iDAN
22 Oktober 2010
Jika Dia Datang (Puisi iDAN)
Jika dia datang semasa aku tiada
sampaikan salamku ini yang lama tersimpan
serba salah aku mahu meninggalkan singgahsana ini
tetapi aku terpaksa berhijrah untuk mengisi sisa usiaku
hutan batumu ini tidak pernah menjanjikan aku erti kedamaian
aku akan kembali ke asalku sebelum kau mengenali diriku nan terpinggir.
Luka tidak akan sembuh jika terbiar
derita tidak akan usai jika terkecai.
Jika dia datang semasa aku tiada
jangan beritahu aku bila aku pergi sendiri
keluh-kesah aku asyik merinduimu saban waktu
tetapi kau tak pernah pun memandang jasad sepiku
rumpun duniawi terusan teduh melindungi kudrat hayatmu
kita bak pasangan dua arah tanpa tujuan merentas silau kehidupan.
(Jika dia tak datang memang kasihnya tak mandang)
iDANRADZi
Desa Tualang Kota Bharu Pk.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan