iDAN

07 Ogos 2010

Tanya sesuatu ke hadrat Pengunjung


Mungkin ada kalangan pengunjung blog ini yang perasan, aku telah pun menulis blog sejak tahun 2000 lagi, yang aktif sekitar tahun 2005 ke atas. Pada saat awalnya aku banyak menulis puisi di Melayu.com & beberapa situs di Indon; banyak puisi tu tersimpan di dalam e-melku, tak semua dapat kupaparkan di laman sesawang.

Malahan mungkin ramai tak tahu aku punyai blog yang lain selain blog ini.

1. Aku terfikir mahu membukukan tulisanku yang aku rasakan menarik tetapi sukar juga mencari penerbit yang sudi menerbitkannya. Masalah besarnya pasaran terbuka lebih berminat dengan novel & kurang peminatnya dalam genre puisi atau pun catatan pengalaman peribadi seseorang.

2. Aku ada rakan yang boleh membantu menerbitkan buku cara sendiri, seyogia pasti kosnya agak mahal & aku tertanya-tanya siapakah yang akan beli bukuku. Maka aku terfikir ramai kalangan kita suka dengan kisah misteri pun kisah rumah tangga. Petua, masakan & banyak lagi yang aku telah kumpul di blogku. Aku sedang mengutip bahan yang ada dalam blogku & mengolah semula agar sesuai dibaca buat semua. Buat masa ini baru mencecah ke halaman 200 lebih, termasuk gambar. Semuanya kisah misteri, memancing & puisi yang aku rasakan menarik.

3. Jika sesiapa yang berminat nak beli koleksi yang aku telah kumpul mungkin senang dengan adanya alat komunikasi kini, melalui talian terus atau aku boleh memasukkan ianya ke dalam CD atau DVD. Kos membuat sebuah CD atau DVD tak semahal mana, rasanya lagi menarik jika dapat aku mengolahnya menjadi satu catatan kenangan yang siap ada gambar rona & multimedia. Sekitar RM10 pun pastinya telah cukup bagi kos olahan & penghantaran.

4. Satu yang aku risau, apakah jualan begini menjadi kesalahan; kut! masuk lokaplah pula!. Kena berlesen. Rasanya dengan cara begini mudah untuk kita merapatkan hubungan pun ianya lebih kekal & dapat menjadi satu koleksi buat generasi kita jika difikirkan bahan yang saya tulis elok dijadikan panduan.

5. Siapa yang berminat iyer!.


6. Atau kekalkan saja aku menulis. Masalahnya aku makin rabun & makin kurang upaya@kreatif menulis sejak sakit kronik ini.

5 ulasan:

anyss berkata...

Salam,
Sdr. cuba berhubung dengan penerbit PTS dan berbincang dengan editor mereka, mungkin ada jalan yang lebih mudah dan baik.

Kalau terbitkan dengan penerbit besar ni...pemasaran kita tak payah fikir dah

iDAN berkata...

Terima Kasih Anyss;

Kebanyakan penerbit mahukan bahan yang sekitar 500 muka surat; saya sedang mengumpul ke arah itu nanti. Bila telah mencukupi akan saya cuba hubungi editot Penerbit PTS.

Kalau nak terbit cara sendirian melalui rakan saya itu rasanya dah okey!, tapi ongkosnya belum ada.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Vic setuju dengan anyss.. kalau penerbitnya syarikat besar, ia merupakan satu publisiti dan strategi pemasaran juga.

Mmg boleh terbitkan sendiri masalahnya agak sukar meraih perhatian kalau skop publisiti tk meluas.

iDAN berkata...

Dik VIC,

Emmm! payah juga nak mengumpul karya kita sampai ke halaman 500, hari ini abg baru kumpul ke halaman 239; itu pun termasuk gambar yang abg kecilkan saiznya.

Nantilah jika telah sampai ke 500 halaman@mukasurat barulah abg berani nak hantar.

Isunya tak semua bahan yg kita rasakan elok diterbitkan itu akan selari dengan kemahuan penerbit; boleh cuba menghantar kepada mereka tapi tak boleh berharap sangat akan terbit; tapi kalau ada duit terbit sendiri rasanya kita punya kuasa & hak penerbitan.

Rakan saya itu nampaknya berjaya tapi dia gunakan 1Malaysia sebagai mengutip hasil ada kementerian yang beli bukunya.

Dia hanya bermodal sekitar RM5,000 sahaja kekinian telah terkumpul sekitar RM20K.

Bahan atau mutu kandungannya jua amat penting.

Mîss Rôry berkata...

slmt menunaikan ibadah puase en iDAN.. :)