iDAN

02 September 2010

Warkah buat YB 2 (Singgahsana)

Seringkah anda ke sini; apakah anda tidak rasa parkir segala amat mahal di sini; nak makan pun semuanya setaraf KFC & McD; tak main lah Bakso macam bibit di Jenaris ini.

Aku lebih suka blog dari FB, rasa ada kebebasan & senang melahirkan pendapat tanpa banyak gangguan di blog. Terlalu banyak menu di FB buat kita keliru. Maka aku cuba seimbangkan semula sejak aku klik FB aku rasa ketinggalan banyak terutama blog Bro Maz; yg sering aku klik; blog YB pun lama amat aku tak klik. Malahan blog aku ini pun semakin hambar.

Kampung YB di pinggir Tg Malim itu memang damai; siapa tak teruja ke sana; selain Bro Maz, adik VIC pun kalau ke kampung sana asyik hilang merendam di jeram.

Bedanya kampung YB di sana ada Jeram di Kampung aku pula banyak Tapak Lombong. Jika dijaga tapak lombong ini aku pasti ianya amat damai. Masalah memerang & ular liar itu memang biasa. Paling aku bungkam sekarang masalah curi Pasir; aku harap orang kerajaan nan baca nota ini dapat bertindak; apa jadi Mukim Teja kini. Masalah pasir di Mukim Teja apakah terkawal?.

Masalah agama di kampung memang kritikal; kampung aku okey sebab ada kumpulan bekas orang al-Arkam berpindah ke pinggir kampungku. Mereka ini boleh diharap suka memeriahkan masjid, lagi pun bebaru ini aku balik; telah ada imam muda; Imam Bidin yang sering mencurahkan ilmu pada anak muda; cumanya aku tak pasti dua fahaman politik yang amat rumit. Amat bergolak di kampungku yang membuatkan kekuatan ukhuwah itu longgar.

Kedai arwah apakku yang telah menjadi Markas PAS pastinya menjadi petanda orang BN pandang serong padaku; sedangkan itu kerja sepupu arwah Opah Bi.

Bagiku politik aku amat terbuka; baik BN atau PR adalah parti yang berdaftar; malahan bila aku kaji sejarah aku hormati fahaman komunis mereka menolak kemerdekaan sebab kita tidak merdeka sepenuhnya. Mereka terus berjuang kita menjadi mangsa yang tersepit dicelah jajahan British sebenarnya.

Terutama perundangan kita masih berkhiblatkan barat biar pun merdeka; pemimpin fahaman komunis tak terima semua itu. Maka itu tertubuhnya Parti Komunis Malaysia (PKM) tetapi BN tidak terima. Hinggalah PKM ini meletakkan senjata pada 2 Disember 1989 setelah berjuang selama 41 tahun sejak diasaskan pada tahun 1930.

Kita merdeka pun bersyarat, aku yakin kita masih tiadak merdeka kalau dalam pakatan kita dengan British mahukan perundangan Islam. Aku tak pasti kenapa arwah Pak Saudaraku Dr. Burhanuddin Al-Helmy amat ditentangi BN bila aku kaji perjuangan arwah, jelas beliau tidak pernah bermusuhan dengan BN tetapi dia lebih menentang ideoloji penjajah. Beliau amat cintakan Islam; tak pasti Islam bagaimana yang BN tentangi. Apakah mereka yang haluan kiri itu adalah musuh negara!?.


Darah yang mengalir di tubuh ini dari keturunan yang sama hingga kini masih aku impikan negara ini milik mutlak bangsa Melayu yang asalnya nama Tanah Melayu; Padanlah Allahyarham amat menentang penubuhan Malaysia 1963. Natijah kita hilang nama Tanah Melayu; sering kaum lain telah berani usik kedaulatan Sultan & hak istana kita.

Agar bangsaku tidak terus ketinggalan. Sedih amat masalah ekonomi negara ini masih dikekang kaum lain. Kita cuma ada politik & Agong yang masih bertahan. Bancian penduduk terkini aku bagaikan terasa-rasa kita telah hilang majoriti. Tenguk kaum lain datang serbu negara kita bagaikan terasa kita makin terpinggir.

Bila kita pakai kapcai di jalanan kaum lain mendesah laju dengan BMWnya sambil menyimbah air lopak ke diri kita; apakah tidak terasa amat naif kita kini. Samalahlah kalau kita beli BMW siapa yang mendapat untung; kita berhutang & terusan memperkayakan tauke orang asing di negara sendiri.

Baik BN & PR masing-masing belum pun tamat perjuangannya. Yang pasti BN telah diberikan laluan terlalu lama memerintah; hinggakan minda kita jumud. Masalah korapsi atau rasuah tak pernah surutnya. Arus perubahan tak semestinya akan menjadi kita muflis; Kerajaan sekarang terlalu takut jatuh kuasa maka mana erti kebebasan & kemerdekaan kita. Sering kita ditakut-takutkan dengan kemiskinan sedangkan harta negara masih tidak diagihkan secara jujur & saksama. Tau-tau saudara mara pemimpin kita tersinarai antara orang terkaya di negara kita.

(Bila menulis begini risau amat hati takut orang ketuk pintu & pelbagai akta disabitkan ke arah kita, maka titiklah soal ini. Pilihan Raya akan menentukan segala; cumanya kesedaran itu di mana?)

Senyap-senyap kita tak ke mana; YB mungkin dapat hak YB tapi orang macam aku ini tenguklah sampai bersara; aku tidak semewah mana pun malahan aku jadi mainan orang yang tamak harta & ilmu yang mereka dapati terusan menindas golongan buruh seperti aku.

Harta dunia memang tak ke mana tetapi perlu diingat tanpa harta kita boleh merana. Nak beribadah pun terhalang jika tidak ada kemampuan. Pergi naik Haji jangan mimpi nak ikut pakej swasta; ikut Tabung Haji pun belanjanya bukan sedikit.

Maka itu aku lari sejenak dari dunia kerahan buruh paksaan untuk menjadi Penyair. Penyair jua hidup tak ke mana. tapi aku petah berbicara. Sakit kronikku aku pun semakin reda. Stres amat duduk dalam kelompok cediakawan yang tamak harta dunia di universiti sana.

Sila baca artikel ini

Fitnah
rujukan
Teoh Beng Hock
1963
Sejarah Malaysia
Pantai

4 ulasan:

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Memang. Kalau dah pergi mandi sungai tu memang le liat nak balik. Airnya masih jernih, sejuk, segar - mana nak dapat air sungai jernih kat KL/ Selangor skang ni.

Tapi betul kata abg iDAN, di kampung sosial agak meruncing. Pantang ada rumah kampung tinggal kosong, habis dikokak buat port main judi dan dadah.

Anak-anak kampung yang sebaya dengan suami (dan vic) boleh dibilang dengan jari je yang jadi 'manusia' - selebihnya masih menumpang duit mak bapak untuk hidup.

YB berkata...

Salam Dan,
Aku dulu memang bersemangat menyokong parti anu tu. Masih segar dlm ingatan aku melaungkan lagu bersatu kita bersatu. Tegap berdiri laksana panglima perkasa. Bukan perkasa brehim ali yg tak sedar untung nasib.
Punya aku mempertahankan parti anu tu sampai boleh kata tiap malam berdebat dgn housemate aku. Org parit buntar memang hardcore bulan. Aku rasa masa tu parti bulan ni setaraf parti komunis. Macamtu punya jahil masa tu. Ingatkan dah bijak konon walupun yuran parti org yg bayarkan. Siapa tah akupun tak tau.
Pendek kata kalau tokei parti tu terjun lombong aku pun sanggup terjun lombong. Tetapi bila tokei parti nak terjun neraka, aku tak sanggup. Aku dah mula nampak parti ni parti neraka.
Kita tahu beratnya habuan utk org yg menuduh org lain berzina sedangkan dia tak berzina.Dlm bab zina ni adalah lebih baik kita bersangka dia tak berzina walaupun memang betul dia berzina kalau kita tak ada saksi dan bukti mengikut islam. Lebih baik kita tersilap melepaskan dia drpd tersilap memfitnah dia.
Sejak mereka bergelumang dgn isu fitnah zina, sejak drpd itulah aku lari drpd neraka yg mereka cipta utk nasib mereka. Sampai sekarang neraka yg mereka cipta tu masih tak siap. Mungkin tak cukup besar utk mereka yg masih ramai utk masuk. Bagi aku alhamdulillah sejak mereka menciptanya aku telah merasa kepanasanya. Aku lari dahulu...

iDAN berkata...

Dik VIC

Seindah kampung mertua VIC begitu jua kampung abg jika tak diselongkar keindahannya. Masalah curi pasir & kemasukan orang luar nak bangunkan kawasan tapak lombong menjadikan kampung abg tu makin hilang keindahannya.

Ada du projek besar BN mahu laksanakan biar pun majoriti kami orang kampung tidak setuju; projek kilang simen & lapangan terbang kargo.

Abg berharap agar biarkan dua projek ini akan terkubur & memang ini satu malapetaka yang akan menjadikan anak kampung sekadar kuli di tanah sendiri.

Cukuplah kita ada Putrajaya & khabar Pulau Carey yang akan dibangunkan Sime Darby.

Abg sokong kalau keindahan tasik di sana dijadikan pusat perlancongan bukan dirosakkan keindahannya.

iDAN berkata...

YB ada banyak isu nasional yang kita tak boleh masuk campur; tapi isu ini memang mengaibkan bangsa kita orang Melayu; sebagai menyebut beberapa isu yang masih diladeni secara tidak adil & boleh dipersoalkan.

Shaariibuugiin Altantuyaa apa kata kata dunia tentang perundangan kita; korapsi Perwaja, Kes bunuh Norita Shamsudin & terkini kes Bunuh Diri Teoh Beng Hock.

Sebenarnya kita rakyat marhaen dikelirukan dengan pelbagai andaian; samalah kes tertuduh zina yang sebaiknya dibicarakan di Mahkamah Syariah tetapi sengaja di bawa ke mahkamah sivil agar lekat tertuduh;

Orang kita Melayu panasnya takkan lama; seperti kes DS Anwar dipenjara tak lekat Kes Liwat disabitkan pula akta lain. Kita memberontak & piket sana sini. Tapi akhirnya DS Anwar dipenjarakan juga; tapi setelah dibebaskan disabitkan lagi pelbagai tuduhan. Kita masih berpecah dalam kes DS Anwar ini. Masih tak nampak mana yang nyata atau fitnah belaka.

Ceritera Allahyarham Pakcik aku tu sama sahaja; jika sahaja dianggap haluan kiri; jika boleh pihak pemerintah akan nazakkan mereka di penjara tak kiralah tahanan ISA & sebagainya.

Terkadang aku memikirkan kita memang tak ingat mati; tak takut akan balasan yang akan lebih berganda dengan perlakuan atau perundangan kita yang tidak adil.