iDAN

15 Ogos 2010

MMms 28: Karya Penyair iDANRADZi tidak difahami (Singgahsana)


Bebaru ini sengaja aku gatal tangan hantar catatanku MMms ke situs Penulisan2u.my . Hanya sebahagian sahaja catatan yang kuhantar jadi bagi mereka yang tak pernah klik blog aku sejak dahulu memang tak akan dapat memahami asal kesakitan. Malahan jauh sekali memahami bagaimana sukarnya bila diri dilanda sakit kronik. Keperluan rawatan sebaiknya buat seorang Pesakit Kronik

Niat aku menulis sekadar menbedakan layanan antara beberapa hospital yang aku menjalani rawatan. Bukan mahu membanding atau mengaibkan mana-mana pihak, bagiku jika ada organisasi yang baik di segi layanan serta perkhidmatan nan cemerlang; apalah salahnya kita ambil sebagai contoh & baiki perkhidmatan kita yang memang amat naif. Apakah kita mahu berada di zon darurat serta terusan mendapat khidmat paling huru-hara & ubatan yang paling rendah mutunya.

Bila aku nampak perkara yang semestinya kita ambil iktibar, rasanya tak salah kalau kita cuba jadikan ianya satu catatan tak kiralah sebagai satu aduan, cerpen, forum, jurnal atau genre lain & sebaiknya kita bersama mencari jalan membaiki kekurangan yang ada.

Situs Penulisan2u.my punyai pengunjung yang ramai, cepat sahaja cerpen aku di sana telah dibaca lebih dari1,000 pembaca. Maka pastilah responnya akan perbagai. Seyogia memang baik ianya diberikan komen pelbagai ragam. Lalu aku hatiku berkata terimalah seadanya, yang memahami apa yang aku sampaikan & ada yang memang kabur apatah lagi tak semua kita pernah berhadapan dengan sakit kronik ini.

Sila klik di sini jika mahu membaca Cerpen Berikan Aku Laluan kandungan selengkapnya tapi tak pernah berakhir pasti akan bersambung!. Di blog ini & blog lama aku sering mencatatkan tajuk yang aku himpunkan sebagai MMms. (Malaikat Maut mengintai selalu).

7 ulasan:

asilahmuhajer berkata...

salam..
lama sungguh tak singgah sini. baru hari ni saya buka blog saya.

apa yang mereka tak faham tu. tak jelas plak saya. mungkin saya tertinggal keretapi ni..

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Dah lama tak bukak blog penulisan2u. Dulu rajin juga buka sbb minat dengan satu cerpen bersiri... elok je cerpen bersiri tu habis... vic pun dah tak bukak lagi blog tu.

anyss berkata...

Salam,
Usah mudah hilang semangat dengan kritikan, tambah lagi kritikan itu bukannya datang dari orang yang pakar dalam bidang itu. Kat situ sesiapapun boleh kritik.

Novel Salina dahulunya hanya dapat hadiah saguhati dalam satu pertandingan tetapi bila pengkritik barat puji kata bagus...semua orang puji melambung2 selepas itu hingga tenggelamkan novel Gelombang yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

kita juga tak boleh nak puaskan hati semua orang. Dari cara komennya pun kita dah tahu bahawa mereka itu golongan remaja. Remaja sekarang tak ramai yang akan baca novel-novel Samad Said, jadinya bagi mereka ayat-ayat seumpama ayat ditulis Pak Samad itu adalah ayat dari zaman purba.

Setiap penulis ada identiti yang tersendiri dan mereka akan dikenali dengan caragaya mereka itu. Kalau ikut dan tiru gaya orang lain hanya untuk puaskan hati pembaca hingga hilang identiti...matlamat tak tercapai kan?

Jadinya, apa salahnya selalu hantar kat sana agar pembaca di sana biasa2kan membaca bahasa yang sebegitu. selamat berpuasa

iDAN berkata...

Cikgu,

Rasanya telah masuk bulan 3 saya asyik leka di FB & tak kerap kemaskinikan blog ini. Macam Bro Maz juga; terasa satu kehilangan bila leka di FB sana, terlalu luas & banyak amat menu di FB sampaikan kita boleh tersesat di sana.

Yang kes karya tu saya yang silap hantar ke ruang yang anak muda ramai bersantai, anak muda sekarang mana ada rasa gusar sakit segala maka pastinya tulisan saya tentang kesakitan semua tu akan tertolak.

iDAN berkata...

penulisan2u tu VIC banyak tulisan dari kalangan mereka yang rajin mengasah bakat; abg sebenarnya risau melihat wadah sastera kita menjadi hancur jika kita tak bendung tulisan dengan mengguna ayat SMS & Cit-Cat. Malahan asyik bercampur dengan Bahasa Inggeris hingga merebak ke novel kita di pasaran.

Lambat laun Bahasa Melayu akan ranap dimakan zaman. Sebaliknya novel & cerpen sedemikian yang mendapat tempat. Maka memang saya tak ambil tahu sangat masalah bahasa di penulisan2u itu; Bilamana bahasa cara lama kita gunakan menjadikan ianya membosankan pembaca. Maka baik jangan hantar karya di sana.

iDAN berkata...

Sdr Anyss;

Apa yang Anyss tulis itu amat benar, malahan penilaian seseorang manakan sama. Masalah di situs penulisan2u itu si empunya karya tak dapat pun membela tulisannya; komen tak dapat ditapis & pastinya ada yang membuat kita rasa terkilan & akan putus asa menghantar karya di sana.

Macam wayang atau filemlah; saya sering mengambil paling tidak dua ruang forum (tempatan & antara bangsa) atau pelbagai komen untuk mendapat maklumat sebenar; sering orang kita tersasar komen & memberikan undian rendah kpd sesuatu filem bermutu berbanding mereka di negara maju. Kita memuji melangit filem di sini bila pergi menontonnya rasa kecewa.

IMDb contohnya akan melabelkan komen yang terlalu peribadi & tersasar. Editor di penulisan2u membiarkan semua; Saya sering menghantar karya sampai ke situs Indonesia nampaknya tak sampai terasa terpinggir karya kita.

Malahan ada karya yang terlampir dua tiga kali pun tidak disunting.

Tapi ada baiknya ada orang tak suka karya kita setidak-tidak kita akan lebih berhati-hati untuk menulis. Tapi untuk apa saya tak pasti; maka itu rasanya lebih mudah ke blog sendiri; bila kita dapat komen yang menyinggung kita dapat kita tapis & timbangtara sendiri.

Takkan hidup ini mahu asyik dipuji. Itu akan lebih membuatkan kita tak sedar diri.

anyss berkata...

Salam,
Satu lagi ruang yang boleh dihantar karya adalah e-sastera (http://www.esastera.com). Kat sana mungkin lebih sesuai sebab pembaca dan yang hantarnya memang orang yang tahu tentang sasatera. Mreka juga sering adakan peraduan. Apa kata cuba kat sana pula...