatian pun. (Rakanku Datuk Abdullah datang diundang dengan kad; di berikan melalui tangan. Isk! sensitif. Titik). Ala! awak ni iDAN takkan nak bentang permaidani merah untuk awak tu.

Prof Nilam seorang Pemerhati Politik yang sering bersiaran di kaca TV. Dia adalah seorang tenaga pengajar atau Pensyarah di UKM Bangi.

"Kita ini sebenarnya kehilangan rakan kita yang amat baik & jujur sejak 30 tahun lalu; setelah kita berkerja kita jumpa dengan pelbagai ragam manusia; rakan yang makan rakan, rakan yang pijak kepala kita, rakan yang dengki & pendendam dengan kita. Bila telah berusia begini barulah kita sedar rakan seasrama kita dulu terlalu baik, mereka ramai yang jujur serta !" begitulah bualan aku di keretanya.

Memang terlalu banyak yang kami mahu bualkan, maklumlah setelah 33 tahun kami terpisah. Sekitar dua tiga bulan lalu kami berjumpa berempat di Alamanda manalah ada masa nak berbual panjang jika berjumpa beramai. Bercerita tentang sepanjang perjalanan kehidupan remaja, dewasa, alam rumah tangga serta keluarga terdahulu.

Di SMI peserta yang beralumni sekitar 100 orang; kumpulan aku tahun '72 tak sampai pun 10 orang; aku terpaksa mencari teman menumpang ke sana lantaran tiada kenderaan. Avanza Mila masuk bengkel.

Majlisnya bermula pada 2:00 petang hingga ke 6:00 petang. Malamnya di mana aku mahu bermalam. Aku terkenang persekitaran Kampar yang amat damai ketika aku menginap di sana setelah pulang dari Machang bulan lalu. Aku merindui Kampar!.

Jika anda punyai FaceBook (FB) silalah masukan namaku aku ke kumpulan anda. Aku guna banyak akaun di sana. Sila tambah namaku idanradzi yang lambang lakaran Bunga Ros di sana. Banyak gambar terbaru aku ada termuat di sana.

Lakaran Bunga Ros

- bersambung!

4 ulasan:

Sains Politik Malaysia berkata...

sorotan ttg saya ini agak berlebihan... bgmana pn kita lalui trip itu dengan rasa yg amat best..

tak sdr msa berlalu dan sdr2sudah tiba destinasi..

mgkn ada kesmpatan lagi nanti dan mgkn kalau ada rakan lain mahu ikut serta... Azadin, Osman, Redzuan atau Johari... tentu lebih menyeronokkan... salam

YB berkata...

Salam Dan,

Aku rasa mungkin Abg Mat Rashid yg kau maksudkan tu. Kalau betul Alhamdulillah kerana itu tanda dia sihat sebab masih bawak teksi. Keadaan dia dulu pun kita sedia maklum. Paling aku tak boleh lupa dgn dia tu hal Dig Dug. Kirim salam kalau jumpa dgn dia.

iDAN berkata...

Sorrilah Prof Nizam;

Sebenarnya saya amat teruja mahu merapatkan jalinan kita yang terputus sejak puluhan tahun dahulu.

Seperti apa yang saya ceriterakan; kesudahannya saya tewas dalam kerjaya saya hasil himpitan golongan akademik terhadap golongan sokongan seperti saya. (Tak semua sebenarnya hasil siasatan saya golongan JIM yang banyak menyekat segala)

Saya berkumpul & bergaul rapat dengan golongan elit di UPM selama 28 tahun. Ilmu atau status saya yang amat kurang berbanding golongan pensyarah ini membuatkan dua keadaan yang amat kontras berlaku.

Selama itu jua kita terpisah, saya dapat rasakan perbedaan IQ atau pandangan & kesibukan kita sebenarnya menghalang kita lebih rapat mengenali hati budi masing-masing.

Tak ramai kalangan akademik ini seperti Prof Nizam; sanggup meredah bendang, menyusup akar atau bersusah payah dengan kehidupan kami.

iDAN berkata...

Sahabatku YB;

Yup!, betul amatlah tu, dia telah bawa teksi bukan macam dulu kira org sekarang panggil ulat.

Ada juga jumpa dia sesekali, memang dia sihat biar pun telah bedah jantungnya itu.

Kalau tak silap dia sempat dapat kanan lantaran saat akhir dia jumpa KJ minta jawatan tu.

Abg Mat kita tu antara yang murah rezeki; panjang pula retak tangannya... banyak negara dia pergi, biarpun asalnya jawatan dia dijumudkan.

Dia memang tak boleh jumpa aku ada saja ceriteranya; penat nak jawab.. & janji macam-macam!. Tapi memang aku rindu amat nak jumpa dia!. Tak tahu mana port dia selalu lepak.