Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

15 November 2010

Router Meragam (Singgahsana)


Aztech antara router yang mudah dikonfigurasi.


Catatan ini disunting semula dari FB.

Okey nampaknya TP-Link ini; tulis e-mel pada khidmat pelanggan di situsnya; Mat salleh dari US tolong kasi beberapa tips... dan ianya berjaya dihidupkan. (Setelah lebih dua minggu meragam).

Itu yang saya sedih; bayangkan Prof Nizam; yang jaga bab kerosakan itu anak kita Melayu; baru berumur sekitar 20an... nampak muda & belum kahwin lagi; Rambut siap ada ekor tapi punyalah sombong dan siap perlekehkan orang tua macam saya ini... Taukenya pula samseng habis; sedangkan saya sekadar bertanya tentang tips sebenar nak laraskan router ini;

Ayatnya dua makhluk Allah ini amat menyakitkan hati; macam kita ini orang tua kampung buta IT; taukenya siap marah saya reset router lagi... siap tanya:

"Kenapa Lu kasi reset ini router!" (semua router kalau dah meragam memang kena reset untuk kembali ke konfigurasi kilang, soalan apa namanya ini?)

Kalau ikut panas hati memang mahu bergaduh besar; bukan bab harga atau apa.. tapi kita sebagai pelanggan salahkah nak tahu cara nak konfigurasi yang betul; setelah dua hari lebih saya cuba ikut Buku Panduan yang diberikan, memang tak dapat menolong & sudah jenuh klik arahan di internet. Gagal.

Saya sabarkan diri: RM120 memang duit anak saya kumpul untuk beli router ini (nilai bagi orang kaya tak seberapa, sya tak kaya). Saya bertekad dalam hati cara berniaga & berlagak samseng begini takkan ke mana apatah lagi untuk berkat rezekinya... takkan pasal RM120 kita nak bergaduh. Sabarlah.

Mat Salleh yang tak kenal kita pula yang amat baik nak bantu saya & tak sampai pun beberapa puluh minit sudah saya dapat hidupkan router ini. Telah boleh akses internet. (Hingga kini Mat Salleh dari US itu masih mengahantar e-mel tanda sedia membantu)

Tak pun muatturun firmware; memang kena reset routernya & konfigurasi ikut apa yang Mat Salleh linkkan itu. Tak kurang ada tiga laman sesawang yang dapat membantu.

Rasanya kita orang Malaysia sombong yang bukan tempat. Saya sedih dengan anak Melayu kita itu; tak beradap sopan dengan pelanggan bagaimana mahu berjaya dalam perniagaan.

Ilmu bukan boleh dibawa ke kubur... saya lebih 15 tahun bantu anak bangsa untuk mahirkan diri dalam ICT; tak pernah sesombong dia. Saya suka amat membantu kalau ada siapa bermasalah dalam ICT... tak pernah minta apa pun upah atau bayaran.

Ilmu lagi kita curah lagi akan mengalir ilmu yang baru.

Moralnya kenapalah Syarikat dari Malaysia kasi Menu atau Buku Panduan yang tak lengkap; Main cetak saja buku panduan tapi ianya tak dapat menolong. Katanya TP-Link gerenti dua tahun; tak sampai dua minggu orang kita konfigurasi boleh rosak. Pelanggan selalunya benar jika anda berniaga mahu perlekehkan pelanggan pasti pelanggan akan lari.

InsyaAllah saya boleh guna TP-Link lebih dari apa yang tauke & budak Melayu itu lakukan cara saya sendiri... InsyaAllah.

Awas dengan kedai ini...
New Tech Marketing Sdn Bhd
Lot 170-171 Tingkat 3; Plaza Metro Kajang
Tel : 03 6739 4080 Fax 8739 4081
Sebelah Panggung Wayang...

......Bersepah kedai lain yang lebih baik layanannya... jangan cuba-cuba beli barangan yang ada gerenti & kena mengadap mereka kembali... sombong tak bertempat... layanan setelah kita membeli atau gerenti
amat sifar & lebih kepada menyusahkan sahaja...

3 ulasan:

eelobor berkata...

biasa lah tuh bang, bila barang dah terjual, untung dah masyuk. saya menggunakan router D-Link, senang jer untuk konfigurasi. Katanya yang terbaik adalah Belkin. Apapun semua lebih kurang jer. Pastikan router jenis "N"

iDAN berkata...

Eelobor;

Rasanya semua router ada kelebihan & kekurangannya; sebaiknya kita punyai penjual yang sedia menolong bukannya samseng & lepas tangan atas jualannya.

Pernah abg beli router yang sukar dikonfigur taukenya faham & tukar jenama lain.

Jika kita perhatikan memang kaum cina bergantung dengan pelanggan Melayu dalam perniagaan mereka baik barangan ICT, HP, perabut dll kenapa mesti mereka mahu pandang remeh lagi bagaikan terhina kita dibuatnya bilamana mahu khidmat setelah jualan.

iDAN berkata...

Router TP-Link yang saya guna kini sekadar dapat memenuhi selera pengguna tapi tak sestabil mana pun... terutama talian wirelessnya sering terganggu; apatah lagi jika anak anda rajin guna pelbagai perisian yang berat.

Ada baiknya jika memilih router yang lain; saya lebih selesa guna jenama Aztech. Sdr Eelobor guna D-link... mudah untuk konfigurasi.

Jika kita perhatikan router di pasaran ianya kini banyak menggunakan lebih dari satu tiang wireless pastinya yang jenis terkini ini lebih stabil & lancar arus wirelessnya.