iDAN

31 Ogos 2010

Warkah dari YB (Singgahsana)

YB berkata...Salam Dan,

Aku dah kaji bab bil elektrik ni. Kau pun paham aku org elektrik sebab itu sensitif dgnnya.

Banyak blog dah merungut bab ni. Tapi dasar telinga kembang lagi tebal memang tak ambil pusing hal pening orang. Bil jadi tinggi sebab bacaan bulan tu diambil bacaan dalam 2 bulan mulai bulan lepasnya. Waima bulan lepas punya kita dah bayar, iyer mereka akan tolak semula jumlah duit yang bulan lepas tu tetapi kesannya kepada kadar seunit yang kita perlu bayar. Kan kita bayar by blok. Blok pertama kadarnya rendah. Blok ke2 kadarnya naik sikit dan begitu seterusnya. Itu punca bil kita tinggi samalah dengan tarifnya naik. Kau boleh cari guna Pakcik Google isu ni.

Ada ungkapan menyatakan kalau kita nak berjaya kita kena hijrah. Nabi pun hijrah juga. Yang penting hijrah kita dari keikhlasan hati semata-mata kerana Allah SWT. Sukar nak buat tapi mudah nak dikata. Nak meninggalkan tempat cari makan kita, tempat permainan kita, tempat jatuh naik kita memang tidak semudah dikata, tetapi jika kita nekad bermakna ada sesuatu yg mengecewakan kita.

Kau pun tahu Abg Mad dah hijrah ke Seri Iskandar. Aku rasa Tuhan lahirkan saudara utk aku di sini. Kau pun tahu aku org Tg Malim. Aku tak sangka dia buat keputusan pindah ke sini. Aku jumpa dia nampak ceria maknanya dia bahagialah tu.

Aku harap usaha kau berjaya Dan. Jgn kita mati dalam hajat tak kesampaian. Orang kata mati celik. Tapi mati celik pun org kata tanda baik pada kematian selain dahi berpeluh. Tanah kuburpun di kampung luas lagi. Kita wasiat saja kat waris tang mana kita minat. Tapi ketentuan segalanya atas Allah SWT.

Apapun hablumminallah dan hablumminannas perlu dijaga baik. Tiada guna kejayaan kita capai atas sakitnya sedara kita. Wallahualam bi shawab...

Rakan dari Kampung.


Sukanya aku dapat berkomen yang panjang dari YB, aku sering jua kontak YB melalui talian bebas tol ke ofisnya; namun YB sering kerja luar. Lapi pun terkadang aku terfikir jua aku ini asyik banyak bercakap; berbual di talian telefon takkan puas kalau cuma 15 minit. Mungkin aku menganggu & YB tahu masa senggangku sekitar petang jam 3:00 maka dia tak angkat. Sibuknya tentunya. Sebenarnya aku sungguh rindu nak berbual panjang dengan YB.

Aku memang perasan, tarif bil elektrik ada yang tak kena; sebaiknya jika mahu lewat@lama datang buat bacaan rendahkan tarif bil jika banyal blok; untunglah kita. Jangan pula jadi sebulan dua kali datang bilnya pula. Jika TNB nak cepat kaya begitulah jadinya.

Yang aku nampak jalan terbaik seragamkan sahaja tarifnya, tak kira berapa blok kita guna; maka tak ada siapa dakwa-dakwi. Itu yang aku angin dua bulan lalu; mana ada aku gunapakai sampai sekitar 1,500 Kwh. Gila ke apa Anggaran Bil sebegini. Adik VIC pun bersungut bab ini; bukanlah kita berkira sangat tapi cara begitu sama sahaja satu penipuan atau adanya ketidakadilan. Sedangkan orang seperti aku yang telah bersara; mana ada kenaikan gaji lagi. Maka tak seimbanglah jika bil naik dari sekitar RM150 menjadi RM300.

Ditolak pada bulan seterusnya pun masih rugi; bulan lalu masih RM190 bil biasa. Sebabnya Bil Anggaran dua bulan lalu itu memang tak kena pada waktu & ketikanya. Sudahlah gawat nak sambut Ramadan & persiapan hari raya. TNB telah senang-senang merompak banyak duit rakyat tanpa sedar. Jika sebuah rumah TNB untung RM1 dalam hal Bil Anggaran & bacaan sampai lebih dari sebulan lamanya. Bayangkan berapa juta rumah ada meter elektrik mereka boleh kutip duit terpijak semudah kutip daun kering sahaja.

Abg Mad; mungkin Abg Mat Lambor terlalu ramai Mohd di ofis lama kita; memang amat sesuai dia pindah di sana; kampungnya dekat, paling tidak tukar angin. paling bagus jika ada tanah untuk diusahakan; tak kisahlah nak buat Hutan Simpan seperti aku atau ladang kelapa sawit seperti YB; (Tapi aku sungguh anti pokok kelapa sawit, kalau minyak masak dari bahan lain murah aku takkan akn guna minyak sawit, atau apa jua bahan dari kelapa sawit.)

Semalam aku bual dengan rakan lama dari SMI katanya dia rajin balik ke Batu Gajah naik keretapi; masih ada tiket kelas ekonomi rupanya; KL ke Ipoh sekitar RM11 sahaja; bayangkan jika ada potongan kad pencen yang aku miliki?. Sejak duku aku telah berangan sebulan sekali dua pulang ke Jenaris dengan keretapi.

Malam tadi aku mimpi YB, aku telah pun berjumpa dengan tukang rumah; aku dah bilang dengan dia bagaimana rumah impianku; biar pun kecik tapi ada kelainan; aku suka rumah yang bumbungnya tinggi; sekarang pun jika kayu mahal kita guna kerangka besi sahaja. Jika boleh aku mahu ada cahaya masuk dari bumbung. Aku rumah ala Surau Kecil; ada cermin hiasan di puncak bumbungnya. Tak kisahlah bumbung bertingkat atau tidak.

Ingat sekitar 3 tahun simpanan pelaburan masak dapatlah mencapai impian buat teratak di kampung; Angguhnya anak tetiba ketemu jodoh; makan terpaksa ambil masa lagi.

Seyogia hati memang di sana, di kampung halaman.

4 ulasan:

YB berkata...

Salam Dan

Nak menitis air mata aku bila kau kata kau berusaha kontek aku tapi tak dapat. Kau pun faham bila kita duduk dlm makmal, tak sempat nak capai gagang, line dah putus. Memang aku tak nafi kadang kadang aku biar jer tel tu berbunyi sebab kalau kejarpun selalunya tak dapat. Kau pun tahu jugak aku orang besar kat sini. Nak bergerak pun susah. Maksud aku bukannya pangkat aku besar cuma badan jer besar. Nak bergerak cepat kaki sakit. Kepala lutut aku yg cedera mata main hoki kat fakulti dulu kian sakit bila tua tua begini. Kawan jatuh bersama lagi diingati inikan pula kawan sama ke stadium. Tak kan lah aku nak lupa kawan. Aku create FB pun sebab nak cari kawan yg hilang. Buat blog sebab nak lontarkan pandangan. Kau jugaklah kawan ber FB dgn ber blog.
Aku ingat kalau aku pencen pun macam kau jugak. Tapi bezanya aku tak duduk di bandar walaupun tempat ni namanya bandar seri iskandar. Jadi hati tidak meruntun sgt. Lagipun aku selalu balik kg. Kau pun tahu kat kg aku ada sungai yg mengalir deras. Ini jugak faktor yg menarik minat aku balik kg selain emak dan keluarga.
Aku rasa aku tak salah buat keputusan pindah dari Bangi dan serdang. Sesekali bila aku pergi ke sana hati cepat panas. Aku tak boleh sabar dengan jln jem ni. Bagi aku satu pembaziran masa didunia. Kalau satu hari 1 jam dibuangkan di jalan kalau sebulan dah berapa jam. Masa aku duduk sana dulu serdang bangi mana ada jem. Sekali sekala jer bila ke Kajang. Kalau ke KL itu perkara biasa. Yg luar biasa kalau KL tak jem.
Kalau kau nak murah kos buat rumah, kau beli kayu terpakai dr keling botol. Tapi kalau kayu tiang jenis keras tu, keling botol lagi mahal. Memanglah duduk kat kg ni amat mendamaikan. Tetapi yg paling penting Dan damainya hati kita. Yg aku kurang berkenan sikit fenomena kat kg ialah dr segi perkembangan agamaya. Kebanyakan surau surau berdiri seperti rumah drakula. Berhabuk dan bersawang macam tak ada jemaah. Bab ini aku rasa di bandar lebih baik. Pagi tadi aku singgah solat suboh di masjid tmn meru ipoh. Jemaah tak kurang 200 orang. Perkara ini juga boleh mendamai dan merunsingkan hati kita. Pakcik aku tak jadi balik kg sebab dia syok tinggal dekat masjid di AU 3 ulu kelang. Keadaan kg aku pun kian kritikal setelah ayah si mazidul tu meninggal. Imam pelapis tak ada. Yg lebih teruk lagi jemaah pelapis tah kemana hilang.
Bila aku ingat kembali zaman aku dulu, budak budak berebut nak pukul kerantong. Berebut nak azan. Surau jadi pusat perkumpulan masyarakat utk apa apa aktiviti. Tapi senario sekarang berbeza, ramai org menggunakan surau dan masjid utk menaikkan politik mereka. Cina masuk masjid dan surau bagi mereka tak boleh. Sedangkan bapa cina tulah yg pasang karpet masjid mereka. Aku stop takat ni lah dulu, sebab kalau dilayan kerenah dia org ni boleh naik darah tinggi.

YB berkata...

Salam Dan

Aku dah komen terlalu panjang maka pakcik google buang tulisan aku. Aku pundah lupa apa yg aku tulis sebab aku tulis apa yg keluar dr hati aku bukan dari kepala aku.
Yg aku ingat aku terharu yg akau susah nak bercakap dengan aku. Nak meleleh air mata aku. Apa sgt lah aku ni insan biasa macam kau jugak jika tidak lebih lemah berbanding kau.
Kau tahu aku org besar di sini. Sukar nak mengejar tel. Maksud aku org paling besar dr segi saiz badan dan berat badan. Jadi nak bergerak lambat. Tak sampai ke tel dah deringan dah mati.
Kawan jatuh bersama lagikan diingat inikan pula kawan bersama ke stadium dan memancing. Cuma jodoh masa tidak ketemuan.

iDAN berkata...

Salam YB

Jika komen kita agak panjang, pecahkan dua; selalunya aku buat di notepad dulu agar tidak sia-sia bait-bait yang lahir dari hati kita...

Satu kerja nan amat penat jika mahu mengembali bait-bait yang telah lahir.

Aku terkadang terfikir aku punya pancaindera keenam; sebab sering ramalan aku tidak tersasar; aku dapat bayangkan deringan telefon yang jauh. Lagi pun aku telah melawat makmal YB aku dapat bayangkan jarak kamar & alatan di hadapan makmal; maka jika dua tiga kali aku dail dengan kiraan 5 ke 7 deringan aku akan faham sendiri YB pasti sibuk ada pelajar atau tiada.

Samalah masalah darah beku di pehaku sejak kemalangan lnggar anjing dungu di Sungai Chua ianya hingga kini masih membeku & sering kebas ketika cuaca sejuk. Memang ini rutinnya sakit org tua.

Aku nasihatkan kalau YB ke MyDin; beli sahaja minyak angin; murah di sana untuk panaskan lutut itu.

iDAN berkata...

Aku lebih suka blog dari FB, rasa ada kebebasan & senang melahirkan pendapat tanpa banyak gangguan di blog. Terlalu banyak menu di FB buat kita keliru. Maka aku cuba seimbangkan semula sejak aku klik FB aku rasa ketinggalan banyak terutama blog Bro Maz; yg sering aku klik; blog YB pun lama amat aku tak klik. Malahan blog aku ini pun semakin hambar.

Kampung YB di pinggir Tg Malim itu memang damai; siapa tak teruja ke sana; selain Bro Maz, adik VIC pun kalau ke kampung sana asyik hilang merendam di jeram.

Bedanya kampung kita di sana ada Jeram di Kampung pula banyak Tapak Lombong. Jika dijaga tapak lombong ini aku pasti ianya amat damai. Masalah memerang & ular liar itu memang biasa. Paling aku bungkam sekarang masalah curi Pasir; aku harap orang kerajaan nan baca nota ini dapat bertindak; apa jadi Mukim Teja kini.

Masalah agama di kampung memang kritikal; kampung aku okey sebab ada kumpulan bekas orang al-Arkam berpindah ke pinggir kampungku. Mereka ini boleh diharap suka memeriahkan masjid, lagi pun bebaru ini aku balik; telah ada imam muda; Imam Bidin yang sering mencurahkan ilmu pada anak muda; cumanya aku tak pasti dua fahaman politik yang amat rumit. Amat bergolak yang membuatkan kekuatan ukhuwah itu longgar.

Kedai arwah apakku yang telah menjadi Markas PAS pastinya menjadi petanda orang BN pandang serong padaku; sedangkan itu kerja sepupu arwah Opah Bi.