iDAN

07 Julai 2010

Puyol mengetepikan Jerman ke akhir (Sukan)

Puyol tak setinggi mana 178cm
tapi lompatannya boleh tahan

Gol! Puyol lahir pada 13 April 1978
telah berusia 32 tahun tentunya di Brazil nanti
kita tak dapat tenguk aksi dia.

Sepanyol ke Perlawanan Akhir akan bertemu Belanda 11 Julai nanti. Aku mengantuk amat malam tadi. Tenguk bola seorang-seorang biasalah maka aku mimpi jadi pemain bola sepak dunia. Dengar Mat Saleh tu mengulas, siap sebut namaku; sedar kalau ada pemain beraksi kasar tapi memang aku tak menumpukan sebenarnya perlawanan. Aku tak suka mendengar ulasan Pengulas Sukan saluran Melayu; terlalu sukar mengawal perasaan pada pasukan pilihan mereka. Tak seimbangan ulasannya.

Sedar-sedar pada minit 73 Puyol memboloskan satu-satunya gol buat Sepanyol bagi menewaskan Jerman 1-0 (0-0).

Sepanyol memang banyak membuat serangan berbanding Jerman. Entah kenapa Jerman macam tak setangkas selalu kecuali sekitar 15 akhir. Pemain Jerman rata-rata masih muda berbanding Sepanyol namun inilah yang dikatakan bola sepak. Ada ketikanya pengalaman itu amat penting dalam setiap perlawanan. Tak dinafikan Jerman adalah pasukan berkumpulan yang amat handal tetapi nasib lebih memihak kepada Sepanyol.

Di atas kertas Jerman diramalkan ke Perlawanan Akhir tetapi lantaran gol tunggal Puyol nampaknya Perlawanan Akhir nanti akan lebih seimbang. Corak permainan Belanda & Sepanyol tak jauh berbeda, masing-masing punyai bintang bola sepak yang mahir mengelecek bola menuju ke gawang lawan.




2 ulasan:

eelobor berkata...

tunggu di final nanti

iDAN berkata...

Dua pasukan yg seimbang; sukar diramalkan siapa yang bakal dinobatkan sebagai Juara.