iDAN
29 Julai 2010
Perkahwinan Jarak Jauh 3 (Singgahsana)
Yang ini sengaja aku menguji kesetiaan pasangan PJJ yang mana, pada awal cit-cat kami dia mengatakan dia reda suaminya meninggalkan dia jauh bertugas di negara orang. Dia mengatakan telah lebih dari 4 bulan suaminya tak balik ke rumah. Malahan katanya sudah hampir setahun. Mereka menggunakan alam maya@internet sebagai wadah melepaskan rindu. Begitu juga dengan anak-anaknya telah biasa melepaskan kerinduan terhadap ayahnya di skrin monitor komputer.
Nama rakan saya ini telah saya tukar, tujuan saya sengaja cuba menyungkil isi hatinya sekadar menduga; apakah benar-benar dia seorang yang reda & setia. Tidak sepi. Dia punyai 3 cahaya mata semua masih amat kecil. Terbukti dia tegas dengan pendiriannya & menerima PJJ ini dengan hati yang terbuka. Dia seorang isteri yang amat setia dengan perkahwinannya. Kita harap dia menjadi contoh bagaimana cekal & tabahnya dia melayari hidup dengan PJJ. Agar Allah SWT sentiasa melindungi keluarganya, pun biarlah jangka waktu PJJnya akan cepat dipendekkan Hidup kena diteruskan jua.
Saya
jiwa & hak kasih sayang terhadap anak-anak perlu selalu dibendung.
2:16am Wanie
Apakah u ada masalah dengan anak2
bukan semua org mcm famaly u
2:16amSaya
tak adalah
keluarga kami okey! saja
sebab sy kata tadi sy macam Wanie dulu
reda dengan perkahwinan jarak jauh (PJJ)
2:17amWanie
bukan semua wanita macam isteri u yg mengejar duit
2:17amSaya
apa pula kena mengena pula dengan isteri sy
kami sama-sama berkerja... berkerja tak semestinya mengejar duit
kerja itu di dalam agama kita bukankah satu ibadah.
Islam tak melarang pun isteri keluar bekerja
2:17amWanie
so suami saya kerja jauh2 apakah sekali pun
tu urusan saya dengan suami
2:17amSaya
sy cuma kata kahwin cara PJJ ini memang sy tak setuju
tu sahaja.. abis tu suami Wanie kerja jauh itu
bukankah sama dengan isteri sy ...
tak baik dikatakan mengajar duit!
jika itu fahaman Wanie kena dibetulkan:
ke luar negara tu sampai tinggalkan isteri bertahun-tahun
saya kurang setuju
sebaiknya biarlah isteri ada bersama di rantau orang
(his! bunyi ayat ini macam merobek hati)
tak tahulah... kita memang asyik tertipu dengan duniawi sebenarnya
2:19amWanie
susah kalau nak cakap dengan org yg tidak mengenali kami anak beranak
tp memang dah tugas dia
2:19amSaya
emmm! tugas
kita memang jenis reda
berkorban demi tugasan atau kerjaya
kerja mencari rezeki memang satu ibadah.. (galak saya ulang)
memang itu yang kita rasa ketika terpaksa dapat arahan berjarak jauh
tapi diam-diam tak sedar kita bagai dipergunakan
membuatkan hak anak-anak kita terabai
2:19amWanie
susah nak cakap kalau org yg xdapat memahami
anak2 tidak terabai
2:20amSaya
biar pun satu hari nanti Wanie & suami manjadi jutawan lantaran bertugas jauh
tapi mana mungkin mengembalikan kasih sayang anak yang telah kita abaikan ketika kita berjauhan begini...
2:20amWanie
walau ayah mereka jauh tapi tiap malam mereka boleh lihat ayah mereka di internet
2:20amSaya
takkan sama anak-anak yang sentiasa terdidik baik dengan ibu ayah yang sentiasa
tinggal sebumbung… mana sama lihat ayah di skrin monitor komputer!... dengan ayah di depan mata.
2:21amWanie
mcm mana kita nak mengukur kasih sayang anak2 tu
2:21amSaya
kalau anak Wanie pun reda macam Wanie
pun mereka jadi anak yang baik nanti.. okey!
memang itu harapan kita
tapi kita tetap langgar cara keluarga Islam sebenar...
rumah tangga sakinah yg Islam impikan
malahan lagi naif bila besar nanti mereka persoalkan tindakan kita
memilih cara berumah tangga PJJ
kut mereka ikut cara kita menggabaikan cucu kita pula!
berjauhan itu sy rasa amat payah
untuk kita mengukur kasih sayang terhadap anak-anak
anak-anak kena selalu dibelai ibu ayah terutama ketika
mereka masih di alam kanak-kanak.
2:21amWanie
adakah dengan tinggal sebumbung tu anak2 akan tercurah kasih sayang
2:21amSaya
itu isu lain... tapi lebih jelas & mudah dari kasih sayang jarak jauh
yang bagaikan fatamorgana.. entah sampai entah tidak kasih sayang kita.
2:21amWanie
adakah kita duduk sebumbung boleh menjamin kebahagian
2:21amSaya
memanglah ada yang tak jadi baik biar pun duduk sebumbung
bergaduh siang malam... perang tak habis-habis!
malahan duduk sebumbung bukan sampai 4 bulan
4 hari pun boleh bercerai-berai...
isu Wanie ni lain… menjarak-jarakkan hubungan kasih sayang
di mata kasar kita kata okey! reda tapi mana mungkin kita dapat
menepis kesepian.. di hati kita, di hati anak-anak!.. itu isunya.
2:22amWanie
adakah tinggal sebumbung tu anak akan jadi baik n warak
adakah tinggal sebumbung tu isteri tidak berlaku curang
2:22amSaya
samalah adakah PJJ itu pasti suami di sana okey!
isteri di sini tidak kesepian…
kasih sayang di jiwa anak-anak sentiasa diladeni.
kita bukan hidup lama pun....
2:22amWanie
adakah tinggal sebumbung tu suami pasti jadi baik
2:22amSaya
jika dia sebumbung dengan kita
setidak-tidaknya kita sentiasa mendapat perlindungannya
nampak jelas baik buruknya...
emmm! belum mati pun dah nak berjauh dengan anak-anak
ok! tunggu umur macam sy bila anak dah temui jodoh
baru Wanie faham kut!
mengantuk amatlah Wanie tu tenguk jam tu 2:22 pagi
mohlah kita tidur!
Asalammulaikum....
2:23amWanie
kita tidak perlu menginjak usia tua untuk memahami erti sebuah kehidupan!.
2:23amSaya
Wanie; kita semakin tua sebenarnya! Lewat usia akan menyedarkan kita betapa kita ini menjadi amat rugi. Apatah lagi ketika melepaskan anak kita untuk hidup sendiri berumah tangga. Itu sudah satu tuntutan kehidupan, namun jauh dalam sudut hati pasti terasa kita akan bertambah sepi.
Masa dia seharusnya bersama kita; kita memilih jalan berjauhan dengannya; sedangkan kehidupan ini kita yang menentukan! Kita boleh berhijrah memilih jalan sendiri daripada mengikut majikan yang bajingan yang tidak memikirkan masalah PJJ pekerjanya yang terpaksa berhijrah setelah kekal lama & bahagia di persekitarannya yang sedia ada.
(Wanie seorang yang amat tabah; biar pun aku sengaja cuba terjah hatinya dengan pertanyaan kontras dia begitu menjagai keredaannya di dalam menangani dilema PJJ. Wanie tidak pun terasa sepi bagai aku yang di ambang Warga Emas ini. Anak-anakku kini hanya tinggal dua orang di rumah. Afiz telah pun punyai hidup sendiri. Aziq di asrama. Berapa tahun sangatlah mereka rapat dengan aku; bilamana dalam menempuh bidang kerjaya tak kurang 3 kali kami dalam dilema PJJ. Itu pun tak pernah aku tinggalkan mereka lebih dari 3 bulan.)
Cumanya tenguk jam tu 2:23 pagi Wanie masih berjaga malam lantaran hanya ketika itulah suaminya dapat bercit-cat dengannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
mungkin lain padang lain belalang...
Dik VIC;
Abg amat mengagumi akan rakan abg Dzuan, dia ni bekas askar; usianya sama dengan abg. Katanya...
"Aku ni iDAN; tak payah lama tiga hari tak jumpa isteri aku tu, aku dah rindu amat!"
"Abis tu masa kau jadi askar tak pernah ke kau tinggalkan dia lama-lama!"
"Tak pernah iDAN!"
Pelik juga abg, kita yang kerja awam ini pun VIC terpaksa berjauhan dengan isteri. Dzuan sampai kini masih bercinta dengan isterinya, intim sangat!.
Paling abg tak boleh lupakan ketika kami hadapi PJJ semasa beranak dua, seorang Kak Mila jaga, seorang lagi abg jaga. Saat paling sedih tu ketika pagi Senin, sedih tenguk Afiz 5 tahun tu lambai ibunya; entah balik entah tidak minggu depannya.
Tapi masa Kak Mila di Pulau Carey kami dah tak kisah sangat sebab anak pun dah besar; abg jaga Aziq & Afiz; Kak Mila jaga Anif & Azim di Pulau Carey.
Yang abg maksudkan majikan gerladangan ni; mereka bukan kisah sangat. Asyik fikir untung; bila Golden Hope dibeli Sime Darby. Perkerja kena jadi mangsa lagi. Pindah lagi!.
Kes Wanie ini abg tak pasti katanya suaminya pergi berjihat; fisabilillah. Tak boleh bawa isteri ke luar negara sana selama 2 tahun. Kita jangan campur tangan masalah keluarga orang.
Kes kami adalah atas perbincangan bersama & sengaja mengambil risiko PJJ; faktor ekonomi & persekitaran nan lain.
Saudara Idan,
Saya rasa PJJ ni bukan satu masalah besar. Kebanyakannya dialami atas tuntutan tanggungjawab terhadap tugas. Asalkan kita sentiasa berfikiran positif dan nawaitu tu semasa PJJ itu tidak terpesong..insyaAllah semuanya menjadi mudah. Kadang2 thing doesnt happened as wat we want tapi kita punya banyak pilihan untuk mencari jalan mengatasinya...
Sdr Shina;
Memang ini yang dikatakan cabaran terkini; rasanya kalau dibuat pilihan takkan siapa mahu PJJ, lebih mudah & nampak sepakat jika suami isteri bersama mengasuh anak sebumbung.
Namun hidup kita semakin menuntut pelbagai kemungkinan & kita terpaksa terkadang seperti cicak kubing. bertukar rona ikut arus kemajuan.
Di mana pun kita boleh jadi baik & jahat. Cumanya satu yang harus kita ingat.
Hidup kita ini sebenarnya sekadar singgah bermalam di dunia; padankanlah diri ikut kesesuaian usia kita.
Jangan terlampau leka & alpa sampaikan amanah dari Tuhan nan Esa terabai ditanggungjawab kita.
Ada ketika nawaitu itu tak semuanya menghalalkan cara. Maka itu ada cara & batasannya buat mereka yang dalam dilema PJJ ini.
Catat Ulasan