iDAN

10 Ogos 2010

Salam Ramadan (Singgahsana)


Catatan dari FB


Ramadan yang penuh berkat...
datang lagi...
kita dah mula terawih
nanti pagi kena bersahur

Penyair iDANRADZi mengucapkan
Selamat berpuasa! & berbuka nanti
ingat-ingat kami

Tetiba pula aku demam &batuk menyambut Ramadan ini.

Bila demam arwah emak selalu sediakan air selasih siap ada kembang semangkuk lagi; selera pula meragam suka yang masam-masam; arwah emak akan masakkan ikan termenung asam pedas; badan & sendi lenguh, sengal sana sini; arwah emak siap bentangkan tilam kekabu tebal rona hijau, siap pasangkan cadar & kasi selimut wangi. Air & tuala kecil... untuk tuam dahi...

Zaman sekarang ni!... kau tanggunglah sendiri iDAN.

Malam tadi batuk tak henti demam pula tak kebah-kebah; seyogia mimpi yang tidak-tidak, adoi! memang bila demam baru sedar nikmatnya bila kita sihat badan...

11 ulasan:

YB berkata...

Salam Dan

Selamat berpuasa.

Org sakit sakit kalau teringat arwah emaknya........eeee malas aku nak sambung Dan, ngilu hati buatnya.

Awek mana pula kau pimpin tu....

iDAN berkata...

Hari ini nampak aku makin sihat. Jika bulan puasa memang aku teringat selalu arwah emak tu; dia pergi pun aku tak dapat ngadapnya...

Awek ini dalam hayalan aku saja, teringin nak ke Australia nampaknya hanya dalam lakaran sahaja...

~..UdadyaNNa..~ berkata...

selamat menjalani ibadah puasa semoga, amalan kita pd tahun nie lebih baik dr yg sebelumnya...aminn..

- just me - berkata...

Salam Ramadhan abg iDAN,

semoga cepat sembuh & kembali seperti sediakala agar dpt beribadah dengan tenang.. :)

Muhd Suhaily berkata...

Salam ramadan dan semoga kita semua mendapat keberkatan darinya..Insyallah.

anyss berkata...

Salam,
Moga cepat sembuh. Rajin-rajin makan ubat...bukan senang nak jumpa Ramadhan kan, dilarang sakit untuk itu ;)

iDAN berkata...

Sdr Muhd Suhaily,

Ramadan datang setahun sekali; masa mendatang tak pasti apakah usia kita mengizinkan kita bersamanya.

Tak hairan Masjid & Surau di negara kita meriah sepanjang Ramadan. Kesedaran & keimanan perlu ditingkatkan demi mengikis dosa nan ada.

Mana mungkin kita manusia ini tak terleka dengan tipuan dunia.

iDAN berkata...

Sdr Anyss;

Faktor usia itu satu masalah, jika diserang sakit amat sukar cepat pulihnya.

Ubat sekadar ikhtiar yang utama semangat untuk merentas kesakitan ini. Terima kasih atas doa & harapan Ramadan ini.

iDAN berkata...

Sdr Dyana,

Cantik amat blog Sdr Dyana, susun katanya jua terpelihara.

Memang beginilah saban tahun, ada ketikanya Ramadan kita amat meraih, ada ketikanya kesihatan kita terganggu; Terganggu itu maknanya pasti Allah SWT menguji kita; kekuatan kita untuk mengimbangkan kesakitan & ketakwaan.

iDAN berkata...

Dik Ieja,

Usia ikatan persaudaraan kita makin bertambah; abg tentunya risau akan perasaan Dik Ieja nan tidak menentu itu.

Sering orang berkata kehidupan ini amat luas, bagaikan kita berkelana di lautan nan luas tanpa kompas mana mungkin kita tahu arah tujunya. Sesat & tak jumpa pulau impian.

Agar Dik Ieja punyai impian & harapan untuk kebahagiaan diri & masa depan. Nostalgia semalam sememangnya pahit untuk ditelan. Lagi kita teruji sesungguhnya lagilah Ilahi mahu kita merapati dirinya. Tabahkan hati tu Salam Ramadan..

asilahmuhajer berkata...

salam ramadhan juga (walaupun dah masuk 6 hari, tapi boleh wish lagi kan??)

minat la gambar tu....kreatif betul.