iDAN
06 Julai 2010
Semakin tua kita semakin sepi
Anda belum bersara. Jika anda makan gaji pastinya anda akan menunggu sampai berumur 58 baru bersara. Apakah persiapan anda ketika bersara nanti; paling tidak anda pasti akan mahu pergi menunaikan Haji di Makkah. Ketika umur berapa. Perlu diingat jika mahu pergi bersama isteri anda kena ada sekitar RM20K belum masuk membeli belah, belum sampai ingin menggunakan pakej dari agensi swasta; rata-rata RM15K bagi satu Pakej Haji
Jika anda berkerja sendiri mana mungkin ada tempoh bersara, pastinya akan berkerja sehingga semampunya. Kecuali ada waris yang mahu menggantikan perusahaannya yang telah pun berusia 30an tahun lebih tentunya.
Jika anda telah bersara atau berehat dari berkerja bagi pekerja sendiri; apakah lagi matlamat anda selain pergi menunaikan Haji. Kalau duit lebih pula pasti teringat mahu mengerjakan umrah.
Ramai warga tua atau golongan warga emas menjadi suri rumah menjaga cucu atau tinggal dengan anak atau menantu. Biasanya jika pasangan suami isteri masih sihat, tinggal berdua di kampung pun tak jadi masalah; banyak aktiviti di kampung boleh dilakukan. Seperti berkebun, menternak ayam itik atau bermasyarakat. Tak semua bernasib baik dapat berdua kembali, bagai pertemuan awal & bercinta di zaman remaja. Mesra selalu, bercinta sepanjang zaman.
Bagaimana jika isteri atau suami pergi awal meninggalkan kita sendirian. Anak-anak telah punyai kehidupan sendiri. Mahu tinggal di kota tak semua kita rasa selesa. Dengan wang pencen atau simpanan yang sedikit mana mungkin kita dapat sering menziarahi anak-anak di kota malahan mana mungkin dapat sering melancong untuk melihat negara orang. Jika mahu melancong pun apakah bahagia sendirian? Maka pastinya kita rasakan hidup kita amat sepi.
Sepi sesepi-sepinya.
Kita perlukan kawan sebenarnya!. Kawan yang bagaimana?, Siapa & dapatkan orang yang rapat memenuhi kesepian anda?.
Selain kawan apakah minat atau hobi akan menjadikan hidup kita ini lebih bermakna?.
Cubalah anda fikirkan!.
Emmm! Ada masalah pula dengan Ulasan; bila diterima tak masuk ke Ruang Ulasan Pembaca.
ini aku kutip dari e-mel
V.I.C @ D.I.A.N.A telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " Semakin tua kita semakin sepi (Singgahsana) " anda:
Iya la... bila baca entry ni baru vic teringat ttg kehidupan selepas bersara...
Mungkin tak pernah terfikir sebelum ni sebab tak terfikir boleh hidup sampai umur 55 kot..
heheheheheh..
Kalau dah tua nanti, hendaknya tak mahu susahkan sesiapa... biarlah meninggal sebelum sakit.
Takut nak susahkan Aliyah... dia pun ada mama dia nak jaga.
Dik VIC
Abg di ambang Warga Emas ... tak tahulah sempat ke tidaknya, dalam sehari dua ini asyik layan bola tidur tak menentu dah mula pening!; nak meraban baliklah kesihatan ini; biar pun bulan lalu abg telah dilepaskan dari kawala Klinik Kardio.
Abg menulis begini lantaran, dalam ramai-ramai rakan & taulan nampaknya makin menjarakkan diri dari kita apatah lagi jika kita tidak menyapa.
Seingat abg hanya beberapa orang seperti Pak Wahid, Ulan, Fairuz, Tok Perak, Saleh, Amin & beberapa orang sahaja yang masih mahu bertanya khabar, itu lantaran bertemu di FB atau Blog. Di blog nampaknya ramai yang semakin intim tetapi ada ketikanya senyap sepi; tenggelam bagai batu seperti mana perginya beberapa rakan yang pangkat adik atau anak kandung tetiba senyap entah ke mana bersama Mas Jokonya. Kalangan teman di blog hanyalah rakan yang masih ikhlas & jujur mengingati abg... nan rajin bersapa.
FB abg hanya nampak mereka yang ralit dengan ICT seharian mengadap PC lantaran terasa sunyi; memang ramai rakan lama semasa di SMI Ipoh menyapa tetapi mereka nampaknya masih gempak mengejar status pun kerjaya masing-masing; Pertemuan sekadar mahu meraikan rakan yang berjaya dalam kehidupan; rakan yang mendapat gelaran Wirawan atau Tan Sri atau Datuk atau Datin. Bagaimana rakan orang biasa, Imam yang disegani, rakan sekadar kerja kuli atau jual ikan di pasar atau sekadar menjadi Penyair sepi begini.
Maka itu abg lebih suka mengintai rakan yang benar-benar rindukan abg, abg sanggup meredah sepi malam lantaran abg tahu ada kalangan rakan abg memang mahu menemui abg.
Atau lebih baik kita menyendiri; jika itu mendamaikan hati.
Ini pun cuma kenal berkala; ibarat kata ada ketika senjakala baru menyapa. Kalau ada ceritera.
Lumrah manusia memang ghairah meraikan akan kejayaan; jiwa akan segar bilamana dilimpahi keagongan. Bukan kehampaan, musibah, kesakitan, kemiskinan & bencana amat naif serta takut untuk diingati atau diziarahi. Kehilangan akan hanya terasa bilamana diri kita telah tiada.
Selalunya abg yang rajin buat panggilan telefon jika ada sesuatu berita yang diterima melalui SMS. Telefon Bimbit pula bukan wadah untuk abg kerap berhubung.
Biar pun orang terdekat, anak atau isteri belum tentu dapat menemani kita ketika sakit atau sebagainya. Manusia memang amat sibuk dengan urusan sendiri. Maka itu Warga Emas ramai terpisah atau merajuk jauh ke rumah kebajikan atau tinggal sendirian di pondok terpencil.
Tak ada siapa suka menjaga orang tua apatah lagi berpenyakit. Inilah masalah kita; sering tidak mendekati hati orang tua.
Dik VIC pasti teringat akan catatan abg bila telah setua ini & punya sakit kronik begini.... nanti!.
YB telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " Semakin tua kita semakin sepi (Singgahsana) " anda:
Salam iDAN
Kawan sejati dapat menandingi saudara seuri. Teman sejati adalah penghibur tatkala sunyi. Kawan yg baik adalah rakan ketika rawan. Isteri yg baik adalah juga rakan. Suami yg baik adalah juga teman.
Sahabatku YB; memang kita berharapkan begitu; punyai Kawan Sejati. Tak tak semua beruntung punyai Kawan Sejati. Semasa kita kerja mungkin ada lantaran berkepentingan; setua kita tua rasakanlah sendiri.
Sepanjang aku berawan telah lebih 3 tahun bergelut dengan pelbagai tekanan sakit Kronik ini rasanya aku dapat melihat siapakah rakan yang rasa simpati; adakah?. Rasanya jika ada pun mereka yang jauh kenal di Alam Maya itu pun tak sepadu.
Rakan semasa berkerja dulu rasanya lebih kepada berkepentingan. Jika dulu yang nyata rapat sebab nak minta pertolongan. Mungkin kita sering dijadikan Batu Loncatan; bayangkan rakan yang telah berjaya amat sedikit yang kenalkan kita. Kesibukan mereka telah menghilangkan ingatan tentang persahabatan.
Jika tetiba pasangan hidup kita berubah; semasa bercinta asyik nak berjumpa; bila berjumpa banyak nak bercerita. Tetapi bilamana kita dah tua tak punya apa; segalanya jadi terbalik, berbual pun asyik mencari salah semata, berkata pun asyik menyindir kita. Mana mungkin kita meramalkan sikap manusia. Hati manusia sering bagaikan pantai yang asyik berubah. Sekali ombak mendatang pasirnya tak semestinya putih bagai dulu.
Masalah ini yang sebenarnya melanda keluarga kita yang amat perlu dibetulkan!.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
salam Dan
Kawan sejati dapat menandingi saudara seuri. Teman sejati adalah penghibur tatkala sunyi. Kawan yg baik adalah rakan ketika rawan. Isteri yg baik adalah juga rakan. Suami yg baik adalah juga teman.
Iya la... bila baca entry ni baru vic teringat ttg kehidupan selepas bersara...
Mungkin tak pernah terfikir sebelum ni sebab tak terfikir boleh hidup sampai umur 55 kot..
heheheheheh..
Kalau dah tua nanti, hendaknya tak mahu susahkan sesiapa... biarlah meninggal sebelum sakit.
Takut nak susahkan Aliyah... dia pun ada mama dia nak jaga..
patut ler, igt kan saya sorang jer mengalami masalah komen.
saya juga perlu membuat plan. hajat di hati ingin ke tanah suci sebelum pencen...
Benar tu Aliyah pun tentunya ada kehidupannya sendiri... tetapi bagi suami yang reda rasanya mana mungkin kita mahu meisahkan anak & ibunya.
Kak Mila sentiasa bebas untuk menjaga emaknya. Rasmi begitulah abg tak pernah pun menghalang jika dia mahu bermalam di hospital demi menjaga Mak Nyaie. Di hospital kita anak lelaki tak boleh bermalam di wad perempuan.
Catat Ulasan