iDAN

11 Ogos 2010

Juadah Ramadan



Seekor RM14 tak besar mana pun terubuknya.

Aku mundur mandir dengan Azim di Pasar Ramadan Prima Saujana
Ikan kulit keras tu.. cengcaru bakar RM7 tak ada sambal pun dalamnya;
Ayam Golek seekor RM18, Ikan keli semuanya RM3 paling kurus punya keli; tak kiralah masak apa. Ikan kembung@ikan termenung baik goreng atau masak sambal asam semuanya RM3.

Azim pening ikut ayahnya. Akhirnya aku jumpalah cengcaru ada sambal di dalamnya RM3.50 seekor okeylah buat lauk sahur nanti; harap-harap tak basi sambal kelapanya telah aku bekukan.

Akhirnya aku terpaksa beli Nasi Ayam Dara, nampak menyelerakan; RM4.50 tak payah nak beli gulai atau sayur. Jumpa pecal RM2.50; lepaslah makan berdua.

Kira-kira lepas berbelanja habis sekitar RM40. Inilah cara hidup di kota.

Di kampung pergi tapak lombong pancing ikan talapia atau menaut haruan, berbubu ikan terboi dah selamat untuk berbuka & bersahur; sesekali beli ikan rebus, ikan bilis, ikan masin atau ayam di Simpang!. RM40 boleh jimat dua tiga hari. Pucuk paku, pucuk ubi tak siapa pun nak marah untuk dikutip.

Asifa Suriyati berkata... Kehidupan di kota... apalah sangat nilainya RM40. Harga naik melambung tak senilai dengan barangnya.

Memang benar, itu kes barang; bebaru ini Afiz anak sulung tu mengadu, katanya;

"Dulu kalau Afiz isi minyak ketika tangki kosong, RM5 boleh penuh terkadang melimpah!, sekarang RM5 tak penuh boleh tambah lagi RM1 baru penuh.."

Minyak akan lebur, jadi asap, makanan & minyak memang keperluan. Asas kita nak hidup.

Aku masih hormat mamak di Naina Maju Jenaris; masih tak naikkan nasi bungkusnya. Tetap RM4.50 tapi ayamnya memang dipotong besar, sayurnya biasalah kedai mamak; kacang panjang, kubis atau jelatah...anak-anak tak pernah habis makan sebungkus. Siap ratah ayam lagi!.

6 ulasan:

anyss berkata...

Salam,
Saya tak begitu suka ke Bazaar Ramadhan. Selain harganya yang melambung macam disiram serbuk emas, rasapun bukannya berbaloi berbanding harga.
Jadinya, hadap ajelah cekodok ikan bilis setiap hari ;) ----> sape suruh malas kan, sendiri mau tanggunglah...

iDAN berkata...

Sdr Anyss,

Semalam Kak Milanya buat tempahan Kailan Masak Belacan; tak boleh pergi, mungkin akan terbuanglah tu.

Dia beli sambal udang; adoi! sedihnya seorang cuma dapat makan seekor udang, sebabnya saya yang mahukan Kak Mila uruskan lauk & sayur berbuka. nasiblah ada telor masin rebus sendiri; kira bolehlah pembuka selera.

Nampaknya terpaksa memahirkan semula memasak!.

asilahmuhajer berkata...

mahal gak harga kat sana. kat tempat saya, apa2 jenis ikan pun, seekor rm1.50 ke rm2.00 je. tapi saya sendiri jarang beli lauk kat bazar ramadhan. cari kuih2 je. lauk2 ni masih cuba masak sendiri walau tak sedap. bukan tak nak beli tapi mmg style berbuka simple2 je.

anyss berkata...

Salam,
Ramadhan banyak barakahnya...termasuk tajamkan bakat berkungfu di dapur walaupun hanya goreng telur yang disiram kicap

iDAN berkata...

Cikgu;

Seharusnya begitu; rasanya jika dijual dengan harga RM2 seekor lauknya masih untung.

Macam ikan terbuk bakar kalau dah sampai RM14 seekor tak sebesar mana pun, rasa tawar hati nak beli.

iDAN berkata...

Sdr Anyss:

Saya suka tenguk Saluran 707 itu, kalau ada bahannya tak susah mana pun memasak ini.

Banyak panduan di majalah atau internet boleh kita rujuk jika tak pandai memasak!.