Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

30 Julai 2010

Sotong Kemaman ♥ 4 (Singgahsana)


Fairuz

Aku pun tak ingat telah berapa kali turun ke laut dalam bersama Farus & Fareez ini. Bagai biasanya bab menjinakkan ikan besar kami serahkan kepada mereka berdua; Mereka banyak belajar memancing ikan besar dari rakan di Forum Pancing. Antaranya termasuk Che Wan; aku hanya sekali dapat mengikuti trip Che Wan ini.

Jika anda suka nak lihat pengalaman sifu pancing sila klik ke sini http://wamildin.multiply.com
banyak tips memancing yang Che Wan kasi; dia memang jenis tak pernah kedekut ilmu & petua menjinakkan ikan besar.

Huh! satu demi satu kami terlepas ikan besar. Aku nampak Fareez makin muram lantaran tiap kali kailnya disambar ikan besar asyik putus talinya. Fairuz pun sama. Dua beradik ini tewas di pengairan Kemaman.

Aku mendengar sungutan pak Dol bilamana dia memantau perambut yang Fareez & Fairuz gunakan.

Fareez

"Padanlah.. tak cukup kasr ni perembutnya; tali keluli sebagai perambut di pengairan Kemaman kena kasar lagi.." huh! maksudnya ikan tenggiri, haruan tasik atau apa jua jenis ikan besar memang memerlukan perambut yang besar. Tips yang amat bagus untuk mereka yang turun di laut dalam sekitar Kemaman. Kena sediakan perembut kasar. Mungkin Fareez ada cadangan saiz berapa perambut yang boleh digunapakai.

Aku sekadar memancing secara orang OKU, asyik duduk sahaja di dinding bot. Sesekali aku memasang umpan di mata Apollo yang agak kasar. Jarang aku kecewa tiap kali mata kail aku umpankan ke dasar laut. Dari banyak mata Apollo yang aku taruh umpan pasti akan berbuah hasil tak ikan termenong ikan Uji Rashid. Ikan di Kemaman lapar sentiasa; baik sotong atau isi ikan kembung segar diragut belaka.

Mentari makin meninggi, aku terasa amat lambat masa berlalu. Perut telah keroncong, aku perhatikan tak ada siapa ke dapur memasak.

"Kita nak masak gulai apa hari ini?" Pak Dol bersuara. Aku lihat dia mula menanak nasi. Dia basuh dengan air laut sahaja. Mungkin jimatkan air tawar; tentunya basuhan terakhir baru guna air tawar. Huh! janji ada juadah untuk dimakan.

"Saya suka ikan termenong masak asam pedas!" aku bersuara dengan dendangan perut kosongku. Payah orang sakit diabetes ini asyik teringat makan sahaja.

"Nanti saya tenguk ada tak bahannya" Pak Dol mencari bahan yang ada, nampaknya dia hanya boleh masak kari. Kari pun karilah!. Di laut ketika memancing masak apa pun sedap. Sebabnya ikan baru naik manis belaka.

impianku aku akan dapat candat sotong
sebesar ini nanti


Aku dongak ke langit; cuaca nampaknya cerah & laut nampak tenang sahaja. Kebiruan air laut amat teruja untuk hati melukis indah. Rasa tak puas melihat riak air laut, buih tata rona menari & camar mandi sekeliling bot kami. Sesekali anak ikan todak melompat manja. Mata kail dilempar ke dasar laut semakin dibawa arus; Guna batu saiz 12 pun hanyut dibawanya. Siapa sangka laut di atasnya tenang tetapi arus di dasarnya amat deras. Sesekali ada bot yang melintasi kami menunjukkan hasil tangkapan.

"Itu betul-betul lauk!" Pak Dol bersuara, memang besar banget ikan tenggiri di Kemaman; aku pasti memang kumpulan ikan tenggiri yang meragut umpan Fareez banyak kali; tapi tiada rezeki; asyik terlepas sahaja.

Kebanyakan joran telah dinaikkan; arus deras ikan pun tak teringin mengintai umpan kami. Masing-masing bersantai menunggu Pak Dol menjemput kami makan besar!. Ikan manis-manis yang beranak di karang laut Kemaman.

- bersambung

6 ulasan:

nurayunni berkata...

beznyer memancing..

zeqzeq berkata...

bila agaknya dapat merasa mencandat

iDAN berkata...

Sdr Nurayunni;

Masalah utama memancing di laut dalam ini adalah Mabuk Laut; jika telah mabuk laut memang hilang langsung minat memancing tidur sahaja di bot.

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Mencandat sekarang ini telah dijadikan musim berpesta; siapa ada penaja jika kenal dengan mencandat ini.

Sy selalunya pergi sendiri sahaja; tak semahal mana pun kosnya; jika pergi waktu Asar balik Subuh sekitar RM80 saha; satu bot biasanya buat antara 6 ke 8 orang tak termasuk tekong & awak-awak.

Banyak nelayan selalunya menyediakan peralatan candat. Tapi sy suka beli sendiri.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Dapat candat sotong psikik macam Paul pun bagus jugak.... hahahhaha..

iDAN berkata...

Dik VIC yang ini sotong yang asyik ganggu Captain Jack Sparrow! tu..

Si Paul tu org banyak marah dia dah!... ramalannya buat org pening!