ingat lagi tahun lalu, aku beraya dengan Afiz sahaja
sebab kasihan dia tak dapat cuti dari KFC dia
sembahyang raya di Masjid Penjara Kajang
anak-anak suka akan Meru
sebab banyak dapat duit raya
emak apak telah tiada
sekadar mak mertua yang tinggal
satu-satunya sebagai ibu
ibu mertukulah seadanya
sebenarnya aku rindu akan rendang tok
kuih bahulu buatan emak sendiri
putu kacang tradisional
pun juadah cara Perak
nak rasa lemang & ketupat Perak
sejak tahun 88 lagi
aku telah kehilangan suasana ria raya
meriahnya beraya di kampung sendiri
takkan sama dengan kampung orang
beraya dengan ibu ayah sendiri
takkan sama dengan keluarga mertua
raya ini aku sendiri lagi
meniti getar sakit kronik
mengabiskan sisa usia
yang makin sedikit
dengan imbauan masa lalu
siapa nak temankan hati ini...
(perasan tak apa nan tergantung di pokok tu)
Jumaat 10.09.10 kita beraya
Maaf Zahir & Batin
sebab kasihan dia tak dapat cuti dari KFC dia
sembahyang raya di Masjid Penjara Kajang
anak-anak suka akan Meru
sebab banyak dapat duit raya
emak apak telah tiada
sekadar mak mertua yang tinggal
satu-satunya sebagai ibu
ibu mertukulah seadanya
sebenarnya aku rindu akan rendang tok
kuih bahulu buatan emak sendiri
putu kacang tradisional
pun juadah cara Perak
nak rasa lemang & ketupat Perak
sejak tahun 88 lagi
aku telah kehilangan suasana ria raya
meriahnya beraya di kampung sendiri
takkan sama dengan kampung orang
beraya dengan ibu ayah sendiri
takkan sama dengan keluarga mertua
raya ini aku sendiri lagi
meniti getar sakit kronik
mengabiskan sisa usia
yang makin sedikit
dengan imbauan masa lalu
siapa nak temankan hati ini...
(perasan tak apa nan tergantung di pokok tu)
Jumaat 10.09.10 kita beraya
Maaf Zahir & Batin
5 ulasan:
Assalamualaikum Saudara serta sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.
Saya dan keluarga Mengucapkan selamat menyambut HARI RAYA AIDILFITRI dengan ungkapan Maaf Zahir Batin Mohon maaf salah silap andai terkasar bahasa, bicara, dan perlakuan.
Berhati-hati di jalan raya. Have a Safe journey!
Assalamualaikum Saudara Idan serta sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.
Saya dan keluarga Mengucapkan selamat menyambut HARI RAYA AIDILFITRI dengan ungkapan Maaf Zahir Batin Mohon maaf salah silap andai terkasar bahasa, bicara, dan perlakuan.
Berhati-hati di jalan raya. Have a Safe journey!
Sdr Izad,
Agar sentiasa bahagia & gembira bersama keluarga...agar tahun ini lebih meriah dari tahun lalu.
Saya baru nak bertolak ke Meru Klang; esok sembahyang di Masjid Meru kemudian jemput anak & menantu di Shah Alam.
Nampaknya saya tak sempat balik ke Perak!.
Semenjak 5 tahun lepas beraya di Perak, tak pernah miss rendang tok buatan mertua tiap2 tahun, memang sedap. Cuma pada tahun pertama dulu, tak ada ayam masak merah sbb mereka tak biasa. Bila tahun ke-2, minta suami buatkan ayam masak merah (suami vic buat ayam masak merah mmg sedap, lebih kurang macam air tangan mak vic juga, dia ambik resepi mak, tapi tak tahu la kenapa bakat memasak mak tak turun kat sorang pun anak2nya) - semenjak tu tiap2 tahun menu ayam masak merah jadi menu wajib digabungkan pula dengan rendang tok, lemak lodeh dan kuah kacang. Memang terangkat!
selamat hari raye...
Catat Ulasan