iDAN

06 Julai 2010

Penyair iDANRADZi menang Loteri (Singgahsana)


"Naik buat apa duit Mas Kahwin ini?" Mila bertanyaku sekitar tahun 80an. Tak banyak mana duit Mas Kahwin bagi rakyat Selangor. RM80 sahaja.

"Belilah emas sebagai kenangan!"

"Susah nak jaga emas ni, silap terleka hilanglah pulak!"

"Simpan sahaja di bank!" aku mencadangkan.

"Bank bukankah akan bergelumang dengan riba!"

"Nak tak ada riba simpan di BSN beli Sijil Simpanan Premium (SSP), mana tahu kut! dapat hadiah berganda. Duit kita tak pun luak..."

Mila termakan akan cadangan aku, lalu sejak berzaman Mas Kahwinnya dimasukkan di dalam BSN. Bila dia telah berkerja rajinlah dia menambah sijil SSBnya. Tahun 80an tak terfikir pun bab Bank Islam atau Tabung Haji. Hanya SSP sering diperkatakan orang. Zaman itu tak apa pun kadar faedah bagai sekarang.

Jika tak silap telah dua kali Mila mendapat hadiah; pertama dia dapat Mini Kompo & kedua dia dapat hadiah berbentuk sijil SSP tak perasan berapa ratus.

Cincin hantaran yang aku beri lesap dibebas pemukau ketika aku di Jepun; Mila yang tinggal sendirian di Kg Malaysia Tambahan kena pukau, semua barangan kemas, emas & duit ghaib.

Minggu lalu aku mendapat surat dari Pos Laju Bangi; ada bungkusan yang perlu aku tuntut dalam tempoh 2 minggu. Aku mati-matian mengatakan pasti bungkusan dari Dutch Lady. Dalam beberapa bulan lalu ada pihak Dutch Lady mahu menghantar bungkusan sampel barangan mereka kepadaku. Sampai sekarang pun tak ujud.

"Isk! surat sekecil ini pun kena ambil di bahagian bungkusan ini!" Pengawal Keselamatan yang ramah macam bukan orang kita menyapaku.

"Tolonglah buka saya pun hairan dia bikin balut macam ini.." aku menghulurkan surat bungkusan yang aku terima berbalut dengan plastik, amat sukar untuk dibuka dengan tangan. Pengawal yang sebaya aku itu beriyer-iyer amat tolong membukanya. Habis terkoyak sana sini.

"Tenguk sampul surat saya syak saya mungkin menang loteri ni!; kalau BSN mestilah SSP.." aku bersuara dengan rasa teruja.

"Nah memang betul telahanku; aku berjaya mendapat hadiah dari SSP!"

Ini yang aku anggap rezeki itu boleh saja turun dari langit, syukurlah!.

(Rahsiakan sahaja berapa.. tapi agak lumayan berupa Sijil SSP bukan satu sijil sahaja yang menang... wah!)

Adoi Blog meragam sampai bila?

Jijahh @ f.k telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " Penyair iDANRADZi menang Loteri (Singgahsana) " anda:

Tahniah dari Jijah ;) ... semoga dimurahkan rezeki selalu

Terima kasih Jijahh.. memang kita tak duga dapat duit terpijak!... mana tahu kut! nanti dapat BMW! wah! baru benar-benar dapat menikmati hidup.

Abg beli SSP tu di BSN UPM, memang di BSN UPM telah galak menang hadiah kereta & pelbagai lagi yang lain.

3 ulasan:

JijahJambu@Jj berkata...

Tahniah dari jijah ;) ... semoga di murahkan rezeki selalu

YB berkata...

salam Dan

Aku pun ada simpan 2 keping sampai la ni. Beli di pej pos upm jugak sekitar tahun 90. Ada ustaz kat sini kata pulak sijil tu haram. Dah pulak. Lepas tu aku tak ambik kisah dah sijil tu. Tapi kalau diselongkar rasanya boleh jumpa jugak. Kalau di takdirkan menang aku kena serah ke rumah kebajikan.
Dlm tel tadi kau tak cerita pun.

iDAN berkata...

Boleh digunakan YB jika JAKIM telan mengharuskannya.

Mesyuarat majlis fatwa kebangsaan pada 26-27 September 2007 memutuskan bahawa Sijil Simpanan Premium – BSN diharuskan.

Jika ragu-ragu sedekahkan memang itu terbaik, jangan jadi darah daging!