iDAN

23 Oktober 2010

10 Sifat Mulia (Agama)


10 sifat peribadi yang mesti dipupuk

Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki mahupun wanita.

Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali. Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia…

1. Tulus
2. Rendah diri
3. Setia
4. Berfikiran positif
5. Perwatakan ceria
6. Bertanggungjawab
7. Percaya kepada diri sendiri
8. Pemaaf
9. Mudah berkira
10. Empati

Tulus

Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita. Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta. Prinsip tulus ialah “berkata benar walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.

Rendah diri

Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk.

Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi. Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk berasa segan dengan kita. Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?

Setia

Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat atau berlaku curang.

Berfikiran positif

Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk. Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

Berperwatakan ceria

Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati). Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

Bertanggungjawab

Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh.
Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan.

Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.

Percaya kepada diri sendiri

Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan menghargai orang lain. Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

Pemaaf

Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan.

Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan. Jauh sekali mengungkit kekeruhan lama.

Mudah berkira

Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar.

Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.

Empati

Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain.

Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.

Kesimpulan

10 sifat peribadi luhur di atas sangat berharga jika dapat diadaptasi dalam hati masing-masing. Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam, dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Cubalah!

Wallahu a’lam.

22 Oktober 2010

Rahsia tubuh badan bergerak-gerak (Delima Merkah)


Dua tiga hari ini asyik berferak-gerak sahaja kening kiri ini apa pula petanda.

1. Kelopak mata kanan bergerak - beroleh keamanan

2. Kelopak mata kiri bergerak - hendak melihat perempuan

3. Kelopak mata kiri bergerak dari atas - ada orang akan berjalan jauh

4. Kelopak mata kiri di bawah bergerak - ada orang hendak menangis

5. Ekor mata kanan bergerak-gerak - menerima kedatangan orang jauh

6. Ekor mata kiri bergerak-gerak - mendapat sedikit kepayahan

7. Biji mata kanan bergerak-gerak - akan menangis dalam bercinta

8. Biji mata kiri bergerak-gerak - gembira dihati

9. Umbun bergerak-gerak - berbahagia di hari itu

10. Kening kiri bergerak-gerak - beroleh kelapangan

11. Bibir bawah bergerak - akan menangis

12. Siku kanan bergerak-gerak - beroleh kebahagiaan

13. Siku kiri bergerak-gerak - orang yg mengasihi kita akan datang

14. Pelipis telinga bergerak-gerak - alami kebahagiaan

15. Telinga bergerak - akan berkelahi

16. Kepala bergerak - ada orang akan menyakiti hati kita

17. Kepala bergerak ke kiri - akan beroleh kebesaran

18. Bahu kanan bergerak-gerak - akan memperolehi harta

19. Bahu kiri bergerak-gerak - bakal berjumpa orang besar (VVIP)

20. Lengan kanan bergerak- gerak - akan sakit kepala

21. Lengan kiri bergerak-gerak - hendak dapat harta

22. Pipi kanan bergerak-gerak - alamat hendak sakit mata

23. Pipi kiri bergerak-gerak - alamat sentiasa bahagia.

Percaya jangan sekadar petanda sahaja...

Jika Dia Datang (Puisi iDAN)


Jika dia datang semasa aku tiada
sampaikan salamku ini yang lama tersimpan
serba salah aku mahu meninggalkan singgahsana ini
tetapi aku terpaksa berhijrah untuk mengisi sisa usiaku
hutan batumu ini tidak pernah menjanjikan aku erti kedamaian
aku akan kembali ke asalku sebelum kau mengenali diriku nan terpinggir.

Luka tidak akan sembuh jika terbiar
derita tidak akan usai jika terkecai.

Jika dia datang semasa aku tiada
jangan beritahu aku bila aku pergi sendiri
keluh-kesah aku asyik merinduimu saban waktu
tetapi kau tak pernah pun memandang jasad sepiku
rumpun duniawi terusan teduh melindungi kudrat hayatmu
kita bak pasangan dua arah tanpa tujuan merentas silau kehidupan.

(Jika dia tak datang memang kasihnya tak mandang)

iDANRADZi
Desa Tualang Kota Bharu Pk.

17 Oktober 2010

Puisi iDAN

SILAUAN NESTAPA

Pencarian dalam tidak pedulimu
aku makin sesat ke hutan resah
biarpun telah penuh bakul hati
dengan kuntuman bunga rindu
biarpun telah penuh perem luka
dengan debuan kupu-kupu syahduku.

2.
Aku nampak kelibatmu di hutan batu
bagaikan bermain buaian duniawi
dengan akar kecundang resah walang
kiri kananmu ada yang menyanjung setia
hinggakan kau leka dengan neon ceria
suluhan gururku bagaikan silauan nestapa.

3.
Pertemuan ini bagaikan amat sementara
berdekad-dekad sudah kita menambat cinta
jiwa kita tidak lekat hati kita tidak dekat
lalu kita jadi pencari nan tidak mengerti
natijah alam & janji semalam suram berbalam
siang malam aku asyik terkenang kau seorang

: Anak-anak kita tidur lenakah malam ini?.

iDANRADZi
Desa Tualang Kota Bharu Pk.

15 Oktober 2010

Jika kenal Cinta (Singgahsana)



Ranbir Kapoor sebagai Akash adalah pelakon yang bakal terusan menambat hati peminat filem Hindi. Priyanka sebagai Kiara tentunya tak jadi masalah membawa watak kekasih dalam filem ini lantaran dia telah banyak pengalaman dengan pelakon handalan di layar perak.

Dua insan malang ini telah putus asa & masing-masing bertekad mahu membunuh diri dengan pelbagai cara. Sebermula ingin terjun dari Jambatan George Washington, guna gas di rumah, melilit kepala dengan plastik & pelbagai cara tetapi dihalang oleh rintangan.

Filem dalam genre romantis, percintaan & komidi sungguh menarik hati. Malahan ada banyak lagu yang sedap.

Biasalah filem hindustan, daya kreatif Pengarah pun Jurugambar pandai mencuri sudut yang amat indah & cantik sepanjang penjelajahi di luar negara. Amat kagum keindahan milik Ilahi; permandangan di gurun serta pergunungan yang gersang.

Aku, Afiz & isterinya menonton Anjaana Anjaani di pawagam CapSquare yang tentunya lokasi damai & santai bagiku. Rugi tak ke CapSquare ketika malam; neon di sini memukau hati.


**********
Fresh..... lovely Rom COM, excellent performances :)
3 October 2010 | by khan2705 (Pakistan) – See all my reviews

Just superb, loved it, Priyanka is outstanding. With ANJAANA ANJAANI, director Siddharth Anand accepts a big challenge. This ones a love story, but it doesn't follow the beaten path. It doesn't follow the rules laid out by the romantics in Bollywood. And thats where its strength lies.

Generally, couples in love commit to die for each other, but in this film, romance blossoms much, much after the two meet at the bridge for the first time, when they are about to commit suicide. From strangers to lovers to strangers again is how the film explores the relationship between this couple. ANJAANA ANJAANI works for two major reasons. The first being the powerhouse performances by its lead pair. Having watched their careers from the very onset, I would like to state that the two actors deliver career-best performances in ANJAANA ANJAANI. The second reason why ANJAANA ANJAANI works is due to the terrific moments in its second hour. Siddharth Anand has handled the subject with flourish.

Besides, the film is not merely rich in substance, but is equally alluring when it comes to style and overall look. The DoP Ravi K. Chandran plays a major role here. The film bears a magnificent look all through and the panoramic and exotic locales of America only make every frame stand out. The costumes - Mamta Anand for Ranbir and Manish Malhotra for Priyanka - are trendy. Vishal-Shekhar music has a lot of heart. Again, it wont be wrong to state that their compositions take the movie forward.

The background score Salim-Sulaiman is top notch. In fact, the rich score compliments the mood of the characters beautifully. Dialogues are wonderful. On the whole, ANJAANA ANJAANI is an unpretentious romantic saga that revels in the exuberance of newly found love. The film has everything going for it: top notch performances by two super-stars, good music, a sensitive director with a good track record, a simple yet absorbing story and of course, terrific moments emotional as well as humorous.

Don't miss this one! with AISHA, bollywood got its first official CHICK FLICK . here it goes. now it got an official ROM-Com too. Why the hell does everyone talks so bad about every new movie, deja vu, same old story, i mean come on........... this is different.

07 Oktober 2010

Aishwarya Larang Suami Berlakon Dengan Katrina?

7 OKT 2010: Sejak Katrina Kaif menjadi tumpuan dalam industri perfileman Bollywood sekarang ini, macam-macam khabar angin yang Murai Batu dengar tentang ex-girlfriend kepada aktor Salman Khan ini.

Antaranya ialah ramai aktres yang sudah bersuami khabarnya bimbang kalau-kalau suami mereka akan cepat cair serta jatuh hati dengan si gadis yang jelita itu.

Salah seorang daripadanya ialah Aishwarya Rai. Khabarnya, Aishwarya telah melarang suaminya, Abhishek Bachchan untuk menerima tawaran menjayakan remake filem Italian Job ke Bollywood.

Sebabnya ialah kerana filem itu bakal menggandingkan Abhishek dengan Katrina. Dek kerana cemburu, Aiswarya tak mahu Abhishek berlakon dalam filem tersebut. Wow..Tak sangka. Hot property sungguh Katrina ya....

Namun ada juga sumber yang memberitahu sebaliknya. Kononnya, Ash yang rekomenkan nama Katrina kepada pembikin filem tersebut. Sebab, pada asalnya Ash adalah pilihan yang pertama sebagai pemeran utamanya.

Tapi, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Ash tidak dapat berlakon dalam filem tersebut. Dan, akhirnya dia menyarankan nama Katrina untuk digandingkan bersama dengan suaminya.

Pengarahnya, Vipul Shah sendiri pun memberitahu bahawa Aishwarya memang tidak keberatan langsung kalau Abhishek berpasangan dengan Katrina dalam filem remake Italian Job itu.

Jadi, tak betullah kalau Aishwarya Rai tu jealous dengan Katrinakan? Apa yang penting, dua-dua pernah jadi ex-girlfriend Salman Khan. Apakah ia satu suratan atau satu kebetulan

05 Oktober 2010

Siapa kata perempuan tak handal (Singgahsana)


1. Peserta wanita negara kita dalam upacara angkat berat tak dapat pingat; tetapi dapat di tempat keempat. Biarpun Zaira Zakaria tak sehebat Badang Aricco Jumitih namun aku teruja tenguk bagaimana wanita Augustina Nwaokolo dari Nigeria boleh angkat hampir 100kg biar pun badannya amat kecil tak nampak ototnya sesasa lelaki. Hebat wanita di Sukan Komenwal.

2. Jika kita ke jalan raya, perhatikan kenderaan yang sesak di bandaraya. Hampir lebih 50% dipandu oleh wanita. Tak kiralah kenderaan biasa atau bas sekali pun. Wanita tidak lagi duduk di dapur mereka telah berlumba membantu keluarga mencari rezeki.

3. Jangan ceritalah dalam kerjaya pengajaran; cikgu di sekolah rendah atau menengah seantero negara; Kaum lelaki makin terpinggir, boleh dikatakan 80% adalah Guru wanita yang menakluki kerjaya perguruan. Begitu juga jawatan Jururawat. Jika ada pun Jururawat lelaki boleh dibilang dengan jari.

4. Aku berkerja di IPTA selama 28 tahun pun terasa akan kebanjiran wanita dalam jurusan akademik. Bukan setakat Kumpulan Sokongan, Kumpulan Akademik jua makin tinggi peratusnya dibolot oleh kaum wanita. Malahan ramai ketua dalam pelbagai jabatan dimiliki oleh wanita.

Isunya nan aku bangkit ini tentunya sampai kita terfikir ada negara yang memilih wanita sebagai teraju negara. Perdana Menteri. Sedangkan kita sering terbaca di kitab agama kita. Ketua sewajarnya dimiliki oleh kaum lelaki.

Apatah lagi Ketua Keluarga.

******

Jangan sampai kita jadi negara sekrisis ini.

berat mata memandang berat lagi bahu memikul...

iDAN

Ini saya petik dari pendapat ulamak di Indonesia; saya sendiri tak pasti mereka memegang fahaman atau Mazhab mana; bagi kita di Malaysia yang memegang Mazhab Syafie pastinya ada pandangan & pendapat berbeda tentang Perempuan memegang teraju negara.

Syarat Utama Kepala Negara

Islam telah menyebut jabatan Kepala Negara dengan istilah Khalifah, atau Imam, atau Amirul Mukminin. Khalifah adalah orang yang mewakili ummat dalam urusan pemerintahan dan kekuasaan dalam rangka menerapkan sistem hukum Islam. Sebab Islam telah menjadikan urusan yang berhubungan dengan pemerintahan dan kekuasaan itu berada di tangan ummat (as sulthan lil ummah). Dan ummat mewakilkannya kepada seseorang untuk menjalankan urusan tersebut. Jadi Khalifah (Kepala Negara) itu benar-benar diangkat oleh kaum muslimin.

Penetapan seseorang sehingga sah dan di mata hukum dianggap legal sebagai Khalifah diperoleh setelah ia di-bai'at oleh kaum muslimin yang telah memilihnya agar ia bersedia menjalankan seluruh urusan ummat ini dalam pemerintahan dan kekuasaan berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Tanpa prosedur bai'at yang dilakukan oleh kaum muslimin dan diredai oleh mereka, maka tidaklah sah jabatan kekhilafahannya itu.

Adapun mencalonkan diri atau mencalonkan orang lain untuk jabatan kekhilafahan atau berselisih dan beradu argumen tentang siapa yang paling layak sebagai Khalifah hukumnya mubah. Disamping tidak ada satupun nash yang melarang beradu argumen atau berselisih tentang siapa yang paling layak dari kaum muslimin untuk menduduki jabatan kekhilafahan, terdapat juga bukti-bukti yang dicontohkan oleh generasi pertama kaum muslimin sebagai Ijma Shahabat (Kesepakatan menyeluruh sahabat tentang suatu hukum). Pada saat pemilihan dan penetapan Khalifah yang pertama beberapa saat setelah Rasulullah saw. wafat, kaum muslimin saat itu telah berdebat tentang siapa yang paling layak menjabat pengganti Rasulullah dalam urusan pemerintahan dan kekuasaan. Peristiwa pencalonan dan pemilihan yang paling sederhana di dunia? di balai pertemuan Saqifah Bani Sa'idah itu telah menghasilkan kepala negara yang luhur.

Adapun syarat-syarat utama (syarat in'iqaad ) orang yang berhak atas jabatan kekhilafahan adalah:

Pertama, muslim. Islam melarang kaum muslimin menyerahkan atau memilih orang-orang kafir sebagai penguasa, apalagi sebagai kepala negara yang memimpin ummat. Bagaimana mungkin seseorang yang kafir memimpin ummat dengan menerapkan sistem hukum Islam, sementara ia berbeda aqidah dan keyakinannya? Dan Allah SWT telah berfirman :

"(Dan) Allah sekali-kali tidak akan menjadikan (memberikan) jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang mukmin." (QS. An Nisa : 141).

Penggunaan lafazh 'lan' dalam ayat di atas --menurut bahasa Arab digolongkan pada nahyu at ta'bid-- menunjukkan indikasi larangan yang bersifat selamanya alias tetap. Ini berarti diharamkan secara tegas oleh Allah SWT atas kaum muslimin untuk mengangkat pemimpin atau Khalifah (Kepala Negara) yang berasal dari orang-orang kafir.

Disamping itu terdapat lafazh-lafazh dalam Al Quran yang menunjukkan bahwa penguasa (Ulil Amri) harus berasal dari kaum muslimin, bukan orang kafir. Firman Allah SWT :

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul-Nya (As Sunnah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian..." (QS. An Nisa 59).

Kedua, laki-laki. Diriwayatkan dalam sebuah hadits dari Abu Bakrah bahwa tatkala mendengar kabar mengenai penyerahan kekuasaan negara Persia kepada Putri Kisra --setelah bapaknya meninggal, Rasulullah saw. bersabda: 'Tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan (pemerintahan/kekuasaan) mereka kepada seorang wanita." (HR. Bukhari).

Ketiga, Baligh. Islam melarang seseorang yang belum baligh (anak-anak) diangkat menjadi Khalifah. Sabda Rasulullah saw :

"Telah diangkat pena (tidak dibebankan hukum) atas orang yang tidur hingga ia terbangun, atas anak kecil hingga ia baligh dan atas orang gila hingga ia waras." (HR. Abu Daud melalui Ali bin Abi Thalib ra).

Hadits ini menunjukkan bahwa seorang anak kecil dengan sendirinya tidak sah mengurus urusannya sendiri, apalagi mengurus urusan orang lain (kaum muslimin). Padahal urusan ummat itu adalah urusan yang berat lagi rumit, sementara seorang anak kecil masih diurus oleh orangtua atau walinya.

Keempat, Berakal. Tidak sah dan tidak pantas apabila orang gila menjabat sebagai kepala negara. Berdasarkan hadits di atas, yaitu :

"Telah diangkat pena (tidak dibebankan hukum) -salah satunya- atas orang gila hingga ia waras (sembuh)."

Sebab akal menjadi manath (tempat) pembebanan hukum serta menjadi syarat sahnya mengatur berbagai urusan. Sementara tugas seorang Khalifah itu adalah mengatur dan memelihara urusan rakyat, kekuasaan dan pemerintahan. Dan orang gila adalah orang yang tidak mampu serta tidak pantas mengurus urusan dirinya sendiri.

Kelima, Adil. Artinya orang yang konsisten (istiqamah) dalam menjalankan agamanya (bertaqwa dan menjaga sikap-sikap peribadinya di tengah-tengah masyarakat). Jadi tidak sah orang yang sering melakukan kefasikan menjabat sebagai kepala negara, apalagi ia orang yang zhalim atau munafik. Dalam perkara persaksian saja (yang tergolong perkara ringan dibandingkan dengan perkara kehilafahan), Allah SWT mensyaratkan saksi bersifat adil, sebagaimana firmanNya:

"Hendaknya menjadi saksi dua orang yang adil dari antara kamu sekalian." (QS. At Thalaq 2)

Maka tentu saja perkara kekhilafahan adalah perkara yang lebih tinggi yang mengharuskan orang yang menjabatnya memiliki sifat adil.

Keenam, Merdeka. Maksudnya tidak layak sorang kepala negara berasal dari hamba sahaya (budak), karena ia adalah milik tuannya serta berada di bawah kekuasaan tuannya. Ia tidak memiliki wewenang untuk mengatur setiap urusan rakyatnya, bahkan ia tidak berwenang untuk mengatur urusannya sendiri. Semuanya ditentukan oleh tuannya. Maka bagaimana mungkin ia mampu menjabat kepala negara?

Ketujuh, Mampu. Kepala negara harus mampu menjalankan amanat kekhilafahan. Sebab ini termasuk syarat yang diminta saat bai'at adalah kesanggupan atau kemampuannya untuk menjalankan sistem hukum Islam yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Jika ia tidak mampu karena suatu sebab, misalnya terdapat tekanan dari militer atau dari kelompok politik tertentu, atau terdapat tekanan dari negara besar seperti AS atau negara Barat lainnya, maka otoritas dan kesanggupannya sebagai kepala negara yang mampu memutuskan suatu perkara yang menyangkut urusan rakyat tanpa ada tekanan dari pihak manapun diragukan, yang berarti kesanggupannya amat diragukan.

Meragukan hadits Rasulullah saw.?

Dari ketujuh persyaratan kepala negara dalam sistem pemerintahan Islam yang mesti dianut kaum muslimin secara universal, dapat kita fahami penolakan KH. Syamsuri Badawi terhadap koalisi PKB-PDI Perjuangan. Dan jelas bahwa program menjadikan wanita sebagai kepala negara kaum muslimin, baik Megawati atau wanita siapapun, tak dapat dibenarkan dalam sistem pemerintahan Islam. Jadi hukumnya haram bagi kaum muslimin mengangkat seorang wanita menjadi kepala negara berdasarkan sabda Rasulullah saw.

'Tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan (pemerintahan/ kekuasaan) mereka kepada seorang wanita." (HR. Bukhari).

Bagi kaum muslimin, petunjuk Rasulullah saw. yang merupakan uswatun hasanah (QS. Al Ahzab 21) tak bisa ditawar lagi. Karena hal itu merupakan manifestasi dari keimanannya yang bakal dimintai pertanggungjawaban di hari akhirat kelak.

Memang ada yang mempersoalkan kesahihan hadits yang diriwayatkan Imam Bukhari itu --dan ini termasuk hal aneh dalam wacana ilmu hadits-- dengan sangkaan bahwa sahabat Abu Bakrah itu kurang bersih. Kritik atas hadits tersebut datang dari kelompok feminis yang "menugaskan" salah seorang "ulama" wanita mereka, Fatima Mernisi (Republika, 21/4/95) yang telah menuduh sahabat Abu Bakrah sebagai orang yang kesaksiannya diragukan lantaran, kiranya, pernah melakukan tuduhan palsu dalam suatu kasus zina di masa Khalifah Umar. Namun demikian sebenarnya itu hanyalah persepsi yang salah dari Fatima Mernisi lantaran memiliki "female bias". Kitab-kita Rijal seperti Tahdibul Kamal fi Asmaa-ir Rijal, Thabaqat Ibnu Sa'ad, Al Kamil fit Tarikh Ibnul Atsir dan lain-lain secara jelas mengemukakan bahwa sahabat Abu Bakrah adalah seorang sahabat, yang alim, dan perawi yang terpecaya (tsiqah).

Khatimah

Demikianlah Islam telah menjelaskan syarat-syarat seseorang dapat dicalonkan atau menjabat sebagai kepala negara atas kaum muslimin. Termasuk dalam syarat itu, kepala negara haruslah seorang laki-laki. Hal ini dijelaskan oleh Islam agar ummat terhindar dari kehancuran sosial dan politik, andai saja mereka mengerti dan tunduk kepada sistem hukum Islam yang agung.

Sayangnya, sebagian besar ummat adalah orang-orang yang terbius dengan gemerlapnya demokrasi dan terlena dengan slogan reformasi, yang melupakan rambu-rambu dan petunjuk Islam dalam menuntun kehidupan bernegara dan bermaysrakat. Dengan dalih demokrasi mereka menentukan sendiri pilihan-pilihannya, bahkan dengan dalih demokrasi pula masyarakat diberi wewenang untuk menentukan arah hidup bermasyarakat maupun bernegara. Disamping itu atas nama musyawarah untuk mufakat mereka berdalih keputusannya tidak bertentangan dengan ajaran Islam, karena --menurut mereka-- Islam malah mendorong musyawarah.

Padahal Demokrasi tak sama dengan musyawarah atau syura. Demokrasi adalah berkumpulnya suara untuk membuat hukum rekaan manusia. Sedangkan syura dalam Islam adalah berkumpulnya suara untuk melaksanakan hukum Islam. Syura bukan untuk membuat hukum lantaran hukum telah dibuat oleh Allah SWT. Dan dialah satu- satunya Zat yang berhak dan layak membuat hukum bagi manusia. Allah SWT berfirman :

"Sesungguhnya (wewenang) untuk menentukan hukum itu hanya berada di (tangan) Allah). Dia memerintahkan agar kalian tak menyembah selain dia" (QS. Yusuf 40).

Rasulullah saw. telah menasihatkan agar perasaan ummat tetap tunduk di bawah kendali aqidah dan syariat Islam, jika memang ummat menghendaki keselamatan di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah saw :

"Tidak beriman seseorang hingga hawa nafsunya (keinginannya) disesuaikan dengan apa yang telah aku datangkan (yaitu hukum syariat Islam)" (lihat Hadits Arba'in an Nawawiyah, no.40, atau Fathul Bari, jilid XIII, hal.289).